Tuesday, January 31, 2012

HAISH TENSION SUNGGUH

Hobi aku tiap2 malam adalah blogwalking..Saja suka2 nak baca..Blog..banyak benda kan kita boleh dapat.

Tapi aku paling tak boleh tahan bila bukak blog, ada bunyi lagu kuat2....Dari aku nak baca entry dia terus jadi tak baca..Pergh..tak faham..

Memang la terpulang pada owner blog nak letak lagu ke tak..tapi kalau lagu tu dah memekak, buat sakit telinga jer la. Memang tension aku dibuatnya..Sebab aku bukan style yang open satu link jer..Dalam satu window aku open banyak2 link..Bila ada antara blog yang bukak lagu...Aku jadi pening nak cari lagu tu dari blog mana. Terpaksa aku cuba jaya...Dan finally, terus tutup semua, habis cerita.

Hmm : orang ni, bermacam ragam dan kerenah.

Sunday, January 29, 2012

SURVEY HARI NI

Minggu ni terasa penat. Cuti CNY sampai khamis, duduk rumah jer..penat. Lepas tu start kerja jumaat...Kemudian terus kerja sabtu-kerja ganti, penat juga...Tadi aku pergi pameran pengantin kat angsana...jalan2, penat lagi..ha ha bila nak pulih perasaan penat ni..kuikuikui merepek.

Pameran pengantin, aku dah pergi dua kali (termasuk kali ni). Tapi kali ni aku hangkut encik tunang sekali, kene la buat decision sama2..ye tak..Hmm banyak la booth, macam tahun lepas. Aku amik semua pamplet yang ada.

Balik rumah siap aku compare dengan tahun lepas punya pamplet(sama bridal). Ada yang sama jer harga dia, ada juga yang beza sampai RM1k. Tahun ni harga naik sikit.(tang ni le rasa rugi plak tak booking awal dolu2) Ha ha

Sempat juga singgah booth kad kawen. Beli kad kawen, siap ada free paper bag lagi. Dengan bunting. Hmm bagus juga dapat paper bag free..Bole letak doorgift dalam tu. Tak payah susah2 aku nak beli brown bag & doily paper bagai..Hmm tu kene reconsider balik.

Pakej pengantin tu aku kene rearrange balik.Apa yang aku perlu, apa yang aku tak perlu. Kene fikir betul2..sebab..ha ha nak cost down of course. Tak nak la berlebih2 belanja nak kawen ni..Kang nak memulakan hidup baru, lagi banyak pakai duit..Sudah la tadi encik tunang kata nak buat rules baru...sebelum ni biasa orang cakap, 'duit isteri duit isteri, duit suami pun duit isteri'..ada ke dia nak tukar jadi 'duit suami duit isteri, duit isteri duit suami' hmm pening kepala aku..ha ha

Tetiba aku terfikir, baju nikah sesuai buat sendiri ke or pakai baju bridal? hmm fikir2..

Thursday, January 26, 2012

BUKU & JALAN2 CUCI MATA


Kadang2 tak paham dengan diri aku, beriya2 menahan diri dari beli novel baru...last2 aku terbeli juga. Ini bukan kes terbeli..beli on purpose..he he
Semalam masuk badan cemerlang angsana, tak bole tahan betul..NAsib aku dapat tekadkan diri beli satu buku jer..Kalau tak..habis la.huish

Dekat angsana skang ni tgh giat orang2 pasang booth untuk pameran pengantin.Wow. Stat 27hb, hmm apasal la tak start hari ni ker...Time2 aku cuti tak de buat apa, boleh la aku pergi survey2 lagi..Tapi tak pe...Hujung minggu ni aku mesti pergi...

Tuesday, January 24, 2012

BERJENAKA

Sifat jenaka jika ada dalam diri seseorang itu, akan dapat membuatkan seseorang kelihatan menarik. Siapa yang tak suka dengar jenaka, ye tak. Dekat sekeliling kita ada banyak bahan yang boleh dibuat jenaka. Tapi bab2 berjenaka ni jangan la dipandang sembarangan. Kene juga tengok kene ke tak kene gaya jenaka kita.

