Tuesday, October 25, 2011

PENJUAL: ANDA PATUT TAHU APA YANG ANDA JUAL

Aku dah mula start cuti deepavali..Macam biasa la(tang ni memang aku nak puji sket) kilang aku akan bagi cuti panjang tiap2 kali raya melayu cina india..Walaupun kene kerja hari sabtu untuk ganti..tapi...tak kisah la kan..Asalkan dapat cuti panjang...Ha ha

Banyak benda aku settlekan hari ni..Pergi merata tempat,. bayar duitr kereta, pergi beli riben hantaran, beli sponge bunga..Lepas tu plan nak pergi danga city mall..Ingat nak cari cover ZTE V9 aku tu..Tak best la kalo nak main angry birds(skang aku da pandai main games...pelikk betul) bila tak ada cover..Jadi ingat nak beli cover dia..

Kat danga city mall kan ada banyak kedai IT, aku rasa lebih elok aku pergi survey and compare harga ..Kalau dapat yang lebih murah, kira bonus la tu..huhu..Jalan setiap kedai,. check2..Lepas tu jumpa la satu cover yang berkenan..Belek2 siap aku try lagi pasang kat ZTE tu...bila dah puas hati, aku pun decide nak beli..Beli sekali 3 pulak tu..

Sampai dalam kereta, aku try pasang lagi dekat ZTE aku, tau tak apa yang aku jumpa? Tanda 3bintik kat cover tu!!!! Serta merta teringat aku kes kulit babi tu!!!! Aikkk...apa dah jadi ni..Memang aku belek2 lagi nak pastikan....Sekali memang banyak ada kat cover tu..

Menyirap betul darah aku tadi...Selamba badak jer kedai tu jual benda2 macam2 ni dekat aku..Bukan tak ada pekerja melayu kat situ? Bukan dorang tak nampak aku, budak perempuan melayu yang pakai tudung...Kut ye pun bagi tau la kan...Tak ada la aku membeli...

Dulu2 memang heboh kan issue kulit babi ni...Dan salah satu tanda yang aku ingat 3bintik tu!..Walaupun aku memang penggemar barangan kulit, tapi aku memnag pastikan benda yang aku beli tak ada tanda2 yang meragukan...Tadi aku tak berapa perasan sebab cahaya kat kedai tu pun suram jer...

Aku memang bengang tahap tinggi hari ni..AKu tak berapa kisah duit yang dah aku laburkan untuk membeli..Tapi yang aku terkilan, patutnya penjual kene tahu apa barang yang dorang jual...Bukan nak kaut untung jer...Huh..

Sunday, October 23, 2011

RANCANGAN APA NI?

Au tertengok rancangan Vokal-bukan sekadar rupa...(ini kes dah tak ada cerita lain nak tengok la, tu yang tertengok tv3). Sebelum ni ada juga iklan promo, tapi aku sikit pun tak tergerak nak tengok..Bosan betul setiapkali ada rancangan hiburan realiti tv ni. Tak suka tengok perangai dorang yang emo melebih2..

Aku pelik, rancangan yang semacam ni juga yang dapat sambutan. Pelik sebab orang tak putus2 menyokong.. Dimana ada audition, ramai orang yang nak cuba..Dan aku rasa pelik juga dengan orang2 yang terlibat dibelakang tabir pembikinan rancangan ni.. Ada jer idea untuk buat rancangan ni menarik..

Untuk vokal-bukan sekadar rupa ni, aku tengok peserta nyanyi kat belakang tabir..Konon tak nak kenalkan diri & juri judge dia berdasarkan suara..Hmm nampak sikit kelainan tapi pada aku memualkan..Boring betul la rancangan hiburan macam ni..Walau apa pembaharuan yang dibuat, tu tetap rancangan hiburan..

Hai...Susah cakap la...Pendapat masing2 kan...Sampai saat ni aku xnampak apa objektif rancangan ni diterbitkan.

PANTANG

Semalam aku kerja ganti untuk cuti deepavali. Kilang aku bagus, sebab tiap2kali raya, dorang akan bagi kita cuti panjang,sampai 6hari lamanya(termasuk sabtu ahad)..Tapi yang tak bagusnya, kene kerja hari sabtu untuk ganti hari yang dorang bagi cuti tu..Cett..

Bila kerja hari sabtu, dapat rehat hari ahad jer..Hari isnin mula kerja balik..Hmm penat berganda2..Huish..Macam kerja berat jer kan..Bangun pagi ahad pun rasa malas2 jer..Hmm

Ada hikmahnya aku kerja hari sabtu tu..Sebab kat opis aku, hari last bekerja adalah hari 5S..So, bebudak yang turn dia 5S tu, main campak2 jer kotak2 beserta barang2 nak dibuang..Dan salah satunya KOTAK AKU!!!! Pergh, nasib baik aku sempat masuk tengok dorang buat apa dalam lab tu..Aku memang hangin betul, dengan orang yang style buang2 barang tanpa tanya tuan punya barang..

Selamba badak jer buat macam tu eh..Bengang2...Memang aku bersyukur la sebab aku tergerak hati nak datang kerja, tambah pulak ada benda yang aku kene follow up..Cuba bayangkan kalo aku tak datang hari sabtu(selama ni aku memang malas keje hari sabtu, amik annual leave jer)..Dorang semua dah buang kotak aku..Hari isnin, aku datang keje, cari2 kotak tak jumpa...Pergh lagi aku hangin...Fuhh....

Wednesday, October 19, 2011

LELAKI DAN HUJAN

Hari ni time aku balik kerja, hujan turun..Sebelum waktu balik, hujan memang turun dengan lebatnya. Bila dah sampai time balik, aku tengok hujan turun renyai2..Tapi kalau nak redah juga, memang basah la baju. Dek kerana dah malas nak stay lama2 kat opis(nak2 time balik ni, aku memang cepat bertindak..ha ha bila buat kerja...rilek2 jer..) aku pun berkemas2 nak balik.
Nak tak nak kene juga berpayung sepanjang jalan nak pergi dekat car park..

Time jalan2 tu, ramai la orang berpayung macam aku..Mostly perempuan...Yang lelaki..selamba badak jer redah hujan, walaupun confirm dah, akan basah. Dalam hati aku, terfikir-kenapa lelaki selalu redah hujan..Kadang2 sampai berlari2 anak ke kereta..Susah sangat ker nak berpayung?

Atau malu kot...Ha ha ye la...Tak macho agaknya lelaki berpayung..Hmm betul ker lelaki kalau berpayung time hujan tu tak macho? Dorang lebih rela basah kuyup dari jalan bwak payung..

Ke sebenarnya dorang ni memang pemalas nak bawak2 barang..Suka jalan berlenggang kangkung jer...Hmm kenapa agaknya eh...

Tuesday, October 18, 2011

KISAH TANDAS

Kali ni aku nak bercerita perihal manusia2 di toilet. Aku jenis yang cerewet.Serius aku cakap. Terutama bila aku melakukan aktiviti luar, dua perkara yang aku akan pertimbangkan...Surau & tandas.. Dan kali ni aku nak bercerita pasal tandas..

Aku tak suka kalau aku masuk tandas, keadaan tandas tu kotor yang amat..Dengan tissue sana sini, tambah pulak, ada manusia jenis yang membuang tak reti2 nak pam..Huish memang aku bengang tahap..Apa la punya perempuan gaya macam ni kan....

Entah kenapa hari ni aku jadi bengang. Sebab tadi aku nampak ada orang keluar dari tandas, bila aku lalu bilik toilet tu, aku nampak, tissue terapung2 dalam mangkuk tandas...Peh...Aku dah la kenal sangat muka perempuan tu..Selamba badak betul, boleh pulak dia buat perangai macam tu, memang aku tak sangka langsung.. Hilang hormat aku pada dia.

Tak kisah la kan kau nak guna tissue ke hapa. Tapi pastikan jangan la tinggal2 ker atau main campak dalam mangkuk tandas ker..Selekeh betul la perempuan macam ni..

Thursday, October 13, 2011

REVIEW: BINI-BINIKU GANGSTER

Hari ni aku nak review sikit filem 'Bini-biniku gangster'. Kebetulan adik aku ada download cerita ni..Mula2 aku plan nak tengok wayang(dulu2 la..time tu aku tengok review dia kat pawagam). Sekali bila waktu tayangan, tak sempat pulak aku nak pergi..Jadi dah ada yang download punya, aku layan...

Cerita ni aku tengok semalam, tapi entah kenapa, aku boleh tertdo pulak..Isk2..Boleh tertdo? Entah2 kalau dekat pawagam, aku dah menguap berapa kali agaknya. Tapi yang aku ingat...20 minit terakhir, aku terlelap..Rasanya aku ada check lagi berapa jam nak habis cerita tu sebelum aku zzzzzz...

