Thursday, November 29, 2012

ALKISAH RUMAH SEWA- PETI AIS

Sambil2 buat kerja ni tetiba terfikir nak mengarang pulak. Ini nak bercerita. Alkisahnya plan aku hujung minggu ni nak pindah masuk rumah sewa. Rasa macam da nak dekat sebulan da dapat rumah tu tapi still duduk rumah mak aku lagik. Kuang kuang kuang.

Mula2 rasa excited la kan.. Wow rumah sewa. Tapi lama2 fuh.. Poning kepala dibuatnya. Nak masuk rumah sewa, alkisah rupanya banyak benda nak kene fikir. Dari hal perabot, langsir bagai sampai la ke hal2 dapur. Erk dapur eh.. Padan la muka untuk orang yang rajin macam aku.

Aku bukan reti sangat petik dapur ni. Konon nanti kuar api besar la.. Bab masak memasak memang la fail. Grade E kot. Haha. Da kahwin ni mula la ada kesedaran (yang tinggi) pasal masak masak. Sebab ada perut lain nak di isi. Kalo aku sorang, roti dengan nutella pun jalan. Hmm..

Makin nak dekat pindah ni, makin serabut sikit aku berfikir apa barang nak dibeli untuk isi dalam peti ais. Peti ais beli besar2 setakat ada cordial, air masak n ais jer.. Phuiiii...
Siap aku buat survey lagi dekat kawan2... Macam2 jawapan la yang aku dapat. Kehkehkeh.. Tapi ok juga atleast aku ada idea nak start membeli.

Aku ingat nanti memang kene buat satu list. Lepas tu baru senang nak cari barang.

Kene juga akui diri sendiri punya kelemahan. Satu sisi yang lain, aku sangat confident dalam semua hal. Of course la bab kerja. Pengalaman da bertahun2 (baru je 5 tahun-genap) dalam manufacturing ni, tak kira apa masalah, skedul model baru tetap ontime. (tu pasal aku sangat sayang kerja aku ni, padahal mulut kadang asyik komplen juga)

Tapi daripada sisi yang sebelah sini- bab masak memasak.. Sangat la malu nak cerita. Failed. Takpe sama2 belajar.. Start dari bawah..practise make perfect. Start beli buku masak banyak2. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 25, 2012

AKTIVITI HUJUNG MINGGU.

Ni menu aku malam tadi. Dekat restoren my friend tomyam kat kempas. Air dia sikit punya besar. Hmm pulak tu tersangat la manis. Apa namanya milo sky fruit? Gitu la.

Nasi goreng pattaya aku punya and encik suami makan nasi goreng istimewa rasanya. Lupala. Nama menu pun pelik2. Ok itu cerita malam tadi. Lepak rumah sewa sampai magrib, lepastu singgah makan sebelum balik rumah mak aku. Aku belum fully transfer semua barang lagi. So sekarang masih duduk rumah family lagi la. Tinggal bedroom set dengan baju2 jer..

Sekarang pun aku lepak rumah sewa. Saja bagi encik suami lepas gian main game dia..ahaks...sambil2 aku baring depan tv layan hindustan..hmm apa lagi yang boleh dibuat....

Ingat nak pasang langsir, tapi sebelum pasang, rasanya aku nak iron dulu. Ini la susah kalau takde steam iron...wah wah...kene add dalam wishlist ni..selain tefal...wow..

Published with Blogger-droid v2.0.9

KENDURI KAHWIN

Pergi kenduri kawin sepupu aku. Hmm mencabar juga mau cari tempat parking. (suggest buat kat dewan, tak mau. Nak juga buat tempat sempit2)

Nasib dapat makan tempat yang ada kipas.. Close up sikit makanan. Katanya ada daging rusa masak blackpepper.. Layan la juga. Bagi rasa2...

Teringat pulak time kenduri aku dulu. Seronok.. Kuang kuang kuang..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 24, 2012

BUBUR AYAM MARRYBROWN

Aku tak pernah rasa bubur nasi marrybrown. Tapi semalam waktu stuck dekat angsana, sebab hujan turun dengan lebat, adik aku ajak makan2. Jadi pilihan kitorang adalah marrybrown. Yang adik aku ada bagitau, ayah kepada kawan dia adalah tokey marrybrown.