Pertama sekali, bahan or subjek yang digunakan sebagai jenaka tu bersesuaian dengan masa. Paling penting jangan gunakan subjek sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah tukang buat jenaka tu..Contohnya macam jenaka berbaur lucah...Serius, aku kalau jumpa orang yang style buat jenaka lucah ni memang aku pandang rendah la kat dia..Menyampah aku nak layan.

Seterusnya,orang yang kita nak berjenaka tu..Seeloknya orang yang dah biasa dengan kita. Kiranya macam dia dah kenal perangai kita dan tau membezakan itu jenaka atau bahan serius.. Nanti tak la ada kes berjauh hati ke hapa.

Iyer la mulut ni bila sudah berkata2 kadang2 kita tak sedar, dengan tak sengaja je kita melukakan hati orang lain..Tu yang keluar pepatah, kerana mulut badan binasa..Jadi seeloknya kene control bila berkata2..

Moral of the story is: Kalau nak berjenaka, belajar la jenaka yang baik dan mendatangkan manfaat pada yang mendengarnya..Tak usah la sampai merepek merapu segala.

Monday, January 23, 2012

MAJLIS KAHWIN IMPIAN

Cerita tentang majlis kahwin impian, pening juga aku memikirkan...Tiap2 kali pergi kenduri kahwin, aku mesti terdetik dekat hati...Nanti majlis aku macam mana la agaknya..Huhu

Aku sendiri sebenarnya nak yang simple2 saja..Paling penting yang dapat jimatkan kos..ha ha Bukan apa, aku rasa kehidupan selepas kahwin la yang paling getir sekali...Mana nak memulakan hidup baru...nak cari rumah, nak beli2 barang rumah..Ish3...

Lepas tu, start dari sekarang, kene berjimat2 guna duit gaji...Sebab nak kene biasakan hidup lepas kahwin nanti..Tak kan la nak harap si suami jer yang tanggung semuanya..Aku ada dengar cerita kawan2, yang mana dorang share dengan pasangan dorang pasal kewangan ni.

Contohnya ada pasangan yang, suami bayar bil2 rumah, ansuran rumah, isteri tanggung duit baby sitter anak, belanja dapur sikit2...Hmm ada juga pasangan yang share semua hal dalam keluarga..Bil2 bahagi dua, belanja dapur bahagi dua, semua perbelanjaan bahagi dua..Kasi adil dan saksama..Hmm bagus juga kan...

Oppsss dah melalut pulak..Lari tajuk neh..
Pasal majlis kahwin aku, aku membayangkan suasana simple jer..Lepas akad nikah, terus makan2...Hmm Perlu ke majlis sanding? Hmm kalo sanding pun rasa tak mau la adat merenjis2 bagai..Sanding atas pelamin hanya untuk bergambar2 jer dengan family or kawan2..
Hmm bole ke tak eh..Kene discuss dengan MLD ni...Rasanya MLD ikut jer pendapat aku..Ha ha
So sekarang rilek2 dulu still boleh fikir2 lagi, start bulan february baru kene fokus betul2 untuk majlis kawin nanti..

Moga dipermudahkan semua urusan nanti.Insya Allah.

REVIEW: PAPA I LOVE U


Ini adalah filem yang sempat aku download. Pada pendapat aku filem ni lebih sesuai jadikan drama jer..sebab apa..sebab tema dia biasa2 saja. Tarikan filem ni, tentulah Lisa Surihani dengan si comel Mia Sara..

Antara sedutan kisahnya, pasal persengketaan watak apa eh nama...tu la aku lupa pulak..Watak lisa surihani tu...Dia anak datuk, tapi entah kenapa hubungan dia dengan ayah dia tak berapa baik.

Lepas tu haa si watak bahar ni anak dia nama mia. Kisah dia pulak, dia kematian isteri, lepas tu dia jobless. mertua nya mintak jaga si mia, tapi bahar berkeras juga nak jaga..Sampai la adegan kereta dia kene tarik, lepastu tuan rumah datang kutip sewa, kemudian dia bawak anak dia tdo merata2 kat taman..Alahai sedih pulak aku rasa time ni...Budak kecik, mana tau apa kan...

