Monday, December 31, 2012

BERAKHIR 2012, BERMULA 2013.

Hari terakhir dalam tahun 2012.. Yeay.. Selamat tinggal 2012, selamat datang 2013. Semoga tahun 2013 membawa keceriaan pada aku dan keluarga.. Ahaks..

Best woo tahun 2012.. Banyak kenangan aku. Dan bnyak pencapaian diri yang aku dah buat. Paling best, hajat aku nak tukar kerja tercapai. Walaupun just pindah kilang ke kilang. Tapi atleast aku dapat environment baru..

Tu kisah bulan 5, bulan 9 pulak.. Memang special.. Majlis kahwin aku dengn encik suami setelah hmpir setahun bertunang dan tiga tahun tiga bulan berkawan( kira masuk waktu tunang sekali la) kuikuikui.. Syukur sangat2.

Awal bulan disember pulak, kitorang pindah rumah sewa.. Pergh.. Time ni memang ar... Tu yang kuar entry benda yang aku buat vs benda yang aku da tak buat tuh.. Huhu..

Apa pun aku memang enjoy 2012 ni.. Dan harap2 2013 membawa keceriaan yang lebih.. Daa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 28, 2012

REZEKI ALLAH LUAS

Lately ni asal aku balik rumah je, encik suami da goreng karipap la, samosa la, popia la.. Hmm I like. Agaknya dia tau kot wife dia ni kelaparan bila balik rumah. Yer la.. Kerja macam berperang. Kerah semua tenaga yang ada.. Bila balik jer terus flag.. Semua kilang sama je kot.. Huhu

Tu lauk bila tah aku masak. Aku pun lupa. Lemak labu dengan ayam sos.. Da masak banyak2 ayam.. Sekali encik suami request, lain kali jangan masak menu tu.. Erk.. Tak sedap gamaknya.. Ok so bole remove penanda dari buku resepi. Kah kah kah..memang tak kan masak lagi da resepi tuh..sebab tak de sambutan. Ayam tu buang je pengakhirannya.

Hari jumaat ni kerja jadi slow sebab da last day kerja kot.. So mood bersenang2 sikit.. Agak2 esok nak buat apa yer... Ish2 jangan sibuk2 berangan hari yang belum datang. Tak bagus.. Tiba2 teringat buku la tahzan.. Kat mana buku tu yer.. Tertinggal rumah mak aku kot..

Nak muhasabah diri pulak. Pasal rezeki. Rezeki Allah ni luas..tak tertumpu pada satu kategori jer...rezeki ni bukan tertumpu pada kewangan, anak, bahagia semata2...tapi kesihatan yang baik juga rezeki.. Keluarga yang sempurna pun rezeki, dapat makan makanan yang lazat tu pun kira rezeki juga. Ada orang rezeki lambat, ada orang rezeki nya cepat. Jadi jangan la nak banding kan life orang dengan life kita. Kita nampak pada luaran jer, tapi disebaliknya, dalam hati- susah ke bahagia ke.. Kita tak tahu..

Pada orang yang suka bercakap2 hal orang lain tu.. Dengan ertikata menyibuk tepi kain orang.. Sudah2 la.. Berhenti buat benda ni semua.. Da juga pada orang2 yang agak angkuh, konon dia punya semua, serba cukup.. Bawak2 la bersyukur. Sebab anda antara yang diberi rezeki awal dan murah rezeki. Cuma berjaga2 la.. Dan bersyukur.. Jangan sampai rezeki tu Allah tarik balik.

Ok stop dulu.. Nak smbung buat kerja sikit.. Hmm tak sabar nak tunggu ipad mini.. Lambat la order..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 27, 2012

MEMBELI ONLINE

Kisahnya aku teringin nak pakai tudung baru.. Tapi masa takde nak pegi belek2 tudung kat kedai.. Serius.. Yang sbenanya dari dulu aku memang malas nak stay lama2 kat kedai nak pilih2. Tu pasal aku ni outdated sket dari segi pakaian.. Sebab tu bukan minat aku.. Haha tapi kalo buku.. Yeah.. Itu minat no satu. Bab pakaian..asal bersih dan ringkas..bole jalan..kuikuikui

Ok balik cerita hal tudung. Tertarik dengan gambar kat fb. Jadinya aku decide nak beli. Entah sejak bila aku start membeli online pun aku xtau. Tudung ni kalo beli sehelai harga RM35.  Makk aii.. Pe ke mahalnya tu.. Tudung aku paling mahal pun berapa belas ringgit jer.. Tapinya tudung yang aku tengok ni..kalao beli kuantiti banyak, dapat la harga murah.. Dan aku order sampai 10 helai..