Tadi balik kerja, lepas jer aku tengok Soffiya, aku terfikir nak habiskan bini-biniku gangster. Dan akhirnya..habis juga...

Pada aku, cerita ni tak ada message langsung.Entah apa yang cuba disampaikan pun aku tak tahu.Paling aku tak boleh terima, watak2 perempuan jadi ketua2 gangster....Lepastu babak2 gaduh2, lawan2...Memang la nama pun cerita gangster, kalau tak ada babak gaduh memang tak sah, tapi perempuan bergaduh, ala2 gangster..buruk betul la di mata aku..

Dan lagi penghujung cerita watak herry pun rupanya gangster juga..Alahai..aku tak tahu nak kata apa la..Memang bersyukur juga aku tak beriya2 nak menonton kat pawagam..Huh kalao tak..Mesti buang masa aku jer..

Jalan cerita biasa2 jer..aku rasa filem ni cuma berharap pada Shaheizy sam jer sebagai watak utama...Yang lain2..memang biasa..

Ok itu jer pendapat aku. Kang nak tulis lebih2, nanti ada yang kata aku tak sokong industri perfileman melayu, tapi kalao dah macam ni cerita nya, macam mana aku nak sokong...Tak kisahla kan..setiap orang pendapat masing2..

Saturday, October 8, 2011

SUKA HATI..

Penatnya hari ni...Pagi2 lagi aku dah berkejar ke produa, lepas hantar adik aku pergi kerja..Hmm nasib baik sampai awal...kol 940 macam tu la...Erk ke aku yang laju bawak kereta..huish...layan jer la..Asalkan aku tepati janji..Sebab appointment pukul 950..Produa..biasa la kan....

Tapi hari ni aku tak la bengang sangat ke hapa...Entah sebab mood aku baik kot..(haaa kalao mood tak baik, kiranya aku bengang selalu la eh...isk3 ada ke macam tu...)Dan juga aku rasa kali ni produa tepati waktu servis dia..Memang tepat2 950 service advisor panggil nama aku..dan dalam 1140 macam tu la..kereta siap..Lama kan? Tapi tak de la aku bosan sangat menunggu..sebab aku dah bawak novel siap2...Hmm baca sampai tak terasa masa berlalu(pergh ayat...ye la tu..)

Habis semua, aku singgah @mart kempas, nak beli mangga..Hmm jalan2 lebihkurang, beli buah mangga 2kilo, balik la...

Dan masa yang ditunggu2...Masuk plaza angsana..Hmm banyak tempat aku pergi ni...Survey2 sikit barang...Beli..sambil jalan2 lagi.Aku tak masuk pun Badan Cemerlang...Kang melayang lagi duit aku beli buku kang...He he Buat masa skang ni ada benda yang lebih penting...Hmm Harap2 semuanya berjalan lancar dan tak de masalah..(suka)

Tadi baru dapat baca sikit buku NB tu..Sekarang nak sambung lagi sikit la..

Friday, October 7, 2011

PUAS SUDAH..

Hmm ingat nak masukkan gambar buku, tapi sayangnya bila aku try google...tak ada imej yang keluar...ish3...Tak pe yang penting sekarang aku memang puas hati betul..Sebab akhirnya impian aku nak dapatkan novel NB kara - Menunggu Kereta Api karya Norhayati Ibrahim....

Rancangannya esok bila aku hantar kereta pergi servis...boleh la aku membaca2 sambil menunggu..Biasa la kan, servis produa...agak kureng sket..Erk..entah kenapa, ramai orang kot..tu pasal kalo aku hantar kereta, lebihkurang dalam sejam lepas tu kot baru siap..Huh..layan jer la..Bukan tak nak hantar bengkel luar..Tapi aku sendiri tak sure bengkel mana nak hantar...hmm

Ok berbalik pada buku yang aku beli..ha ha
Harap2 nya berbaloi la yer..Sebabnya hati aku memang tak tertahan lagi..Tak sempat2 nak beli esok..nak juga beli lepas balik kerja..Huhu..Tapi biasanya karya Norhayati Ibrahim ni memang best...Terbaik...

