Wednesday, August 26, 2015

TERIMA KASIH ATAS FEEDBACK YANG SUPER BAGUS!!

Okey sebelum fikiran aku melayang-layang entah ke mana. Meh la aku nak share perasaan lagi. Amboi asyik-asyik share perasaan, ha ha padahal memang kat blog je la selama ni dok luahkan semua rasa bagai. Ok ok. Aku nak ucap terima kasih pada semua customer yang support bisnes aku. Walaupun aku cuma agen yang biasa-biasa jer. Agen yang baru nak menapak, kata orang.

Aku happy sangat bila barang yang aku jual, orang suka dan bagi feedback yang bagus-bagus. Yippy Hoorreyyy. Aku happy bila masing-masing kata masalah dorang berkurang or hilang bila guna produk seqybeauty atau minum alovera gel. Alhamdulillah rasa lega dapat bantu kawan-kawan walaupun kita pertama kali kenal. 

Antara testimoni seqybeauty yang terbaru aku dapat, dengan berbesar hatinya aku nak up dekat blog: lain-lain testimoni silakan refer dekat IG. 




Untuk aloevera gel pula, antara testimoni yang aku dapat:




Aloe Vera Gel ni sangat-sangat membantu dalam proses DETOKS. Sebelum ambil apa-apa supplemen, elok la detoks badan kita dulu. Baru kita boleh serap khasiat dari supplemen yang kita makan.

Okey malam tadi sempat la aku COD seqybeauty. Customer beli set skincare untuk anaknya. Wah bukan main happy lagi bila jumpa. Bercerita macam dah kenal lama. Aku pun happy dapat tambah kawan baru.

Okey lastly aku harap penglibatan aku dalam bisnes ni berpanjangan. InsyaAllah.
Semoga lebih ramai orang lagi yang aku dapat bantu. Dah, stop entry dulu..

p/s: aku ada hutang satu entry untuk kawan aku-hidayah. Nanti kalau rajin, aku up entry untuk ko eh.

Saturday, August 22, 2015

PENDEK, TINGGI.

Ok masa aku baca ni, aku dah gelak-gelak.


Cakap pasal tinggi, pendek ni kan. Nak cerita kat sini. Ada satu hari tuh, aku dengan encik suami tengah beratur beli ayam goreng uncle bob.

Lepas tu aku dengar ada satu budak bagitahu dekat mak dia sambil tunjuk dekat encik suami-panjang katanya.
Ha ha emak dia kata bukan panjang lah, tinggi. Dia salah guna perkataan. Ha ha ha

Hmm personal opinion aku, memang wajar la kita pilih suami tinggi dari kita kan. Senang mintak tolong nak capai barang. Eh tapi bukan la macam ayat kat atas tu. On purpose nak sorok kan barang. Ooo mentang-mentang la wife rendah tak sampai, suka hati je eh nak sorok barang letak tempat tinggi? Ini boleh menimbulkan kemarahan tau.

Ok tutup cerita. Hari ni aku patut pergi kenduri kahwin sepupu aku dekat pasir gudang.
Tengah tunggu encik suami balik ni. 

Mata da mengantok pulak. 
Tidur best ni.
Okey bye.

Wednesday, August 19, 2015

BILA DAH JADI PENJUAL ONLINE...

Semakin lama makin lupa nak update. 
Sebenarnya tak pernah lupa pun.
Tapi kekangan masa. Alasan lagi kan. Klise.
Kali ni nak bercerita perihal perubahan diri sejak TERJEBAK ke kancah BIZ online.
Okey.

Buat masa skang ni aku dah start dua bisnes online.
1. Jual Seqy beauty product-bbcream, skincare, sakuramask
2. Jual Aloe Vera Gel- Forever living company.

Entry kali ni aku pun tak nak la cerita panjang tentang kebaikan or apa details info pasal produk yang aku jual. Cuma nak berkongsi rasa.
Sebelum ni aku biasa je beli barang dari online seller. Tudung. Kain Pasang. Baju muslimah.

Kita sebagai pembeli, hanya tau pilih, lepas tu tanya barang ada stok lagi tak. Lepas tu bayar dan tunggu tracking number. Senang je kan..