Barang pos pegi rumah mak aku, sampai ayah aku siap tanya aku nak jual ker? Ni gara2 buku pasal MLM yang aku dapat tu la..gara2 shaklee..

Ok hari ni pergi kerja pakai tudung baru.. Tudung ni senang la dibentuk. Cuma kain dia memang lembut dan aku agak, lepas ni kalao nak pakai kene letak fabric starch. Bila pakai benda ni.. Teringat aku kat alene.. Ko pakai lagi ke kiwi starch ni??

Aku baru nak elak guna benda ni sebab time aku keraskan tudung,aku paling takut hujan. Sebab bila kena air, tudung tu da tak jadi keras balik.
Pantang kan?..

Hmm..tudung hai la tudung...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 26, 2012

CUTI KRISMAS

Ini kisah semalam. Cuti public holiday. Mula2 ingat nak duduk rumah je rehat2. Sekali tak boleh tahan. Berjalan juga. Tak kemana pun. Just pergi maidin nusajaya lepastu singgah rumah mak aku. Mak aku da perli2 dah- ko lupa jalan balik rumah?? Eheheh.

Semalam decide nak masak sotong. Dan of course kene ada sayur. Jadi nak juga try masak sayur goreng. Sebab aku bukan pemakan sayur, aku letak la sikit udang dengan suhun sekali time goreng kobis ni.. Nak kasi attractive sikit. Kuikuikui

Sotong pulak, teringin nak try masak blackpepper. Sos blackpepper pun nampaknya ada.. Encik suami beli. Dulu memang aku tak makan. Sekali bila try, rupanya kene pulak dekat tekak ni. So jalan la.. Hehe

Pusing2 kat maidin. Ramai mak bapak tengah dok pusu2 beli kelengkapan anak sekolah. Tetiba teringat zaman aku sekolah dulu. Huhu..

Hari ni plan nak masak lemak labu dengan ikan kicap..tapi tadi baru je aku lunch ayam kicap. So tukar menu la.. Ikan sambal.. Wowo.. Balik nak kene rebus cili kering ni.. Nasib la aku ada topup beli.. Ok skang nak sambung kerja.. Daaa...

Mood: tak sabar nak balik.. Nak tido la.. Ahaks.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 24, 2012

HARI YANG BOSAN

Gara2 buku satu hari satu resepi, gigih aku menanda resepi yang nak dimasak dan juga masak. Satu hari khatam satu buku!

So lepas ni tinggal masak jer.. Xpayah nak fikir2..
Amik kau.. Lauk semalam, kacang buncis goreng dengan ayam sambal kicap. Kuikuikui

Hari ni ramai orang sambung cuti termasuk la encik suami. Hmm mesti dia tengah lepak2 kat rumah.. Tetiba terbayang2 rambutan kat rumah..woo tak de kene mengena langsung.

Bosan la bila kita kerja tapi ramai orang cuti. Nasib baik kilang aku bagi balik awal hari ni.  So balik awal nak isi minyak la. Harap tak ramai orang nanti. Ok stop dulu.. Daaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 22, 2012

KARI DAGING, SAYUR GORENG, 1 HARI 1 RESEPI

Hari ni aku try masak kari daging. Tak pernah masak sebelom ni. Jadi tak tau la kan..

Gigih google resepi. Macam biasa, salin dalam buku. Lepastu start prepare bahan. Ehehe. Rutin biasa. Aku goreng juga sayur.. Resepi pun tiru intenet.. Kuikuikui.

Sejak kawen rasa lama tak jalan2 dengan encik suami.. Dulu lain, sekarang lain.. Tapi tadi kitorang kuar juga pegi jusco bukit indah. Misi utama aku, daripada bulan lepas lagi. Beli satu tefal lagi.. Ahaks...biar ada dua, senang. Nak goreng dua benda berbeza.. Tak payah tunggu2. Nak bersihkan lagi..
Sekarang da puas hati.. Dah ada dua.. Hmm bole senyap sekejap.

Aku masuk kedai buku popular. Hajat nak cari buku pasal syed moktar bukhari, jutawan ke hartawan tu. Teringin nak beli sebab akak senior aku ada beli buku tu..sekali aku terjumpa buku 1 hari 1 resepi ni.. Terus berkenan nak amik...(ikin..akhirnya dapat juga aku beli buku ni.. Laris betul) Lama cari. Baru sekarang berjumpa..buku ni sampai ulang cetak ke empat belas.

