Monday, January 31, 2011

31 JAN...

Hari ni aku rasa waktu kerja aku yang paling santai kerana sebahagian masa aku dihabiskan dekat stor-berborak:sambil buat reliability test. Boringkan..Gaya kerja boring agaknya dah terasa bahang nak bercuti kot-Chinese New Year la katakan..

Esok hari last kerja..Wowo agak2 esok apa nak buat eh...

p/s: sentiasa berharap agar RASA boring tu hilang..hmm

Sunday, January 30, 2011

KOS SMS LAGI TINGGI DARI CALL

Aku baru selesai check online bil telefon aku..Peh setiapkali pun mencecah lebih seratus..Walaupun masih dalam limit yang aku sendiri tetapkan(Over rm150 is NG) tapi bila sampai mencecah rm120 aku rasa nak tercekik juga memikirkan nya..haha Pakai mau,bayar tak mau..wakakaka

Bukan macam tu..Daripada aku belanja rm180 untuk prepaid, skang bila da tuka postpaid,cuma kurang rm60 jek.. Isk2 Ingatkan bole la bayar kurang seratus ke apa...Haha

Da banyak bulan aku cek, kos sms aku lagi tinggi dari call! Ini menunjukkan betapa pentingnya sms berbanding call..Mana taknyer..Asal boring sket je, msg MLD, boring=msg MLD, tambah plak MLD tu bukan ada keje sangat..Hahahah Satu sms=rm0.12,flat rate, bayangkan la kalau bulan ni kos sms aku dekat2 rm99! Hah berapa banyak sms dah aku taip?? Huish..

Hmm agak2 cemana eh nak kurangkan bil telepon bimbit ni? Terpegun gak aku bila rata2 aku tanya2 orang lain, kos bil telepon dorang tak sampai seratus pun..Alahai....

MANGSA SIMBAH ASID

Tadi masa aku tonton NLKO, ada satu segmen yang aku perasan, tetamu dia kanak2 mangsa simbah asid oleh bapa sendiri! Memang kesian la bila aku tengok budak ni..Kecil2 lagi dah jadi mangsa bapa yang...err aku sendiri tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa..

Banyak juga kes2 simbah asid yang kita boleh lihat terjadi zaman sekarang ni, macam kes kat kota tinggi tu..Disimbah asid hanya kerana menolak cinta lelaki..Paling tragis, bukan saja disimbah asid, malah ditikam berkali2 sampai anak dalam kandungan terbunuh. Dan akhirnya mangsa simbah asid ni meninggal setelah sekian lama terlantar dekat hospital..

Biasa orang yang menyimbah asid ni, aku kira orang yang dah betul2 tak tahu nak berfikir dengan waras pada saat berlaku kejadian. Sebab kesan dari simbahan asid ni, bukan kita tak tahu-kebanyakan mangsa mengalami kecacatan kekal pada anggota badan yang terkena asid tu. Boleh jadi juga sebab orang2 ni dah lama sangat pendam kemarahan...Sampai dah tak tertanggung lagi..jadi nak amik jalan mudah, lepas kan kemarahan, terus simbah asid..

Persoalan nya, memang begitu senang ke kita nak dapatkan asid ni,maksud aku ada ke asid2 ni dijual kat kedai2?? Sebab nampak macam senang2 jer mereka2 ni sebab terlampau geram, amik asid, terus simbah...

Hukuman yang dikenakan pun paling tidak-penjara beberapa tahun, setimpal ke dengan penderitaan mangsa simbah asid ni yang terpaksa berhadapan dengan kecacatan kekal seumur hiudp?? Memang la keadaan ni boleh dibaiki dengan pembedahan plastik tapi berapa ramai plak yang mampu nak pergi buat pembedahan plastik ni?

Aku ingat kita kene gubal satu akta la untuk kes2 yang macam ni..Yang boleh melindungi hak2 mangsa simbah asid ni.. Betul tak...(fikir2)

KENAPA JADI MACAM NI

Aku ada perasan kat berita pasal novel interlok ni akan still digunakan sebagai novel sastera tingkatan 5,(bagi sesetengah negeri) tapi sebahagian kandungan nya akan diubah. Maksudnya yang mana menimbulkan kontroversi dan ketegangan kaum tu akan dibuang terus atau diubah..

Persoalannya, bila buku ni diubah suai sebahagian isinya, dah jadi tak asli la kan cerita. Kenapa kerajaan kita kene patuh plak pada desakan sesetengah pihak dalam hal ni? Hmm kalau aku jadi penulis novel ni, memang aku tak rela la sebahagian cerita diubah2 demi kepentingan sesetengah pihak. Baik tak payah guna novel ni, cari jer novel lain.

