Monday, November 29, 2010

SURAU DAN TANDAS

Aku ada satu perangai. Mana2 pun aku pergi tak kira bila aku mesti akan berfikir tentang dua perkara- surau dan tandas. Pada aku kedua2 kemudahan ni amat2 la penting..Sebab aku perlu surau yang selesa untuk kemudahan bersolat, contoh ada telekung dan sejadah,tempat wudhuk yang selesa dan tandas untuk...faham2 je la kan.. Aku cukup sensitif dengan dua tempat ni.

Biasa bila aku jalan2 window shopping aku singgah la kat surau kat shopping kompleks tu. Tak kira la mana2 pun..Angsana ke, Jusco ke,City square ke..Baru2 ni aku pergi Holiday Plaza(ikut mydear) Hmm time nak solat tu..kitorang cari la surau.. Jumpa kat tingkat atas sekali, ini biasa la..Memang kalau kat mana2 shopping kompleks pun kedudukan suraunya tersorok..

Tapi bila aku masuk..Hmm Aku rasa ini la surau yang paling teruk pernah aku pegi compare dengan shopping complex lain. Walaupun surau ni ada telekung & sejadah, tapi yang aku tak boleh terima tempat wudhuk dia share dengan orang lelaki!! Eeee apa la.. Aku rasa tak tau nak kata apa.. Nak buat macam mana kan...Solat kena tunaikan juga. Tergesa2 aku amik wudhuk.. Pastu tempat solat sempit untuk perempuan..Dah la hanya dipisahkan oleh satu tirai dengan bahagian lelaki!!.. Tambah plak ada makcik tu tengah syok tido time aku masuk tu..haaa lagi la sempit..Hish..

Surau yang selesa pada aku kat city square(maybe sebab aku selalu pergi sana)..Kat angsana pun Ok juga..Besar sebesar2nya...Surau kat jusco pun selesa.. baik jusco taman u ke jusco bukit indah ke jusco tebrau city ke..Semua aku puas hati la..

Tu belum kira bab tandas..Aku rasa la tandas kat holiday plaza ni memang paling teruk! Dengan kotornya..Susah nak kata la..Isk2..Elok lagi tandas kat Jusco/Angsana/Tesco..Hmm..Tak tahu la bila dorang ni boleh improve.

Kadang2 aku tak faham dengan sikap sesetengah pengurusan.. Kenapa la kan perkara2 benda ni boleh terabai? Sepatutnya surau & tandas ni kene la jaga. Kan ini termasuk kebajikan pekerja juga. Menyediakan kemudahan beribadat dan tandas yang selesa. Shopping complex berdiri megah tapi hakikatnya surau & tandas tak terjaga..Pengunjung nak datang pun kurang selesa.

Saturday, November 27, 2010

INDAHNYA ALAM..

Lama rasa tak tulis sesuatu kat sini(ceh ayat klise..haha) Selalu bila aku online aku blogwalking je..Perasaan nak update sesuatu memang ada,tapi hehe selesai je aku blogwalking, aku jadi malas nak taip..kuikuikui Jadi hari ni sebelum aku blogwalking, aku taip sesuatu dulu.

Hari ni aku terpaksa OT lagi..Hati rasa tak mau datang,tapi dek kerana kerja yang ntah aku tak tau nak describe macam mana,aku gagahkan diri juga untuk datang..Hmm

Cuaca pagi ni elok je..time2 aku drive nak pergi keje tu. Macam yang pernah aku tulis dulu, aku sangat2 hargai masa aku drive. Tak kira la pergi ke mana2 pun.. Bila aku tengah drive,aku rasa macam time tu la aku boleh dok perhati alam sekeliling..dok cakap2 dengan diri sendiri untuk memotivasikan diri atau memujuk diri..Time tu la biasanya aku menangis kalau2 tension ke..Ada problem ke...

Tadi time aku drive, sepanjang jalan lalu highway..Aku nampak pokok2...aku nampak burung2 terbang...Indah betul alam ni..Langit pun cerah je...Ada matahari... Tengok kelopak2 daun buat aku ingat sesuatu..

