Tadi masa aku tonton NLKO, ada satu segmen yang aku perasan, tetamu dia kanak2 mangsa simbah asid oleh bapa sendiri! Memang kesian la bila aku tengok budak ni..Kecil2 lagi dah jadi mangsa bapa yang...err aku sendiri tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa..
Banyak juga kes2 simbah asid yang kita boleh lihat terjadi zaman sekarang ni, macam kes kat kota tinggi tu..Disimbah asid hanya kerana menolak cinta lelaki..Paling tragis, bukan saja disimbah asid, malah ditikam berkali2 sampai anak dalam kandungan terbunuh. Dan akhirnya mangsa simbah asid ni meninggal setelah sekian lama terlantar dekat hospital..
Biasa orang yang menyimbah asid ni, aku kira orang yang dah betul2 tak tahu nak berfikir dengan waras pada saat berlaku kejadian. Sebab kesan dari simbahan asid ni, bukan kita tak tahu-kebanyakan mangsa mengalami kecacatan kekal pada anggota badan yang terkena asid tu. Boleh jadi juga sebab orang2 ni dah lama sangat pendam kemarahan...Sampai dah tak tertanggung lagi..jadi nak amik jalan mudah, lepas kan kemarahan, terus simbah asid..
Persoalan nya, memang begitu senang ke kita nak dapatkan asid ni,maksud aku ada ke asid2 ni dijual kat kedai2?? Sebab nampak macam senang2 jer mereka2 ni sebab terlampau geram, amik asid, terus simbah...
Hukuman yang dikenakan pun paling tidak-penjara beberapa tahun, setimpal ke dengan penderitaan mangsa simbah asid ni yang terpaksa berhadapan dengan kecacatan kekal seumur hiudp?? Memang la keadaan ni boleh dibaiki dengan pembedahan plastik tapi berapa ramai plak yang mampu nak pergi buat pembedahan plastik ni?
Aku ingat kita kene gubal satu akta la untuk kes2 yang macam ni..Yang boleh melindungi hak2 mangsa simbah asid ni.. Betul tak...(fikir2)
No comments:
Post a Comment