Lagipun novel ni dah lama diterbitkan, kenapa dulu2 tak ada pun kontroversi ke apa...Sungguh aku tak faham..Nanti bila novel ni diubah, semakin susah la kita nak cari karya asal novel ni. Sebab biasa benda yang diubah2 ni mesti ada yang ditokok tambah..Apapun, dah kementerian buat decision macam tu..Kene la ikut...

HUJAN HUJAN HUJAN

Sepanjang pagi ni hujan turun tak henti2..Aku agak la kalo aku duduk kawasan rendah memang boleh banjir punya..Macam yang aku tengok kat berita tadi, sesetengah kawasan di DUN Tenang ada yang dah naik air,harap2 xganggu la proses mengundi hari ni...Erk boleh pulak aku masuk cerita politik...Ish2

Semalam aku balik kampung, sebab nak hantar komputer dekat makcik aku..Sepatutnya aku balik kampung hari ni, tapi memandangkan semalam adalah hari berkerja bagi kilang aku-kerja ganti, dan aku sememangnya anti kerja hari sabtu, jadi aku pun macam biasa-amik annual leave, dan terus plan nak hantar komputer..Adik2 aku ikut jer..Takde bantahan langsung..haha

On the way balik tu cuaca mendung la..ala2 sejuk gitu..Tapi ada matahari sket...Sampai je rumah atok aku dalam setengah jam macam tu, hujan terus turun mencurah2...Angin pun kuat..Bersyukur juga aku time tu aku dah sampai kat rumah atok aku..Kalau la masih dijalanan lagi..alahai...Susah nak control kereta time hujan2 ni..kene tawakkal jer...sambil redah..

Balik tu,sempat lagi kitorang singgah BP Mall, as usual..saja jalan2..tengok2..Ingat plan nak lunch sana jer tapi sebab makcik aku dah masak2..so kitorang just minum2 jer sambil tunggu hujan reda-nak berlari ke keta..Hujan dia tak la lebat mana,renyai2 jer tapi berterusan...Alahai...Lencun juga kalo main lari jer...

Masa nak balik JB ni la..da start hujan kat highway..Susah juga nak bawak 120km/j time hujan ni.Sebab penglihatan pun tak bape bagus juga,walaupun kete depan dah bukak lampu, kadang2 kita tak perasan ada kereta..Jadi..Semalam gaya drive aku...Time hujan kurang-agak2 boleh lari 120km/j aku drive lane kanan non-stop....haha Dan bila nak masuk kawasan hujan lebat..cepat2 aku masuk lane kiri,bawak dalam 80km/j jer..Huhu apa boleh buat kan...

Hmm bila hujan ni satu masalah juga..Nak buat apa serba tak kene..Nak jalan2 malas, sebab hujan-nanti basah,tak pun kene jalan bawak payung..Huhu Nak Basuh baju pun tanggung..Sebab kain dah berhari2 basuh, tapi sebab hujan-tak kering juga..Haha Tapi tu la..Di sebalik semua tu, kene sedar..Hujan ni rahmat..Dan antara waktu yang elok untuk berdoa adalah waktu hujan.. Jadi terima jer la..

Menurut jabatan kaji cuaca, (aku tengok kat tv semalam) hujan sekejap2 ni dijangka melanda sampai 31hb nanti..Jadi..Kene bersiap sedia la..Mungkin esok pun, cuaca macam ni juga..harap2 tak bunuh mood aku la nak p keje esok..Hehe

Tuesday, January 25, 2011

MENANGANI STRESS DI PEJABAT

Time aku belek2 paper terjumpa artikel ni. Menangani stress di pejabat. Hmm bagus juga topik ni. Sebab aku pun tengah stress ni..haha Tapi biasa la kan, kat mana2 pun stress..bukan kat pejabat jer.. Tapi memandangkan hampir kebanyakan masa kita habiskan di pejabat/tempat kerja..Jadi memang patut la kita kene cari cara untuk menangani stress di pejabat.

Ada macam2 faktor yang menyebabkan stress ni..Terutama yang berpunca dari tempat kerja..Persekitaran, suasana bising, bebanan kerja, dateline(tak habis2 dengan schedule)..Semua la..memang mempengaruhi stress level kita.

Bila stress mula la seseorang tu berubah sikap jadi kadang2 murung, cepat marah..hot tempered. Dan seterusnya mempengaruhi karakter seseorang tu diluar waktu kerja, tu yang sampai terbawa2 sampai ke rumah.. Bila da sampai tahap macam ni, memang dah kronik la..Kene belajar atasi stress dengan betul.

