Wednesday, June 30, 2010

LAST DAY IN JUNE

Pejam celik pejam celik dah sampai hari terakhir bulan jun. Esok bulan julai da..dah berlalu setengah tahun 2010..Hmm buat aku terfikir,azam baru aku dah tercapai ke belum??
Erk, apa azam baru aku ha..kuikuikui nanti2 la fikir.

Aku setiap hari pergi keje guna highway plus.Nak ke senai kalo guna jalan biasa,sori la..xlarat aku nak lalu jalan yang under construction.pulak tu kene u-turn jauh lagi..memang hangin aku hari2 mcm ni..ha ha(skang pun dah berangin time datang keje..kalo lalu jalan biasa..tambah haru la nanti)

Orang kata kan, budi bahasa budaya kita..Tapi malangnyer ada satu petugas tol..(nama dia nadiah-ha siap nama sekali aku tau) Muka masam jer..hampeh toll, Aku memang bengang la kalo ter'masuk' laluan tol yang makcik ni jaga..Rasa nak sound je.'Awak kalo xnak senyum, jangan dok jaga tol la.Awak sesuai keje dengan barang. Sebab barang xde perasaan.Orang/Manusia ni berperasaan..' Eee nasib aku still leh kontrol lagi..Klao x memang selamber je dah kene sound si nadiah ni. Cuba la senyum sikit..Bagi salam ke..cakap terima kasih ke..Ni x..muncung je manjang..Ntah kenapa tah..Nak je aku g repot kat hotline plus suh benti kan jer pekerja mcm ni.Huh

Sejak aku beli keta, aku jarang guna sunshade.Bukan jarang la..aku ingat memang x pernah pun..Sekali sekala jer.Walaupun aku ada beli sunshade(siap cartoon2 lagi) tapi entah kenapa aku macam x berminat nak pakai laa kat keta aku. Sampai la lately ni aku ada macam notice sesuatu dekat atas dashboard aku..Aku rasa aku macam nampak plastik dia dah start meleding la..Siap boleh nampak gaya2 sink mark lagi..huh..Habis la..Xble dibiarkan lama ni..Terpakse la praktis pakai sunshade kat cermin depan. Walaupun benda2 mcm ni memang akan berlaku(ye la panas2 lama2 plastik meleding la) tapi diharapkan penggunaan sunshade ni dapat membantu la dashboard x panas sangat..

Alamak... Cite kegemaran aku dah terlepas setengah jam yang lalu..waaaa Layan 'gelora dihati sara' jap la

Tuesday, June 29, 2010

BUKU LAGI..

Hari ni aku balik keje sempat lagi aku singgah jusco..haha Tension la..Sambil2 drive dok fikir barang apa nak dibeli..sampai kat sana..wow dari jauh nampak cantikk la pelamin2..Hmm rupanya ada pameran pengantin kot...Ntah apa la agaknya..Aku x tengok dekat pun tadi..sebabnya..haha aku still pakai baju keje..Eeeee malu la kalo nak g survey pakai baju keje..kuikuikui

Habis membeli..aku plan nak balik terus..tapi macam ada sesuatu menarik2 aku g kedai buku mph tu..Alamak..start da...(kan dah gaji...biasanya kalo gaji aku akan...hmmm membeli buku baru) So aku masuk jer..terus aku g rak2 novel...Wah..best nyer kalo kedai ni aku yang punya kan...Hari2 aku dok baca novel..erk..bukan novel jer...buku motivasi,buku masakan,jahitan,(ye ke ni)

Pilih punya pilih..AKHIRNYA aku beli gak 2 buku...Aku try cari gambar nk upload tapi kat google xde la..May be lenkali aku amik picture guna kamera. Hmm Bertambah la koleksi2 buku aku..wow satu side aku rasa seronok..satu side lagi aku bingung..kat mana lak aku nak letak buku2 ni..

Tempat dah x muat..haha pening2..Nanti bila ada rumah sendiri aku nak buat satu library la kuikuikui utk letak semua buku2 aku..wow weee wiiit...

Hmm memang penat la hari ni..xtau aku buat apa kat opis tadi..Docmentation banyak sgt kot...(cukup2 la tu..kang terlebih2 plak aku cite hal keje) Aku pun dah menguap banyak kali..Ni kalo baring confirm tertdo ni..Sebelum melalut..stop dulu la..haha sambung esok..

Sunday, June 27, 2010

REVIEW: TITIAN NABI

(picture dari google)

Zahra:

Aku ingin berpesan kepada saudari saudariku, dimana pun dia berada. Hati-hatilah terhadap dua hal dalam diri seorang lelaki : pada mata dan kata-katanya.Matanya akan menyeretmu ke dalam jerat cintanya dan kamu akan terperangkap disana, dan kata-katanya lah yang membuat jerat dan perangkap itu!

Fauzan Attar:

Hari ini, aku hulurkan tanganku untuk meminangmu menjadi kekasihku. Hari ini, ketika surat ini sudah tiba di tanganmu, ketika itu pulalah jiwaku sudah ada di atas telapak tanganmu, Jika engkau mencampakkannya, aku pasti menderita dan merana sepanjang hayatku. Dan jika engkau mengabaikannya, aku pasti akan menjadi lelaki tiada guna. Tetapi, jika engkau mendakapnya, aku akan menjadi roh yang engkau pakai bernafas, aku akan menjadi baju yang menutupi kekuranganmu,aku akan menjadi teman untuk menghibur hatimu di kala duka,aku akan menjadi mahkota yang manghiasai kepalamu dan aku akan menjadi sinar dalam setiap gelapmu...

Kisah cinta tragis ynag tidak kesampaian antara Zahra dan Attar.. Memang sedih la. Tak pernah aku baca novel dengan sepenuh hati aku..Novel ni la satu2nya..

p/s: lima bintang untuk novel ni..=)

REVIEW: KALA CINTA & WAHYU BERSATU

(picture dari google)

Syukur sangat2..akhirnya aku selamat habis membaca novel ni.. Best sangat2. Tulisan nya sederhana dan bersahaja..Mudah nak faham jalan cerita dia.Paling penting penulis berjaya menyampaikan message kepada pembaca.