Tapi bila diri sendiri dah jadi online seller, barulah ku tahu. Ada banyak benda yang nak kene fikir.
Modal.
Stok.
Iklan, iklan, iklan
Postage arrangement.
Follow up customer-aftersales service, kumpul testimoni.

Hah gitu lah. Paling tak best sekali, MASA yang perlu dikorbankan.
Ha ha siap cakap tak best lagi tuh.
Betul. Semua altiviti tu memerlukan MASA. Kene bijak curi masa, atau slot in mana-mana masa yang ada.

Oleh sebab semua biz ni, aku kene keep stok. So kekerapan post iklan tu memang penting la. Supaya stok kita tu bergerak, takde lama sangat menunggu buyer kan.
Keep promo, promo dan promo.

Syukur juga buat masa ni, urusan postage untuk aloevera gel, adik aku yang tolong.
Since dia ada banyak masa free kan, aku cuma perlu iklan dan buat sales saja. 
Apa yang kita mampu buat, kita buat. Apa yang kita tak mampu buat, kita bagi-bagikan task.

Tapi untuk seqy beauty product, aku masih handle kesemuanya. Since ada customer yang lebih prefer COD. Aku tak kisah pun. Sebenarnya lebih happy jika dapat jumpa customer face to face. Sebab senang, semua pertanyaan aku boleh jawab terus, tak payah la nak tekan-tekan hp.

Bila difikir-fikir rasa happy juga sejak buat biz online ni. Disamping dapat kenal orang baru, bole tukar-tukar pendapat. Hah gitu la.

Okey ni entry da tertunda bape lama kot. Asal nak tulis jer mood takde, asal ada mood jer, buat benda lain.

Okey bye. Stop sini dulu kang sambung nanti.

Monday, August 10, 2015

PERMAINAN ATAS TALIAN.

Amboi tajuk pun semua nak ada perkataan talian.
Last entry  'Penjual dalam talian'

Kali ni 'Permainan atas talian' 
Sayang bahasa melayu sangat.
Pencinta bahasa okey..

Kadang pelik dengan generasi zaman sekarang, 
Semua perkataan nak di pendekkan.
Hmm akak ni orang zaman dulu dik..
Sila la tulis dengan bahasa yang mudah difahami..
Ehh..Tercerita hal lain pulak.

Ada tak sesiapa kenal game ni?
Aku perasan encik suami suka nau main game ni.


Tak tahu apa yang best #takpaham.
Jadi weekend lepas, tup-tup ada perasan game ni kat TV??
Kat TV hoi, jangan main-main.



Layan juga la. Dah minatnya memang ke situ kan..
Entah apa yang syok pun tak tahu..
Hanya kaki game je yang faham.

Okey tu je nak tulis daaa...

p/s: Mode boringnya keje hari nih.

Friday, August 7, 2015

PENJUAL DALAM TALIAN.

Hmm nak cerita something. 
Maybe bad experience la.

Aku ada jual produk baru.
Aloe Vera Gel by Forever Living Product.
Amik gambar kat tangga pun jadi.


Kelmarin aku dapat 3 order.
So bungkus siap-siap.
Lepas tu on the way pergi kerja.
Singgah la pejabat pos.

Sampai turn aku jer.
Pakcik pos tu cakap, barang ni boleh pecah ni.
Kalau pecah jadi tanggungjawab pengirim.
Aku angguk-angguk saja lah.
Disebabkan aku yakin barang akan sampai dekat customer.
Dalam keadaan okey.
Aku pernah pos barang sama seblom ni.
Melalui pejabat pos lain.
So far, takde masalah.

Then after pos, as usual la.
Sebagai online seller.
Next job ialah follow up dengan customer.
Barang da dapat ke belom? 

Satu customer reply aku.
Kak, barang da sampai.
Baru aku nak ucap syukur sebab barang dah selamat.
TAPI....
Eh ada perkataan tapi la pulak..
Botol pecah...


Ya Allah..
Pertama kali okey. Berdepan masalah ni.
Nasib customer jenis yang faham.

Okey okey takpe dik. akak ganti.
Akak minta maaf ya..
Nanti akan dapat tracking number baru.

Tinggal sikit jer pati aloe vera tuh.
Sungguh tak sangka.
Customer siap hantar gambar lagi.
Alahai.. sikit je balance.


Mungkin silap aku juga.
Sebab aku just balut pakai plastik dengan paper.
Aku belom ada bubble wrap.
Dan kebetulan nasib tak baik.