Ada banyak cara atasi stress.Antara nya try la bercuti..haha cuti2 malaysia..Atau cuba hobi baru..berenang ker..hehe..Ubah gaya hidup pun boleh juga..contoh: start berjalan2 di padang,tengok pemandangan hijau..confirm hilang stress.

Ada sesetengah orang tu plak, bila stress je, suka makan..Stress=makan..hahah ini gaya hidup yang tak bagus..Kuikui Tapi aku suka je..Makan2..Asal tension makan..Uiii mana la berat tak naik..Hmm tak patut...Kene ubah ni..

Satu lagi cara aku nak hilangkan stress..haaa duduk depan pc, blogwalking dan update blog..bila aku menulis..aku rasa macam release sket tension, walaupun ntah apa2 yang aku tulis..Terpulang la kan..Lain orang lain gaya..

Time tulis ni pun tgh stress..Stop dulu la..tetiba kehabisan idea plak..

Saturday, January 22, 2011

KEPADA SEMUA SISWI YANG MASIH BELAJAR DI UNIVERSITI

(sumber: harian metro)

Berita ini memang boleh dijadikan pengajaran kepada semua siswi2 yang tengah belajar kat universiti sama awam atau swasta. Tugas utama anda adalah untuk belajar dan belajar. Paling utama anda dihantar belajar oleh ibubapa anda dengan harapan anda akan menjadi orang yang BERGUNA dan berjaya. Sekaligus ibubapa anda juga turut gembira.

Tetapi apa yang terjadi pada sesetengah siswi ni, nak ambil jalan mudah, nak hidup senang, dorang pergi memikat lelaki kaya sampai sanggup berkahwin, tapi dorang ni masih tak sedar apa yang dorang buat tu betul ke tak. Walaupun ada juga yang hidup gembira, tapi untuk yang bernasib malang, hah mula la jadi macam kes kat atas tu. Sudah la kahwin luar kawasan, tak daftarkan pernikahan, lepas tu ditinggalkan, diabaikan...Akhirnya sapa yang susah? Tambah malang lagi, pelajaran entah kemana, hidup pun jadi terumbang ambing.

Sebab tu sebelum buat sesuatu, kene fikir masak2 dulu..Apa buruk baik sesuatu tindakan. Jangan mudah terpengaruh dengan dugaan, mak ayah dok jauh kat kampung, jadi takde sapa nak larang apa yang kita buat.Memang tak ada larangan untuk berkahwin semasa belajar, TAPI cara tu kene la betul..matlamat tidak menghalalkan cara. Kalau betul2 niat nak kahwin, InsyaAllah akan dipermudahkan urusan, walaupun ketika tu anda sedang belajar..Tapi kalau kerana GHAIRAH nak hidup senang..Nak ambil jalan mudah...Hmm sila lah fikir2 kan untung nasibnya yer...

p/s: tak tau apa nak jadi dengan budak zaman sekarang..

Wednesday, January 19, 2011

STRESS

Sesungguhnya tika dan saat ini kepala aku rasa tersangat la berat...Rasa macam nak meletup pun ada...Macam2 benda yang aku fikir.. Banyak betul perkara yang nak dipertimbangkan...Arrggghhh tension nya....help help...

DAn aku amat2 memerlukan buku sekarang.. Bila tension tahap tinggi, aku nak baca buku..Supaya fikiran aku akan berfikir hal lain...Stop dulu fikir pasal masalah...

Dah reda..Baru fikir balik..Hmm

Monday, January 17, 2011

IBU DURJANA

Mengejutkan bila aku baca paper metro online pasal seorang ibu yang tergamak melihat anak kandung lelaki merogol anak kandung perempuannya sendiri sebelum diserahkan anak perempuannya tu kepada lelaki yang meminjamkannya duit( konon nak bayar hutang la) Memang ibu durjana aku rasa…

Entah apa lah yang merasuk fikiran si ibu aku pun tak faham..Dua sikap buruk yang aku nampak kat sini ialah: satu suka berhutang. Kedua, bodoh dan pentingkan diri sendiri. Katanya hidup miskin, jadi usaha la untuk teruskan kehidupan, bukan berhutang sana sini.. Benda macam ni memang logik la kalo fikir guna akal fikiran yang waras.. orang lain pun susah juga, tapi jangan sampai berhutang tak boleh bayar…

