Saturday, January 22, 2011
KEPADA SEMUA SISWI YANG MASIH BELAJAR DI UNIVERSITI
Berita ini memang boleh dijadikan pengajaran kepada semua siswi2 yang tengah belajar kat universiti sama awam atau swasta. Tugas utama anda adalah untuk belajar dan belajar. Paling utama anda dihantar belajar oleh ibubapa anda dengan harapan anda akan menjadi orang yang BERGUNA dan berjaya. Sekaligus ibubapa anda juga turut gembira.
Tetapi apa yang terjadi pada sesetengah siswi ni, nak ambil jalan mudah, nak hidup senang, dorang pergi memikat lelaki kaya sampai sanggup berkahwin, tapi dorang ni masih tak sedar apa yang dorang buat tu betul ke tak. Walaupun ada juga yang hidup gembira, tapi untuk yang bernasib malang, hah mula la jadi macam kes kat atas tu. Sudah la kahwin luar kawasan, tak daftarkan pernikahan, lepas tu ditinggalkan, diabaikan...Akhirnya sapa yang susah? Tambah malang lagi, pelajaran entah kemana, hidup pun jadi terumbang ambing.
Sebab tu sebelum buat sesuatu, kene fikir masak2 dulu..Apa buruk baik sesuatu tindakan. Jangan mudah terpengaruh dengan dugaan, mak ayah dok jauh kat kampung, jadi takde sapa nak larang apa yang kita buat.Memang tak ada larangan untuk berkahwin semasa belajar, TAPI cara tu kene la betul..matlamat tidak menghalalkan cara. Kalau betul2 niat nak kahwin, InsyaAllah akan dipermudahkan urusan, walaupun ketika tu anda sedang belajar..Tapi kalau kerana GHAIRAH nak hidup senang..Nak ambil jalan mudah...Hmm sila lah fikir2 kan untung nasibnya yer...
p/s: tak tau apa nak jadi dengan budak zaman sekarang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment