Monday, January 23, 2012

MAJLIS KAHWIN IMPIAN

Cerita tentang majlis kahwin impian, pening juga aku memikirkan...Tiap2 kali pergi kenduri kahwin, aku mesti terdetik dekat hati...Nanti majlis aku macam mana la agaknya..Huhu

Aku sendiri sebenarnya nak yang simple2 saja..Paling penting yang dapat jimatkan kos..ha ha Bukan apa, aku rasa kehidupan selepas kahwin la yang paling getir sekali...Mana nak memulakan hidup baru...nak cari rumah, nak beli2 barang rumah..Ish3...

Lepas tu, start dari sekarang, kene berjimat2 guna duit gaji...Sebab nak kene biasakan hidup lepas kahwin nanti..Tak kan la nak harap si suami jer yang tanggung semuanya..Aku ada dengar cerita kawan2, yang mana dorang share dengan pasangan dorang pasal kewangan ni.

Contohnya ada pasangan yang, suami bayar bil2 rumah, ansuran rumah, isteri tanggung duit baby sitter anak, belanja dapur sikit2...Hmm ada juga pasangan yang share semua hal dalam keluarga..Bil2 bahagi dua, belanja dapur bahagi dua, semua perbelanjaan bahagi dua..Kasi adil dan saksama..Hmm bagus juga kan...

Oppsss dah melalut pulak..Lari tajuk neh..
Pasal majlis kahwin aku, aku membayangkan suasana simple jer..Lepas akad nikah, terus makan2...Hmm Perlu ke majlis sanding? Hmm kalo sanding pun rasa tak mau la adat merenjis2 bagai..Sanding atas pelamin hanya untuk bergambar2 jer dengan family or kawan2..
Hmm bole ke tak eh..Kene discuss dengan MLD ni...Rasanya MLD ikut jer pendapat aku..Ha ha
So sekarang rilek2 dulu still boleh fikir2 lagi, start bulan february baru kene fokus betul2 untuk majlis kawin nanti..

Moga dipermudahkan semua urusan nanti.Insya Allah.

No comments:

Post a Comment