Si lisa ni berniaga kat depan school si mia ni..Hmm ini satu strategi perniagaan yang agak bagus..sebab apa, sebab dia bukak gerai (boleh dikatakan gerai kot, siap ada basikal nak tolak lagi) depan sekolah budak2 kecik. Dia jual buah2an dan juga gula2 lolipop..Which is aku rasa memang boleh untung punya...Yer la...time budak2 balik sekolah, boleh singgah beli lolipop, sambil2 tu mak ayah boleh beli jambu..pergh. memang kopak duit mak ayah..Ha ha sekali sekala boleh eh..Kalo selalu...ish ish ish....budak2 boleh rosak gigi, makan gula2..he he

Si bahar dan Lisa ni berkenalan, lepastu lisa tolong jaga mia masa bahar nak cari kerja. Kemudian ayah lisa mintak tolong si bahar untuk bantu dia baiki hubungan dengan lisa...Hmm tengok...slow kan jalan cerita dia....aku nak tulis pun rasa macam alahai...

Tapi lebihkurang macam tu la cerita dia..
Tu yang aku rasa lebih sesuai jadikan drama berepisod jer...Boleh la tambah konflik sikit ker...or letak la pengakhiran cerita dia...last2 bahar dengan lisa ker...hmm boring.

REVIEW: SONGLAP


Ha ha rasa macam dah terlambat nak review cerita ni, tapi aku nak juga tulis..
Dua hari lepas aku siap download filem songlap ni...Time cuti2 ni ada lah banyak masa nak download..kalo tak..jangan harap la...balik malam terus tdo...

Cerita songlap ni, hmm pada aku, mula cerita slow sikit..Kisah dua orang adik beradik (shaheizy sam dengan syafie) yang terlibat dalam penjualan bayi. Ish2...Tak disangka2 yang mak dua orang beradik ni, pelacur..tapi sayangnya bila si adik jumpa dengan mak dia tu, mak dia boleh tak kenal or ingat siapa adik tu..Aku tak sure la mak dia tu memang lupa ker..Yer la agaknya dia style tinggal jer anak dia merata2(oppss ni aku yang fikir...pendapat orang lain aku tak tahu plak..ha ha)

Lepas tu kisah si sara ali ni..yang sebenarnya aku lupa nama watak dia la..tu pasal aku tulis nama pelakon, lagi senang nak ingat..Dalam cerita ni, watak sara ali, dia dirogol ayah kandung sendiri..Ini lagi tragis, aku rasa mesti tertekan emosi mereka yang berada dalam watak sara ali ni..Yang si emak pun dah tak mampu nak menghalang parangai ayahnya tu..Buas betol la dapat bapak macam ni..Sampai hati dia eh, tak ingat dosa pahala ke apa...

Lepas tu si sara ali ni konon nak lari, kat stesen bas, terjumpa dengan satu akak tu, konon akak tu berbuat baik tapi tanpa disedari akak tu ahli sindiket jual2 bayi ni..Menyampah aku..Tu la, kita lain kali jangan mudah sangat percaya dengan orang yang baru kita kenal dan tiba2 nak hulur pertolongan pada kita dengan tak semena2.. Mungkin benda ni betul2 berlaku, sebab tu digambarkan dalam filem, nampak jer remaja2 yang bermasalah, ada la orang yang berniat tak elok mula menghulurkan bantuan...Caring konon..Last2...menjahanamkan kita..huhu Mintak jauh la dari semua ni.

Lepas tu akak tu bawak sara ali, jumpa doktor dan dua beradik tu..Haa ini lagi satu...Bole klinik tu pun bersubahat dengan sindiket ni, memang tak guna punya doktor...Tapi aku rasa benda ni pun memang betul2 ada, cuma kita tak perasan jer....Hmm

Dua beradik tu bawak la sara ali ke pusat perlindungan..Yang tempat nak jaga perempuan2 yang mengandung luar nikah sebelum dorang jual anak dorang..AKu tengok pusat perlindungan tu macam rumah kelong jer..hihi Tapi lengkap la...siap dorang boleh buat sijil lahir palsu lagi..Haish...Dah sah la memang actual ada agaknya sidiket macam ni, harap2 pihak berkuasa cepat2 la tumpaskan eh..Tak boleh blah langsung aku tengok...Gila hapa jual bayi..