Ye la tu kot...menu yang kitorang ambil semestinya simple. Sebab balik rumah nanti kene makan lagi. Mak aku da siap masak, gila la kau kalau tak makan. Decide untuk ambil set bubur...

Tengok tu. Kemain besar mangkuk dia. Kalah bubur ayam maku donald..kuikuikui.rasa dia pulak memang sebiji macam kita masak bubur kat rumah. Tak macam bubur maku donald, ada rasa rempah2 sket.. Hmm layan jer la...makan free sebab adik aku belanja, ok.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 23, 2012

JUMAAT JALAN2 CUCI MATA

Pekena sizzling tomyam noodle dgn milo ais kat @mart kempas. Sambil2 buang masa nak tunggu kereta siap servis. Dan tunggu adik aku hbs solat jumaat.

Skang lepak rumah sewa jap. Plannya lepas solat jumaat, adik aku nak ajak jalan pergi maidin.. Layan jer la...

Dalam hati- ok juga ada rumah sewa rupanya..kuikuikui

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 18, 2012

TABIAT MEMBACA

Mungkin da jadi tabiat aku agaknya. Tak keruan bila tak de buku nak dibaca. Novel yang sebelum ni dah habis dibaca..

Hari ni, pagi2 lagi aku da beli paper. Nak tunggu ayah aku balik, memang lambat la.. Walaupun aku ada kemudahan internet unlimited, bole guna hp, bole guna pc...tapi feel baca online tak sama feel baca sambil pegang buku. Rasa2...

So gigihkan la diri juga untuk beli buku nak dibaca.. Terjumpa la novel2 ni... Coke n sundae tu aku pernah beli buku 1st dia. Skang kira macam sambungan cerita tu la.

Buku satu lagi yang tajuk hingga hujung waktu, ala2 thriller. Sejak bila tah suku buku style macam ni. Aku pun tak sure. Hmn layan jer la..(OPSS GAMBAR TU TERBALIK PULAK. AKU TAK RETI NAK BETULKAN BALIK GUNA BLOGDROID NI.. Zass

Conclusion: aku memang tak boleh stop baca novel. Fuh..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 15, 2012

KERJA DI TAHUN BARU

Terasa janggal pulak kene bekerja time awal muharam ni.. Dolu2 time company lama da terbiasa cuti straight dalam 5-6 hari tiap2 kali raya. Macam kali ni, deepavali sekali dgn awal muharam. Tapi yang tak bestnya cuti kena ganti kerja hari sabtu. Ok stop. Jangan banding2 kan.. Masing2 ada pro dan cons. Antara kilang lama dengan kilang baru.. Hmm da manja sangat aku ni. Asik nak cuti2 jer..

Tadi kat parking baru aku realize sesuatu. Selama ni aku dok la berfikir. Ada satu kereta myvi yang selalu parking senget dalam kotak parking. Memang senget. Tapi tak la sampai terkeluar kotak. Tapi kalo aku terparking sebelah dia memang aku hot la kan.. Ko ni reti parking ke tak nih.

Hari ni public holiday. So jalan pun clear, tak la banyak kereta sangat dan aku sampai awal kat parking. Takde la awal sangat2 tapi consider awal dari semalam. Dan kebetulan myvi ni baru nak parking depan aku.. Ooo ini le rupanya tuan punya kereta ni.. Ish2 terkial2 dia aku tengok nak masuk parking. Adjust lagi..ehhh tetap senget.. Please practise more ok.. Haha..

Ingat kan budak2 muda. Tapi sekali nyonya. Erk consider nyonya la kan... Ok ok stop. Tak baik kutuk orang di tahun baru ni..ok la.. Sambung buat kerja sket.. Kerja macam biasa follow up ni, follow up tu... Serupa management aku rasa. Daa sambung nanti..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 14, 2012

CUCI GAMBAR PUNYA CERITA

Mata mengantuk di petang2 hari ni.. Fuh...cemana buat eh.. Rasa kerja aku untuk hari ni dah siap..just keje follow up jer.. Ni yang agak malas nak kejar2 ni. Tapi kalau kita tak kejar...confirm lepas ni kita yang dikejar.. Haa kau nak pilih yang mana??