Banyak pengajaran dalam novel ni. Pertama yang aku dapat ialah.. kewajipan anak lelaki menjaga ibu bapa. Contoh nya bila anak lelaki berkahwin, isterinya tinggal sekali dengan mertua. Sekarang ni, aku banyak baca tentang masalah yang kerap timbul bila menantu perempuan tinggal sebumbung dengan mertua. Masalah itu la, masalah ini la.. Persepsi ni la yang patut kita kikis dari pemikiran kita.. Sebab untuk orang perempuan, kita kene utamakan ibu mertua dari ibu kita sendiri. Maksudnya kalo suami kita nak menjaga ibu bapa dia, kita hendaklah menyokong hasrat itu. Bukan melaga2kan atau menentang. Isteri hendaklah sentiasa menyokong suami selagi apa yang dibuat tu tak bertentangan dengan agama.Hmm cakap memang la mudah, nak buat tu memang la payah.. Malah aku rasa x ramai pasangan yang sanggup tinggal dengan mertua zaman skang ni..Tapi kalo kita ikhlas dan banyak2 berdoa, InsyaAllah..Kalo kita berbuat baik, maka baik lah balasannya..begitu lah sebaliknya.Ada banyak hikmah, tapi kita x tahu.. Ganjaran pahala besar kalo kita sanggup berkorban.

Pengajaran kedua tentang etika kerja. . Kerja swasta dan kerja kerajaan.. Aspek yang ditekan kan ialah kualiti kerja. Kalo kerja swasta, rata2 kata akan terikat..sebab ye la swasta..x bebas..kualiti kerja juga amat la tinggi dan terjaga.. Tapi bila sebut kerja kerajaan, hah perkara pertama dalam fikiran kita ialah kualiti kerja yang kurang memuaskan. Kerja sambil lewa. Ini perkara yang tidak bagus dan perlu diubah. Kita kerja kenelah ikhlas, baru lah rezeki mudah masuk. ( bab ni buat aku terfikir cara aku bekerja..ikhlas ke aku..Masya-Allah) Mulai saat ini aku nak blaja ikhlaskan diri aku dalam kerja..Usaha2

Pengajaran ketiga tentang cinta dalam islam. Tentang keegoan seorang lelaki demi menjaga maruah perempuan yang disayangi. Tentang cinta sejati yang dipendam tak akan diluah disebabkan sifat malu seorang perempuan. Hmm part ni betul2 menyedarkan aku..Aku suka sangat novel ni..

Last sekali kata2 yang aku paling suka:

CIntaku adalah lautan yang airnya tak akan kekeringan sekalipun kemarau melanda..
Cintaku adalah waktu yang akan berdetik sepanjang zaman..
Cintaku adalah udara yang akan kau sedut walaupun di bawah sedar..
CIntaku adalah mentari di kala siang dan bulan di kala malam,yang akan setia memerhatikanmu
CIntaku adalah cinta yang tidak akan dibiaskan oleh mana-mana kekuatan kecuali Tuhan
CIntaku adalah kesetiaan yang abadi..

p/s: Lima bintang untuk novel ni..Tahniah kepada penulis novel..Tak rugi aku beli. =)



FRAGMEN 1: PERGI...JANGAN KAU KEMBALI..

Boleh tak kau jangan ganggu aku lagi..pergi terus dari hidup aku dan jangan kembali..Sebab kembalinya kau, hanya akan melukakan hati aku, dan kau sendiri... Buat apa kita nak melakukan sesuatu yang dah tentu2 melukakan hati kita? Bagi aku, yang sudah tu sudah la..Tak usah dikesal dengan apa yang berlaku.. Semua ni ada hikmahnya..

"Nia apa khabar? Sihat? Lama kita tak jumpa ya." Suara kau masih sama.. Nada juga. Gerak gaya masih serupa. Hmm masih banyak tentang kau yang aku ingat rupanya..

"Abang rindu Nia." Terkesima aku dibuatnya.. Terus aku menoleh tepat ke anak matanya. Mencari kebenaran disebalik kata-kata. Orang lelaki, memang pandai bermain kata. Kata hati dan mulut..biasanya memang berbeza.

'Nia sihat saja. Macam ni la." Jawapan biasa, dengan harapan perbualan tidak mengambil masa yang lama. 'Nia tak boleh lama ni. Ada hal nak diuruskan. Nia pergi dulu.Assalamualaikum." Tanpa menoleh aku terus beredar... Setitik air mata jatuh mengalir ke pipi.

-----------------------

Tak sangka aku akan jumpa kau lagi Nia. Kau masih cantik macam dulu. Terngiang2 di telinga gelak tawa kau..Sesuatu yang amat aku rindui. Nia, aku masih macam dulu. Aku masih Adib yang kau kenal dulu. Maafkan aku Nia.Masih adakah ruang di hati mu untuk aku?

Argh..Apa dah jadi dengan aku ni? Tak keruan langsung sejak terserempak dengan Nia. Nia Nia..Kalau la perkara tu tak terjadi....

------------------------

Nota:
Bosan2 xtau nak tulis apa..hahah layan berangan jap...reka2 cerita..

Saturday, June 26, 2010

LEBIH RELA LINTAS JALAN DARI NAIK JEJANTAS..

Masa aku balik dari keje tadi(kan hari ni aku kene OT..huh) dari jauh aku nampak ada beberapa orang yang lintas jalan..padahal time tu ada banyak keta maklum la waktu puncak kan...lunch time...keta semua bawak laju2 plak tu..ye la kan.. dah xde traffic light..so..jalan straight je la dekat area situ.

Ok balik pada cite aku tadi..dari jauh aku nampak orang berlari2 lintas jalan..ada plak yang jalan slow2..lagak2 gaya macho man jer...paling x syok ..kan jejantas ada..tapi mereka2 semua..xnak guna kemudahan tu..tapi lebih rela lintas jalan...kan ke membahayakan nyawa tu..

Kita bukan mendoakan yang buruk2..tapi memang betul,lebih baik mencegah dari merawat...mana tau dibuatnya ada kereta terlanggar, dah jadi satu hal la plak..masuk spital la..luka2 la..xsayang nyawa betul la..ish2..

p/s: Kalo kita xsayang diri kita sendiri, jangan harap la orang nak sayang kat kita..haha

Friday, June 25, 2010

HANDPHONE BARU-KEPERLUAN @ KEHENDAK

Entah kenapa lately ni aku macam teringin nak beli handset baru..ha ha Xtau la kenapa...macam best jekk kalo ada handset baru..tapi ye ke? Banyak benda kene consider sebelum aku buat final decision..

