Monday, January 10, 2011

INSURANS LAGI..BERAPA BANYAK DA.....

HAri ni aku terima satu panggilan telefon, katanya aku terpilih untuk masuk skim insuran yang ditawarkan oleh ********..Dekat2 45minit juga la aku dok dengar orang tu menerangkan pakej yang dia offer.. Siap aku terpaksa pegang handphone sebelah kiri, tangan kanan dok menaip..Nak siapkan kerja punya pasal..

Kisahnya mamat ni dah cuba hubungi aku hari jumaat. Tapi aku bagi alasan aku tak ada masa nak dengar, memang time tu aku betul2 tak ada masa.Sebenarnya aku dah dapat agak apa mamat ni nak..Mesti nak promote something. LAst2 tadi aku terpaksa juga tadah telinga dengar..sebab kalau kita tak luangkan masa sikit garenti lepas tu akan ada panggilan susulan...Hmm

MAcam2 aku tanya dekat mamat tu..Beriya2 juga dia nak offer aku..siap ada soal jawab kesihatan lagi..Hmm aku layankan jer la..Berkali2 juga dia bagitau aku pakej insurans ni adalah pelengkap kepada life insurans & personal accident insurans aku..Erk...Aku jadi konpius...Berapa banyak da insurans yang aku nak ambil?

Tak faham aku..Last2 aku decide tak nak amik.Walaupun monthly murah cuma rm56 jer..Tapi aku rasa setakat ni cukup la dengan insuran yang aku ada...MEmang la malang tak berbau..Tapi berhati2 la kan..Sampai da nak dekat last conversation still mamat tu pujuk aku-kata rugi la kalau aku tak ambil..Jarang ada offer pakej yang serendah ni. Tapi nak buat macam mana, hati aku memang berat nak kata 'YA'..AKu still lagi teguh dengan pendirian aku-buat masa ni cukup2 la dengan insurans yang ada.

AKu siap bagitau mamat tu, nanti kalau aku berminat..aku akan pergi sendiri cawangan ****** untuk register..Last2 mamat tu terima la keputusan aku, tapi sempat pulak dia sindir aku-kalau cik rasa cik nak bayar rm250 lebih untuk amik pakej ni kat luar, tak apa la yer...Erk..dalam hati aku budak ni dah melebih ni..haha..

Tapi lterpulang la dia nak kata apa pun...Dia tak ada hak nak paksa kalau kita dah kata 'tidak'. Customer always right..Hmm

No comments:

Post a Comment