Sunday, January 15, 2012

BUKAN TAK NAK KAHWIN AWAL


Aku beli majalah pengantin edisi Feb 2012. Sejak akhir2 ni ter'rajin' pulak aku membeli..huish. Macam biasa, aku kalao baca, mesti sekali baca terus habiskan satu majalah. Kulit ke kulit beb..Khatam terus...Sebab banyak benda lagi aku nak baca, jadi untuk jimatkan masa, aku baca kasi habis one time.

Sampai kat ruangan bunga rampai, tulisan Abd Jalil Ali, aku jadi terkedu sikit.. Aku kira itu adalah tulisan atau luahan atau pemikiran atau pendapat orang yang dah lama makan garam..Of course la kan...Dah banyak lalui pengalaman pahit getir kehidupan, semestinya idea or tulisan dia memberikan message yang bermakna pada yang membaca.


Dalam tulisan tu, antara yang disentuh, kisah orang tua yang sudah berumur 50an atau 60an yang masih belum bermenantu dan bercucu. Hmm biasa la kan, time2 macam ni kalao jumpa kawan2 lama mesti la soalan wajib ditanya, dah kahwin ke belum.. bila nak kahwin..Anak dah berapa..dan sebagainya lah..

Percaya lah bila kite terjumpa lagi kawan2 kita dalam 10 atau 20 tahun lagi, soalan yang ditanya pulak, dah menantu ke...cucunya berapa...Hmm orang melayu kan...terlalu mengambil berat...Klise.

Penulis tu pun mengalami situasi yang sama, dimana kawan2 seumurnya semua sudah bermenantu dan bercucu.. Penulis nampaknya belum ada rezeki dek kerana anak2 yang sibuk membina kerjaya.. Tapi penulis tu mengaku juga, antara sebab dia lambat dapat menantu adalah kerana dia pun lambat kahwin dek terlalu kejarkan cita2...

Betul juga, kebanyakan orang yang dah ada anak dan menantu awal sebab dorang ni semua kahwin awal..Sebab tu di usia yang dah cecah 50an, anak cucu dah berderet!

Macam aku, umur macam sekarang ni tapi masih belum kahwin, bukan kerana saja suka2 tak nak kahwin, bukan nak elak dari kahwin awal, ada banyak faktor yang mempengaruhi..Apa pun kene la akur pada ketentuan takdir dan jodoh, bukan la tak ada usaha langsung, atleast i'm trying.

Sapa tak tersentak, bila tengok status kawan2 or picture dorang dengan family masing2..muka anak dorang yang comel2..tambah tersentap bila terpaksa menjawab face to face soalan sedara mara, kaum keluarga, kawan2 semua..Tak apa la kan..anggap jer la mereka2 ni caring pada kita...Klise ok..(Dalam hati menyampah tahap tinggi)

Banyak tanggungjawab yang nak difikirkan, banyak lagi yang belum tertunai (selain berkahwin)..Tak apa, capai impian dulu, kejar apa yang patut dikejar(untuk kepuasan diri), bila dah ready...baru la fokus ke arah itu..

Tak dinafikan, memang ada untung kahwin awal, tapi percaya lah, setiap orang cerita hidupnya lain2..Orang yang kahwin awal, memang dah ditentukan takdirnya macam tu..Dan bahagianya datang dulu(tapi siapa kata orang yang belum kahwin tak bahagia?) Jadi, takperlu lah terlalu membangga diri bila dah berkahwin dan berkeluarga, sebab perjalanan kita masih jauh lagi..dan banyak yang kita kene tempuhi.

p/s: tahun ni, aku dah ready nak jadi isteri orang..=) InsyaAllah. Aku impikan tema warna macam aliyah pakai dalam cover pengantin tu..Teal Vs Black.

No comments:

Post a Comment