So malam ni.. Aku nak selak2 sikit apa masakan yang nak dimasak esok.  Wow...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 18, 2012

BEKAL DI TENGAH HARI..

Eleh mood rajin tak pe la kan.. Lately ni sejak2 masak, kalo ada nasi lebih or lauk lebih, aku bawak jer bekal..cukup la untuk lunch..nak buang membazir beb.. Aku, sejak kawen...10sen pun berkira..huhu

Ni salah satu kaedah berjimat yer.. Ye la naik gaji bukan banyak pun..tapi syukur juga, sekurang2 nya ada kenaikan sikit.. Tambah pulak kantin punya masakan sama je.. Orang kata kalo ada graph flowrate dia, memang mendatar je.. Takpun menurun. Tu time kalo kitorang turun, nasi or lauk da habis la.. Oooh memang tak boleh blah..

Keazaman kuat, nak bawak bekal untuk lunch. Setakat ni diri sendiri lepas la.. Tapi untuk encik suami belom lagi..aku ingat kalo nak bawak bekal untuk encik suami.. Kol 430 kene bangun tu.. Aku kan masak lambat.. Jadi jalan terbaik biarkan dia makan kat kantin. Lagipun kantin dia kan macam2 ada...malam jer aku masak dinner sama2...

Tapi takde la tiap2 hari aku bawak nasi kan.. Ada juga aku bawak roti.. Setakat ni aku pernah bawak nasi goreng dengan burger, nasi putih ikan goreng dengan sayur.  Macam hari ni aku bawak nasi putih tomyam campur.. Tiap2 kali pun ada telur kicap. Haha buat penambah rasa..

Hmm malam ni nak masak apa yer..maybe masak sweet sour kot...(gambar urutan terakhir-aku da pernah buat dulu, tapi picture blom masuk blog). Nasib la susunan gambar bila update guna hp ni straight jer.. Kalo guna pc/desktop..bole tulis details bawah gambar.. Jadi imagine je la aku cerita pasal gambar mana yer...
Kuikukui.. Ok la.. Masa rehat da habis ni.. Sambung kerja balik.. Uhhhh stresss.. Daaaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 17, 2012

TOMYAM CAMPUR DENGAN TELUR DADAR

Sejak2 da reti masak sendiri, keje asik nak publish tentang resepi je eh... Hmm sukahati aku la kan.. Blog aku.. Ahaha..  Excited dapat masak sendiri.. Tak pernah masak sebelum ni.. Jakun la sikit.. So menu malam ni tomyam campur.. Dengan telur dadar. Sebenarnya aku terfikir nk masak tomyam jer.. Tapi encik suami kata nak telur dadar..

Ok tak pe.. Telur dadar, abang goreng sendiri yer..ish2 tak apa la kan..sekali sekala...

So tomyam aku campak la udang, sotong, daging sikit. Lepas tu letak la sayur2 sikit.. Nasib la free.. Senang je rupanya masak tomyam ni. Tumis la bawang merah, bawang putih halia. Masukkan air dan garam. Masukkan kiub tomyam. Aku sampai masukkan dua kiub. Sebab kurang masam. Bila dah mendidih, masukkan bahan2 udang daging sotong segala. Lepas tu masukkan la serai yang dititik, daun limau. Aku campak juga sayur lobak merah, bunga kobis, cendawan.. Banyak kan?... Daripada tak makan sayur boleh jadi makan sayur aku ni...ok.. Tomyam tu biar sampai mendidih.. Baru hidangkan..hmm wow...

Ok. Stop sini dulu.. Da penat taip.. Nak rehat2.. Daaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 16, 2012

SAMBAL GORENG DAN SAYUR AIR LAGI.

Hari ahad.. Hujan turun start dari pukul 2 sampai petang (saat aku bangun tdo). Iye, waktu senggang, aku bantai tdo lagi...boring memang la boring. Mesti malam aku susah nak tdo. Tapi nak keluar jalan2.. Lagi la kurang seronok. Nak2 time hujan bagai.. So jalan terbaik. Duduk rumah jer..lepastu tidur...kuikui

Ok hari ni, berkesempatan juga aku masak sambal goreng. Encik suami nak sangat makan.. Nasib la dia tolong2 goreng.. Haha ringan tulang rupanya husband i.. Hmm really like.. Banyak bahan2 dia nk letak ni.. So memang take time la nak prepare.

