Sunday, January 22, 2012

BARANG TAMAT TEMPOH!!!

p/s: entry ni patut aku publish 20hb hari tu...dah terlambat rasa, tapi aku nak gak publish juga, sebagai tanda protes..huhu

Tiap2 hari dah terfikir nak update blog tapi bila malam, lepas BW plus tengok tv aku pun zzzzzz sampai la ke pagi.haish…

HAri ni aku nak cerita pasal perasaan sakit hati aku ni pada pekedai.

Semalam aku balik lambat, konon ada study class tapi mana tau ada benda lain nak kene follow up..Tak kira la study class ke or follow up benda, pengakhirannya tetap juga balik lambat dari biasa..ok.

On the way balik tu, aku drive jer macam biasa, orang kata rilek2 jer sebab tadi aku dah nampak adik aku balik, so tak de la aku rushing sangat nak kene arrange susun masuk kereta..

Jalan pun macam tak la sesak sangat. Biasa la time orang balik kerja kan, so faham2 la.Tiba2 teringin la aku nak beli roti. Konon2 nya nak makan hari esok (jumaat)..nak elak lapar kat opis..kadang2 boring juga aku makan kerepek, biskut…pastu telan nasi jual kat kantin..huhu Macam dah lama tak makan roti. So decide nak beli roti.Sampai kat kedai, memang dah tak terfikir apa dah…Ala kedai kecik jer..kedai runcit india muslim..Aku nampak roti gardenia yang waffle tu..Ada 4 perisa, banana, vanilla, blueberry, dengan gandum kot..Aku beli la semua empat2 perisa.

Dalam kereta sempat juga aku makan yang banana punya. Aku tengok expired date 27Jan, selamat la kan..bole makan..Nak drive balik rumah pulak, punya la banyak traffic light kene tempuh..memang habis dua ketul waffle tu..

Ok tu cerita semalam, hari ni aku bawak la waffle perisa vanilla dengan blueberry. Sekali bila nak makan, aku check tarikh luput…..Pergh dua2 da tamat tempoh!!!!!!

Tak guna punya kedai..Selamba jer jual barang yang dah habis tempoh..Memang tak guna betol…Serius, lainkali aku tak nak beli lagi dekat kedai mamak tu!!!!!

No comments:

Post a Comment