Aku tak faham juga apa punca sebenarnya si ibu tu suruh anak lelaki dia rogol abak perempuan dia sebelum dia bagi budak tu pada lelaki lain..Sampai skang aku dok fikir, tak ada ke secebis kasih sayang pada hati si ibu tu bila tengok muka anak dia?? Aku belum berkahwin,tapi bila aku ternampak budak2 dalam hati aku mesti terdetik..Ish2..comel sangat muka budak2 ni..bersih…Ibarat kain putih, mak bapak la yang mencorakkan warna kehidupan pada si anak.. Tu pandangan aku yang belum ada anak, sepatutnya pada perempuan yang dah memiliki anak, mesti la terlebih2 sayang lagi….hairan2…

Tapi memandangkan cabaran hidup kita di zaman sekarang ni, tambah menghairankan aku lagi bila mana aku terdengar alasan KLISE.. Melacur untuk teruskan kehidupan..Aku rasa mcam nak lempang2 jer muka perempuan2 yang cakap macam ni (memang hangit betul time aku tulis entry ni).. Tu bukan sebab ko tak ada pilihan untuk teruskan hidup, tapi ko sendiri yang tak nak amik pilihan yang lain. Pilihan yang lebih baik…Sebaik2 nya cari la kerja yang halal…Benda yang dah tentu2 tak bermoral dan boleh meruntuhkan maruah masih nak diikut tu kenapa?? Haha

Apa nak jadi la dengan masyarakat sekarang…Memang institusi kekeluargaan hari ni makin lama makin goyah la…Makin takut aku dibuatnya..

p/s: Sentiasa berdoa agar diri dan keluarga dilindungi Allah swt.

Sunday, January 16, 2011

BUKU: EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA

(picture dari google)

Aku baru jer beli buku ni semalam. Tak tahu kenapa aku beli..Mungkin sebab aku tengok drama Hani kat tv3 tu, ada tayang buku:Bercinta Sampai ke Syurga, tulisan penulis yang sama, maka aku jadi sibuk nak amik tahu pasal buku ni.

Seingat aku dulu2 aku pernah belek buku ni..Buku yang aku beli ni sebenarnya kompilasi 3buku yang pernah Hasrizal tulis iaitu AKu Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga & Murabi Cinta..

Jadi oleh sebab kecintaan aku kepada buku yang amat kuat..Haha lebih baik aku beli sekali kompilasi ni..Kebetulan kat MPH jusco tu tak ada pulak buku Bercinta Sampai Ke Syurga. Dan sehingga petang tadi.. Aku berjaya habiskan siri pertama: AKu Terima Nikahnya.. Masya Allah..Memang banyak pengajaran yang dapat aku amik dan moga2 dapat aku apply dalam hidup aku.. Sungguh, dulu2 masa aku belek2 naskhah ni, dalam hati aku berkata: apa la agaknya cerita dalam buku ni, tajuk pun macam nak nikah kawen jer..Tapi tu la..macam aku cakap sebelum ni...Sila la baca dulu kemudian nilaikan....

Esok2 aku nak sambung lagi baca.. Makin baca makin seronok dan nak tahu kisah selanjutnya. Malam ni mungkin dah tak sempat sebab letak je kepala kat bantal..Confirm lena...

p/s: Bertambah lagi satu buku..Kene beli kotak baru ni...

NASIB PENULIS..

Tersentuh hati aku bila tengok kat paper sasterawan Datuk Abdullah Hussain yang menangis gara2 novel tulisan dia Interlok yang dikecam hebat oleh ssegelintir masyarakat india. Sampai dibakar...Setelah 40tahun karya tu diterbitkan..kenapa lah baru sekarang jadi isu?

Aku bukan la mahir sangat2 dalam hal2 sastera ni..Tapi sebab aku minat membaca jadi aku tetiba terasa nk beli buku interlok ni dan baca.. Sebab kat paper mingguan hari ni, Datuk Abdullah tu sendiri syorkan kita mambaca dulu isinya baru menilai..

Memang kesian la dekat dia..AKu pun dapat rasa betapa terkilan nya dia bila karya dia seolah2 dimanipulasikan oleh pihak2 tertentu..Padahal dia berniat baik ketika menghasilkan karya tersebut..

Beginikah nasib penulis yang telah banyak menyumbangkan penulisan /berkongsi idea dengan kita semua. Setiap penulisan ada nilai tersendiri. Hanya orang yang betul2 peka yang dapat melihat nilai tersebut..

p/s: Berazam untuk mendapatkan satu naskhah Interlok ni..

