Sunday, March 31, 2013

APA YANG AKU RASA BILA PERGI JOM HEBOH.

Tahun ni kebetulan jom heboh buat kat plaza angsana. Aku ni kira nasib baik juga la sebab menyewa area uda, memang dekat sangat la. Jadi konon2 berazam aku nak pergi. Plan nak pergi hari sabtu petang. Sekali mana tahu, aku bole pulak tertdo, bangun2 jer tengok luar tingkap, hujan renyai2. Confirm la kan tak pergi.

Hari ni, encik suami ajak tengok wayang- GI Joe: Retaliation, layankan saja. Habis wayang, lunch dekat fish manhattan, kemudian decide balik rumah terus. Siap berpesan dengan encik suami, aku nak juga pergi jom heboh tu.. Saja suka2 nak jalan2 cuci mata.

Lepas asar jer, terus gerak... Sampai sana, ramai sungguh orang yang datang.. kiri kanan jalan, ada jer gerai2 jual makanan, jual air... Masuk jer dalam kawasan tapak jualan, fuh, ramai sangat orang sampai nak jalan pun agak payah. Tambah pulak dengan cuaca hujan renyai2.. Pakai payung la kan...Lepastu jalan lecak lagi.. Sakit hati tetiba...

Gerai2 biasa la macam mamee, ribena, london biscuit,apa tah lagi, memang buat duit.. Jual jajan apa tah, satu beg rm10. Berpusu2 orang nak beli. Biasa macam ni, budak2 la yang gumbira, dapat jajan.. Aku, pandang jer la.. Tapi encik suami sempat juga beli.. haha
Dulu2 masa first time pergi, dekat danga, excited, semua benda aku beli, Tapi kali ni, aku tak rasa apa lah..hmm memang setakat jalan2 cuci mata jer..

Bukan cuci mata sebenarnya, lebih kepada sakit mata aku tengok.. tiba2 pulak kan...Dalam keadaan orang sesak2 tambah pulak hujan gerimis, kesian aku tengok baby yang umur kurang satu tahun. Yang di dukung maknya, yang di tolak stroller nya.. adoiii aiii.. Kalao ada anak kecik, tak usah la dibawak ke tempat yang sesak macam tu.. Ramai orang.. rimas la...

Faham la, mungkin maknya paknya nak juga jalan2. Tapi consider la anak kau tu kecik lagi.. Tunggu anak besar la baru pergi.. Entah la.. Padahal, tak ada apa sangat pun kat jom heboh ni..setakat gerai2... tak pun ada la sikit special kan.. macam gerai tv9 ker beritan harian ker, gerai mytv3 ker.. ok itu special. Yang lain2 tu biasa.. Polis pun ada banyak berkawal nak lancarkan lalu lintas..

Ada lagi, kesian juga aku tengok, makcik2 pakcik2 yang terpaksa tunggu anak/suami/isteri kat bawah pokok tepi jalan. Da macam berkelah pulak... Ada yang berkipas2... adoi la...

Ok aku rasa setakat ni jer kot aku nak pergi, tahun depan panjang umur, memang tak kan la jejak kaki ke jom heboh lagi.Lebih2 lagi kalao da pindah kempas indah.. da jauh, memang malas pergi.. hmm tak sabar nak duduk rumah baru...(tetiba jer kan)..

Friday, March 29, 2013

MEE BANDUNG.

Lama dah tinggalkan blog, banyak benda nak tulis(kalau boleh) tapi setiapkali pun nak tulis, ada jer hal.. ok alasan saja jer, padahal, kalao nak curi2 masa masih sempat. Selalu aku tulis adalah diwaktu rehat kat opis, sebab time tu saja aku boleh tulis2. Tapi sejak aku melayan running man tu, hmm tak ada la entry untuk waktu rehat.

Kali ni aku nak tulis tentang mee bandung. Kan ada aku cerita yang encik suami request nak makan mee bandung kan....begitu gigih dia, sampai siap order pes mee bandung lagi..


Mee bandung mak pon muar... hmm...gigih tak gigih kan.. siap beli dua bungkus lagi..Maka aku pun gigih juga la prepare bahan2...Tak lupa, siap survey resepi kat internet lagi.