Sebut pasal follow up ni.. Kadang2 benda macam ni memang penting. Contoh macam waktu aku cuci gambar kawen hari tuh. Aku hantar hari ahad. Budak kedai tu bagi aku leadtime 3 hari untuk siapkan. Ok fine. Walaupun aku rasa macam lambat sangat tapi alasan dorang, dorang tak de machine nak cuci.. Ok la.. Layankan ajer..

Hari isnin,selasa.. Ok takde rasa apa pun..ehehe..hari rabu. Ikut perkiraan da cukup 3 hari. Hati da excited da...gambar kawen sendiri, mana tak excited. Tunggu punya tunggu smpai ke petang langsung tak ada call..ok sebab hari tu aku banyak kerja, jadi malas fikir sangat.

Masuk hari khamis, hati dah start panas. Balik kerja aku terus call. Lepastu baru budak tu confirm dengan aku, gambar dah siap dari hari rabu lagi.. Pergh....alasan diberi, dia trya call aku banyak kali.. Tapi tak dapat. Soalan aku: da tau tak dapat, habis tu tak de usaha ko nak call lagi smpai dapat?? Nak kene tunggu customer sendiri yang follow up baru nak bagitahu barang dah siap. Ni pun nasib la aku jenis yang cepat ingat sket. Kalo dapat orang yang pelupa, mau berhari2 baru gambar tu sampai ke tangan kita.

Tapi aku malas nk besarkan issue ni kat kedai tu. Sebab aku kalo da start tanya- macam polis- kang macam2 aku tanya tak terjawab nanti dorang.
Asalkan gambar aku siap, sudah.
Kesimpulannya.. Kerja follow up ni memang penting. Untuk kebaikan semua orang.. Ok la da membebel banyak ni.. Sambung nanti. Kene wayang sket kat opis nih.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 13, 2012

CAT RUMAH

Rumah sewa yang aku dapat ni, penyewa lama cat warna yang pelbagai. Ruang tamu dan bilik kedua kombinasi biru purple, dapur dan bilik tidur utama kombinasi hijau kuning. Fuh...

Ok warna biru purple ni aku bole la terima. Kira2 warna sejuk juga. Tapi kuning hijau memang dah sah2 tak boleh. Silau.. Lepas tu warna panas aku rasa. Since encik suami da cakap dulu,dia nak tukar color cat ni. Aku ikut jer la..tapi tak nak la cat beriya2 kan. Nama pun rumah sewa. Sampai masa tinggalkan sudah..

Hari ni sempena cuti deepavali ni, harus wajib aku angkut kedua2 adik aku ni untuk tolong cat. Encik suami pulak katanya kena kerja. Kapal skedul tight.. Hmm...mula2 cat warna putih sebelum cat balik warna lavender white. Kedai cat tu ada juga bagi skim warna.. So dah terbayang kat mata aku ni warna yang bakal jadi pilihan untuk rumah sendiri nanti.. Ahaks... Kena kumpul duit ni.. Satu tin cat 5 liter je da lebih RM50 ikut kategori.. Ish2 mmg kna upah kontrak ni. Tapi rasanya aku kena compare harga kalau kita provide barang, kira bayar labour cost sahaja atau kita lump sum kan sekali bayar. Ok. Itu future plan.

Hmm aku kat sini cat sikit2 jer la.  Mana yang bole cat. Lepas je makan lunch..beli lunch kat kedai sampai RM21.. Tu belom masuk asma rojak RM12.. Nasib la air mak pesan suruh bawak dari rumah..da kenyang je, terus flat. Haha malas da buat kerja.. Serius mata mengantukk.

Sambil2 update blog ni, line tak berapa nak elok pulak kat sini. Kejap ada kejap takde. Tension ah kak.. Adoi la. Hmm ok nak stop bebel dulu. Chow.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 12, 2012

AKTIVITI HUJUNG MINGGU..KEMAS RUMAH SEWA

Hujung minggu aku takde la menarik sangat.. Sekadar duduk2 rumah, kemas apa yang patut. Terutama bilik. Hoh banyak benar habuk.. Da kemas2 pun still ada habuk... Memang kene merajinkan diri untuk kemas seminggu sekali. Dan kemudian masa terluang, aku sambung baca novel yang aku baru beli tu.