Pertama kali aku syak aku rabun..hehe Lepas aku rasa alam ni macam kabur je pada pandangan aku.. Bila aku pandang keliling,aku rasa macam tak puas..Waktu tu aku blaja lagi kat universiti. Then bila nak salin nota,aku tak boleh baca langsung apa yang lecturer tulis kat white board! Pen hitam atau biru ok lagi..nampak2 la juga..Tapi bila dia guna pen merah...Fuhh..memang langsung tak boleh baca..

Saat pertama kali aku pakai cermin mata..Bila aku pandang keliling, aku nampak pokok2..Aku nampak kelopak2 daun..Time tu..wow..aku rasa macam aku diberi penglihatan kali kedua..Hehehe..Semua aku boleh nampak dengan clear..Gembira beb..hehe.

Moral of thr story is: Nikmatilah keindahan alam selagi ada.

Wednesday, November 24, 2010

MACAM NI KE KERJA DENGAN ORANG..

Entry ni patut aku tulis semalam. Tapi baru nak mula tulis mood jatuh merudum..tambah plak semalam dok syok layan citer 'Asmara' Haa memang tak boleh fokus nak tulis. Haha

Time rehat(time lunch) aku keluar sekejap pergi pejabat pos. Rancangnya nak pergi yang dekat airport senai jer..Sebab dekat sungguh dengan tempat kerja aku..Haha Tapi malangnyer layanan yang aku terima buat aku rasa jelik nak pergi situ lagi.

Sungguh memalukan bila petugas kaunter tu tak nak layan permintaan aku hanya kerana jam waktu tu dah menunjukkan hampir ke pukul 1!! Alasan dia banyak kerja,pukul 1 dah nak kene tutup kaunter..Plus orang sebelum aku pun keluarkan parcel banyak2 nak pos.. Lagi la melambatkan kerja dia. DAn lagi pakcik tu(PAKCIK okey...orang tua..nak marah/betah pun rasa aku kene fikir 2-3 kali) bagi alasan hanya dia sorang jaga kaunter.. Kalo dua orang jaga kaunter maybe boleh..

Ada ke patut macam tu? Dah jadi macam ni, maka aku terpakse la keluar ke senai..untuk pergi ke pejabat pos. Nasib kat situ petugas2 dia baik2.. Walaupun jam waktu tu dah pukul 130 tgh hari. Tapi dorang layan dengan mesra.. Bukan macam PAKCIK kat pos airport tu...Huh

p/s: Letih nak ulang..Kerja dengan orang kene la beradab sikit kan..Hmm Sabar je la

FACEBOOK OH FACEBOOK

Aku terbaca kat paper hari ni artikel tentang kemungkinan facebook ni menyumbang kepada peningkatan kes2 penceraian/pergaduhan dalam rumah tangga. Walaupun tak ada kajian yang terperinci tapi di zaman sekarang ni aku rasa faktor ni memang tak boleh nak elak.

Sebab facebook ni macam drug la aku rasa..Haha Bila sekali dah suka terus nak melekat jer...Kuikuikui Macam aku..Tiap2 hari bila aku balik dari keje..On je pc aku, web pertama aku masuk: facebook. Aku pun tak faham la.. Aku bukan jenis yang suka mengupdate segala2 dalam facebook tapi tetap juga aku klik web tu first2 sekali.. Hmm

Artikel kat paper tu kata,orang perempuan ni suka update status kadang2 benda2 yang ditulis tu boleh menyebabkan pasangan tak puas hati.. Aku rasa betul juga..Sebab entah kenapa aku nampak ada sesetengah orang suka tulis yang bukan2 kat status dia.. Dalam hati aku-benda macam ni pun nak heboh tulis kat facebook..

Silap2 haribulan facebook ni juga boleh membuatkan hubungan kucar kacir. Ye la macam contoh kes kat paper tu, si suami terjumpa balik dengan bekas kekasih(sekarang dah jadi isteri orang) dan berhubung semula..Menyebabkan si isteri (kepada suami tadi) curiga dan check akaun facebook suami dia dan terbongkar rahsia..Hampir2 membawa kepada penceraian. Alangkah tak bagusnya..

Pada aku, diri sendiri kena kawal la. Gunakan kearah kebaikan je. Jangan melebih2.

p/s: Memang aku selalu on facebook, tapi jarang update status..