Rasa tak sabar nak membaca. Hari ni juga pembentangan bajet 2012..Ada semangat tak aku, siap download lagi teks ucapan bajet tu..Huhu aku nak kaji sikit..ada ke bahagian yang menguntungkan aku..=)

Sekali 50 pages daaa..Entah larat ke tidak nak membaca ni..Sambil2 layan Tahajjud Cinta lagi..
=)

REDAH SAJA

Aku agak kureng bila memikirkan blog aku yang makin lama makin sunyi sepi, tak ada post baru pun..Ada banyak benda nak ditulis sebenarnya..Jadi aku rasa elok aku tulis siap2 dekat opis ni, kang nanti balik aku tinggal post entry jer..huhu Kalau aku disiplin macam ni hari2…Haa best sikit..hari2 ada post baru..kuikuikui

Tak tahu la ada orang nak baca ke tak…Tak penting bagi aku…tulis pun untuk saja2…Orang kata suka2…He he(erk..bunyi macam tak ada tujuan jer…ish3)

Semalam time aku nak balik kerja, route yang aku selalu lalu tu ditutup..Apa sebab musabab nya aku kurang pasti, tapi aku rasa ada accident la..Macam ada ternampak trailer & kren jer kat area tu..

Maka dah tak ada pilihan lain lagi, aku terpaksa lalu highway yang aku sendiri pun tak tahu pergi mana(aku tak pernah pun lalu sebelum ni) Nekad jer la..Time tu mata dok jengah2 juga indication minyak tu, agak2 cukup ke tak eh..Hmm

Da lalu jalan tu..fuh…nampak asing juga..banyak kereta, mungkin sekali semua orang pun terpaksa kot lalu jalan tu..Tapi aku tak tahu highway tu menghala ke mana..Tak pe teruskan perjalanan…Sambil dalam hati aku kata, negara kita ni memang mempunyai jaringan pengangkutan yang bagus la.Sepanjang highway tu bersih jer..pemandangan pun sedang2 elok…he he

Sampai ada satu exit keluar ke persimpangan pulai, aku decide nak lalu situ..tawakkal juga…tup2 jalan tu menghala ke bukit indah..Nusa Idaman la, Nusa Indah la..(aku mana la familiar area Nusa2 ni..huish) Cari punya cari akhirnya jumpa juga jalan keluar hala ke bukit indah..Haa da dekat la dengan rumah aku tu…Fuh..selamat2..

Memang aku tak boleh lupa la…

Cuma satu je yang aku bersyukur sangat..nasib baik minyak aku banyak lagi..Selalu aku jenis yang suka isi minyak pagi2..So petang balik kerja, minyak tinggal dua bar pun aku boleh jalan lagi..He he Moral of the story is: bila2 masa pun, pastikan minyak kereta sentiasa penuh...

Tuesday, October 4, 2011

MUKA SENDIRI YANG DICARI DULU...

Lama dah tak mencoret sesuatu kat sini..Banyak benda nak tulis tapi sifat malas tertinggi melanda diri..Ha ha..Kesian juga tengok blog aku ni..Terapung2...terawang2...Hmm time ni mula lah terfikir-apa sebab aku start blog dulu...kuikuikui

Bulan september..pun dah berlalu...Skang tiba bulan oktober..Hujung bulan oktober cuti deepavali..Kilang aku cuti sampai seminggu..Hmm i like..ha ha Boleh berpoya2 sesuka hati...Lepas tu bulan november pulak..Kemudian Disember...Hmm bonus2...Ye ye je..Kalao banyak tak apa lah juga..Hmm tapi kene bersyukur...Lebih baik ada(kalau ada) daripada tak ada langsung..

Oppss apa tulis melalut2 ni..Lari dari tajuk pulak..Hmm Tadi aku sempat la belek2 gambar time aku datang open house rumah member aku..Hari raya kan, semua orang sibuk buat open house..Dan semua orang juga sibuk nak datang open house...Yer la..makan free, mana boleh tolak...Setahun sekali tu..

Entah kenapa, normal la agaknya, perasan tak kebiasaanya bila kita tengok gambar, nak2 gambar yang kita ambil beramai2...Muka kita juga yang dicari dulu..Tak kira la macam mana pun..He he dalam hati heboh nak tengok..Macam mana lah gayanya..Berposing sana posing sini..Ha ha ..

Hmm aku rasa patutnya lain kali..tangkap gambar diri sendiri banyak..Erk tapi nanti dikata syok sendiri pulk..Ish3