Pertama2 sekali, apa sebab aku tetiba teringin nak beli handset baru...Adakah sebab aku tengok orang lain pakai aku pun nak pakai juga, atau pun memang skang ni aku betul2 perlukan handset baru..pening kan??

Yang kedua plakk..model apa yang aku suke..selama ni aku memang pakai handset sony ericsson..dulu2 aku pernah pakai alcatel(handset pertama aku selepas SPM)..pakai nokia(adik aku punya).. Specification pun penting juga..aku guna ke semua function2 yang ada kat model tu..macam 3G ke, kamera ke,tv ke, hah handset yang sekali dengan tv pun dah murah.. atau internet mobile ke..hah, mana satu yang aku pentingkan..

Yang ketiga..haaa budget..berapa yang sanggup aku kuarkan untuk beli handset baru..bab ni yang erk...rasa nak tanggal pale lutut aku..kuikuikui kalo betul2 nak beli, nampak gaya aku kene kumpul duit la..hahaha bawah rm500 ok kot..sebab handset sebelum ni pun aku beli rm500 lebih sket je..(erk..wowowo macam dah confirm nak beli jer)

Begitu lah kisah nye.. keperluan ke kehendak...nak diikutkan handset skang ni still elok lagi..walaupun aku dah pakai lebih setahun.. tapi tu la kan..nafsu...tengok model lain lawa..terasa nak pakai..esok2 kalo ada model yang lagi lawa..haaa nak juga pakai..teknologi pun makin lama makin maju..kalo x ikut kang..ketinggalan la plak...ingat..jalan..mesti kedepan..kuikuikui jangan toleh belakang..ha ha..

Fikir2 jangan x fikir...

ESOK OT....HUH


(picture dari google)

Ni semua gara2 3D CAD la..Ada ke esok aku kene datang kerja..semata2 nak buat training...tapi niat bos aku tu boleh diterima la...upgrade skill..advantage nya nanti bila aku nak apply keje lain aku ada additional skill..cett ye ye jekk..keje lain x dapat juga...penat je apply..(tension)

Hari ni patut dapat slip gaji...sebab gaji memang masuk hari ni..tapi bos aku g mana tah...selalu lesap...ngular kot..hahahah Aku tetiap kali gaji..pening..kuikuikui start la...hutang ooh hutang...agak2nye kan..bila la hutang2 tu habis ehh..fuh..

Hari ni aku terbangun lambat g keje...maunye tak terkujat aku tengok jam kol 615..pergh...aku dah la mandi bak puteri bersiram...alahai..bantai sudah...nasib baik la baju dah iron malam tadi..kalo x...rosak2...bunuh mood jer..

Pastu tengok2 minyak keta dah habis...alamak..masalah lagi...terpakse la isi minyak...kang x pasal2 aku kene tolak keta kang..hahaha

Moral of the story: time management mesti betul..kalo x, mcm ni la..tunggang langgang ha ha.
(ntah apa2 je yang aku tulis dalam entry ni..hentam saja la)

Tuesday, June 22, 2010

MERAH??...ARGH....KONPIUS...

(picture dari google)

Ada sorang kawan aku tegur, aku pakai spek baru ke..hmm..memang btol la aku pakai spek baru, sebab power aku dah bertambah..eee xsangka kan...kawan aku tanya lagi..ko suke warna merah ke??

Aikk..aku pandang sekeliling..ye la lately ni barang2 aku semua kaler merah..torchlight kecik aku warna merah, stapler aku warna merah...hmm, aku tengok jam tangan aku warna merah...spek aku pun kaler merah...Haaa template blog ni pun aku pilih warna merah....

Konpius...Adakah aku penggemar warna merah???Argh....

p/s: Merah memang menggoda pun...hahaha macam ada tarikan.. =)

BAWAK MOTOR MAIN2 EH...CETT


(picture dari google)

Pagi2 lagi mood aku nak g keje terganggu..Cett..Ada ke...eee memang aku geram la dekat guard india kilang aku tu...,bawak moto main2 eh... Time2 aku nak naik bukit, time tu le dia tetiba nak membelokk ke kiri..Xke hampeh.. Kalo aku x stop keta aku, memang aku dah langgar dia free2 je..xapa la kalo mcm tu..aku dah langgar, yang xsedapnya, kang skirting keta aku rosak plak..calar balar...huh...

Sudahnya aku terbenti la tengah2 bukit..Aku memang x suka drive tang bukit2 ni..sure fail la...Macam tadi, udah le geram dengan guard india tu..Boleh plakk keta aku reverse 2 kali sebab aku xble balance minyak dengan clutch..haiii..memang la hampeh lagi bengang...dah tu..belakang aku ada keta plakk...geram2..

Setelah aku press minyak kuat2 baru la leh naik bukit..memang haru biru la.rasa nak luku jer pale pak guard tu..

p/s: Dah la isnin cuti...hari ni plakk cabut meeting...Hmm memang spoil mood la..hahahaah

Monday, June 21, 2010

RELEVANKAH MANSUHKAN UPSR & PMR?

Isu ni masih jadi perdebatan hangat lagi.. Kerajaan still mengkaji sama ada sesuai ke tidak untuk mansuhkan 2 jenis peperiksaan awam ni..kalo sesuai..hanya SPM je la satu2 nya peperiksaan awam untuk pelajar2.. Hmm pendapat aku la kan..ada pro & kons juga la..(eleh biasala kan..semua benda pun ada pro & kons,hehehe)

UPSR untuk budak2 darjah 6..Sebelum masuk tingkatan 1,semua pelajar kene amik exam ni..Bila dapat result, baru la dapat tau juga sekolah mana yang kita pegi..Sekolah primer ke..Sekolah biasa ke...Ibubapa skang kan dah pandai letak rated sekolah..Kalo sekolah tu banyak kes budak2 nakal..haaa memang dorang xmau hntar anak2 ke skolah tu..(kalo aku pun aku xmau hntr)

PMR..untuk budak2 tingkatan 3..Biasanya bila kita dah naik tingkatan 4(pendapat aku) time ni la kita dapat tau ke mana arah tuju kita selepas ni..ada yang pilih aliran teknikal(macam aku),ada yang pilih sain hayat(jadi doktor),ada yang amik sastera(jadi lawyer ke) macam2 lagi la..

