Monday, February 7, 2011

AKTIVITI HARI INI

Hari ini isnin, tapi aku still cuti keje lagi..Kilang aku baikhati sangat cuti sekali 6hari(amik ko)..Erk tapi nanti ada keje ganti..

Jadi aku pergi la ke KWSP.Ni semua gara2 kiosk KWSP yang kat RHB bank tu la..Aku ingat nak print penyata tahunan KWSP,sekali amik kod pengaktifan untuk aku online je check..Mana tau sekali tak boleh print da..Entah kenapa tah..Kertas habis kot...jadinya terpaksa la aku mengerah ayah aku suh hantar aku ke KWSP..(almaklum la aku bukan reti sangat jalan JB ni..Heheh nama je dok JB)

JAdi sampai sana jer..Peh memang ramai yang amat orang2 kat sana, bukan setakat kat kaunter je..tapi kat kisok yang disediakan pun punya la panjang orang beratur.. Aku pun beratur la amik no..Sekali pakcik yang jaga nombor tu panggil aku..Punya la lemah lembut dia tanya aku apa urusan..(untuk memudahkan dia bagi aku no kaunter)..

Urusan aku pada hari ni ialah:
1) amik kod pengaktifan
2) letak nama pewaris KWSP
3) amik/minta dia print penyata tahunan(latest punya)

Jadi pakcik tu bagi aku satu no, pesan dia kat aku-kat kaunter ni awak boleh buat semua urusan tu..Dalam hati aku bagus juga..Bila aku check nombor,ada lagi 2 orang sebelum turn aku..Sekali lagi aku rasa lega sebab tak perlu tunggu lama...Hmm Mood happy..Haha

Bila no aku dipanggil, aku pun datang la kaunter..Mak aii..Punya la putih melepak mamat ni..Sekali lagi cakap pun lemah lembut jer..Alahai...Dia terangkan la semua nya kat aku terutama macam mana nak login kali pertama dalam web kwsp.

Lepas tu time dia nak settlekan penama KSWP aku..Form yang kene isi tu kene letak cop ibujari...Nak tak nak mamat tu terpaksa la pegang jari aku suh cop..Alahai..Lembut giler tangan dia..Hahahah Sebijik tangan pompuan...HAhah Adik aku da geleng2 kepala..Hahhah

Habis urusan aku pergi Plaza Angsana..jalan2 cari makan..ye ye jekk..Sempat la beli barang sikit dan makan mee rebus haji wahid tu..Hmm pastu balik..

Esok aku dah start keje..Setelah 6hari cuti..hmm Harap2 aku semangat la nak datang keje esok..Hehe

p/s: dah terbayang2 esok nak buat kerja apa..

No comments:

Post a Comment