Rupanya outlook dan appearance sesuatu produk tu amat penting.
Ini cerita aku. Tadi baru aku perasan. Ok. Sebab aku tak nak la reveal nama kedai, lepas tu nanti kang ada yang kata aku buruk2 kan nama kedai pulak..
Ada dua kedai. Kedai A dan kedai B. Aku pengguna losyen tegar. He he Setakat ni banyak la juga brand yang aku dah guna. Antaranya Johnson, Body shop, Garnier, Avon, Vaseline..Dalam banyak2 tu, Garnier adalah pilihan utama..Dulu2 sebelum ada Garnier, aku guna Johnson. Sekarang Johnson kat tempat no dua..Ceh..
Baru2 ni losyen Garnier aku tu dah habis..Sekarang aku style beli botol kecik jer, senang nak hangkut ke mana2..Letak jer dalam handbag, kalo beli yang besar, nak letak dalam handbag, tau malu pulak..huuu
Aku pergi la ke kedai A. Cari punya cari, belek punya belek, pusing punya pusing..Tak jumpa..Aikk kenapa tak ada jual botol kecik ni? Hanya botol besar jer yang ada..Mana boleh jadi macam ni, tanya pekerja kedai. JAwapannya stok tak ada untuk losyen Garnier botol kecik..Yang botol besar ada pulak..Huh Terpaksa la aku beli losyen Johnson..Kira ok la tu kan..pilihan kedua aku..Yang penting ada losyen..hmm
Bila aku pergi ke kedai B pulak, masuk2 dan ternampak berbotol2 losyen Garnier kat rak..Botol kecik pulak...Aish..cemana ni..dah terbeli Johnson takkan nak juga beli Garnier...PAkai kasi habis dulu baru beli lain..Aku jenis macam tu..Dah habis baru tergesa2 nak pegi beli.
Bila aku datang dekat ke rak tu, dan pegang2 botol losyen tu...BERHABUKK..Aku tengok kesemua botol pun macam tu, semuanya ada habukk..hmm terus tak jadi aku nak tengok2 lagi..Walaupun manufacturing date dia masih baru beberapa bulan, tapi oleh sebab benda tu berhabuk, hmm aku kira setiap pelanggan yang datang pun mesti berfikir dua kali...
SO moral of the story, kepada pekedai2 or pekerja2 kedai, sila beri perhatian kepada barang jualan anda..KAlao boleh biar satu habuk pun tak ada..KAng pelanggan lari..He he
No comments:
Post a Comment