Seterusnya SPM, ini final exam sebelum masuk universiti.. Kalo nak difikir2kan kesian juga tengok budak2 sekolah kene belajar struggle untuk setiap peperiksaan..Sampai ada ibubapa yang sanggup hantar anak dorang pegi tuisyen semata2 nak pastikan anak dorang berjaya..

Aku rasa xpatut dimansuh kan la..Sebab dari exam ni la kita leh tahu tahap intelektual pelajar2.. Dan akhirnya semua pelajar2 akan berusaha lebih baik untuk dapat keputusan yang terbaik.. Persaingan kan bagus..Hmm ada juga aku terbaca pendapat yang mengatakan sistem pendidikan negara kita ni hanyalah berorientasikan peperiksaan semata2.. Mungkin sebab tu kot kementerian bagi cadangan untuk mansuhkan peperiksaan..

Apa2 pun kita tunggu dan lihat jer la..harap2 nanti conclusion nya akan memberi manfaat kepada semua pihak..Jangan nanti macam lalang, kejap mansuh,pastu setelah bebrapa tahun kemudian bila x effektif nak diadakan semula peperiksaan ni..

CATATAN HARI INI


(picture dari google)

Yuhuuuu..hari ni aku cuti..CUTI2 MALAYSIA...kuang3x.... ceh banyak plan aku hari ni (sepatutnya) tapi sebab kepala aku ni dah jadi serabut skang ni...banyak na benda mau pikir...jadila la tunggang langgang..plan ke mana..aku ke mana...last2 ikut kata hati la..

Hari ni aku telah berjaya mengopakkan akaun bank aku sebanyak rm1000..wowowo fuh...bertahun aku kumpul..burn mcm tu jekk(hahahha ye ye jekk bertahun) Aku hidupkan roadtax & insurans keta aku..huiii..apa leh buat..begini la nasib orang pakai kereta...kalo x mau membayar, elokk la jangan pakai..ye x?? Senang jer berurusan dengan bank islam ni...cepat...sebab xde orang pun..aku je la pelanggan yang ada tadi...

Pastu aku g LHDN..hahahha tang ni yang aku cuak sket..ye la first time aku g kan... Aku nak amik no e-filing..Jangan xtau..setelah bekerja selama 2 setengah tahun baru la aku nak mendafter jadi pembayar cukai..hahaha hampeh x...Tu pun lepas aku tengok slip gaji aku...Asik2 ada potong.asik2 ada potong...banyak na potong ni..xble jadi..sebab ada kawan aku bgtau nilai yang patut aku bayar sebenarnya sikit jekk..bukan yang mcm ikut dalam slip gaji tu...

Aku ingat nak minta no pin ni kena soal jawab segala..kat website tu pun suh kita datang kaunter LHDN bawak salinan IC/cukai..padahal tadi dia cuma mintak IC je..Real IC...fuh...xsampai 5 minit pun da dapat no pin..pastu aku terus chow la...aku isi kat rumah je la..malas nk dok situ lelama...kat rumah aku lagi best..siap leh landing atas katil..hahahahah (ngada2 je lebih)

Patut aku ingat nak bukak akaun tabung haji...tapi tadi macam xde mood je...kuikuikui sebab tengok akaun bank dah tgl sikit je rkan..so xpe la lainkali...satu hari nanti aku mesti bukak akaun tabung haji tu...hmm 2-3 bulan lagi ke...

Hmm itu je aktiviti aku hari ni..pastu aku dok rumah je la...sebab dah 2hari cuti, plus hari ni cuti..esok mesti berkarat aku nak g keje...malasnyer...hmm susah hati la... =(

Saturday, June 19, 2010

SUSAH BTOL LA NAK APPLY KEJE GOV.


(picture dari google)

Hmm tension aku..Napa ehh susah btol nak apply keje gov...hahhaha.. Aku dah tersangat bosan ni keje kilang..kuikuikui..kalo dapat masuk gov, hmm bunyi mcm best jek.. Tapi still xde rezeki la.. Ada orang kata kene pakai cable..Ada lakk orang len kata memang mcm tu..kene tunggu bertahun.. barulah dapat peluang...Nampak gayanya sampai berjanggut la aku tunggu...

Sebab aku nak try apply keje gov ni..aku dengar banyak benefit jadi orang gov ni..boleh buat loan penuh dengan bank..hmm kalo g hospital gov senang sikit..pastu..hmm senang la..erk...ada gaya cam orang yg nak amik kesempatan ke aku ni??heheheheh

Kadang2 aku xfaham gak dengan prosedur nak apply SPA ni..tapi aku bantai jer la apply..Ye la, post yang kita apply..kadang2 candidate dia beribu riban...tu yang peluang tipis sikit kot..hmm..masak2 macam ni...sengit tu saingan...Xtau la aku nak kata apa...

Doa je la yang terbaik...=)

UPDATED SEPANJANG MINGGU NI..

Hmm..lately ni..aku memang jarang update blog..sebab 'M" aku besar sangat..hahahah Tapi x juga..ni semua sebab kerja la..Kerja kerja kerja..adoiii ai...Bila balik keje dah penat...nk online pun da malas..Tapi aku on kan juga la komp aku ni...konon nak tengok berita ke(padahal setiap hari time aku mandi,time tu la berita nak start..heheheh memang x tengok pun...)

Sudah nye komp ni tengok aku sampai pagi... Sebab siap2 semua..aku terus baring2 dan tertdo...Tanda penat sangat la tu...Tapi ye ke penat?? Hahahha biasa la kan...dah memang rutin harian aku mcm tu..(opss...aku kan x nak citer hal keje dlm blog ni)

Hari ni aku memang xde mood nak kuar g mana2..Terasa mcm malas la plak..Hahaha Padahal. beg duit kempis....kuikuikui Aku malas la nak g amik duti kat atm..Slalu aku kuar duit kat tempat keje jer..Ni gara2 sibukk sangat bekerja(gelii jekkk) sampai terlupa aku nak kuarkan duit...

Sebut pasal duit..kopak lagi la aku...isnin ni aku nk pegi bank, nak buat insurans & roadtax kete aku...pergh...kumpul2 duit...tengah tahun g bayar roadtax&insurans..Mcm tu jer la...hahahha cemana nak kaya mcm ni? kuikuikui xpe2 x kaya asalkan leh sara hidup aku...