Sebut pasal novel. Aku terkejut sebab bila baca buku yang tajuk SUAMI tu, jalan cerita sama dengan buku yang pernah aku baca dulu. Tajuknya OBSESI. Aku mmg yakin sangat2 isi ceritanya sana. Aku tak pasti buku mana terbit dulu. Tapi aku baca habis juga.. Rugi kan..da beli tapi tak baca.

Plan nak cat rumah sewa. So gigih la pergi kedai cat, pilih cat beli cat. Beli berus siap2. Lepastu masuk rumah.. Tengok2 kosong.. Hmm macam ni rupanya nak masuk rumah sewa..mula2 masuk, habuknya tak ingat.. Memang rasa bersyukur2 sangat2 dah beli air purifier tu..

Benda penting yang perlu ada sebelum nak cuci or kemas rumah sewa:
1) penyapu dan penyodok sampah - penting. Senang nak sapu2 habuk masuk penyodok sampah terus dibuang dalam tong sampah
2) tong sampah dan plastik sampah - nak kumpul segala sampai
3) mop,baldi,gayung,pencuci lantai - ni semua barang2 nak cuci lantai. Kalo lantai mozek,jubin ker...memang dah sah2 kena mop la. Kalo lantai simen beralas tikar getah,sapu2 pun cukup. Tapi aku bantai mop juga. Dah terbiasa dolu2 kat rumah lama tikar getah pun mop juga.. Hehe
4) pewangi bilik - aku beli ambi pur lemon.. Kasi sedap sikit bau ruangan tu..
5) kain lap - benda ni pun penting juga rupanya. Aku terlepas pandang. Aku just beli tuala good morning. Ingat nak lap2 sikit2 jer.. Sekali bila kita keluar masuk bilik air..kaki basah..da kotor balik lantai. Last2 tuala good morning tu jadi lap kaki..ahaks...

Hmm itu je kot yang major. Yang lain2 bole siapkan kemudian.. Macam langsir, karpet ker.. Penat juga mengemas rumah kecik ni..belum lagi rumah sendiri.. Mau pengsan dibuatnya.

Esok berazam nak habiskan kerja cat bahagian bilik and dapur.. Kena arrange cepat2 sebab semua barang yang dibeli da ready- peti ais, mesin basuh,rak tv,meja makan...once rumah da ok, bole masuk barang.. Hepi... Tak sabar nak tengok barang masuk..

Ok, itu je buat masa ni..
Sambung nanti..bye.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 8, 2012

MINAT YANG SUSAH DIKIKIS.

Memang tak dapat ku kikis hobi yang satu ni.. Novel novel novel. Nasibla encik suami tak cakap apa2.. Kali ni aku beli novel yang lebih kepada misteri/thriller. Ala2 penyiasatan gitu. Mencabar sikir membaca..

Zaman2 dulu bole la baca novel2 cinta cintun. Sekarang ni sejak usia da lewat ni..haha baca buku selain tema cinta, sudah. Atau lebih menjurus keagamaan. Iyer. Begitu...

Tapi masalahnya, asal nak menbaca, baru beberapa page dah terlelap.. Ish3.. Xtau la bila bole habiskan baca buku2 ni..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

SERVER DOWN LAGI...KISAH AIR PURIFIER.

Pagi2 datang kerja, server SG down lagi. Begitu la info yang aku dapat dari budak SG. Makanya time for blogging ler..hukhukhuk

Time drive tadi, aku dengar siaran radio. DJ tu bgtau lelaki akan melalui kehidupan yang ceria dan gembira bila melewati usia 37tahun. Wow ye ker..sebab nya, dikatakan pada usia 37, lelaki berada di puncak kerjaya, dan mempunyai kehidupan yang stabil. Dan lelaki akan lebih fokus untuk memulakan hidup berkeluarga pada waktu ni. Tapi bukan ke aku ada dengar juga yang lelaki ni, kehidupan dia bermula pada usia 40. Orang putih kata "life begins at 40". Entah la macam2 kajian yang dibuat.. Dengar je la.. Hmm

Nak cerita pasal sharp air purifier plasmacluster la pulak. Hmm encik suami selalu je salahkan aku kalau dia selsema. Cis. Katanya aku pembawak virus la.. Haha eleh dia tu entah dapat virus dari mana tah.. So kitorang decide la nak beli air purifier ni.. Hmm survey la beberapa tempat.. Dan akhirnya kitorang beli juga...dekat kedai yang katanya murah.. Ye kot murah.. Malas fikir.. Layan jer...

