Tuesday, January 24, 2012

BERJENAKA

Sifat jenaka jika ada dalam diri seseorang itu, akan dapat membuatkan seseorang kelihatan menarik. Siapa yang tak suka dengar jenaka, ye tak. Dekat sekeliling kita ada banyak bahan yang boleh dibuat jenaka. Tapi bab2 berjenaka ni jangan la dipandang sembarangan. Kene juga tengok kene ke tak kene gaya jenaka kita.

Pertama sekali, bahan or subjek yang digunakan sebagai jenaka tu bersesuaian dengan masa. Paling penting jangan gunakan subjek sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah tukang buat jenaka tu..Contohnya macam jenaka berbaur lucah...Serius, aku kalau jumpa orang yang style buat jenaka lucah ni memang aku pandang rendah la kat dia..Menyampah aku nak layan.

Seterusnya,orang yang kita nak berjenaka tu..Seeloknya orang yang dah biasa dengan kita. Kiranya macam dia dah kenal perangai kita dan tau membezakan itu jenaka atau bahan serius.. Nanti tak la ada kes berjauh hati ke hapa.

Iyer la mulut ni bila sudah berkata2 kadang2 kita tak sedar, dengan tak sengaja je kita melukakan hati orang lain..Tu yang keluar pepatah, kerana mulut badan binasa..Jadi seeloknya kene control bila berkata2..

Moral of the story is: Kalau nak berjenaka, belajar la jenaka yang baik dan mendatangkan manfaat pada yang mendengarnya..Tak usah la sampai merepek merapu segala.

No comments:

Post a Comment