Sunday, November 21, 2010

AHAD, BERJALAN2..

Hari ni aku decide nk jalan2 hilangkan bosan..Aku bila time cuti2 ni memang blur tak tau nak buat apa, tapi bila waktu bekerja, fikiran selalu ingat2 bila la nk cuti ni..Hish2..apa dah jadi pun aku tak tau la..Boleh macam tu?

Sebab hari sabtu aku datang OT(as usual gara2 model meggi tu) jadi aku sampai konpius hari ni hari apa? Huh hari ahad rupanya..Bila ingat2..hmm macam tak rasa jer cuti hujung minggu..Nasib baik Isnin cuti umum untuk johor..Atleast dapat la merasa cuti ala2 2 hari..Wow terasa bulan november ni memang banyak cuti la..Bulan depan kurang cuti kot..

Jadi aku decide untuk pergi ke giant & tesco bukit indah(sebab minggu lepas aku dah angkut adik2 aku pegi jusco bukit indah-minggu ni turn tesco & giant la plakk) Tempat first aku pegi..haaa ini semua gara2 inspira punya pasal..Dah berhari2 dok usha bila la dapat tengok inspira kat showroom..Tadi baru aku dapat tengok..Wowo memang best la kalo aku dapat drive(yeye jek..nak drive keta ayah aku pun tak penah lagi..) Tapi aku rasa ok la Proton inspira.. Kembar mitsubishi lancer..Boleh la...

Time aku tengok2 tu, beriya2 salesman dia promote inspira..Haaa macam la aku nak beli.. Aku pun sekadar tengok2 jer..sebab aku dah ada kereta pun..bagi aku cukup2 la dengan apa yang aku ada..Aku nak kejar benda yang aku belum pernah ada lagi..Itu matlamat aku skang..haha

Masuk giant-purpose aku nak beli macam biasa la makanan sikit2,pastu selebihnya aku nak suruh adik aku beli penutup mangkuk tandas..haha ada ke adik aku boleh patahkan penutup mangkuk tandas tu..Huhu nak tergelak aku time pilih2 penutup tandas tu kat giant tadi..Tapi kitorang kene beli juga kalo tak..alahai..tak berpenutup la mangkuk tandas bilir air kitorang..

Keluar je dari giant, masuk tesco plak..Ni lagi best.. Sesi menggemukkan badan,boleh tetiba tekak nak makan KFC,padahal kat rumah sebelum keluar tadi dah melantak nasi..Huhu..tapi tak apa lah juga, sebab adik aku nak belanja..so aku ok jer...kuikuikui

Habis makan, round sekejap dalam tesco, then balik rumah..Hmm itu je yang aku buat hari ni..Esok2 aku tak tau nak buat apa lagi..Sebab..Haaaa duit belanja da tinggal beberapa hinggit..kuikuikui Bila nak 25hb ni..Gaji oh gaji...

Wednesday, November 17, 2010

HARI CUTI AKU

Hari ni cuti sempena Hari Raya Aidiladha.. Aku cuti sehari je,aku rasa semua orang pun sama..Melainkan amik cuti annual leave..maklum la time2 hujung tahun biasanya waktu yang sesuai untuk habiskan cuti tahun-ni bagi orang yang dah berkeluarga la kan..masa untuk bercuti dengan anak2..cuti sekolah pun dah start.

Aku?? Macam biasa la aku time2 cuti ni memang tak ada plan langsung. Jadi aku setuju untuk ikut adik aku jalan2 window shopping kat mana2 shopping complex-biasa la, bila hari tengah berduka lara,window shopping adalah the best treatment untuk aku. Sebab bila aku jalan2 walaupun window shopping..fikiran aku pun berjalan2 juga ibarat terbuai2 ikut angin persekitaran..ha ha..

p/s: entry ni panjang sebenarnya..Tapi rupanya setelah aku tulis2..internet ni jadi hang plak..Maka aku terpaksa tulis balik SEKALI LAGI...Macam hampeh betol la..(bengang tahap da ni)

Aku pergi plaza angsana hari ni. Macam aku kata tadi saja jalan2 bukan beli apa pun kan. Kat angsana aku nampak banyak khemah2..Ada majlis korban bersama rakyat johor(kalo ikut banner macam tu la dia tulis) Ramai juga orang..Siap ada polis jaga lagi.