Kebetulan juga aku teringat pakcik kaunter pos.
Masa dia cakap barang ni boleh pecah.
Dia memang tengah proses parcel customer yang pecah ni la.
Huh. 
KEBETULAN.
Tak pe la.
Anggap ini pengajaran.
Jangan fikir yang bukan-bukan.

Okey habis dah cerita.
Meh layan muka orang tengah bengang.
Sebab JEM.
Banyak sangat kereta gamaknya.


Sudahnya lambat masuk opis.
Eh da kene sound pun masih buat dek jer. Bye.

Thursday, August 6, 2015

DUA CARA NAK BELI SEQYBEAUTY

Aku da upload dalam instagram.
Tapi macam best je if update blog juga.
Lagipun blog pun hampir-hampir terabai.
Tak nak lah macam tu kan.

Jadi meh la kita cerita macam mana nak beli seqy beauty product dari aku.
Ada dua cara. 
Yang pertama: melalui pos.


Biasanya hari bekerja. Isnin-Khamis, aku boleh buat postage hari-hari.
Sama ada pagi-pagi pukul 830 pagi atau pukul 12 tengah hari.
Tapi dengan syarat, kena confirm order dan bank in selewat-lewatnya tengah malam pukul 12. 
Atau kalao nak order pagi-pagi kene order awal dan bayar sebelum pukul 11 pagi.
Order awal tu maksud sebelum aku pergi kerja yer. So aku akan bawak siap-siap barang ke opis. Once da confirm bank in,  (before 11am), aku terus pos pukul 12.
Oh lupa, cut off order belah pagi ni, pukul 8 pagi yer.

Dimaklumkan, jumaat dan sabtu adalah cuti umum untuk kerajaan johor. 
Jadi hari jumaat, takde postage.
If order jumaat, barang akan pos hari sabtu.
Hari sabtu ahad biasanya aku pos dekat pejabat pos laju. So takde masalah.

Ok cara kedua.
Cash on delivery.
Aku pun paham. Ada sesetengah orang yang nak jimat kos pos. Yer la. Kadang dekat je kawasan, dalam area JB tapi sebab aku tak dapat nak hantar area sana, terpaksa lah pos.
Maka kalao nak beli cash on delivery.


Malam-malam hari bekerja hanya boleh COD dekat McD setia tropika sahaja.
Balik kerja pun da pukul 7, so itu je tempat yang paling okey.

Kalau weekend, Insya Allah. Kita boleh arrange kat mana-mana yer.
Yang penting contact dulu untuk order. 
Okey, actually ni entry separuh da tulis semalam.
So hari ni continue dan publish.
Busy betul hari ni..
Stop dulu la. Bye.

Tuesday, August 4, 2015

SENTAP SANGAT.

Cerita baru.
Update blog sebab tadi terjaga dari tdo.
Teringat kain dalam mesin. 
Teringat hp yg tengah charge. 
Sebelum lelap tadi ada dengar bunyi msg masuk.
Wassap dari potential customer.
Lepas tu terlena.
Mengantuk sangat ler.
Okey sekarang segar sket.
Tapi kain tak tahu nak sidai macam mana.
Sebab nak naik atas sidai, tetiba rasa macam takut.
Seram kat rumah sendiri. Hampeh.
Esok pagi je la sidai.

Nak share, macam mana la agaknya
bila ada kaki penyibuk dekat
ofis?
Sibuk nak tau kita buat kerja apa.
Sibuk nak compare workload banyak mana.
Sibuk la dari segala segi.
Eee tak suka betul.

Lain orang kan lain jobskop. 
Handle project lain-lain.
Ini ada orang style sibuk nau nak tahu apa kerja kita buat.
Macam bagus la dia ni..(konon)
Jadi orang tu jangan la sampai buat orang lain menyampah kat kita, boleh tak?
Jaga jer lah kerja kita.
Banyak sangat masa dia nak check apa kerja orang lain?
Aku memang sentap la.
Sampai sekarang tak hilang.
Okey malas layan sakit hati.

Last week sabtu aku attend dua wedding.
Satu wedding adik bestfriend aku.
Sebab tergesa-gesa. 
Tak dapat bergambar dengan pengantin.
Amik gambar dengan kakak pengantin pun jadi la. 
Memang tak puas bergambar dengan dia nih.
Dah la jarang jumpa.


