Wednesday, December 23, 2015

dUCk PLANNER.

Malam ni aku rasa penat sangat.
Balik je rumah, terus bergegas buat rencah nasi goreng.
Nasi dah siap-siap masak dah.

So lepas makan, melepek je.
Hahah gaya penat sangat lah.

Ok 2016 sangat dinantikan. 
Aku berharap aku jadi lebih organize dari skang.

Maka nya aku pun beli la planner.
Gigih aku usaha untuk dapatkan.
Rebut-rebut.
Mula-mula lama juga pikir.
Beli ke tak ni.
Ok tak tahan. Beli saja.
Reward untuk diri sendiri.
Setahun sekali, begitu.


Datang dalam kotak keras.
Exclusive. Mint color.


Trademark dUCk.
Love this.


Ada set theme untuk setiap bulan.


Illustrations yg menarik.


Monthly kelender, senang nak catit.
Ada juga ruangan kosong untuk tulis notes.


Tak sabar nak start tulis.
Monthly expenses.
Menu mingguan.
Plan untuk bisnes.
Wishlist.
Motivational quotes.

Yeay..

BERAPA BANYAK PINTU??

Ini entry hot.
Tulis pun masa tengah hot.
Lempang kang haa baru tau.
Aku tak faham sampai sekarang.

Kenapa aku kene lalu banyak pintu untuk masuk ke opis aku nih.
Lebih dari 3 pintu kene lalu.
Dan kene scan pulak, sebelum lalu ke semua pintu-pintu tuh.

Apa rasionalnya??
Dulu ada route paling mudah dari car park ke opis, now dah di tukar pulak.
New route, jauh dan menenatkan.
Tak dapat diterima akal.
Sungguh-sungguh.

Aku bebel dari perspektif seorang pekerja.
Memang tak tahan.
Kadang-kadang rasa management tak tau apa yang dia buat.
Sebab all the while nampak menyusahkan.
Kerja untuk gaji semata-mata???

Hmm reconsider azam untuk 2016.

Teringat boss pernah tanya: Company nak appreciate you, tapi you tak pernah support activity company. Macam mana you nak company appreciate you??

Ada idea??

Thursday, December 17, 2015

JAWAB SOALAN PUAN MUNIRAH DARI BLOG STORYMORY.

Jujurnya aku pun tak tahu macam mana konsep tag tag ni, ha ha
Ber blog pun sekadar nak melepaskan rasa kat hati je kan..
Tapi disebabkan orang dah tanya soalan, meh la kita menjawab.
Apa pun thanks kepada blogger Puan Munirah sebab sudi tag saya ya.

1. Apa maksud nama anda?
Nama penuh: Nuraini, yang bermaksud cahayamataku. hihihi

2. Warna kegemaran, kenapa anda suka warna tersebut.
Warna terpaling suka adalah biru, sebab lembut dan menenangkan. Nyaman je..

3. 3 lagu paling favourite.
Adoi ni kene pikir lama ni, tapi sebab tak cukup masa, tulis entry ni pun time rehat.. so 3 lagu tu ialah:
(a) Sempurna - Anda and the backbones
(b) When you tell me that you love me - Diana ross
(c) Putus terpaksa - Ziana Zain

4. Destinasi percutian idaman dan kenapa nak bercuti di situ?
Hong Kong disneyland, ha ha sebab nak jumpa mickey mouse, goofy.. Oooh karakter karton masa kecik-kecik ku... hihihi

5. Apa respon anda bila seseorang berkata, "cantiknya awak hari ni"
Woooo ye ke cantik??? Terima Kasih, sambil tersenyum lebar..

6. Penang, KL, JB- yang mana pilihan?
JB sebab membesar di JB, so memang nampak JB je la..hihi

7. Macam mana cara anda memujuk anak/ anak kecil/ anak sedara yang sedang menangis?
Sebab saya belum ada anak, so maybe saya akan peluk dia untuk tenangkan dia dan kalau dia tak berhenti menangis, saya nangis sama kot, ha ha

8. Satu perkara yang anda konfem buat sebelum tidur?
Belek handphone dan post iklan bisnes.

9. Apakah pencapaian terbaik dalam hidup anda?
Ada kerjaya yang boleh dikatakan agak stabil dan cukup sara diri.

10. Apakah yang paling anda harapkan untuk tahun 2016?
Jadi lebih happy dari tahun 2015..

Okey siap. Daaa...

Tuesday, December 8, 2015

PILU

Aduh sedih sungguh.
Aku tak nak tulis panjang. 
Dah ramai yang tulis atau repost.


Tapi aku, memang terkesan. 
Bila baca bait-bait luahan hati seorang ibu.

Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-fatihah.

MAKANAN.

Rasa macam nak update blog.
Malam ni aku makan luar.
Tak makan mana pun.
Pasar malam je.
Jimatt.
Makin malas masak dah aku ni.
Sila lah tepuk pipi sendiri. Jadi rajin.

Semalam konon nak buat puding jagung custard. Barang semua dah beli dah. Tapi besarkan MALAS.
So puding jagung dalam mimpi.
Harap malam ni rajin la. Oh lupa. Kene beli gula castor ke gula pasir ekk. Kejap lagi check resepi. Balik kang singgah kedai.

Kek marble aku da selamat. Habis di makan. Lapar-lapar balik keje, telan aje la.