HAK KANAK2..DIMANA LETAKNYA

Kes 1: Pagi tadi time aku nak sidai kain, aku ternampak sekumpulan kanak2 bermain bola sepak. Kebetulan dorang semua main dekat2 dengan ampaian kain aku. Hmm kalau tak kene gaya, ada kang bola yang tersepak terkena kain aku. Kotor la macam ni..Dah la baru basuh

Bila ditegur, jawapan dorang 'OK' . Tapi aku tengok still juga main2 dekat area tu. Dah ditegur pun macam tak ada respon. Bengkak juga hati aku.

Kes 2: Setiap hari aku balik dari kerja, dekat simpang nak masuk rumah aku,ada sekumpulan kanak2 main bola sepak. Dekat tengah2 jalan tanpa hiraukan keselamatan. Bila nampak ada kereta nak lalu jalan tu..semua ketepi TAPI..Still dekat2 dengan body kereta,malah siap boleh pegang2 body kereta seolah2 nak tolong tolak kereta supaya cepat jalan.

Budak2 sekarang dah tak takut dengan kereta. Kereta yang kene takut dorang. Ada ke patut??Tu belum masuk lagi dengan budak2 yang berbasikal seolah2 nak berlumba sesama sendiri..Kita yang drive kereta terpaksa pulak slow2 semata2 nak elak BASIKAL!!
-----------------------------------------------------------------------------
AKu ada baca beberapa artikel dekat blog dan buku tentang hak kanak2 yang secara tidak sedar kita abaikan. Contoh yang dibangkitkan: Persoalan masjid/surau yang tak mesra kanak2. Rata2 pengalaman orang kat luar negara bagitau kanak2 kat sana diberi peluang untuk sama2 masuk ke masjid /surau. BUkan la bermakna kat Malaysia ni kanak2 langsung tak boleh masuk ke masjid atau surau. Tapi harus diingat, masjid/surau tu tempat beribadat.

Kanak2 ni secara am nya memang la tak tahu apa2.Yang dorang tahu main2 & bercakap2.Tu belum lagi yang nangis2 hentak2 kaki. Kalau nak mesrakan anak2 dengan surau/masjid, ibu bapa PERLU memainkan peranan. Bila bawa anak2, ajar dorang adab2 masuk surau/masjid contoh, hormat orang yang bersembahyang,tak boleh buat bising..dan sebagainya..Ini tak ada ibubapa yang boleh lepaskan anak2 pergi surau dengan sendiri tapi dorang bukan datang nak masuk pun, tapi nak MAKAN jer..lepas solat kadang2 ada insan2 yang sedekah makanan kat surau,jadi ini la sebab kanak2 tu teruja nak datang. Ini dah salah konsep.

Jadi bila pagi tadi aku sound sekumpulan budak2 yang bermain bola kat kawasan ampaian aku(sama la time aku hon budak2 ni main kat tengah jalan) aku terfikir...Kanak2 macam ni..umur dalam 4-9 tahun..bukan tahu apa pun..Yang dorang tahu cuma main..Jadi bila semua benda yang dorang main/nak main/sedang main, kita sekat..Jadi dimana hak kanak2 tu untuk bermain??

Aku sendiri secara jujurnya bukan la bertujuan nak sekat apa yang kanak2 ni suka. Memang bagus kalo nampak dorang semua ni berkumpul bermain sama2.Secara tak langsung dapat memupuk macam2 nilai..Nilai persahabatan, nilai kerjasama...Tapi sebenarnya tempat dan masa yang tak kene gaya. Buatla sesuatu ditempat yang betul. Kembalikan hak kepada sesuatu yang berhak.

Contoh: Main bola di padang. Apa guna ada padang permainan, kalau kita tak gunakan kemudahan? Perhiasan? Daripada pertaruh nyawa bermain di jalan raya..Bila dah terlanggar...Ada kang yang meraung'Anak aku...Anak aku....'Nanti siapa yang susah...

Sekali lagi, peranan ibu bapa boleh dipersoalkan...Entah la...cakap lebih2 jawapan yang diperoleh: Biarla,apa nak sibuk2? bukan anak kau pun...

Kalau dah macam tu...(ayat kasar) esok2 kalau dah terbongkang kat jalan..baru kau tahu..Huh

Thursday, January 13, 2011

ENTRY LAPUK....

07012011 10.01am

Aku je yang tau betapa bengang nyer aku hari ni..haha sebab aku kuar rumah awal,pukul 7 pagi tadi,sepatutnya aku sampai parking awal la-macam biasa dalam kol 730 pagi. Sekali hari ni mana tau dekat kol 720 aku still dekat taman tun!! Memang bengkak giler hati aku ni..