Last2 kuah mee bandung ni encik suami yang masak sendiri, sebab dia cakap cara aku salah, so aku biar dia masak. sekali sekala bagi dia masak, ok juga kan.. kuikuikui


Encik suami suggest campur sekali mee dalam kuah.. hmm


Bila makan, terasa kesedapannya.. Aku cadangkan bole la dijadikan menu untuk,open house ker..sebab aku rasa senang, hanya prepare bahan, dan masak kuah, terus celur mee.. tak perlu nak kisar bagai.. kuikuikui dasar pemalas disitu.

So rempah mak pon ni memang sedap.. lima bintang aku bagi.

Sunday, March 24, 2013

ULANG LAUK SAMA.

Hari sabtu, encik suami kerja setengah hari, makanya aku masak lunch and dinner sekali. Lepas pergi pasar, biasa aku dok layan internet dulu. haha.. susah la bila jadi pengguna internet tegar ni, dua puluh empat jam mau berkepit dengan ipad sahaja.. fuh...Tapi nasib aku sedar diri cepat... Nak sediakan makanan untuk encik suami, kang kesian pulak dia. Balik kerja penat2 (plus lapar lagi).. Tup tup bini belom masak lagi..

Jadi setelah pung pang pung pang kat dapur, inilah hasilnya.....


Goreng sayur buncis letak ayam, sotong goreng kunyit, dengan telur kicap. Lama da tak makan telur kicap.. Dulu2 seingat aku, telur kicap la yang paling sedap nak2 bila makan dengan sambal bilis.. gulp... lama tak makan sambal bilis...(nanti nak request mak buat la..hihi)

Ni semua lauk biasa jer, aku belom cuba lagi lauk luar biasa, hmm terasa malas. Kalo nak makan lauk yang kebabom tuh.. sila lah makan di luar.. bagus kan?
Daaa....

Ok tu lauk untuk lunch, dinner pulak, bantai makan chicken chop. Nak habiskan stok chicken chop yang belom digoreng.. Lepas tu stop sekejap frozen food.. Cuba2....

Friday, March 22, 2013

AYAM MASAK HALIA BERKUAH SOS TIRAM vs SAYUR PERIA GORENG TELUR.

Lately ni kerja aku makin kurang, semua da nak siap. Jadinya datang opis adalah tak tahu nak buat apa..maka banyak masa aku buat benda2 yang entah apa2 ...hehehe apala ayat ni.. serupa ********** cakap puiii...

Ok time rehat2 macam ni, aku biasa dok lepak depan pc sahaja, nak turun makan dikantin adalah malas. Sebab, lauk tak sedap.. ok mengada disitu macam la ko masak sedap yer nani...

Tapi tak pe, walau aku masak sedap ke tak sedap ker, aku tetap selera makan, sebab aku yang masak.. Hmm semalam aku try resepi baru, Isi ayam masak halia berkuah sos tiram. Nama dah hari2 kene masak, hari2 juga la aku godek2 blog cari resepi yang paling mudah. Dah mudah, nak juga mudahkan lagi.. dasar.....hehehe

So bila keep repeat daging kicap, daging blackpepper, sotong kunyit, sotong blackpepper, hoih aku pun jemu gak, entah2 encik suami jemu gak, tapi da wife kesayangan dia ni masak, makan juga la. ( habis bila aku tanya asik la dia cakap- tak kisah, masak la apa2) aku kan style nak mudah (konon) Makanya bantai resepi yang senang2 jer la.. kuikuikui

Ok resepi isi ayam masak halia berkuah sos tiram- panjang pulak nama lauk ni, penat menaip ni ha..mesti la ada isi ayam, bawang merah bawang putih, halia, sos tiram. Cara masak pulak, tumis jer bawang merah, halia, bawang putih, lepas da naik bau, masukkan ayam, biar masak sikit, then baru curah sos tiram... Kemudian sila lah masukkan air untuk buat kuahnya.. masak lagi... dan rasa, kalau ok, boleh hidang la..