Hmm malam ni aku nak buat apa ni...kang baring2 tertdo plakk aku. Nak baca buku confirm ngntukk.. layan tv la mcm ni...

HATI HANCUR JADI DEBU

(picture dari google)

Titik-titik noda, tertinggal di dalam dada
Guratan hatiku masih ada
Terguris di mata, pahit ku rasakan
Hari ini hati masih luka

Telah aku cuba, melupakan segalanya
Namun titik terang tiada datang
Langit makin cerah, luka makin dalam
Hati ini hancur jadi debu

Hanya satu, yang ku sayangi
Tiada pengganti, sampai saat ini
Hari-hari, langit kelabu
Menutup hatiku, serasa 'kan mati

Bukit 'kan ku daki, laut pun ku seberangi
Agar dapat lupakan diri mu
Namun apa daya, aku manusia
Gagal menghapus kenangan lama

p/s: Lagu kesukaan aku gak..hahahah Hati hancur jadi debu by Hetty Koes Endang..

TAK INGIN SENDIRI

(Picture dari google)

Aku masih... seperti yang dulu
Menunggunmu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku

Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu... dambaan hatiku...

Malam ini... tak ingin aku sendiri
Ku cari damai bersama bayanganmu...
Hangat pelukan yang masih kurasa
Kau kasih... kau sayang...

p/s: Aku suka jugak lagu ni..Tak ingin sendiri by Hetty Koes Endang

KASIH..

(Sumber picture dari google)

Malam ini kasih teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimipi ku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu

p/s: Aku suka lagu ni..damai jer...lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang..

Friday, June 18, 2010

TABAH, REDHA, TAWAKKAL

Hmm kadang2 benda yang kita nak tak semestinya kita dapat....begitu juga benda yang kita dapat,bukan semestinya benda yang kita nak.. Dalam hidup ni macam2 benda boleh terjadi..Kehidupan susah nak diramal kan..

Kalo kita tengok hari ini ada matahari..Jangan sangka hari esok pun langit akan cerah juga...ada matahari... Mana tau tetiba mendung datang...Sekali hujan turun dengan lebat selebat2nya..terus banjir..Urusan Allah, kita sebagai manusia, mana tahu kan?

PAsrah, Tabah,Redha,Tawakkal itu je la yang mampu diucapkan tatkala hati resah gelisah..xtenang..Orang kata terima je lah apa adanya.. Allah nak uji kekuatan hamba-Nya

Hmm tension nyer....
=(

Tuesday, June 15, 2010

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Ada ke patut tadi aku dapat call dari mana tah..(suara pompuan) kononnya dia kata nak ajak aku join kempen kesedaran pasal kesihatan kot..Aku pun dah lupa sebab x dengar sangat lagipun background dia macam bunyi bising jer..

Perkara pertama yang buat aku gelak:
Caller: Hello boleh bercakap dengan Puan Nuraini?
Aku: (dalam hati,sejak bila aku bergelar puan ni?) Ya Nuraini bercakap.

Perkara kedua, ni yang rasa nak pecah perut ni:
Caller: Saya nak minta puan join satu kempen kesedaran kat hospital**** bersama suami puan..(aikkk konpius sangat2 aku skang..sejak bila aku kawen ni)
Aku: (Sememang nyer aku x minat nk join so aku bgtau je la aku xde masa) Rasanya saya tak ada masa la..
Caller: Ok tak pe(terus letak)

End of conversation yang pada aku agakk kurengg..Caller tu terus end call macam tu jer..Atleast cakap la terima kasih sebab sudi terima panggilan ke...Sedapp gak telinga ni mendengar..Hai..xtau la aku skang ni..Agaknye orang tu memang patut masuk kursus adab2 bercakap dalam talefon kot... Tapi relevankah kursus seumpama tu?? Memang malang la majikan yang amik pekerja mcm ni..Xguna..hahah

Nasib aku x kenal sapa yang call tu,,Kalo aku kenal..dah lama aku luku kepala dia..kuang3x
=)

Sunday, June 13, 2010

ARTIS OH ARTIS

Tadi aku dengar kat berita ada sorang pelawak (artis) kene tahan sebab dadah.. Hmm pada aku ini berita biasa..sebab sebelum2 ni pun ada jer artis2 yang kene tahan sebab dadah.. Dalam kes pelawak ni aku xtau la dia ni btol2 amik dadah ke atau disyakki jer..

Kenapa ehh golongan artis ni kerapkali dikaitkan dadah?? aku jadi heran sangat2. Aku memang btol2 x faham..Kadang2 kesian pun ada gak.. sebab kita semua dah tau apa akibat kalo terjebak dengan najis dadah..Jadi aku dah muak sangat2 bila baca/dengar berita tentang artis yang terlibat dengan dadah.. Dorang ni x penah amik iktibar dari kes2 rakan2 artis yang dulu.. Macam jamal abdillah/saleem/benji...

Entah la..sepatutnya golongan artis kene tunjukkan la teladan yang baikk kepada masyarakat.. ini sebaliknya plakk. Betul la kata wardina, artis tidak boleh dijadikan ikon..

Apa tak nya..ada je berita perangai buruk artis terpampang dekat akhbar...ada yang bercerai time pregnant la, ada yang heboh nak rampas hak orang la..ada yang bergaduh sampai tarik2 rambut la..Hmm media pun main peranan gak..apa kata letak berita yang baik2 jer.. Tapi kalo ikut logikk..kalo berita x betul, xkan la media main tulis jer..Benda kalo sorok2 lama2 orang tau juga...

Kepada artis2 malaysia...renung2 kan la...

MAKAN2 KAT RESTAURANT CARABAO

Hari ni aku kuar makan dengan mydear dekat carabao restaurant..sampai sana pelayan dia bg menu..wow siap ada logo jalan2 cari makan lagi..hmm dalam hati..ye ke maria tunku sabri dulu penah datang makan sini??

Haaa bila sebut makan2 dengan mydear ni..macam biasa laa kitorang kalo order macam makan berlima..kuikuikui ada tomyam...ini wajib bg aku..sebab aku suka makan tomyam..lagi pun leh la buat kuah2..kang ada yang makan nasi tersekat2..pastu mydear suka makan ikan siakap.masak apa2 la..masam manis ke..3rasa ke..aku sampai skang dok konpius..masam manis & 3rasa tu aku rasa sama jer..xdak beza pun..ke aku ni main bedal jer...time2 lapar...

