Saturday, February 26, 2011

BILA AKU TAK DAPAT NAK TIDUR

Kadang2 aku ada satu masalah. Susah nak tidur malam, benda ni bukan selalu jadi pun. Ada masa2. Kalau aku kerja hari tu penat sangat(maksud aku follow up banyak benda) jadi bila balik rumah, lepas mandi aku rasa cepat ngantuk dan letih terus nak tdo. Tapi ada juga hari yang aku penat sangat buat kerja, bila kat opis rasa nak siapkan keje cepat2 dan balik rumah-rehat. Akhirnya bila balik rumah, siap2 semua, baring je mata dok terkebil2 tak nak lelap. Padahal otak aku dah penat yang amat!! Nak menghadap komputer, surf internet..dah tak larat. Baca buku apatah lagi-kompen aku dok tenung2 ker perkataan..Satu apa pun tak berhasil nak memahamkan cerita..

Biasanya bila jadi macam ni aku amik mp3 yasin dengar, lama2 aku terlena sendiri.. sampai pagi. Tapi kadang2 aku suka juga dengar radio,siaran ria 89.7 (singapore). Sebab lepas pukul 12malam, ada rancangan yang berkisar pengalaman2 seram pendengar yang deejay tu kongsikan bersama.. Seram juga dengar sesekali..Ha ha..

Menarik juga la..sebab aku mula2 tak sangka orang singapura yang boleh dikatakan lebih hidup moden still percaya cerita2 dan ada pengalaman macam ni..Hmm seronok seronok juga..Tapi akibatnya kat aku-aku lebih susah nak tdo..Apa taknya...effect suara seram mak aiii..Memang boleh teringat2 la..Huhu..Tapi ni semua cerita kita tak tahu betul ke tak..mana tau orang ada tokok tambah.. sama juga lately ni bila aku blogwalking aku ada jumpa kisah pasal rumah sewa yang katanya berhantu kat shah alam. Entah betul ke tidak, hanya mereka yang tahu..

Pada aku cerita2 macam ni, nak percaya pun tak boleh, tak percaya pun, kalo ikut logik, kalau tak betul cerita ni, tak kan la ramai yang tahu, ye tak..jadi...biasa2 jer la..

p/s: harap2 malam ni dapat la tdo dengan lena..

Friday, February 25, 2011

SELEPAS ACCIDENT

Bila kereta kene langgar, pasti la ada kemik sana, kemik sini, calar sana,calar sini..(hati aku pun turut sama calar! huh) Memang time drive keta macam tak sedap jer..Yer la..Huish susah nak describe la perasaan ni. Aku pun dah berfikir2 cepat2 nak settle kan masalah ni..

Pening juga sebab dalam dilema. NCD kereta aku 30%, kalau aku claim insurans habis NCD balik jadi 0%, tapi advantage dia aku tak perlu keluarkan duit la nak bayar kerosakan..Jadi aku dah survey2 bengkel nak repair kereta, kos dalam 5-6 ratus tak termasuk skirt keta, then aku pergi pusat servis, dorang advise aku tukar baru terus la, sebab memang boleh nak ketuk & baiki pintu/mudgad/skirt tapi in future maybe nampak tak boleh nak tau condition still ok ke tak.. No choice, terpaksa claim insurans juga..dan terpaksa la terima hakikat NCD aku dah jadi 0...waaaaa

Jadi hari ni settlekan document then esok submit. Lepas tu tunggu je la macam mana. Buat masa ni aku guna je dulu kereta yang da sedia kemik tu..(waaaa hati aku tak tau nak kata macam mana la...sob..sob..)

Ni pulak cerita saman.. Accident 22/feb. Dan aku disaman, (sudah la aku dilanggar, kemudian aku disaman, hampeh btol). Kan sekarang kecoh kalau bayar saman sampai 28hb ada dapat diskaun. Aku pun hari ni amik la cuti-kebetulan nak settlekan hal kereta dan bayar saman sekali.Sekali naik balai polis...Dok pusing2 tak dapat parking...Last2 aku decide nak bayar kat pejabat pos jer..Kan paper/tv semua dah war war kan boleh bayar saman dipejabat pos..Alangkah geramnya aku sebab bila petugas kaunter tu cek jer..Nama aku tak ada saman!!!! ini bermakna sistem PDRM tak update lagi!!!! ini sudah menaikkan darjah kemarahan aku...Petugas kaunter tu beritahu kalau aku nak bayar juga, aku kene pergi balai..wah wah....Aku keluar dari pejabat pos dengan hati yang errrr..geram...Ha ha ok tutup cerita.

