Sunday, February 13, 2011

RENDAHNYA MARUAH SEORANG PEREMPUAN

KUALA LUMPUR: Mereka bukan wanita simpanan atau kekasih siapapun. Sebaliknya, golongan ini sekadar inginkan lelaki sebagai teman asmara atau ‘sex buddy’ untuk memenuhi nafsu serakah.

Itulah cara hidup ala Barat yang menjadi sebahagian gaya hidup wanita di negara ini. Golongan ini biasanya duduk sebumbung bersama lelaki pilihan mereka tanpa ikatan perkahwinan sah.

Wanita berkenaan hanya memilih lelaki yang sama-sama tidak inginkan komitmen, tidak mahu bercinta dan berkahwin secara formal. Seks hanya untuk memenuhi naluri dan nafsu.

Ini sedikit berita yang aku baca kat metro
AKu sendiri seorang perempuan-tak tahu nak kata apa tentang hal ni..Zaman sekarang ni semua orang dah macam tak takut dengan dosa.

Alasan serik dengan perkahwinan sekadar alasan..Mereka2 ni tak berfikir panjang sebenarnya, dan juga bertuankan nafsu. Aku malas nak ulas panjang2..Memang hidup ni hanya sekali, tapi jangan la kerana terlalu kejarkan keseronokan, matlamat menghalalkan cara..

Fikir2 kan la akibatnya..

No comments:

Post a Comment