Pastu mydear order lagi sotong goreng..hmm memang kenyang gilerr la..air pun sedap..honey peach juice ke apa ehh..lupa plakk tapi sedap la air dia.. First bila sampai tempat ni..aku tengok seram jer..sebab nampak mcm gelapp..silap2 haribulan ada lakk yang ingat restoren ni tutp ke apa..sebab gelapp kan xnampak..

Bila dah masuk dalam..memang dah sah la..xbest la environmet dia..aku rasa macam suram jer.. Maybe sebab aku pergi time lunch kan..so memang xde orang lain pun tadi..aku dengan mydear je la..ntah2 kitorang memang first customer dorang..heheheh Aku ingat time malam2 mesti happening tempat tu la..mesti banyak lampu2..wow happening la..time2 mcm tu (tetiba aku rindu zaman blaja dulu..tetiap malam dok kuar makan kat kedai2)

So aku bagi 3bintang untuk carabou restaurant ni..heheh makanan dia agak sedap..dan boleh tahan la.. Next tempat aku nak try kedai dekat seberang jalan dia-banafee village..

Saturday, June 12, 2010

I LOVE MY DEAR..

I lose control because of you babe
I lose control when you look at me like this
there's something in your eyes that is sayin' tonight
I'm not a child anymore, life has opened the door
to a new exciting life

I lose control when I'm close to you babe
I lose control don't look at me like this
there's something in your eyes, is this love at first sight
like a flower that grows, life just wants you to know
all the secrets of life

It's all written down in your lifelines
it's written down inside your heart

You and I just have a dream
to find our love a place
where we can hide away
you and I were just made
to love each other now
forever and a day

I lose control because of you babe
I lose control when you look at me like this
there's something in your eyes that is sayin' tonight
I'm so curious for more just like never before
in my innocent life

It's all written down in your lifelines
it's written down inside your heart

You and I just have a dream
to find our love a place
where we can hide away
you and I were just made
to love each other now
forever and a day

Time stands still
when days of innocence are falling for the night
I love you girl I always will
I swear I'm there for you till the day I'll die

To: My lovely krol..i love you so much..
Thanks for everything..=)

p/s: Balik keej terdengar lagu ni kat sinar.. You & I by Scorpions..hmm layan...

TULIS IKUT MOOD

Dulu lagi masa aku buat blog lama..aku memang suka na menulis..macam2 benda aku dok tulis..tapi bila aku buat blog baru ni..hmm aku rasa macam malas nak menulis..aku x kisah la ada orang baca ke x tulisan aku ni..sebab aku bukan pun reti sangat menulis..tengok la ayat aku ni..berbalik2 kuikuikui

Pada aku, nak menulis ni perlukan mood..Kalo mood ok, ha banyak la idea nak menulis..Biasanya aku anggap menulis ni umpama membebel..So apa2 yang aku x dapat nak bebelkan kat orang, aku tulis la...hahahah boleh macam tu??

Rasa nak menulis macam2 tapi kalo xada mood macam mana?? Dulu2 masa aku skola..kalo xde mood nak blaja..kata2 hikmat aku ialah 'Mood yang hilang, cari la' heheh tapi aku ingat memang xble pakai la kata2 hikmat ni skang..Masa dah berubah...=)

CEMBURU...

Hari ni aku ada baca satu artikel kat metro tentang cemburu.. Haa bila sebut pasal cemburu ni..biasanya memang sinonim la kan dengan pompuan..Dalam perhubungan x kira la hubungan suami isteri ke, pasangan kekasih ke..mesti la ada masalah cemburu.. Secara logik..kenapa pompuan rasa cemburu?

Pompuan akan rasa cemburu bila terasa tergugat..oleh apa? Bila terasa hak nya diusik..hah mula lah cemburu.. Ada pro & cons cemburu ni.. Dalam hubungan, biasa orang cakap cemburu tu tanda sayang.. hmm tapi jangan la sampai cemburu keterlaluan.. tu buruk padahnye ..kang boleh sampai bercerai berai la plak...kalo couple..hehhe boleh putus gamaknyer..kuikuikui

Aku pun ada perasaan cemburu.. Cemburu aku pada banyak tempat dan hal..(ceh leh ada kategori plakk) Hmm tu xperlu la aku tulis dekat sini.. Tapi elok la kita amik yang positif jer...Secara x langsung kita boleh tingkatkan motovasi diri kita ke arah yang lebih baik..Bukan ke itu yang terbaik? Daripada kita melayan perasaan kita yang ntah pape tu...

Kita memang selalu nampak kelebihan orang lain sampaikan kita langsung x nampak apa kelebihan diri kita sendiri.. Itulah manusia..mudah terpedaya oleh mata yang melihat..sedang kan kita patutnye mentafsir dan selidik dalam2 apakah kalo kita ada kelebihan yang sama kita akan jadi orang yang sama sekarang?? Mungkin sebaliknya..Allah lebih mengetahui segalanya..

Aikkk kenapa nada entri ni melankolikk? sedih2 plak.. ish2..apa dah jd ni...Biasa la pompuan kan emosi...erk..aku saja je nak ulas artikel kat metro tu...=)

Friday, June 11, 2010

BERITA HARI INI

Fuh...malam ni baru la aku rasa lega nak conteng2 dalam blog aku ni..Berhabukk da..lama aku x update...xsempat la...bz...ye ke bz..aku pun x pasti la..hahahahah Tooling testing da makan 2 hari..pastu sehari aku cuti-atok masuk hospital..

Pegi tooling testing memang penat...bagai nak tercabut lutut aku...dok tunggu dia tuka mold la..nak adjust parameter la... alahai...tension nyerrr...napa la aku leh jad engineer ehh..kuikuikui menarik tu agak menarik la..sebab bila kita pegi..kita boleh nampak dunia lain..boleh masuk kilang lain...xle jemu dok dlm opis jer..tapi penat nyer....xterkata...( ni dah cite hal keje aku ni, ish2 )

Piala dunia start malam ni..haaa aku rasa kedai mamak ni mesti penuh..dengan skrin besar dia...mesti full punya la..24hrs leh dok situ kalo nak tengok bola..kepada peminat2 bola..haaa jangan sampai xbangun keesokan harimyer utk g keje sudah la..bole bola juga..tapi kerja tetap kerja..woooo (musykil..sejak bila aku jd ala2 baikk ni??)