Tu dia ayam masak halia berkuah sos tiram... Fuh.. encik suami, hari tu ada request nak makan peria. Aku mana la tahu kan dia nak makan sayur apa. Sebab aku bukan pemakan sayur, so bila dia request peria ni, gigih (sekali lagi) aku google cara masak. Nampak senang dan memang senang pun..

Sayur peria goreng telur. Aku letak udang sikit, buat ada2 jer.. kang kosong jer nampak, takde daya penarik.. ahaks.. memang sah mengada kan...

Mula2 potong peria kecik2 dan bersihkan. lepas tu sediakan la bahan tumis, macam biasa- hirisan bawang merah, bawang putih, lepas tu lada sikit. Siap semua, tumis bahan2 sampai naik bau, lepas tu aku tabur maggi cukup rasa sikit, untuk perasakan dia.. kemudian masukkan peria, kacau sampai masak, baru masukkan udang.. agak2 udang da tukar warna,baru masukkan telur... pastu kacau2 sampai telur masak, yeay.. siap untuk dihidang...
Ok.. itu jer lauk aku malam tadi..

Next mission is mee rebus or mee bandung, tak sure lagi sebab ni pun encik suami yang request.. Dia siap beli rempah online katanya keluaran Mak Pon.. entah ada ke tak... Mak Pon ok, jangan Mat Pit sudah.. daaaa...

Thursday, March 21, 2013

KESUKAAN BARU.

Sejak kawin ni baru lah aku celik mata sikit pasal korea. Ni pengaruh encik suami la. (paling tak tahan, dia asyik la sebut nak pergi jeju jeju.. isk2 nanti kita kumpul duiit yer abang) Gameshow running man ni, dah lama rupanya. Aku baru jer nak follow tengok. Boleh la hiburkan hati.. Gelak2 santai2...

Layan running man dekat opis time rehat.. Aku sorang jer tergelak2 depan ipad ni.. kuikuikui...Memang lupa sekejap masalah kerja.


Konon nak lumba dengan encik suami, siapa dapat tengok the latest episod first.. Memang kalah la aku.. Aku dapat tengok kat opis jer pun, kat rumah, memang tak sempat. Lagi pulak aku prefer surf internet, baca blog bila kat rumah ni, dan lagi, entah kenapa aku rasa, bila tengok rancangan ni kat opis, guna celcom internet aku lagi laju dari tengok kat rumah guna internet wireless ni... erk.... layan jer la...

Ni nak letak gambar lauk dua hari lepas kot.. Motif aku ambil ambar hari2 sebab aku tak nak ada ulangan lauk dua hari masak benda sama.. Kuikuikui... aku kan pelupa sikit, dulu siap tulis lagi dalam buku kecik. Sekarang amik gambar je pakai ipad ni, sonang keroje..


Makan jer la yea.. Sotong blackpepper, kubis goreng.. daaa....

Wednesday, March 20, 2013

HARUM MANIS.

Hari tu masa aku pergi pasar malam, nampak la orang jual pelam ke mangga harum manis. Memang nampak sedap, penjual tu bagi aku rasa, tapi aku- konon jual mahal, cakap tak nak rasa. Decide nak beli terus, amik la dua biji..(buah tu menggoda, padahal nak beli banyak, tapi aku tahan, takut risiko buah tak manis)

Dalam hati dah terbayang, fuhh mesti sedap dan manis buah ni.. tak sabar pulak nak makan.
Ok balik rumah, aku biarkan semalaman dalam peti ais. Esoknya dah ready nak kopek dan makan, sekali rasa dia.....


Tak tahu la aku nak kata apa. Dia tak la manis sangat(macam yang aku harapkan) tapi dia pun tak la terlalu masam... Warna dia pun belom lagi oren macam yang kat kedai tu...Aku beli buah yang belom masak ker...hmmmm....tapi dalam pada tu habis juga sebiji aku makan..Dah beli. Tak elok membazir pulak kan...

Monday, March 18, 2013

AYAH

Waktu aku solat kat surau, aku terdengar budak2 operator berbual, (heh jangan kau ingat aku ni solat tak khusyuk pulak- time ni aku da habis solat tau.. tengah2 lipat telekung...)