Mula2 goreng tempe, tahu, kentang. Lepastu rendam suhun dengan tahu kering, toskan. Sambil2 tu prepare ler daging,sotong, udang yang nak di campak sekali. Lepastu potong la bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, cili padi sikit.. Ok so mula2 tumis la bahan2 tadi sampai wangi. Lepas tu masukkan cili merah dengan cili padi. Lepas tu masukkan kicap,air asam jawa,dengan air belacan. Biar sampai mendidih, lepas tu campak la udang,sotong daging segala. Biar sampai air kering, masukkan suhun dengan tahu kering, lepas tu nak bagi warna, letak la kacang buncis sikit.. Tak lama kemudian baru masukkan tahu,tempe dengan kentang yang digoreng.. Fuh... Kehkehkeh kerja aku cuma tukang masukkan bahan jer.. Encik suami yang kacau dalam kuali...hmm best2....aku tak masukkan garam ke gula ke walaupun resepi dekat internet ada tulis suruh masukkan. Jadinya sambal goreng aku ni sedikit tawar. Tapi tak pe.. Next time aku akan adjust balik, maybe lebihkan kicap or bagi sikit garam ker...untuk improve rasa dia..

Makan dengan encik suami.. Memang tak sah la kan. Kalo tak ada kuah2 sayur ni.. Nasib la sayur memang dapat free.  So masak selagi boleh.. Ahahh..masak sayur sawi letak fish ball and fish cake.. Tumis je bawang merah, bawang putih dengan ikan bilis. Lepas tu masukkan semangkuk air. Bila mendidih, masukkan sayur dan fish ball fish cake.  Aha. Lepas tu tabur la serbuk maggi cukup rasa.  Senang je.. Lama2 aku jadi mahir masak sayur air.. Hmm..

Rasa panjang pulak entry ni.. Ok la.. Sambung nanti.. Da....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 14, 2012

BENDA YANG DAH LAMA AKU TAK BUAT VS BENDA BARU YANG AKU BUAT

Sejak2 duduk rumah sewa ni...ada beberapa benda yang aku dah lama tak buat dan juga ada beberapa benda yang baru aku buat.. Ahaha

Rindu juga kadang2 nak buat benda2 lama ni. Tapi at the same time aku enjoy juga buat benda baru. Kalo tak enjoy memang rasa nak lempang muka sendiri la.

Ok cerita pasal benda lama.
1. Aku lama dah tak baca buku. Dulu2 aku memang boleh spend masa untuk baca buku. Tapi sekarang.  Tengok je la buku tu jawabnya.. Serius... Apalah yang buat aku busy sangat agaknya..
2. Aku lama dah tak baca paper. Dulu hari2 aku baca paper. Utusan, harian metro... Ceh macam dah lama sangat la konon..padahal hujung minggu ada je beli paper. Tapi itu seminggu sekali kan.. Mana sama dengan hari2 dapat baca. Free pulak tu..kedekut ke tak ni eh...aku kan macam orang tua sikit. Tak de feel la baca paper online ni..ahaha
3. Aku dah jarang follow up hal2 rancangan tv ni.. Kalau ada pun, tu kira bernasib baik la aku hari tu. Tapi kebiasaannya memang tak dapat la. Entah cerita apa je yang aku tengok hari2.

Kisah benda baru pulak.
1. Aku gigih belajar memasak. Gigih search resepi kat internet sambil salin laju2 dalam buku. Lepastu amik sayur kat kedai ayah aku letak dalam peti sejuk sampai tak termasak. Fuh...seronok juga benda ni sebenarnya..tapi kadang macam membazir pun ada.. Ala mula2 kot. Nanti dah lama pandai la nak agak2.
2. Aku dah jadi hantu tidur aku rasa.. Balik2 kerja.. Terus masak dinner.. Lepas tu kalo ada kain nak basuh, sumbat dalam mesin basuh..wah tetiba terasa untung ada mesin basuh automatik. Front loading lagi.. Layankan jer la encik suami nak sangat.. Asalkan aku dah tak perlu manual bilas.. Kalo tak.. Pengsan...lepas masak semua baru makan. Lepas tu sambung kemas2. Kemudian, baru ada masa nak tengok tv.. Tapi kebanyakan masa memang aku tertdo la.. Haha memang hantu tdo la skang. Tak leh nak cakap apa..kuikuikui..