Yang si adik(syafie) tu nampak lembut hati, so dia decide nak tolong sara ali lari, dengan bawak sekali baby dia..SO time dia dah nekad tu...Dia ajak sekali abang dia (shaheizy) tapi abang dia macam tak nak..

Lepas tu ada adegan ayah si sara ali, tu yang sibuk mencari anak dia...pergh memang tak boleh blah dengan perangai ayah macam ni...Aduhhh...

Tapi last2 si adik dengan sara ali tu sempat juga naik bas ke kuantan (plan asal si sara tu nak larikan diri dari ayah dia, nak pergi ke rumah kakak di kuantan.)

Malangnya si abang tak sempat naik bas...Dia try kejar juga tapi nak buat macam mana, still tak sempat..hmm ok dah...Itu jer cerita dia..

Moral of the story is...Tak sangka kat bandar besar, ada orang yang hidup style macam ni..tak terurus...terbiar...terlibat dengan jenayah, gangster(ni adegan dorang gaduh, siap pakai parang), judi...Lepas tu pada mereka2 yang nasib tak baik...Jadi mangsa rogol ayah sendiri..Ish2...Banyak lagi la..So bersyukur la sebab hidup kita tak macam mereka2 tu...

Sunday, January 22, 2012

MAKAN TIME



Tak tahu nak update apa...Layan gambar jer la..Time ni aku makan kat Imano's cafe, Plaza Angsana.. Balik kerja terus drive ke Angsana, lapar beb..makan time..he he

Tak sempat nak tangkap gambar makanan cik dayah tu..Ish2..Dia macam lapar gile jer..ha ha
Next destination: Sate wak radol, dengar kata dah bukak cawangan dekat uda, ataupun makan subway dekat sutera mall. Tapi kene confirmkan condition surau kat situ dulu..hmm

BARU PUAS HATI


Sejak guna kereta MLD ni, aku jadi risau sebab aku nampak lampu yang dia tampal bawah seat tu..dah tercabut2..Kang nanti kalau ada orang nak tumpang tetiba, habis dipijaknya..Puas la aku cari double sided tape nak tampal, tapi semua tak lekat..

Last2 MLD suggest beli satu double side tape kat jusco, dia tulis extra strong..Hmm tak tau la iye ke tidak...Bila dah tampal, nampaknya macam ok jer..Dah tak tanggal lagi...

Hmm baru la senang hati aku..huhu

BARANG TAMAT TEMPOH!!!

p/s: entry ni patut aku publish 20hb hari tu...dah terlambat rasa, tapi aku nak gak publish juga, sebagai tanda protes..huhu

Tiap2 hari dah terfikir nak update blog tapi bila malam, lepas BW plus tengok tv aku pun zzzzzz sampai la ke pagi.haish…

HAri ni aku nak cerita pasal perasaan sakit hati aku ni pada pekedai.

Semalam aku balik lambat, konon ada study class tapi mana tau ada benda lain nak kene follow up..Tak kira la study class ke or follow up benda, pengakhirannya tetap juga balik lambat dari biasa..ok.

On the way balik tu, aku drive jer macam biasa, orang kata rilek2 jer sebab tadi aku dah nampak adik aku balik, so tak de la aku rushing sangat nak kene arrange susun masuk kereta..

Jalan pun macam tak la sesak sangat. Biasa la time orang balik kerja kan, so faham2 la.Tiba2 teringin la aku nak beli roti. Konon2 nya nak makan hari esok (jumaat)..nak elak lapar kat opis..kadang2 boring juga aku makan kerepek, biskut…pastu telan nasi jual kat kantin..huhu Macam dah lama tak makan roti. So decide nak beli roti.Sampai kat kedai, memang dah tak terfikir apa dah…Ala kedai kecik jer..kedai runcit india muslim..Aku nampak roti gardenia yang waffle tu..Ada 4 perisa, banana, vanilla, blueberry, dengan gandum kot..Aku beli la semua empat2 perisa.