Aku baca paper hari ni pun banyak dah citer pasal piala dunia ni..aku?? selak2 jer la...xminat langsung...dulu2 aku mcm ada la minat juga nak follow..tapi lelama..dah hilang..sama gak dengan F1..dulu2 aku memang follow tapi bila aku dah start keje dah bz..aku dah lupa semua..hehehehe

Tetiba mata aku rasa mengantukk..aku tengah cari layout utk blog ni sebenarnya..hmm aku nak cari2 dulu la...

Sunday, June 6, 2010

SAGITTARIUS


Sagittarius Yang Berwawasan
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah zodiak SAGITTARIUS, yang berlambang Pemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara, kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang, berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES.

------------------------

Ada satu ketika aku dok sembang2 dengan kawan2 opis aku..Cerita pasal bintang2 la..ikut tarikh lahir..dulu2 masa aku budak2 aku suka na beli majalah remaja..yang ada tafsiran bintang2 ni..hahaha..hmm..aku jumpa artikel kat atas dalam satu blog ni..Tafsiran bintang aku..Suka2 jer search.. Pada aku..artikel2 mcm ni..Percaya jangan, Baca boleh..hihihi

--------------------------

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yg berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

(rahsia bulan kelahiran mengikut kajian 25tahun Dr.Fadilah Kamsah)

ONE DROP PERFUME....

Lama dah aku plan nk post entry ni..heheheh tapi selalu nak tulis tu..xada masa...rutin sehari sangat sibukk la...(eleh belum kawen dah kata sibukk,nanti bila dah kawen lagi la...ngada2 je lebih..heheheh)

Aku nak tulis la..aku setakat ni berpuas hati dengan one drop perfume..Skang aku guna women set 5..Dulu2 kan aku selalu beli perfume ferragamo..kadang2 aku beli bodyshop...ada sekali aku pakai kenzo,pastu mydear bg aku lancome...hmm semua wangi2..semua aku suka...hahahha sebab aku suka wangi2 ni...aku rasa gembira bila hidu bau wangi..erk...Agak2 ada x orang lain mcm aku??

Lepas tu bila semua perfume aku dah habis...aku tetiba rasa nak cuba perfume baru..Lama gak la aku cuba try semua perfume tester kat mana2 shopping complex tu..Ntah mcm mn..Walaupun ada antara bau yang aku suka..tapi aku x teringn nak beli pun...walaupun disaat itu aku memang amat2 memerlukan perfume..waaaaa (ehh asal nampak macam terdesak sangat ni...confused...)

Tetiba survey punya survey..aku ternampak la one drop perfume ni..Adik aku penah cerita dia ada beli satu set...saja nak try..Komen dia-OK la...kita boleh dapat macam2 bau dalam satu kotakk.. Harga pun amat2 la berpatutan...Dan pun hmm tetiba terasa nak beli la kan....BIla aku beli dan start guna..komen aku plak...Aku sangat suke...Hmm sebabnya btol aku adik aku..aku boleh dapat macam2 bau dalam satu kotak..So dalam seminggu..aku boleh guna 5 wangian yang berlainan!!WOW best nyer..hehehehe

Da sebulan aku guna..tapi masih belum habis2 lagi...Hmm jimat2 pun jimat kan?..Hahah leh save sket duit..yeye jek..

BUKU BARU....



Aku kan pernah kata pada diri aku..yang aku akan stop dulu beli buku baru..aku nak habiskan buku2 lama aku tu...habis baca baru aku start beli buku baru...Tapi malangnyer..aku semacam x boleh control la.. perasaan aku...aku kene akui yang aku MEMANG GILAKAN BUKU!! hehehehe Hasilnyer...semalam bila aku teman adik aku g jusco..aku decide nak masuk MPH..aku ingat nak jalan2 jer...Tengok la apa aku beli...

Xtau la bila aku nak membaca nyer....Rasa2 aku memang perlu beli rak buku baru...Rak yang ada dah x muat dah...Malah nak roboh....Waaaaaa Cemana la nak stop kegilaan aku terhadap buku??Erk...Perlu ke aku berhenti membeli buku??? Confused....

Saturday, June 5, 2010

CONGRATULATION TO MY BEST FRIEND-IKIN

Time ni dua2 family sedang berbincang..heheh seronok juga bila tengok dorang bergurau cakap..erk.betul ke ayat aku ehh...apa2 lah..hahahaha
Tengok la wajah2 ceria ikin saat bergelar tunangan orang...berseri2..wow tahniah sahabat..aku selalu doakan kebahagiaan ko...Wedding ko tahun depana nanti..aku datang ehh bawak hadia besarrrr punya..kuikuikui
Antara barang hantaran ikin & nizam..
Pose istimewa dari ikin & nizam...malu2 plak korang ehh..hahahahah
Amik gambo kenangan sebelum ikin sah jadi tunang orang...hehehe aku betul2 gembira ikin dah selamat..Sebelum balik tu...ikin bisik dekat aku..dia kata aku datang bagi dia kekuatan...i'll appreciate your word ikin...Sebab disaat2 aku susah..ko pun bagi aku kekuatan juga..kita saling nasihat menasihati..kan...aku harap..kita kekal sahabat selamanya..

SPECIAL OR BAD DAY???

Hari ni 5june...ikut schedule aku-aku nak datang majlis tunang ikin..So memang aku dah set mind la..aku nak kene pagi...Semalam lepas aku cakap2 dengan mydear...dekat2 kol 12pagi..ingat lepas tu nak tdo..tapi tup2 tengok ada cite universal soldier kat tv2..so apa lagi..aku stay la tengok citer tu..sampai la aku tertdo kot.. sebab aku slowkan suara komputer aku ni..so aku xdgr la apa2 suara..

Bangun pagi jer, aku bukak mata tetiba aku tengok komp aku still hidup lagi..wah terkejut aku...aku x tutup komp semaalam???aduhai...nasib mak ayah aku x prasan...kalo x...free2 je kene dengar ceramah..