Menarik aku rasa. Sebab air purifier ni ada light indicator. Kalau udara bersih warna hijau. Kalau udara tercemar sikit warna kuning oren. Tu yang aku sempat tangkap gambar ni.. Dan kalau udara kotor, banyak gila habuk.. Dia kuar warna merah. Aku kurang pasti pulak sejauh mana keberkesanan nya sebab belum seminggu pun pakai. Tapi daripada review yang aku baca, air purifier ni boleh kurangkan habuk, boleh bersihkan udara.. Begitu lah ceritanya. Hopefully dia boleh tolong kurangkab habuk kat bilik aku la kan. Even tiap2 minggu kemas. Kadang still ada habuk lagi.. Ish2

Tapi ada beberapa condition yang kene elakkan kalau nak guna air purifier ni. Air purifier ni sesuai guna kat bilik or ruang tamu. Dan tak sesuai nak guna kat dapur atau bilik air. Sebab daput kan tempat memasak. Minyak2 semua tu. Bilik air pulak sentiasa berair, memang lagi tak sesuai. Lepas tu elakkan juga letak tinggi2 sebab dia ada jarak yang dihadkan dari siling. Begitu. Dan jangan letak dia dekat2 dengan spray pewangi rumah tu. Kang setiapkali wangi, air purifier ni detect udara tercemar, light indicator warna kuning oren pulak.

Ok penat bebel. Da time rehat ni..makan biskut la.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 5, 2012

POWER DRIP, KERJA PUN MACAM TAK KERJA

Hari ni datang kerja macam tak ada buat apa. Bahagian IT dah issue out satu email, bagitahu yang server singapore ada major power drip. Dan akan diberitahu kemudian bila dorang akan settlekan issue ni. Ish3. Sudahnya aku pun tak tahu nak buat apa. Sebab banyak kerja aku kat site singapore. Nampaknya pending lagi la semua job nih.

Da takde kerja, membebel dekat blog la jawabnya. Memang nasib la aku dah beli smartphone siap2 (walaupun tak berapa nak smart- kadang nak angkat phone pun hang..puiii...) dapat la aku beronline setiap masa tak kira waktu..da macam ketagih pulak..banyak jasa handphone ni..

Pagi2 tadi time nak pergi kerja..sepanjang jalan adalah jem...sebelum masuk ke simpang taman teknologi. Tengok2 tak ada pun accident ke hapa. Tapi tak tahu apa yang jem.. Kalau ada accident lain cerita la kan...orang malaysia ni prihatin. Accident lane kanan, lane kiri pulak jem.. Hampeh..sooo kepochi disitu....

Waktu lunch, makan kacang... Ok x? Semalam aku beli stok coklat, biskut n kacang siap2. Sebab aku da takde mood nak lunch. Walaupun encik suami berpesan, jangan skip lunch.. Hehe janji tak ditepati yer...balik jer la nanti makan. (memang berazam da ni nak bawak bekal dari rumah bila duduk rumah sendiri- ye ye jer.. Semalam aku da beli mangkuk siap2)

Ni tadi sebelum lunch, ada team meeting, mata pun da berat.. Aku tak tahu la kalau sampai petang singapore site still tak ok.. Memang blur la aku disini.. Adoi la..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 4, 2012

REVIEW OFFICIAL GAMBAR KAHWIN DARI PHOTOGRAPHER.

Nah...akhir bulan 10 hari tu aku da terima full picture plus album dari photographer..Memandangkan pakej yang aku tempah tu, hanya ada custom album sahaja, dan mak ayah aku pun seakan tak puas nak tengok, jadinya aku decide untuk cuci selected gambar lagi.. supaya dorang dapat tengok sepenuhnya perjalanan majlis.So lepada bride to be, elok la consider untuk amik pakej yang ada sticky album yer..sebab orang tua bukan suka tengok2 gambar dekat pc/desktop. Amik pakej yang ada sticky album siap2, supaya korang takde la pening kepala nak memilih gambar2 yang cantik2.. biar photograper yang pening, jangan kita yang pening, sudah...hahaha

Ok, yang first haruslah letak gambar pelamin.. Pening kepala juga mula2 memilih design pelamin ni. aku just nak yang simple2..so ni lah hasilnya.. Hasil kerja Rozaini Bridal..