Dalam angsana kedai2 buka macam biasa.Tapi ada juga tak buka..atau lewat sikit buka..Mungkin sebab dorang pun nak join majlis korban tu kot..Aku beli payung kat guardian.. Selama ni merata2 tempat aku cari payung tapi susah na nak jumpa.. Akhirnya kat guardian aku jumpa juga-payung. Aku nak ganti payung lama aku tu. Besi dia dah siap2 patah da..Lagipun aku dah lama sangat guna payung tu..Amat wajar la aku tukar payung baru..RM19.90 untuk sekaki payung...Mahal kan? Aku rasa mahal tapi tu la satu perangai aku, bila membeli memang aku jarang fikir2 balik relevan ke tak harga barang-ni semua sebab prinsip 'bila hati dah suka' ha ha..Uish tak bagus perangai ni..(kene berubah-ayat klise)

Balik dari angsana aku singgah kat sutera mall. Rasa2 lama betol aku tak pergi sini,walaupun tiap2 hari aku pergi kerja lalu depan sutera mall ni. Haa kat sini ada berlaku satu insiden yang agak mem'bengang'kan aku. Aku beli body scrub kat carefour sutera mall. Boleh harga yang ada kat display tak tally dengan harga yang perlu aku bayar dekat kaunter?? Uish..apa la jadi macam ni..Dorang ni tak check ke?? Aku malas nak citer banyak. just bayar je la..Tapi lepas ni aku decide nak pegi scan dulu setiap barang yang aku beli sebelum bayar kat kaunter..Hmm

p/s: mood da hilang nak menulis..Internet hang lagi skang...Eeeee

Tuesday, November 16, 2010

PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA

HAri ni aku baca kat paper tentang nasihat (aku tak ingat la jawatan dia apa-bekas mufti ke atau still mufti perak) Harussani Zakaria..petua rumah tangga bahagia. Antaranya jangan bertunang terlalu lama,takut2 nanti maksiat senang berlaku..Bila sebut maksiat dalam konteks ni mestila la nanti pasangan tersebut ada keinginan untuk buat benda yang tak sepatutnya..Contoh tidur sama..Hmm nanti impaknya haa dah tak ada kemanisan berumahtangga la sebab semua benda dah buat sebelum nikah.

Fakta lain ialah si suami tu jangan la suka hati je mengambil atau menggunakan duit isteri sesuka hati..Walaupun isteri tu bergaji banyak or sama banyak tapi kalo guna duit isteri tu seeloknya pulang la balik..Sebab tanggungjawab bagi or cari nafkah adalah tanggungjawab suami. Melainkan kalo isteri tu rela hati nak tolong suami..Tu kira dibolehkan..

Sebab zaman skang ni banyak muda mudi kawin muda2-Alhamdulillah..Tapi tak kurang juga yang muda2 dah jadi duda/janda-MasyaAllah...Mintak jauh la kan..banyak faktor yang mendorong dorang ni ni bercerai muda2..

Kat paper tu jugak ada menyatakan yang 'chatting' juga antara punca ramai muda mudi bercerai. Aku setuju dengan fakta ni. Zaman sekarang ni semua orang da celik IT. Jadi facebook/twitter semua orang tahu. Biasa benda2 macam ni semua memang boleh effect hidup kita. Ada orang bila kecewa dalam hidup, mula berjinak2 dalam laman sembang...Seterusnya chatting di alam maya..Kemudian plan untuk jumpa..Then bila hati dah suka..ha mula la...buat benda yang bukan2..haha

Kita kurang sedar manusia ni ada macam2 jenis..Belum tentu kita chatting dengan orang yang baik. Tapi tak semua orang yang aktif dalam talian ni jahat2.Cuma kene waspada selalu.Jangan sampai tersilap langkah.

Monday, November 15, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

Tajuk entry entah pape..Hari ni aku balik keje lewat lagi..Macam biasa-ni semua gara2 model meggi tu la..Ha ha.. Tadi masa aku nak apply OT..(aku memang jenis yang tak reti bahasa..HR dah kata sila apply OT sebelum kol 10pagi kot tapi aku apply LEPAS aku OT..meaning bila time dah nak balik baru aku terkial2 nak apply OT) Aku kira2 jumlah jam aku OT bulan ni sudah 15jam???
Alamak...Apa dah jadi ni..Aku memang jarang OT tapi time ni..pergh..memang tak boleh blah..