Menyelerakan woi sebelum dibakar. Ha ha 


Tapi rupanya bila dah siap lagi makin nampak sedap. Cannot tahan. Next project aku da angan-angan nak try kek coklat yang pakai double boil tu. Tengah riki-riki apa resepi yang terpaling mudah. Sebab 1st trial kan biasa selalu tak menjadi. So hati-hati je la.

Ok la. Perut tengah lapar, cerita pasal makanan. Makin lapar. Dah la banyak issue bab kerja ni. Ai is tak suka okey.
 

Monday, December 7, 2015

KISAH PENJUAL DAN PEMBELI.

Semalam aku ada terbaca satu post dekat fb, pasal customer yang tak berpuashati dengan satu online seller. Hijab seller la senang cerita.

Daripada apa yang aku baca dekat printscreen wassap tuh:
1. Customer complain kata barang yang dia beli, tak sampai-sampai.  Bila check tracking number yang diberi, barang dah selamat delivered dekat tempat lain. Some one dah receive the package.
2. Customer guna bahasa kasar, woi, hoi, etc. bila online seller lambat reply wassap
3. Online seller kata dia copy paste je alamat yang customer beri dalam wassap. Sedangkan kalao betul dia copy paste, tak mungkin jadi salah alamat sampai parcel dah selamat receive oleh orang lain.. Jadi apa guna poskod?
4. Secara tiba-tiba online seller kata dia tak berminat nak teruskan urusniaga dengn customer. Mungkin sebab customer da ugut nak dedahkan issue ni dekat fb. Lepas tu online seller mintak akaun bank customer, untuk refund duit.
5. Customer kat dia tak nak refund, dia berkeras nak barang dan siap cakap, mana boleh bagi nombor akaun bank sesuka hati??
6. Last sekali, online seller agreed nak hantar parcel baru. Ada tracking number siap dia bagi.

Aku tak tahu apa cerita sebenar tapi yang tu pemahaman aku dari apa yang aku baca dekat printscreen wassap yang ditunjukkan.
Post tu pun adalah dari someone yang support online seller tu la, konon nak back up susulan dari post yang dibuat oleh customer sebelumnya.

Rata-rata komen ada yang sokong online seller, ada juga yang sokong pihak customer.
Ni komen aku pulak.
Perlu ingat ya, ini pendapat peribadi aku saja, disebabkan aku juga online seller, so ada beberapa point yang aku boleh jadikan iktibar.

1. Aku syak online seller ni memang tak pos pun barang customer. Maybe dia miss out, or maybe barang dah out of stock. Tapi dia tak feedback kepada customer.
2. Kalau online seller kata dia copy paste je alamat yang customer bagi, terang lagi nyata, nampak macam online seller tipu. Jauh kot ejaan dan sebutan alamat customer dengan tempat barang sampai tu.
3. Disebabkan terlalu banyak sms atau wassap masuk- agaknya laku keras la tu dia punya barang, so feedback si online seller ni sangat slow. Sampai kan customer ter hoi hoi, woi woi, dan ugut.
4. Tak logik la customer tu kata, mana boleh beri no akaun sesuka hati?? Habis kita yang jual online, kalao tak provide no akaun ke customer macam mana dia nak bank in cik kak... Nak cod ke kalau customer duduk utara... Adoi la...
5. Ada disertakan tracking number yang baru dekat last message tu. Aku rajin sangat sampaikan sempat check dekat tracking number pos laju, barang dah sampai dekat pos laju kawasan yang sepatutnya. Suppose customer boleh terima barang hari ni.

Dalam kita berurusan seharian, terutama dengan bakal customer, kita memang kene banyak-banyak bersabar dan berfikir lah positif. Nak marah tu tak salah, gunakan la cara yang sepatutnya.

Apa-apa yang melibatkan duit ni, atau masa, memang cepat buat orang panas hati.

Contoh bila kita berurusniaga, customer dah bank in, after verify, baru la kita prepare barang dan pos. Lepas tu kita share tracking number dengan customer.

Ini semua amik masa. Sebab bagi pihak online seller, kita pun risau tertipu. Kan ada dulu satu issue, pasal slip bank palsu. Hah sejak dari tu, aku pun biasa lepas check online transaction baru aku prepare barang. Kadang-kadang aku pos je barang even belom check pun duit dekat bank. Masa tu bertawakkal je la. Sebab nak kejar postage time punya pasal.

Tracking number pulak, biasa aku memang forward terus consignment notes after postage done, kepada customer. Aku takde masa nak taip satu-satu huruf ke nombor ke. Amik gambar, forward. Senang kerja.

Kita online seller pun banyak kelemahan. Kadang-kadang kita pun tak sedar.
Tapi apa pun, communication penting. Bila nak pos, apa masalah kalau tak dapat pos barang.
Kene telus. If customer happy, of course kita pun happy.

Jadi customer pun, bila dah di beri tracking number, pandai-pandai la check online.
Kadang barang tak sampai pun, cari aku.
Bukan aku yang kontrol movement barang dekat pos laju.
Berkali-kali tanya barang mana, barang mana.
Ai is tension okey.
Barang unsuccessful delivery. Bukan salah aku. 
Posmen da datang tapi tak de orang receive.

Macam-macam kerenah kan,  okey cukup la ulas. 
Panjang sangat dah entry ni.
Bye.