Sunday, February 6, 2011

BUKU: CURAHAN KASIH SEHARUM SYURGAWI

(picture dari google)

Aku baru je selesai baca novel ni..Banyak yang berkisar tentang undang2. Novel ni bagus,secara tak langsung menambah pengetahuan aku. Dan lagi kalau tak silap aku penulis nya juga seorang pengamal undang2. Jadi memang wajar lah, menulis sesuatu yang berkaitan,sekali boleh berkongsi pengetahuan..

Sebagai contoh, hak yang cuba si bapa dapatkan keatas anak perempuan tunggal (dalam cerita ni). Apa yang boleh dilakukan..Melalui mahkamah ke atau perbincangan antara keluarga. Ini semua boleh kita rujuk la, andai kata sepasang suami isteri bercerai, macam mana kedudukan si anak tu tadi,untuk adil bagi kedua2 pihak..sama ada hak jagaan dibawah ibu dan si ayah diberikan hak lawatan ke atau sebaliknya.

Ada juga diselitkan persediaan yang perlu diambil kira sebelum mendirikan rumahtangga..haa bila aku baca ni, seolah2 macam aku pegi dengar ustaz bercerita la plak..

"Dan kahwinkanlah orang bujang lelaki dan perempuan daripada kalangan kamu dan orang yang soleh dari kalangan hamba2 kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya dan limpah kurniaan-nya lagi Maha Mengetahui."
Surah An-nur, ayat 32.

No comments:

Post a Comment