Balik keje malam ni..Ye la-aku ingat orang lain pun sama juga macam aku,balik keje lapar..Aku tak kira la pukul berapa aku balik, asal balik jer aku mesti nak makan..Haha mana tak naik berat badan ehh..Ala tapi pedulikan la..Asal aku sihat sudah..Lagipun BMI aku ok jer..Hehehe

Time2 skang ni baru la internet rumah aku ni ok sikit..Nama jer langgan streamix 2Mb, tapi punya la slow mengalahkan siput sedut!! Hampeh..Kalo call TM,alasan klise lagi aku terima..Jadi elok tak payah call..Senang2 pegi gegar je bangunan TM tu..Tanya direct apa masalah..Hehe

Malam ni giler rajin aku(buang tebiat kot) pergi iron baju keje awal2..Padahal selalu aku iron pagi2 sebelum aku pergi kerja..Hmm yang sebenarnya-takur terbangun lewat..Huhu

Ok dah siap2 semua,masa untuk tdo..Hmm aku ingat nak baca buku kejap..Tapi aku rasa kalo aku baring2 ni..Memang lena terus..

p/s: Jeles dengar mydear dapat Nokia C3 free..heheh kene usha2 ni..kuikuikui

Sunday, November 14, 2010

WISH TOMORROW NEVER COMES..

Ada sesuatu yang tak mampu aku nak kata. Macam tak ada perkataan yang sesuai nak gambarkan. Rasa berat hati sangat2.. really need someone..

Dah 2 hari hujan kat kawasan rumah aku..Rasa sejuk jer..nyaman tengok air hujan yang turun.Tapi hujan yang turun juga seolah2 turut sama getaran nya dengan hujan kat hati aku ni.

Letih la menjaga hati..

p/s: hati menangis tak siapa yang tahu.

Saturday, November 13, 2010

KERJA SABTU..

Sebenarnya aku paling malas kerja hari sabtu.Sebab macam yang pernah aku tulis sebelum ni, sabtu ahad adalah hari cuti untuk aku. Melainkan aku terpaksa datang untuk OT-tapi selalu aku memang jarang datang pun..ha ha

Tapi hari ni aku datang juga kerja sebab aku fikir hari rabu aku dah cuti. Tambah pulak annual leave aku dah tinggal satu hari.. Apa boleh buat..

Bila kerja sabtu, so hari minggu pun macam hari2 biasa juga. Tak terasa waktu cuti2 hujung minggu pun..Keje full day, balik pun dah petang..Badan penat..malam2 apa lagi..kalo baring kat katil..confirm lena..Tambah2 plak baru lepas hujan kat rumah aku ni.. Lagi la best tido..

p/s: Betul2 ngantukk...Tunggu dear call la, baru aku nk tdo..hmm

Friday, November 12, 2010

SELALU TAK CUKUP ORANG..

Entah kenapa dengan hari ni, aku rasa macam pelik sikit. Aku balik kerja awal hari ni. Terasa malas nak stay sambung buat kerja. Biasa la aku, kalau mindset dah kata awal2 lagi-malas nak OT, elok tak payah OT sebab nanti buat satu apa pun tak jadi..Sebab aku dah tak de hati..Hehehe

Balik tu aku lalu route biasa..Jalan sehari2 aku pergi kerja dan balik kerja. Satu suasana yang tak dapat aku nak cakap la..Boleh jem teruk kat highway-tol skudai.. Dari sebelum lalu tol senai lagi aku dah ingat2 aku nak guna touch & go(Saja test2 guna-sebelum ni memang langsung tak pernah guna.Kad touch & go pun aku takde.Tapi aku terpakse beli satu kad touch & go bila aku lalu plaza tol gelang patah.) Tapi entah kenapa aku dah termasuk lorong untuk ambil kad. Jadi nak tak nak sebelum turun kat skudai aku kene bayar tunai la.

