Thursday, February 24, 2011

ENTRY TERTUNDA: REMUK2 SEREMUK HATI AKU

Hmm hari ni malang berganda2 bagi aku. Tapi aku percaya ‘Allah takkan memberati seseorang dengan sesuatu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya’

Tengah sedap2 aku drive nak pergi kerja,sekali kereta aku dilanggar.Betul2 dekat dengan kawasan tempat kerja aku..Memang hangit betul la. Habis rim aku, pintu keta aku,mudgad aku,paling teruk skirting keta aku remuk2..alahai…Huh memang tak guna btol yang melanggar tu.. Budak2 muda..

Macam biasa, aku rasa aku memang tak salah, tapi bila masuk balai,polis kata aku salah..Kalo aku hilang akal, memang aku dah menjerit2 marah kat situ(baca lagi: ini kalau) tapi yang sebenarnya aku dah malas, sebab keta aku pun dah remuk, so nak berbalah2 pun macam dah tak guna. Layan je lah pakcik tu..amik je la saman..nanti2 bayar-sebelum 28hb,dapat diskaun..

Hari ni juga banyak benda yang membuka minda aku.

Time aku accident tu, apalagi mesti la aku terkejut, terus park kereta tepi dan masing2 keluar dari kereta tengok kereta masing2. Lepas tu kitorang parking kawsan lain nak elakkan kesesakan kat area tu, time tu juga, aku nampak member2 satu tempat kerja aku pun berhenti juga nak tengok apa jadi..So dalam hati ada rasa sikit lega la..Sebab ada orang sekitar yang aku kenal..Memang tersentak juga la..

Aku memang belum ada pengalaman dengan polis. Tapi tadi dah terpaksa juga buat repot(yang mana aku kene saman-memang huh tak guna btol) Jadi aku pergi balai polis untuk buat report. Teruk betul balai polis.. AKu rasa macam tak percaya aku masuk balai polis. Entah persekitaran dia macam tak sesuai la. MAcam tak ada peraturan, time nak buat report pun, pakcik yang amik report tu pun alahai..Slow jer tanya..(taip pun slow-elok aku je yang taip)ha ha

Aku rasa diorang kerja kurang berperaturan. Bukan ke patut adakan system giliran masa nak buat report. Ini tak..Main datang jer..Lepas tu ,entah kerja main2 kot diorang ni,haa kang tulis lebih2 takut ada yang membaca dan kalo diorang tak setuju,nanti tak pasal2 diorang saman aku pulak(tapi ini kalau ada yang membaca entry ni.Aku tulis pun sebab aku punya suka la aku nak tulis apa..Huh)AKu paling pantang kalau orang kerja yang melibatkan orang ramai tapi buat kerja main2..Contoh yang paling dekat ialah kaunter2 bank ke kaunter2 klinik ke..Hah tu memang pantang aku.Jadi sila bekerja betul untuk mereka yang berkerja dibahagian hadapan(seperti ini)

Hari aku hari ni memang penat dan tak tau nak kata apa..Esok aku nak settlekan insurans pulak.

22 Feb 2011

No comments:

Post a Comment