Dalam kereta sempat juga aku makan yang banana punya. Aku tengok expired date 27Jan, selamat la kan..bole makan..Nak drive balik rumah pulak, punya la banyak traffic light kene tempuh..memang habis dua ketul waffle tu..

Ok tu cerita semalam, hari ni aku bawak la waffle perisa vanilla dengan blueberry. Sekali bila nak makan, aku check tarikh luput…..Pergh dua2 da tamat tempoh!!!!!!

Tak guna punya kedai..Selamba jer jual barang yang dah habis tempoh..Memang tak guna betol…Serius, lainkali aku tak nak beli lagi dekat kedai mamak tu!!!!!

Sunday, January 15, 2012

BUKAN TAK NAK KAHWIN AWAL


Aku beli majalah pengantin edisi Feb 2012. Sejak akhir2 ni ter'rajin' pulak aku membeli..huish. Macam biasa, aku kalao baca, mesti sekali baca terus habiskan satu majalah. Kulit ke kulit beb..Khatam terus...Sebab banyak benda lagi aku nak baca, jadi untuk jimatkan masa, aku baca kasi habis one time.

Sampai kat ruangan bunga rampai, tulisan Abd Jalil Ali, aku jadi terkedu sikit.. Aku kira itu adalah tulisan atau luahan atau pemikiran atau pendapat orang yang dah lama makan garam..Of course la kan...Dah banyak lalui pengalaman pahit getir kehidupan, semestinya idea or tulisan dia memberikan message yang bermakna pada yang membaca.


Dalam tulisan tu, antara yang disentuh, kisah orang tua yang sudah berumur 50an atau 60an yang masih belum bermenantu dan bercucu. Hmm biasa la kan, time2 macam ni kalao jumpa kawan2 lama mesti la soalan wajib ditanya, dah kahwin ke belum.. bila nak kahwin..Anak dah berapa..dan sebagainya lah..

Percaya lah bila kite terjumpa lagi kawan2 kita dalam 10 atau 20 tahun lagi, soalan yang ditanya pulak, dah menantu ke...cucunya berapa...Hmm orang melayu kan...terlalu mengambil berat...Klise.

Penulis tu pun mengalami situasi yang sama, dimana kawan2 seumurnya semua sudah bermenantu dan bercucu.. Penulis nampaknya belum ada rezeki dek kerana anak2 yang sibuk membina kerjaya.. Tapi penulis tu mengaku juga, antara sebab dia lambat dapat menantu adalah kerana dia pun lambat kahwin dek terlalu kejarkan cita2...

Betul juga, kebanyakan orang yang dah ada anak dan menantu awal sebab dorang ni semua kahwin awal..Sebab tu di usia yang dah cecah 50an, anak cucu dah berderet!

Macam aku, umur macam sekarang ni tapi masih belum kahwin, bukan kerana saja suka2 tak nak kahwin, bukan nak elak dari kahwin awal, ada banyak faktor yang mempengaruhi..Apa pun kene la akur pada ketentuan takdir dan jodoh, bukan la tak ada usaha langsung, atleast i'm trying.

Sapa tak tersentak, bila tengok status kawan2 or picture dorang dengan family masing2..muka anak dorang yang comel2..tambah tersentap bila terpaksa menjawab face to face soalan sedara mara, kaum keluarga, kawan2 semua..Tak apa la kan..anggap jer la mereka2 ni caring pada kita...Klise ok..(Dalam hati menyampah tahap tinggi)

Banyak tanggungjawab yang nak difikirkan, banyak lagi yang belum tertunai (selain berkahwin)..Tak apa, capai impian dulu, kejar apa yang patut dikejar(untuk kepuasan diri), bila dah ready...baru la fokus ke arah itu..

Tak dinafikan, memang ada untung kahwin awal, tapi percaya lah, setiap orang cerita hidupnya lain2..Orang yang kahwin awal, memang dah ditentukan takdirnya macam tu..Dan bahagianya datang dulu(tapi siapa kata orang yang belum kahwin tak bahagia?) Jadi, takperlu lah terlalu membangga diri bila dah berkahwin dan berkeluarga, sebab perjalanan kita masih jauh lagi..dan banyak yang kita kene tempuhi.

p/s: tahun ni, aku dah ready nak jadi isteri orang..=) InsyaAllah. Aku impikan tema warna macam aliyah pakai dalam cover pengantin tu..Teal Vs Black.