Tak apa lah bayar tunai..Bukan aku tak biasa pun. Alih2 bila nak masuk tol skudai..Makk aiii banyak betul kereta dok tunggu turn.. (Dalam hati menyesal pulak aku tak guna touch & go-dan2 la menyesal, tapi sesal kemudian tiada berguna.Ha ha) Adalah dekat2 20minit aku tunggu turn nak bayar tol.Fuhh betul2 hangit ni.. Tambah plak bila tengok keta lain dok lalu kat touch & go cepat jer..

Paling tak tahan, bila ada kereta lain yang sibuk nak masuk line kita(huh buka reti nak tunggu turn dengan sabarnya) Biasa aku memang tak kasi peluang la kepada driver2 macam ni. Lepas tu time2 jem ni pulak ada kereta polis nak jalan..Aduiii ni lagi la tambah parah..

Sampai turn aku, time bayar aku tanya la dekat budak yang jaga tol tu

Aku: Bang, kenapa tak buka kaunter banyak sikit?
Tol: Aaa, hmm kita tak cukup orang la.
Aku: Klise la alasan.. ok la terima kaseh(setelah dia pulangkan baki duit tol)

Hmm lepas je plaza tol skudai. Aku terfikir..Punya la banyak pondok tol, tapi orang yang jaga tak ada..Jadi buat apa la membazir duit sediakan pondok2 tu semua?? Benda senang pun tak boleh fikir ke.. Bukan semua pengguna lebuhraya ada kad touch & go.

Hal ni sama juga dengan kaunter pembayaran kat mana2 pasaraya..jusco ke giant ke tesco ke..Kaunter nak bayar punya la banyak sampai 14.,16,18 kaunter..tapi..kebiasaannya cume beberapa jer yang buka.. Tambah plak time hari minggu..Kan orang ramai...Kalo dah tau tak cukup orang, then sila la tambah pekerja.. Apa la.. AKu memang tak boleh terima betul benda2 macam ni..(hehe suka hati aku jer kan)

Sama juga bila internet rumah aku ada problem dulu(sekarang dah ok sikit la) Janji nak hantar technician dalam 24jam, tapi tungug2 tak datang-alasan:tak cukup orang..Entah kenapa selalu asyik tak cukup orang jer...Bila nak 'CUKUP'??

p/s: Dah muak dengar alasan tak cukup orang

Thursday, November 11, 2010

APA YANG PALING AKU HARGAI DALAM HIDUP

Semalam aku ditanya satu soalan yang buat aku berfikir panjang utk bagi jawapan. Apa yang paling aku hargai dalam hidup?

Hmm soalan senang jer..Sapa2 pun boleh tanya. Tapi nak memberi jawapan yang tepat dan bernas serta betul2 meyakinkan, adalah amat2 payah sekali. Aku tanya balik pada diri aku, apa yang paling aku hargai dalam hidup selama ni. Lama juga aku berfikir2..Satu kebiasaan aku ni, suka berfikir time2 aku tengah drive. Tak kira la pergi kerja ke balik kerja ke..Aku memang akan memikirkan sesuatu bila aku tengah drive. Tu yang kadang2 kalo aku tunda belakang lori ke bas ke, aku ni boleh leka dok follow jalan mana dorang lalu. Ha ha. Syok pula berfikir sambil drive. Sebab kita kene awas..berhati2..ye la mana nk tuka gear, pastu nak tengok kenderaan sebelah lagi. Otak kita kene kerja dua kali ganda dari biasa..Huhu Driving tu macam satu kepuasan bagi aku..(tapi bila penat-biasa lepas balik kerja, terus tdo..pastu bangun pagi menyesal-terlepas cerita tv la..tak online la..huishh)

Ok berbalik pada soalan seseorang tu pada aku...AKu paling hargai saat2 pertama kali aku. Tak kira la saat yang manis atau saat aku berduka ke.. Contoh dalam kehidupan sehari2 aku.. Aku ingat lagi saat aku amik result PMR, aku gembira sangat2..(ye la budak lagi time tu)..Saat aku amik result SPM, Saat aku masuk mendaftar sebagai pelajar U, saat pertama kali aku drive kereta sendiri, pertama kali aku lapor diri sebagai pekerja, pertama kali dapat gaji,semua saat yang indah la dalam hidup aku.