Apa lagi eh.. Itu je kot major changes dalam hidup aku sekarang ni. Agak kelam kabut. Tapi sebenarnya.. Aku sangat2 hepi..hmm ok la.. Nak sambung buat kerja la sekarang.

Banyak betol benda kene follow up. Tak terkejar kaki dan tangan. Huhu

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 13, 2012

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI.

Today is my birthday. Wow.. Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Mula2 tak la teringat sangat. Tapi bila kawan aku si nadlene call- wish birthday,gigih dia wish awal sehari.. Ahaks.

Da genap 28tahun. Masih diberi kesempatan untuk teruskan hidup di bumi Allah. Syukur..dan moga2 hari mendatang akan jadikan aku lebih baik dari hari2 sebelumnya. InsyaAllah.

Tahun 2012 pun da nak sampai ke penghujungnya. Sikit je lagi.. Nak masuk 2013.. Rasa ni paling sesuai nak set azam baru 2013..dah ada terlintas list untuk tahun baru.

Ok semalam bila alene call, dia ada sebut daging goreng. Aku pun tak sure la lene. Rasa aku belum tepek gambar lagi dekat blog ni. Mana ko tau aku pernah masak daging goreng?. Atau mungkin aku ada lupa ingatan sikit2 kot.. Da tulis tapi nak juga tulis lagi. Entah.

Tapi tak pe alene. Nah aku tepek gambar daging goreng yang aku buat.. Fuh.. Ko jangan tertipu dengan color sayur dan cili yang masih fresh tu. Pasal time aku snap gambar ni, aku baru je masukkan cili dan kacang tu.. Tu pasal nampak still cantik color dia tuh. Tapi aku rasa kan, next time kalo aku nak masak lagi.. Aku akan pastikan da nak dekat akhir2 baru aku masukan kacang dan cili. Supaya color dia still maintain. Haha.

Ok. Skang aku pun da ada kat opis. Stress fikir hal kerja. Layan jer la.. Bak kata Eve, kawan aku- kerja pun takde nafsu. Main kerja je... Hmm tak pe la fikir positif sudah..
Daaa...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 8, 2012

LEMAK LABU DAN SOTONG MASAK APA TAH




Hari ni encik suami bercuti. I like.. Jadi pagi2 lepas sarapan aku dengan encik suami pergi pasar. Mak ayah aku suruh datang pasar, amik sayur.. Wow jimat disitu. Bak kata adik aku "sedih la kalo bapa jual sayur, anak beli sayur. Elok amik jer sayur kat pasar"
Cuma tinggal beli ikan,sotong,daging dan ayam jer.. Itu la untung anak penjual sayur ni..kuikuikui tapi malangnya aku bukan makan sayur sangat. Jadi amik sayur yang agak2 encik suami makan jer.
Hari ni aku masak lemak labu. Encik suami suka lauk ni.. Try jer la buat.. Macam biasa search je resepi dekat pakcik google. Sekejap jer da dpt..haha
Bawang merah,bawang putih, ikan bilis, dan labu...garam jangan lupa letak juga, masuk dalam periuk, letak air paras2 labu jer.. Lepastu biarkan mendidih.
Bila dah mendidih, masukkan santan..lepastu letak sikit serbuk kunyit bagi warna kuning.. Lepastu agak2 labu da empuk, bole matikan api dan hidangkan.. Fuh...
Second lauk aku..berasaskan sotong.. First time basuh sotong..haha ok la juga. Mula2 plan nak masak sotong masak kunyit cili api? Begitu la kata encik suami.. Tapi sebab aku refer resepi mana tah, terus tak jadi.. Ni skang tak tahu sotong masak apa.. Tapi tak pe.. Next time bole try lagi..
Blender bawang merah, bawang putih, halia,cili merah,patut masukkan kunyit sekali. Tapi rumah aku tak de kunyit so skip yang ni.
Kemudian tumis sampai naik bau. Lepastu masukkan sotong. Aku tersilap stage ni, aku tambah air terlalu banyak. Tu yang nampak berkuah sangat. Sotong sendiri dah ada air, so kalo still nak tambah, tambah sesikit jer.
Kemudian aku masukkan sayur nak bagi warna2.. Takdela nampak kosong jer. Lepastu agak2 sotong da masak.. Matikan api..boleh makan.. Opss sebelum tu sila rasa dulu masakan.. Kalo kurang rasa, tambah la apa yang patut.. Garam ke gula ker..hmm patut aku bole puji diri sendiri ni. Ada personal improvement.. Gigih juga memasak untuk encik suami. Haha
Ok panjang da taip ni.. Sambung search resepi untuk esok. Daa...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 5, 2012

KISAH SEMALAM, LAUK HARI KEDUA..