Gambar aku dengan pengapit pun wajib ada..hehe


Inai dijari yang baru siap dalam pukul 2 pagi sebelum nikah..fuh..nasib la cantik pada pandangan mata aku...kuikuikui Ini pun aku kene buat dua kali inai guna dua inai yang berlainan. Sebab inai yang pertama tu tak keluar color. Dan juga nampak kecoklatan...Yang kedua ni hasilnya haa merah mak dara...layan saja lah...


Pose istimewa sebelum nikah..


Bergambar sakan selepas sah nikah..



Pose istimewa waktu bersanding...Haa Baju silver ni ceritanya aku mula2 memang tak nak pakai. Tapi ini baju pilihan pertama aku..Bila banyak kali datang butik, nampak banyak baju baru, hati mula la berbelah bagi. Tapi akhirnya balik juga pada pilihan pertama ni..Tambah pulak aku rasa warna ni matching dengan background pelamin pink putih tu...




Gambar dengan kedua2 pengapit haruslah ada yer..hehehe


Majlis belah petang tu, waktu potong kek, aku pilih persalinan merah...





Majlis aku takde picture outdoor.. Mula2 rasa rugi juga, sebab photograper ada laa juga offer kot2 nak buat outdoor sekali. Kebetulan, hari majlis tu, petang hujan..so kira takde la outdoor.. Apa pun.. Aku memang amat2 berpuashati dengan kualiti dan perkhidmatan photographer ni..

Thanks to ikin sebab recomend & to both abg sani/kak laila...thanka a lot..
Ok berakhir sudah review gambar nikah kahwin ni..
Hmm hari ni aku penat betul berjalan sakan...Encik suami pun dah terlena da time aku update blog ni..
Memang penat la tu kot.. Lately ni kitorang busy nak membeli persiapan rumah.. Da nak masuk rumah sewa la katakan..Tahun depan la tunggu rumah sendiri, tadi pergi tengok progress...Dah nak siap da..Dah siap cat semua,tinggal pagar je..Tak sabar rasanya (mesti encik suami gelak2 bila baca nih..huh)

Tetiba hati masih bengang sebab comforter yang aku teringin nak beli tu dah dikebas orang..Padahal aku tinggal kejap jer..Aku pulak memang tak bagitau akak yang jaga departmen tu yang aku nak beli, sebab konon2 nak la tanya pendapat encik suami, kemudian bila datang bali, warna yang aku suka, sudah dibeli satu pasangan I****..pergh memang geram teramat la kan...last2 aku beli juga, mana boleh tahan..hahah shopping habis...sabar je la..

Mata pun da berat sekarang ni..Esok pun kene bangun pagi dan kerja pun melambak.. Nak tdo la..Rehatkan badan..Nite...

Friday, November 2, 2012

PERSEDIAAN AWAL.. HAHA

Aku rasa mesti encik suami gelak sambil geleng2 kepala bila baca entry ni. Biar dia tau yang wife kesayangan dia ni begitu gigih salin resepi, haha padahal baru hari ni buat kerja ni..

Kan kitorang dah nak masuk rumah sewa. Jadinya terpaksa la aku amik resepi mana yang patut.. Nanti ada orang tak makan pulak. Bak kata mak aku- perut aku lain, perut suami tu lain. Aku makan roti ok jer.. Tapi suami.. Ish2.. Tak pe2.. Zaman teknologi senang je kan... Semua info dihujung jari. Kira bantai je la..

Hmm tak sabar nak tengok2 beli2 barang dapur. Rumah sewa pun nampak macam ok jer.  Tapi aku belom tengok yang real lagi.
Ok. Nak sambung sikit sambil2 kerja sambil search resepi. Huhu kene buat style curi2 kang ada yang kene gelak. Kantoi disitu.. Ehehe

Moral of the story is...time muda2 lainkali belajar masak. Kalau tak, jadi la macam aku sekarang ni.. Fuh..

Published with Blogger-droid v2.0.9