Lepas mandi aku plan nk iron baju la mcm biasa..Tetiba tanpa disedari...aku terus angkat iron dan letak atas baju....DAN..toing....terkoyakk la kain baju kurung aku...alamak..malang nyer...aku dah la x banyak baju kurung..sebab aku beli time nak raya jer...lepas tu boleh plakk terkoyak..sebab iron tu panas sangat...pelikk la..=( aku bukan first time iron baju....kan dah selalu aku iron baju..tetiba leh jadi mcm ni plakk...kusut la fikiran...

Tapi nk buat mcm mn..benda dah jadi kan...hmm skang ni aku berazam la...aku nak beli satu baju kurung setiap bulan...agak2 boleh ke ekk..cuba2..mesti boleh punya...hai...makin kurang la koleksi baju kurung aku..=( betul2 sedih la...

Tapi aku gembira hari ni sebab best friend aku-ikin bertunang...Alhamdulillah..semuanya dah selesai...Haaa ini la first aku attend majlis tunang..sebelum ni aku g majlis kawen jer...So dapat la tengok td adat2 merisik..erk bukan merisik la..lebih kepada perbincangan antara dua family sebelum majlis pertunangan..

Balik jer majlis tunang tu aku g jusco..teman adik aku beli barang..Ingat aku g teman jer..sekali aku bila dah masuk MPH..memag la aku kaut buku citer...hai...bertambah lagi koleksi buku tapi yang x bestnyer...aku dah makin x tau bila aku nka habiskan baca2 buku2 ni semua....waaaaaa rasa macam nak bukak library jer la...=) Apa boleh buat kan..bila hati dah suka buku...

Next entry aku upload picture ikin tunang...

Friday, June 4, 2010

CERITA HARI INI

Hai..hari ni baru ler berkesempatan nk berinternet...sambil2 baring lepak2 atas katil ku yang empukk ni...kuang3x...letih nyer.....

Hmm apa aktiviti aku dalam minggu ni ehh...pasal keje? hmm dah ler aku datang macam xde keje...hahahah keje ada..tapi ntah aku mcm malas2 nak buat..kuikuikui ala bende senang jer tu...kejap jer leh siap...lupakan la hal keje...tengok...xbanyak keje pun penat yang amat..

Semalam, rumah aku ada majlis kenduri tahlil..So banyak la makanan kat rumah aku ni..jiran2 tetiba semua baik hati...dok sedekah kuih muih...tambah plakk mak aku masak banyak lauk...hmm memang muai la dengan makanan.. haaa semalam gak aku keje tersangat la bosan sampai xleh handle...udah ler ngantukk..memang xble tahan la..Maka aku decide untuk hapday...jeng je jeng....

NAk balik rumah..mak aku ada kat rumah..huh..jahat x aku? kang free2 jer aku dengar ceramah dia...so aku pun call la kakak aku..apa lagi..persetujuan telah dicapai...aku hapday....tapau pizza...makan kat rumah dia..hmm sedap2 piza...si kecik jaja pun makan sekali...nyam2...=)
Sampai petang aku lepak sana...kol 530 baru gerak dari rumah dia..Memang gilerr la...aku belum pernah buat keje mcm ni sebelum ni..tapi skali skala ok gak...kita enjoyyyyy

Semalam 3hb, genap la 15bulan aku dengan mydear... Memang xsangka la dah setahun 3bulan hubungan kitorang...kalo budak kecik...dah start jalan da...hahahahha dear2...i love you...

Bulan ni gak roadtax keta aku mati...kopak lagi rm1000..hai...apa boleh buat...aku ingat nanti 21hb aku nak cuti..nak pegi bank pastu masuk produa jap..nak servis keta...dekat2 rm1000 lebih ni habis...kene jimat aku bulan ni nampak gaya nya...fuh geleng2

Pastu nanti 16june aku kene g Kl ada meeting..last meeting...harap2 semua berjalan lancar...

Tuesday, June 1, 2010

BILA RASA DAH PENAT..TAK LARAT NAK KATA APA2

First day in June...hmm hari ni aku rasa aku datang keje xde buat apa pun...=(
Aikk betul ke apa yang aku tulis ni??? Bukan ke aku kata aku xnak sebut pasal keje dalam blog ni..haii...terbabas la ni..nani2..apa dah jadi ni...

Macam biasa la, malam2 hari..bila badan dah penat berkerja..(ye ye jekk bekerja) malas nak cakap banyak2...lepas makan siap2..aku ingat nk dok layan tv..tapi rasa2 elokk kalo aku iron baju keje dulu..hmm keje kene pakai uniform..adoii aiii..ingat lagi dulu2..aku pernah kata aku suke kalo keje pakai uniform...senang..xpayah nk pk hari2 nak pakai baju apa..Tapi tengok la skang..pakai uniform tapi hari2 kene iron baju!! penat la..hahahha

Dah siap semua..kang bila baring aku tertdo plakk..aiii bila masa nak baca ketupat cinta ikin ni..alahai...terpakse la peram dulu hasrat nak beli buku baru mcm ni...=(

Sebab hari ni keje kat opis pun mcm xde sangat..jadinya aku tetiba rasa penat..kalo ada keje banyak kat opis..aku rasa penat gak...tapi penat yang bermakna...kuikuikui apa la yang ko merepekk ni labu...ntah le..ayat pun dah lintang pukang da..(tanda betul2 penat ni..hahahah)

12jun ni ada reunion budak2 sekolah rendah aku..hmm skang ni aku dok tengah fikir samaada nak pegi ke xnk..sebab siang tu aku dah janji dengan jiha nak pergi kenduri ihsan..nasib gak reunion tu buat malam....kalo aku ada kesempatan nak pergi..boleh la join..tapi realitinya...(tang ni memang kena betol dengan tagline blog aku-realiti x seindah fantasi) Aku x pasti la nak pergi ke x...Hmm lagipun tetiba aku rasa segan la plakk..Ye la sebab dah lama kan x jumpa...ntah la cemana dorang skang...xpe2 ada masa lagi nak pikir...

Sambil2 aku tulis ni aku dengar mp3 surah yaasin..hmm memang mp3 aku beli khusus untuk letak surah yaasin...sebab time2 aku xleh tdo ke..senang..sumbat jer earphone kat telinga..hmm dalam 10minit lepas tu confirm tertdo...bagus x petua aku??

Ok..time untuk iron baju...hahaha baju x iron lagi ni...yang aku tulis tadi tu planning jer...
Chow dulu..kuikuikui