Lepas majlis, gerak pulak ke wedding kawan sekolah aku. Bergambar sakan dengan kawan-kawan satu kelas. Ala-ala mini reunion.



Happy sangat jumpa kawan lama.
Tahniah dan selamat pengantin baru untuk Yati dan Baizah. Nama pasangan lelaki aku luper yea.

Semoga rumahtangga diberkati dan kekal hingga ke anak cucu. Amin.

Saturday, August 1, 2015

MAKAN MALAM.

Sementara ada masa sikit ni.
Elok la aku draft entry.
Hari ni aku ada dua undangan majlis kahwin.
So sebolehnya aku nak pergi dua dua tempat. 
Sebab masa aku kahwin 2012 dulu, dua dua orang ni datang dan jumpa aku. 
Maka meh la berbalas kunjungan. He he.

Okey semalam ada rajin sikit. 
Pagi sebelum gerak pergi kerja.
Sempat la masak nasi. Sekarang masak nasi da senang.
Eh sejak encik suami belikan periuk nasi baru.
Jadi malam tadi aku masak.
Nasi goreng cina. Letak udang.


Goreng ayamas jer.


Jadi la kan. Rezeki yang ada, terima saja la.
Sebenarnya da bape kali juga aku tapau makanan sebelum sampai rumah. Tapi sesekali boleh, kalo hari-hari hmm nipis la poket yang dah memang sedia nipis. Hahaha

Oh aku nak cerita pasal satu kedai makan.
Sate wak radol dekat setia tropika.
Ini bukan kali pertama aku terkena. 
Dan ni juga bukan entry nak kondem kan bisnes orang.
Sebab aku da makan sate wak radol dengan favourite menu aku, mee bandung sedari kecik lagi. Almaklumla dulu aku duduk dekat je dengan warung wak radol kempas tuh!! Siap boleh jalan kaki jer beli sate.

Aku sendiri tak faham apa masalah orang dekat kedai ni. Sekarang aku rasa macam nak bann je warung sate wak radol setia tropika.

Kali pertama aku kene bila mee bandung yang aku pesan tak sampai-sampai. Encik suami siap da habis makan pun. Hot betul. Aku terus cancel order. Bayar dan balik. Bape bulan juga aku bann kedai ni.

Kali kedua pulak, aku datang lagi. Ingat ada la perubahan ke apa rupanya servis sangat la lambat (lagi). Teramat lambat hoi.. Orang dah makin ramai. Aku dah jeling-jeling budak pelayan dengan cashier sekali. Berulang kali juga la cashier pergi tengok belakang if menu aku dah siap ke belum. Order mee goreng je pun. Siap tapi lambat. Keluar kedai dengan muka ketat je. Cashier berulang kali juga minta maaf.

Kes yang terbaru. Kitorang takde plan nak makan luar. So sampai rumah aku rasa penat dan malas. (Ini semua salah drama yang petang petang tayang kat tv3 tu-Syurga Nur.) Jadi pukul 8 keluar juga la pergi tapau makanan. Tak disangka encik suami belok hala ke wak radol setia tropika juga!!!!!!
Seperti yang dijangka. Servis sangat lambat. Paling teruk cashier takde!!!
Tengok-tengok tukang masak ke apa yang pergi duduk kejap kat cashier lepas tu pergi belakang balik, back to work.
Ai is cannot tahan okey. 
Tak cukup pekerja is not my problem.
Pergi la hire orang ke apa atau find another solution la.
Menyusahkan.
Malas nak tunggu lama sebab aku nampak orang memang tunggu lama depan cashier masa nak bayar. Terus je aku sound. 
Kata aku nak cepat dan aku memang bayar ngam-ngam takde baki!!!!!!
Gila teruk la servis dia. Memang aku tak recomend makan kat wak radol setia tropika. Pergi makan sate kat tempat lain sana.

Kes kes macam ni buat kan aku rasa, masak sendiri lebih baik.
Dari beli tapi buat sakit hati jer. 
Baik baik lapar terus jadi tak lapar.

Tapi apakan daya. Aku manusia. Kenkadang malas menguasai diri.
Hmm.
Okey la macam panjang je entry ni. 
Sambung nanti. Daa..