Thursday, January 12, 2012

PERASAAN ITU...


"Someone Like You"

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You'd know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Aku tak tahu pulak sejak bila lagu Adele ni popular..TApi sejak aku dengar lagu ni..ish2...memang tersentuh la..Nak2 bila aku tengok Adele nyanyi live kat awards apa tah, kat youtube. Serius...Tapi...perasaan, jangan dilayan sangat..Buang jauh2...

Sunday, January 8, 2012

APAM ANGRY BIRDS & FANCY COOKIES

Hari tu waktu aku pergi majlis kawen kawan aku, dekat atas meja dia ada apam polkadot..Teringin aku nak rasa, tapi malangnya balang apam tu duduk dekat depan satu family ni..Hmm anak dia asik la dok main2 nak makan apam tu..Terus punah selera aku nak makan hari tu..Tapi aku tak la putus asa, gigih juga aku cari kat mana nak beli..Rasa kat kedai2 tak ada jual melainkan kene tempah dekat orang..AKu pun tempah la apam angry birds ni..siap ada filing blueberi..hmm bila da makan tu..haaa baru la tau ...oooo begini rupanya rasa apam eh..ha ha

Kebetulan akak yang aku tempah apam tu ada buat fancy cookies ni..Hmm aku memang da lama ushar fancy cookies ni...Ada juga niat nak buat wedding doorgift nanti...So nak merasa2 la dulu..Tapi sekali minimum order..30pcs...nak tak nak terpaksa juga order 30pcs...Ha ha banyak sangat la pulak..Esok aku nak bagi2 sikit dekat budak2 opis la macam ni..
Aku dah rasa fancy cookies ni, adik2 aku pun kata rasa dia ok..So maybe nanti aku akan order untuk doorgift...Itu akan diceritakan kemudian..he he

GAME


Aktiviti time bosan2 di opis..
Main game kat tab..ha ha
Sejak bila pulak aku gila main angry birds ni?? Sejak ada tab kot...
Nasib ada tab andriod murah2...bole aku layan game android ni..
Bagus kan? Layan jer la..Nak surf internet banyak web dah kene block kan..Tak best.

SUBWAY...BILA NAK MAKAN NI..




Dah lama MLD cakap dengan aku yang dengarnya Subway dah bukak cawangan dekat sutera mall, tapi sampai ke hari ni kitorang tak berkesempatan nak pergi..

Sampai la terjumpa kalender subway dekat meja kawan aku.. Dan2 jer hidayah tu nak ajak aku makan..Bila bagitahu MLD, dia pun mula la ajak aku makan juga..haish....

Bila nak makan subway ni.....
(Atas tu gambar yang sempat aku amik dari kelender..he he macam sedap jer tengok..meatball marinara..huhu)

Wednesday, January 4, 2012

RUPA LUARAN ITU PENTING

Rupanya outlook dan appearance sesuatu produk tu amat penting.
Ini cerita aku. Tadi baru aku perasan. Ok. Sebab aku tak nak la reveal nama kedai, lepas tu nanti kang ada yang kata aku buruk2 kan nama kedai pulak..
Ada dua kedai. Kedai A dan kedai B. Aku pengguna losyen tegar. He he Setakat ni banyak la juga brand yang aku dah guna. Antaranya Johnson, Body shop, Garnier, Avon, Vaseline..Dalam banyak2 tu, Garnier adalah pilihan utama..Dulu2 sebelum ada Garnier, aku guna Johnson. Sekarang Johnson kat tempat no dua..Ceh..