Apsal la semua kereta slow..Dah la hujan renyai2..confirm la banyak kereta..Apa yang aku bimbang, kalau aku lewat sampai parking:

1) Aku kene parking kereta kat luar pagar which is aku lebih rela amik cuti dari datang keje then biarkan kereta aku kat luar.

2) Aku terpaksa park kereta aku kat bahagian belakang, yang ini aku rasa selamat sikit tapi aku jadi bengang juga sebab aku kene park kat belakang..AKu suka parking kereta kat line depan..(ada gaya mengada2 tak aku?)

JAdi hari ni aku sampai parking kol 745 pagi..Memang aku rasa kalau lambat sikit 5minit aku lalu jer la kat kilang tu..Datang kerja minggu depan jer la..Sebab aku ni memang ada perangai pelik sikit (mengada2 dan dah jadi tabiat) Tak boleh lewat sikit, nanti mood aku terbunuh.

Tapi kene fikir positif juga, aku baru sekali sekala tempuh jalan jem macam ni..(tapi setiapkali jalan jem pun aku patah balik rumah-malas nak datang kerja)..Sekarang ni pun idea jahat aku dah mula menghasut2..baru ingat2 nak amik halfday annual leave..

Entah la..kang nanti balik rumah pun tak ada apa nak buat susah juga..dah la lately ni internet slow connection kat rumah aku..Huhu

p/s: kerja kerja kerja…

( aku tulis lama dah entry ni tapi abru skang dapat publish..asyik2 luper je...Hmm )

Tuesday, January 11, 2011

PILIH KASIH

Hari ni cuti sempena Hol Almarhum Sultan Johor.Jadi pagi2 lagi aku berkesempatan tengok tv...(rasa macam hari ni hari ahad pulak) KEbetulan time aku tengok tv1 ada rancangan selamat pagi malaysia..Hmm aku tengok makin hari tv1 ni makin banyak pembaharuan..Memang kene la dengan tagline(tak sure la rasmi ke tak rasmi) makin ceria.. Hehe

Topik yang dibincangkan kalo tak silap, pilih kasih..Haaa ini memang topik yang hangat aku rasa. Pilih kasih dari aspek layanan ibubapa kepada anak2..Or datuk nenek kepada cucu.. Ye la, ada kes yang datuk2 nenek2 ni layan cucu yang kulit cerah baik sikit dari cucu2 yang berkulit gelap( erk boleh macam ni ehh), Ada kes juga yang mana ibu bapa melebihkan anak2 yang berpendidikan tinggi berbanding anak2 yang agak kurang dalam pelajaran..

Antara ulasan pakar perunding motivasi yang dijemput tu, kata kita kene perbetulkan keadaan ni andaikata keadaan ni terjadi pada kita. Ibu bapa juga kene beringat, yang tindakan ni memang salah, sebab dari pengalaman pakar perunding tu (dan dari apa yang aku baca kat mana2 artikel) tak semestinya anak yang kita sanjung2 tu bila kita susah nanti akan hulur bantuan kepada kita, sebaliknya anak yang kita layan lebih kurang la yang akan mendampingi kita saat kita susah.

MAcam tu juga datuk dan nenek main peranan, tegur la cara didikan anak2 mereka kepada anak2nya(cucu) jika mereka mengamalkan sikap pilih kasih. Sebab pilih kasih ni boleh membantutkan perkembangan anak2. Dan juga boleh menyebabkan anak2 ni membesar dengan cara tak sihat. Sebab tu la zaman sekarang ni kita dengar ada kes anak2 buang ibubapa..Apa punca nya? Mungkin antara faktornya adalah sikap ibubapa yang mengamalkan pilih kasih antara anak2nya. Tak boleh dinafikan fakta ni.

Memang ibubapa senang2 jer melabel anak tu sebagai derhaka ke, tak mengenang budi ke, sebab mengabaikan mereka bila tua. Tapi ada ke mereke fikir kadang2 sebab mereka juga lah anak2 boleh bertindak sedemikian rupa. JAdi sebagai peringatan kepada semua(terutamanya kepada aku juga) mulai hari ni, hargailah ibubapa kita agar esok2 generasi kita yang akan datang turut sama menghormati kita sebagaimana kita hormat ibubapa kita. Sekian..hehe

Monday, January 10, 2011

INSURANS LAGI..BERAPA BANYAK DA.....

HAri ni aku terima satu panggilan telefon, katanya aku terpilih untuk masuk skim insuran yang ditawarkan oleh ********..Dekat2 45minit juga la aku dok dengar orang tu menerangkan pakej yang dia offer.. Siap aku terpaksa pegang handphone sebelah kiri, tangan kanan dok menaip..Nak siapkan kerja punya pasal..