Dan juga saat aku berduka, luka kerana cinta(ceh...ini yang paling hangit sekali) Saat aku rasa down giler..Saat aku drive sambil menangis2..Semua tu masih kekal dalam ingatan aku. Bagi aku memori2 ni la yang akan bangkitkan motivasi dalam diri aku.

Aku pernah terbaca kat satu komik APO kalo tak silap..dia tulis, 'people come and go in our life, but memories stay forever' Aku setuju sangat2.. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun pun berganti tahun,(umur makin meningkat.ha ha) Kita jumpa ramai orang..Macam2 kerenah yang kita kene lalui, macam2 masalah yang kita terpaksa hadapi dan selesaikan..Semua tu pahit manis kehidupan(orang kata).. Itu yang membuat kita jadi lebih tabah dan matang untuk hadapi masa mendatang.

p/s: Setiap detik amat berharga..

Tuesday, November 9, 2010

MOOD HILANG ENTAH KEMANA


Lately ni mood aku dah hilang terbang entah kemana.. MAcam2 hal..Nak update blog ni pun terasa malas..Huhu

Tapi tak elok kalo ikut sangat rasa malas ni..Bukan bawak kemana pun..Kene berubah ni..Semangat2!!

Saturday, November 6, 2010

KERJA DENGAN ORANG, SILA LAYAN MACAM ORANG,BUKAN MACAM SAMPAH

Entry ni ditulis dengan penuh rasa kemarahan dan ke'bengang'an.. Tapi dah cool down sikit. Lately ni aku memang betul2 tak faham dengan servis TM streamix ni. Adinda2ku telah upgrade kepada pakej 2MB tapi servis macam haprak!!

Buat letih je call TM hotline atau installer agent tapi tu la dia-sini tolak sana, sana tolak sini...Lama2 dua2 aku tolakk kang..Huh..Adik aku kata nak pergi gegar bangunan TM kalo servis still tak Ok. Dah la slow gilerr ntah kenapa tah..Serius aku betul tak faham.

Dari side installer agent pulak, ini lagi memang mandatangkan kemarahan..Bila customer call, sila pick up the call, and answered it. Atau lebih baik you campak jer telefon bimbit you tu ke dalam longkang. Atleast bagi la kitorang ni explanation kenapa jadi macam ni(servis buruk tak seperti yang diharapkan). Ini tak senyap jer...Macam haram.. Macam ni ke ornag melayu(haaa dah terkeluar nama bangsa plakk-aku bukan racist yeakk)

Tapi ini kenyataan.You kerja dengan orang, so sila layan macam you layan orang la, bukan layan binatang. Just explain what's the problem, takkan tak boleh? Ini bagi solution through the phone, komunikasi tak berkesan la... Huish..

p/s: Boring..Asik2 kene call TM helpline nk tanya progress problem kitorang ni...Tapi elok tak juga!

KENAPA MASIH MEMILIH JALAN KEBURUKAN SEDANGKAN JALAN KEBAIKAN TERBENTANG DIDEPAN MATA?

Sungguh tak faham dengan sikap sesetengah orang.. Kenapa masih berdegil untuk memilih keburukan sedangkan kebaikan dah jelas2 ada kat depan mata?? Kalaupun itu (keburukan) memang dah tak dapat nak elak lagi, tak boleh ke berfikir menggunakan logik akal, dengan fikiran yang sewaras2 nya, timbang tara dulu ada kah betul tindakan yang bakal diambil??

Allah kurniakan kita akal fikiran(manusia adalah sebaik2 makhluk ciptaan-Nya) tapi kenapa tak menggunakan nya dengan seoptimum mungkin? Kenapa terlalu ikutkan emosi atau kehendak yang entah apa2 tu?

Hidup ni memang panjang.Perjalanan pun masih jauh lagi.. Rasa bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Jadi apapun yang terjadi,apapun yang berlaku, selalu lah bermuhasabah diri.. Jadilah kawan yang terbaik pada diri sendiri. Berceritalah pada diri, supaya motivasi diri tu dapat bangkit lagi.