Baru2 ni losyen Garnier aku tu dah habis..Sekarang aku style beli botol kecik jer, senang nak hangkut ke mana2..Letak jer dalam handbag, kalo beli yang besar, nak letak dalam handbag, tau malu pulak..huuu

Aku pergi la ke kedai A. Cari punya cari, belek punya belek, pusing punya pusing..Tak jumpa..Aikk kenapa tak ada jual botol kecik ni? Hanya botol besar jer yang ada..Mana boleh jadi macam ni, tanya pekerja kedai. JAwapannya stok tak ada untuk losyen Garnier botol kecik..Yang botol besar ada pulak..Huh Terpaksa la aku beli losyen Johnson..Kira ok la tu kan..pilihan kedua aku..Yang penting ada losyen..hmm

Bila aku pergi ke kedai B pulak, masuk2 dan ternampak berbotol2 losyen Garnier kat rak..Botol kecik pulak...Aish..cemana ni..dah terbeli Johnson takkan nak juga beli Garnier...PAkai kasi habis dulu baru beli lain..Aku jenis macam tu..Dah habis baru tergesa2 nak pegi beli.

Bila aku datang dekat ke rak tu, dan pegang2 botol losyen tu...BERHABUKK..Aku tengok kesemua botol pun macam tu, semuanya ada habukk..hmm terus tak jadi aku nak tengok2 lagi..Walaupun manufacturing date dia masih baru beberapa bulan, tapi oleh sebab benda tu berhabuk, hmm aku kira setiap pelanggan yang datang pun mesti berfikir dua kali...

SO moral of the story, kepada pekedai2 or pekerja2 kedai, sila beri perhatian kepada barang jualan anda..KAlao boleh biar satu habuk pun tak ada..KAng pelanggan lari..He he

Sunday, January 1, 2012

BUKU-BUKU, NAK BAGI ORANG ATAU JUAL?

Hari pertama di tahun baru..Bangun pagi dengan azam baru dan semangat baru..bercakap tentang sesuatu yang baru..Kali ni aku memang dah nekad sehabis hati dan perasaan..Aku nak let go semua novel2 aku..

Aku memang suka membaca..Dan aku teramat2 suka dengan buku..Rasa banyak dah entry dalam blog ni aku dok repeat betapa suka nya aku dengan buku..Tak kira la buku genre apa-novel cinta, keagamaan, motivasi, sejarah..Semua aku suka baca.. Kata ayah aku..membaca banyak menambahkan ilmu..Aku tak pernah berkira duit nak beli buku..Selama ni aku memang tak pernah kisah..Serius..Sampai la saat ini...

Hari ni aku kemas2 balik kesemua buku2 aku..Niat utama memang le nak bagi cik hidayah tu pinjam buku aku..Dah lama dia mintak nak pinjam, tapi aku ni ha ha mengemas nya agak malas disitu yer...So cuti2 ni aku terlebih rajin nak kemas...dapat la aku kumpul buku2 nak bagi kat minah tu...huhu

Mak aku dah bising2 sebab bilik aku terlalu banyak buku..ha ha Aku mula2 ingat nak sedekah kat orang jer..Tapi terfikir pulak kepada siapa aku nak sedekah buku2 ni? Aku ingat macam nak bagi2 kat sekolah2..bole la letak buku2 ni kat library sekolah ker..Tapi dulu2 masa aku jadi pustakawan, tak perasan la pulak aku, kat library sekolah ada ke novel2? Hmm lupa sekejap aku ni..

Encik tunang aku kata jual jer murah2 kat internet. Nanti dapat duit, boleh la aku beli buku baru..Ceh...Tempat dah tak muat, nak beli buku lagi..Ha ha Adik aku pun bagi cadangan jual separuh harga kat internet.. Tapi aku berat hati la pulak nak jual..Boleh macam tu?? Tapi bagi orang tak berat hati pulak..Erk..macam mana la tu eh..Pening.

Tambah pulak kesemua buku2 aku ada cop mohor nama aku..huaa huaa..Memang dari dulu lagi aku setiapkali beli buku, first sekali aku akan cop nama aku..Sebagai tanda buku tu aku yang punya..Dulu2 ada la berangan sikit, konon2 nak buat library kat rumah, tapi sendiri tak sedar, bilik kecik sampai tak ada ruang..Hmm Maka nak tak nak sekarang aku terpaksa la fikir alternatif lain...Let go jer la buku2 tu semua...Kalau jual, ada ke orang nak beli buku2 aku tu? Kalau bagi orang, ada ke yang sudi..haish, tambah susah hati dibuatnya..

Entah la...Ambil masa unuk fikir, yang penting kene kemas2 start sekarang..