Kisahnya mamat ni dah cuba hubungi aku hari jumaat. Tapi aku bagi alasan aku tak ada masa nak dengar, memang time tu aku betul2 tak ada masa.Sebenarnya aku dah dapat agak apa mamat ni nak..Mesti nak promote something. LAst2 tadi aku terpaksa juga tadah telinga dengar..sebab kalau kita tak luangkan masa sikit garenti lepas tu akan ada panggilan susulan...Hmm

MAcam2 aku tanya dekat mamat tu..Beriya2 juga dia nak offer aku..siap ada soal jawab kesihatan lagi..Hmm aku layankan jer la..Berkali2 juga dia bagitau aku pakej insurans ni adalah pelengkap kepada life insurans & personal accident insurans aku..Erk...Aku jadi konpius...Berapa banyak da insurans yang aku nak ambil?

Tak faham aku..Last2 aku decide tak nak amik.Walaupun monthly murah cuma rm56 jer..Tapi aku rasa setakat ni cukup la dengan insuran yang aku ada...MEmang la malang tak berbau..Tapi berhati2 la kan..Sampai da nak dekat last conversation still mamat tu pujuk aku-kata rugi la kalau aku tak ambil..Jarang ada offer pakej yang serendah ni. Tapi nak buat macam mana, hati aku memang berat nak kata 'YA'..AKu still lagi teguh dengan pendirian aku-buat masa ni cukup2 la dengan insurans yang ada.

AKu siap bagitau mamat tu, nanti kalau aku berminat..aku akan pergi sendiri cawangan ****** untuk register..Last2 mamat tu terima la keputusan aku, tapi sempat pulak dia sindir aku-kalau cik rasa cik nak bayar rm250 lebih untuk amik pakej ni kat luar, tak apa la yer...Erk..dalam hati aku budak ni dah melebih ni..haha..

Tapi lterpulang la dia nak kata apa pun...Dia tak ada hak nak paksa kalau kita dah kata 'tidak'. Customer always right..Hmm

SANA SINI TENTANG AJL2010

Pagi tadi aku time kat opis sempat juga la blogwalking..AKu tengok rata2 tulis pasal AJL yang baru lepas ni. Macam2 topik la,ada yang tak boleh terima kemenangan ana rafali, siap aku jumpa kat blog mana tah, rupanya ada fan page kat facebook yang tak setuju dengan keputusan AJL..Ish2

Aku, bukan la penyokong si ana rafali ni, malah program2 hiburan ni aku pun jarang2 la fokus dok tengok..Tapi semalam sempat juga la aku tengok time ana rafali nyanyi tu(sebelum aku terlelap)..Lagu yang ana rafali nyanyi tu ciptaan sepenuhnya oleh ana sendiri..Wow maka duit hadiah tu tentu2 la jadi hak milik dia sepenuhnya..(haha berjuling2 mata kalau cakap bab duit)

Apa pun keputusan muktamad dan memang tak boleh dipertikai. JAdi kene lah terima kan.. Mungkin memang dah rezeki ana rafali nak menang..Banyak juga artis yang hebat2 masuk bertanding..Aku ingat sorang jer..faizal tahir..Yang lain entah sapa tah.. Pemenang kedua pun aku tak ingat siapa.

p/s: Aku, lebih rela tidur dari berjaga tengok rancangan macam ni sampai habis..Memang tu pun yang aku buat malam tadi..Ha ha

Sunday, January 9, 2011

KETIKA CINTA MEMANGGIL...

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa telah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku

Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Aku ada tengok satu cerita TV2 jangan bunuh matahariku..lagu tema dia lagi siti nurhaliza-tahajud cinta. Makin aku tengok cerita tu aku jadi suka dengan lagu siti ni. Aku bukan la peminat tegar siti nurhaliza walaupun aku membesar dengan lagu2 dia tu..Hehe tapi entah kenapa aku jadi teringin sangat nak beli cd album siti.

Bila aku beli album tahajjud cinta, aku dengar semua lagu yang ada dalam album tu.Dan aku jumpa lagu ni..Ketika Cinta Memanggil..Lagu ni nyanyiam opick tapi siti rakam semula.JAdi dua2 version pun aku suka..Lirik dia pun boleh tahan,melekat terus kat hati aku..

Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

SABTU AHAD..HMM

Lama aku tak update blog ni.Macam biasa selalu kalau online pun, aku cuma baca2 blog orang jer..Nak update blog sendiri..huh makin malas la pulak..Nak2 time aku xde mood nak menulis..