Aku sendiri, dalam hidup ni(sepanjang perjalanan hidup aku selama ni) memang aku akui..Kadang2 ada ketika moral aku down sangat. Tersangat2 down sampai rasa dah tak tau nak buat apa. Hilang punca. Tapi Aku kene ingat juga, tak kan la selamanya aku nak hanyut dalam rasa kecewa tu..Benda ni tak kan membawa kemana2. Malah merugikan aku rasa.

Tak salah, kalo kita diberi masa untuk bersendiri, seolah2 menghayati rasa kecewa tu, tapi sebelum rasa tu terlalu jauh, cepat2 la bangkitkan motivasi diri. Pupuk balik semangat dalan diri untuk terus berdiri, bila jatuh berdiri lagi-jangan la putus asa.

Aku percaya kadang2 kita kene korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Tak kisah la berkorban sikit, asalkan hati jadi gembira lagi.. Atleast ada usaha ke arah kegembiraan..Bukan selamanya hanyut dalam kekecewaan. Memang kita kene percaya pada takdir(atas apa yang berlaku) tapi kita juga kene fikirkan logik akal(kenapa ia berlaku,apa langkah yang patut dibuat)

Seharusnya langkah untuk merawati kedukaan bukan menambahkan lagi kehampaan..Benda yang dah lepas tak perlu diungkit2 lagi, jangan biarkan pisang berbuah dua kali..

Pokok pangkal berbalik pada diri sendiri, sebab tak akan ada orang lain yang boleh ubah diri kita melainkan KITA sendiri..

Tuesday, November 2, 2010

KERJAKU..KEHIDUPANKU

Lately ni balik keje dah lewat-meaning kene OT ler..Huhu. Ini semua gara2 model meggi tu la..Semua nak kene siap cepat2. AKu yang terkial2 nak buat ni pun terpaksa bantai je buat. Xtau la apa hasil..Hmm macam ni la nasib..hehehe

So dah dua hari balik malam2 ni..time2 drive tu tak adalah aku nak ikut highway..Lalu highway siang2 okey..Malam2 memang tak berani kecuali balik dari supplier. Balik dari supplier bila dah penat-takut pun hilang...Apa lagi rempit la..kuikuikui Nak cepat sampai la katakan..Masa itu emas beb. Tapi safety comes first..itu penting.

Aku selalu nampak pekerja2 asing ni naik basikal time aku pergi keje or balik kerja. Sekali jalan fuyooo beramai2.. Tapi tu la..Kadang2 heran gak..Suka na melintas jalan sesuka hati.. PAstu terkial2..Aduss time aku bawak keta kene lak aku berhati2..Kang tak pasal2 ada orang kene gilis kang.Hehehh

Hmm bila balik rumah dah lewat..Siap2 mandi semua memang da tak fikir apa dah..Baring jer, terus lena..hihi..Mata aku pun da ngantuk.Esok kena sambung keje tadi plak.. Hmm Sabar je la..

Monday, November 1, 2010

GEMBIRA...

HAri ni aku pergi kerja guna perfume baru..Hahaha gembira sangat2..Sebab

1) Perfume ni adalah perfume yang sangat2 aku suke..Hehehe dulu2 memang selalu aku pakai perfume ni..Ntah kenapa tetiba dah tak de stok plak kat kedai2 yang biasa aku cari. Makanya aku terpaksa la guna perfume brand lain.. I love Incanto Charms-Salvatore Ferragamo..

2) Perfume ni dihadiahkan oleh my lovely dear..Muah3 love u sooo much..hahahah Memang tersenyum jer la aku bila terbau2 perfume ni..Soo special you know..Pandai dear pilih.. Hehehe

Aku memang suka bau wangi2.. Aku pernah try Flowers by Kenzo-wangi betul, pastu aku try Body Shop-White Musk, Oceanus, Salvatorre Ferragamo-Incanto Charms(my favourite), Incanto Bliss, Pastu aku try juga Lancome-Miracle Forever..AKu beli juga one drop perfume-yang sampai skang tak habis2 pakai(tak tau kenapa) hahahha..

Skang ni aku pakai inspire perfume. Ok juga bau dia..Tahan lama.. Hmm Lepas ni aku kene gilir2 la dengan charms..Wowo menawan sungguh..Kuikuikui

Gembira la aku hari2 macam ni..Mood baik jer..Hahahaha..