Budak 1: Aku nak beli handphone baru la. Hari tu aku ada bagitahu ayah aku, aku nak beli handphone baru.

Budak 2: Habis ayah ko cakap apa?

Budak 1: Ayah aku terus bising, cakap kat aku, duit tu ada, disimpan, jangan beli benda tak perlu.. Terus aku tak jadi beli.. (sambil gelak2)

Budak 2: Ooo ko ni jenis mengikut kata ayah eh, habis esok2 kalo ko ada boyfriend, kalao ayah ko tak suka, ko tak jadilah bercinta?

Huh lepas tu aku terus tak nak dengar lanjutan perbualan tu, aku tak tahu, hati aku sedikit tersentap. Serius aku tak tahu apa motif budak 2 (baca: budak dua) cakap macam tu. Aku sebelum kahwin, selalu jer refer pada ayah aku bila nak buat sesuatu, mungkin sebab ayah aku more open compare dengan mak aku. Banyak hal, aku mintak pendapat dia.. Dan dia sangat supportive dalam pelbagai perkara.

Dan aku rasa nasihat ayah budak 1 adalah betul. Seorang ayah yang akan sentiasa ingatkan anaknya, sentiasa tunjuk ajar pada anaknya, beri nasihat yang baik2.. Ayah juga kena jadi yang terbaik, depan anak2. Supaya anak tak mudah goyah.. Tak kira pun apa yang berlaku..

Hmm (mengeluh sambil tersenyum sikit) rindu kat ayah aku, sejak duduk luar ni, jumpa ayah seminggu sekali kat pasar.. (senyum lagi) tak sangka sampai sekarang ni, ayah aku kadang2 akan sms aku sebelum aku balik kerja, untuk beritahu keadaan cuaca, contoh ayat dia- nani, bawak kereta hati2.Hujan lebat atau hujan lebat ni, nani jangan balik dulu..

Ayah, memang terbaik.....

Saturday, March 16, 2013

SEMBURAN DENGGI.

Petang semalam ada orang jabatan kesihatan dok sembur ubat denggi kat kawasan rumah aku. Kalao tak silap aku, sejak aku duduk sini, beberapa kali juga la dorang datang buat semburan, aku syak mesti ada orang suspect kene denggi ni kan...

Semalam juga , tetiba aku rasa malas masak, so decide nak beli makanan kat pasar malam jer, ngam2 balik, dorang da start buat semburan.. cepat2 naik masuk rumah, tutup tingkap pintu segala. On kipas kuat2...

Encik suami kata, tutup segala lubang yang ada..Tengok la sampai payung aku pun jadi mangsa..


Bajet asap dia tak bole masuk rumah la kan.. aiseh....pening....kuikuikui...

Monday, March 11, 2013

KIWI CLEAN FABRIC STARCH

Aku mencari benda ni bagai nak rak. Yang lama dah habis,makanya kene beli yang baru untuk ganti.


Cari merata2 tempat, last2 jumpa kat carefour sutera mall. Grab dua terus, mana tau kot2 tak jumpa lagi...


Tak kira la walaupun dia ada bau lemon, aku lebih prefer yang regular punya, tapi sebab dah terjumpa yang ini saja, beli dulu. Siapa tahu nanti2 aku susah nak jumpa lagi.. grrrrr ini la bahana terlalu bergantung pada fabric starch ni.. Tak tenang dibuatnya sampai dapat guna ka tudung..

Nak kene belajar pakai tudung berawning lepas ni.. hmm..hari ni dapat la pergi kerja dengan tenang.. kuikuikui

Saturday, March 9, 2013

HOMEMADE CHICKEN CHOP.

Lama tak tulis sesuatu, bukan sebab tak ada idea, tapi malas nak menaip. Entah kenapa, mungkin hati dan perasaan aku da penat seharian mengadap hal2 kerja yang tak habis2 kat kilang, sampai aku pun dah hilang mood..

