Tahun ni kebetulan jom heboh buat kat plaza angsana. Aku ni kira nasib baik juga la sebab menyewa area uda, memang dekat sangat la. Jadi konon2 berazam aku nak pergi. Plan nak pergi hari sabtu petang. Sekali mana tahu, aku bole pulak tertdo, bangun2 jer tengok luar tingkap, hujan renyai2. Confirm la kan tak pergi.
Hari ni, encik suami ajak tengok wayang- GI Joe: Retaliation, layankan saja. Habis wayang, lunch dekat fish manhattan, kemudian decide balik rumah terus. Siap berpesan dengan encik suami, aku nak juga pergi jom heboh tu.. Saja suka2 nak jalan2 cuci mata.
Lepas asar jer, terus gerak... Sampai sana, ramai sungguh orang yang datang.. kiri kanan jalan, ada jer gerai2 jual makanan, jual air... Masuk jer dalam kawasan tapak jualan, fuh, ramai sangat orang sampai nak jalan pun agak payah. Tambah pulak dengan cuaca hujan renyai2.. Pakai payung la kan...Lepastu jalan lecak lagi.. Sakit hati tetiba...
Gerai2 biasa la macam mamee, ribena, london biscuit,apa tah lagi, memang buat duit.. Jual jajan apa tah, satu beg rm10. Berpusu2 orang nak beli. Biasa macam ni, budak2 la yang gumbira, dapat jajan.. Aku, pandang jer la.. Tapi encik suami sempat juga beli.. haha
Dulu2 masa first time pergi, dekat danga, excited, semua benda aku beli, Tapi kali ni, aku tak rasa apa lah..hmm memang setakat jalan2 cuci mata jer..
Bukan cuci mata sebenarnya, lebih kepada sakit mata aku tengok.. tiba2 pulak kan...Dalam keadaan orang sesak2 tambah pulak hujan gerimis, kesian aku tengok baby yang umur kurang satu tahun. Yang di dukung maknya, yang di tolak stroller nya.. adoiii aiii.. Kalao ada anak kecik, tak usah la dibawak ke tempat yang sesak macam tu.. Ramai orang.. rimas la...
Faham la, mungkin maknya paknya nak juga jalan2. Tapi consider la anak kau tu kecik lagi.. Tunggu anak besar la baru pergi.. Entah la.. Padahal, tak ada apa sangat pun kat jom heboh ni..setakat gerai2... tak pun ada la sikit special kan.. macam gerai tv9 ker beritan harian ker, gerai mytv3 ker.. ok itu special. Yang lain2 tu biasa.. Polis pun ada banyak berkawal nak lancarkan lalu lintas..
Ada lagi, kesian juga aku tengok, makcik2 pakcik2 yang terpaksa tunggu anak/suami/isteri kat bawah pokok tepi jalan. Da macam berkelah pulak... Ada yang berkipas2... adoi la...
Ok aku rasa setakat ni jer kot aku nak pergi, tahun depan panjang umur, memang tak kan la jejak kaki ke jom heboh lagi.Lebih2 lagi kalao da pindah kempas indah.. da jauh, memang malas pergi.. hmm tak sabar nak duduk rumah baru...(tetiba jer kan)..
aku pun mmg sakit mate tgk org gi jom heboh atau aper2 yg sewaktu ngan nyer bawak baby...kesian...baby tak appreciate pun..hrmmm.. tak phm kan... aku n iwan pun tak sampai hati nak bawak jalan mase dieorg kecik..skang nih yg dierorg suke keluar..itu pun mesti gi shopping complex yang ader air cond... cik nanie..aku setiap hari isnin akan bukak blog ko ..bace.. nak ubat rindu! hihih...rindu sgt same kamu! :0 -alene-
ReplyDeletehehe alene, btol, ko jgn bwak twin g tempat2 mcm tu tau. Nak jalan, tgu twin besar sikit...hehe
ReplyDeleterindu ko juga, lama x jumpa kan....