Sunday, January 30, 2011

KOS SMS LAGI TINGGI DARI CALL

Aku baru selesai check online bil telefon aku..Peh setiapkali pun mencecah lebih seratus..Walaupun masih dalam limit yang aku sendiri tetapkan(Over rm150 is NG) tapi bila sampai mencecah rm120 aku rasa nak tercekik juga memikirkan nya..haha Pakai mau,bayar tak mau..wakakaka

Bukan macam tu..Daripada aku belanja rm180 untuk prepaid, skang bila da tuka postpaid,cuma kurang rm60 jek.. Isk2 Ingatkan bole la bayar kurang seratus ke apa...Haha

Da banyak bulan aku cek, kos sms aku lagi tinggi dari call! Ini menunjukkan betapa pentingnya sms berbanding call..Mana taknyer..Asal boring sket je, msg MLD, boring=msg MLD, tambah plak MLD tu bukan ada keje sangat..Hahahah Satu sms=rm0.12,flat rate, bayangkan la kalau bulan ni kos sms aku dekat2 rm99! Hah berapa banyak sms dah aku taip?? Huish..

Hmm agak2 cemana eh nak kurangkan bil telepon bimbit ni? Terpegun gak aku bila rata2 aku tanya2 orang lain, kos bil telepon dorang tak sampai seratus pun..Alahai....

No comments:

Post a Comment