Ok hari sabtu lupakan la hal2 berkaitan kerja. Meh kita cerita hal2 yang happy saja. Untuk lunch tadi, aku da masak daging kicap dengan sayur goreng. Kira nasib baik juga lah sebab ada sayur dalam peti ais tuh, tiba2 pagi tadi serasa malas pulak nak ke pasar. Makanya esok silakan la bangun awal pagi dan pergi pasar-sebab barang basah banyak da habis!!

Untuk lauk dinner pulak, aku da cakap dengan encik suami, malam ni kita makan chicken chop yer bang.. ha ha ha Kan dulu aku ada tulis hal homemade chicken chop yang tak jadi tuh, tak lama lepas tu aku dapat juga buat homemade chicken chop ni..Tapi tak publish entrynya sampai la ke hari ni.

Jadi aku nak bagitau menu aku malam ni: homemade chicken chop..takde la homemade sangat pun, beli barang2 pastu masak jer, lainla kalo aku beli ayam, pastu potong, pastu salut dengan tepung dan serbuk roti bagai, tu baru kira betul2 homemade kan? hmm layan....
Ini adalah gambar yang aku amik masa aku buat hari tu...

Bahan2:


Maryland ayam madu chicken chop ni, susah woo cari benda ni.. kat jusco takde, tesco takde, ada blogger tulis dia jumpa kat giant, aku check kat giant tak jumpa langsung. Last2 jumpa juga dekat @mart kempas, sekarang da tahu la. Lepas ni pergi cari dekat situ jer.

Goreng saja ayam ni sampai kekuningan. Lepas tu boleh letak dalam pinggan siap2.

Bahan untuk sos pulak:


Harus ada sup cendawan, sos blackpepper, dan serbuk blackpepper yang kasar punya tuh.. Caranya masak sup cendawan ni macam biasa, tambahkan sos blackpepper dengan serbuk blackpepper.. Bila dah siap, haa bolehla hidangkan, terus tuang atas ayam..

Side dish nya silalah goreng kentang atau buat coeslow, tapi aku sebab tak makan sangat sayur, kebetulan pulak time aku buat ni, sos coeslow tak de jual kat kedai runcit bawah rumah, jadi tak buat langsung.


Hmm tengok gambar pun da nampak sedap.. Tak sabar nak buat malam ni.. Daaa.

p/s: hujan lebat sekarang kat rumah aku- tidur best ni...

Monday, March 4, 2013

CORET2 HARI INI..

Sekejap jer sudah masuk bulan march.. bulan ni istimewa sikit, sebab alhamdulillah, aku dapat bonus. walaupun sikit. tapi memadai sangat2 bagi aku- yer la, sedar diri sebab aku belum pun kerja setahun. Makanya hari ni aku bercuti kerja, saja nak jalan2 shopping, konon nak reward diri sendiri. huhu..

Adapun duit bonus ku ini, aku nak save sikit untuk rumah baru kelak.. dan juga aku nak beli periuk nasi baru.. Aku tak tahu la kenapa periuk nasi aku yang sekarang ni boleh jadi macam tu...nak kata kitorang sental dengan berus periuk, tak pulak. sental dengan span pinggan mangkuk biasa saja, tapi coating dia still tanggal- coating cap ayam mungkin.. sedih juga sebab periuk ni pun hadiah kawin hari tu..


Huduh benar rupanya. Sentap aku bila tengok ni. Aku dah usha2 periuk nasi baru ni. Confirm aku beli sebijik yang macam kat rumah mak punya.. Skang pun tengah fikir2 nak beli oven.. Wow, kalo ada oven, boleh masak pizza.. nyum nyum.. gumuk la macam ni..adeh...

Dah selalu aku tayang picture lauk, ni aku nak letak lagi, lauk bila tah aku masak..aku kurnag ingat pulak. Tapi yang pasti picture ni belom publish lagi yer..


Sayur goreng dengan sotong masak kunyit.. Daaaaa...
Aku nak sambung buat kerja ni, eventhough aku cuti kerja, tak bermakna aku senang lenang di rumah ok, banyak lagi kerja rumah nak kene buat.. haaaiii laaa..

Basuh toilet,
Mop lantai,
Vacuum carpet,
Bla Bla Bla Bla..

Sekian..