Semalam aku jatuh kat surau. Time nak amik wuduk. Hasilnya tu dia...dapat cuti sakit dua hari dan kaki berbalut... Aaaa.tension. Kaki da la sakit, pastu kerja kat opis lagi... Hmm kena ada pengurusan stress yang betul ni..

Balik jer terus bersiap2 nak prepare dinner. Nasib encik suami tolong..hmm I like...so malam tadi lauk sayur air dengan nugget dan calamari jer..bole la.. Asalkan bole makan..layan...terbantut niat nak masak bayam goreng belacan n ikan goreng. Ok tak pe. May be esok aku try masak lauk tu..

Ok la. Rasa malas pulak nak taip panjang2. Nak rehat2 ni. Sambil baring2 atas katil lama.. Daaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 3, 2012

MASAKAN PERTAMA..WITH TEFAL KECUALI SAYUR AIR..

Ini lauk malam tadi. Lebihan nasi semalam aku kasi goreng, buat nasi goreng cina(kononnya). So da tau da lepas ni, masak nasi nak sukat tang mana supaya tak terlebih..orang kata tak elok membazir..

Ayam goreng. Lumur dengan telur dan tepung adabi..pergh tepercik2 minyak kat dapur. Goreng lama sikit sampai kekuningan. Ni menu last sekali aku masak. Lepas kerja goreng2 ni.. Kerja mop dapur pulak. Ish2. Patah pinggang macam ni hari2.. Uhhh

Sayur air. Encik suami ni suka makanan yang berkuah..paling senang, kuah sayur air la kan.. Dia pemakan sayur, malangnya bini dia ni tak makan sayur. Sebagai isteri yang baik, harusla aku masakkan kan juga dia sayur ni.. Eheheh gigih aku google resepi..

Hmm esok masak apa yer.. Da ada plan.. Tunggu hari esok pulak..ok chow...

Published with Blogger-droid v2.0.9

DEMI MU TEFAL

Tuh dia.. Benda alah yang paling mahal aku beli. Si tefal tu. Sebenarnya lama juga dok usha2. Sebelom kawin lagi. Lepas kawen, tambah menjadi2 pulak. Tapi kene consider bnyak benda lagi.. Sehinggalah sampai kejadian semalam. Terus nekad nak beli. Huh.

Kuali yang aku beli kat kedai biasa tu siap kuarkan serbuk besi time menggoreng. Hmm sodap kalo makan tu.. Phuiii.. Lantas dengan segeranya aku suruh encik suami buang..gulp..tapi bila difikir2 balik, mungkin itu lebihan machining process ker..atau kita kene sental kasi bersih dulu ker.. Entah la..aku rasa kuali tu da selamat encik suami lempar ke tong sampah kot. Try juga aku tgk2 dalam tong smpah tu..tapi tak nampak pulak. Hmm yang lalu biarkan berlalu. Skang kita buka buku baru.kuikuikui

Ok juga rasanya masak guna kuali non stick. Tapi masalah utama yang aku dapat, sudipnya pulak bila lepas pakai macam ala2 cair ke hapa.. So maybe kene fikir untuk tukar jenama senduk lain..

Kisahnya hari ni aku sanggup amik unpaid leave semata2 nak beli si tefal ni.. Baguskan?? Bulan ni mmg kopak..encik suami, sila support bini anda. Aku kalo membeli tanpa encik suami.. Memang semua aku rembat.. Macam tadi..membeli belah sayur2, rempah ratus la.. Itu la ini la...bila jalan sorang..senang aku berfikir dan cari barang. Bila jalan dengan orang..memang kelaut la semua..sebab apa.. Sebab ada second opinion. So secara xlangsung memang terbantut niat nak membeli..ish3.. Memang dah terbiasa aku ni...

Tadi kat jusco, hmm memang banyak suri rumah berbelanja.. Aku pun terasa sama...no no no... Pengsan.. Esok aku wajib kerja ok.. Hari ni jer demi tefal...

Konon amik satu dulu, yang satu lagi..next month la.. Tup2 rembat dua. Tapi ada satu lagi size.. Hmm yang tu..tunggu kot2 encik suami nk sponsor ker..ye ye jek...ok.. Nak rehat2 jap..

(aku memang serius respect la pada surirumah2, kerja kat rumah memang tak pernah habis..hmm)

Published with Blogger-droid v2.0.9