Sebenarnya ada entry yang aku dah taip siap2 jumaat lepas dekat opis. Tapi sebab aku sibuk aku jadi lupa nak save dalam pendrive or send attachment dekat email yahoo aku..Time aku jalan2 ke parking nak balik rumah baru aku teringat..Takkan la nak patah balik masuk opis semata2 nak save attachment..Tak ada masa aku..He he

Semalam aku sempat pergi carefour-Sutera Mall..Punya la ramai orang..Tak lama lagi Chinese New Year..so memang ramai sangat orang da start membeli belah.. Nak2 sekarang ni ada sale..Untuk certain barang jer la..Ada barang yang still maintain harga..Tapi biasa la kita ni kalau nak membeli kene la compare harga dengan other pasaraya..Sebab kadang2 barang sama tapi harga tak sama..AKu pun tak faham la macam mana boleh jadi macam tu..

Aku ada beli buku baru juga..Sebab aku memang tak ada plan pun nak pergi mana2..(MLD pun tak cakap apa2 dengan aku) so aku decide untuk beli jer buku mana tau kot2 aku boring ker...Nanti aku boleh baca buku..

Hari ni pulak aku sempat lagi jalan ke jusco taman universiti saja jalan2 amik angin..Orang memang ramai tapi aku tengok rasa2 macam nepal la banyak..Sebab muka ala2 cina tapi bila dengar cara dorang cakap..Haaa haram tak paham..hehe.. Tetiba terasa macam aku ni kat negara mana ya..

Malam ni ada anugerah juara lagu..Hmm agak2 siapa la yang menang ehh..Tunggu jer la nanti..haha aku pun nanti nak tengok tapi tak tau la mata ni boleh tahan ke tak..Letak je kepala kat bantal..terus hilang..nanti tv yang tengok aku..

p/s: esok kerja satu hari kemudian selasa cuti..alahai..apsal la kilang aku ni tak bagi staff dia cuti terus...kuikuikui ooo cuti ko nak, tapi keje ganti hari sabtu ko tak nak...=)

Wednesday, January 5, 2011

TERJUMPA KEKASIH LAMA-APA PATUT BUAT?

Apa perasaan korang bila terjumpa balik bekas kekasih lama?..Ada macam2 perangai orang dalam dunia ni. Bila putus cinta aku pasti dua2 pihak akan rasa sakit hati. Tak banyak sikit mesti ada punya la kan..Ye la bila kita suka sama suka semua indah belaka.

Tapi bila dah jadi tak suka, hah ada je point yang nak kita buruk2 kan si dia. Begitulah sebaliknya. Ada sesengah orang juga amik masa yang lama untuk rawat hati yang terluka. Ada sesetengah orang juga sekejap jer dah dapat pengganti. Ini terpulang pada pandangan peribadi seseorang tu terhadap cinta. Dan jangan pelik pula sebab ada orang yang memang tak boleh hidup tanpa cinta..(maksud aku cinta lelaki perempuan-kalo cinta kepada agama, cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul,itu sudah semestinya)

Jadi setelah bertahun berpisah, tiba2 di satu masa andai kata kita bertemu kembali dengan bekas kekasih kita, apa yang perlu kita lakukan?? Perlu ke kita elak untuk terserempak, berpatah balik guna laluan yang lain atau terus berjalan berselisih bahu tanpa berkata walau sepatah pun? Atau andaikata hubungan kita masih baik dengan dia, perlu ke kita sapa dia bila terjumpa?

Macam mana pulak kalau ketika kita terserempak tu kita dan dia sama2 sedang berjalan dengan pasangan masing2? Sedikit sebanyak mesti hati kita terdetik. Apa la akan jadi andai perpisahan tu tiada..Huhu..

PAda aku adalah lebih baik kita terus maju kehadapan tanpa sesekali menoleh kepada sesuatu yang mengingatkan kita pada benda yang lepas. Yang berlalu biarlah berlalu. Jangan nak kenang2 atau kesal2. Dah tak berguna.. Sesekali fikir positif dan ucaplah terima kasih kepada kenangan dan kekecewaan dulu sebab adanya kekecewaan dulu membuatkan kita lebih tabah dan kuat untuk hadapi hari2 yang mendatang.

JAngan sesekali simpan dendam dalam diri sebab nanti akan menyusahkan kita juga pada akhirnya. Sebab kita sendiri yang makan hati. Jadi, kuatkan azam untuk terus hidup dengan gembira.Tunjuk yang kita sebenarnya lebih bahagia selepas ketiadaannya.