Dah sejak aku kene langgar tu, aku macam perasaan sesuatu,aku rasa confident level aku kat jalan dah makin kurang..Huish bahaya2.. Hari ni jer aku dah banyak kali kene hon dengan driver lain, bukan aku seriau juga aku bila nak masuk simpang, selisih dengan kereta lain..adusss..dah kemik sebelah, kang tak pasal2 kemik sebelah lagi(mintak dijauhkan la hmm) Takpe2 fikiri positif..Bertenang...(nasihat diri sendiri)

Hmm dah alang2 cuti ni, boleh la aku berehat..Tapi ye ke rehat?? rasa2 aku dok fikir2 keje yang melambak kat opis tu..Wah...tension...

Thursday, February 24, 2011

ENTRY TERTUNDA: REMUK2 SEREMUK HATI AKU

Hmm hari ni malang berganda2 bagi aku. Tapi aku percaya ‘Allah takkan memberati seseorang dengan sesuatu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya’

Tengah sedap2 aku drive nak pergi kerja,sekali kereta aku dilanggar.Betul2 dekat dengan kawasan tempat kerja aku..Memang hangit betul la. Habis rim aku, pintu keta aku,mudgad aku,paling teruk skirting keta aku remuk2..alahai…Huh memang tak guna btol yang melanggar tu.. Budak2 muda..

Macam biasa, aku rasa aku memang tak salah, tapi bila masuk balai,polis kata aku salah..Kalo aku hilang akal, memang aku dah menjerit2 marah kat situ(baca lagi: ini kalau) tapi yang sebenarnya aku dah malas, sebab keta aku pun dah remuk, so nak berbalah2 pun macam dah tak guna. Layan je lah pakcik tu..amik je la saman..nanti2 bayar-sebelum 28hb,dapat diskaun..

Hari ni juga banyak benda yang membuka minda aku.

Time aku accident tu, apalagi mesti la aku terkejut, terus park kereta tepi dan masing2 keluar dari kereta tengok kereta masing2. Lepas tu kitorang parking kawsan lain nak elakkan kesesakan kat area tu, time tu juga, aku nampak member2 satu tempat kerja aku pun berhenti juga nak tengok apa jadi..So dalam hati ada rasa sikit lega la..Sebab ada orang sekitar yang aku kenal..Memang tersentak juga la..

Aku memang belum ada pengalaman dengan polis. Tapi tadi dah terpaksa juga buat repot(yang mana aku kene saman-memang huh tak guna btol) Jadi aku pergi balai polis untuk buat report. Teruk betul balai polis.. AKu rasa macam tak percaya aku masuk balai polis. Entah persekitaran dia macam tak sesuai la. MAcam tak ada peraturan, time nak buat report pun, pakcik yang amik report tu pun alahai..Slow jer tanya..(taip pun slow-elok aku je yang taip)ha ha

Aku rasa diorang kerja kurang berperaturan. Bukan ke patut adakan system giliran masa nak buat report. Ini tak..Main datang jer..Lepas tu ,entah kerja main2 kot diorang ni,haa kang tulis lebih2 takut ada yang membaca dan kalo diorang tak setuju,nanti tak pasal2 diorang saman aku pulak(tapi ini kalau ada yang membaca entry ni.Aku tulis pun sebab aku punya suka la aku nak tulis apa..Huh)AKu paling pantang kalau orang kerja yang melibatkan orang ramai tapi buat kerja main2..Contoh yang paling dekat ialah kaunter2 bank ke kaunter2 klinik ke..Hah tu memang pantang aku.Jadi sila bekerja betul untuk mereka yang berkerja dibahagian hadapan(seperti ini)

Hari aku hari ni memang penat dan tak tau nak kata apa..Esok aku nak settlekan insurans pulak.

22 Feb 2011

Monday, February 21, 2011

LARANGAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH

Aku ada terbaca isu ni kat paper tadi. Dan aku setuju,memang telefon bimbit sepatutnya diharamkan penggunaannya di sekolah. Sebab pertama sekali(pada pemikiran aku) ko tu dah la pelajar lagi..bersyukur la dihantar ke sekolah untuk belajar..Ada peluang untuk belajar..ini tak, pergi perabihkan duit mak bapak dengan beli topup la itu la ini la..Memang aku hangin dengan budak2(yang tak sedar diri) zaman sekarang ni.

Dan lagi, mata aku bagai nak terkeluar bila baca,antara handphone yang digunakan pelajar ialah blackberry!!Amboi..banyak duit ko ye adik2!! Huish
Rata2 pelajar, mengaku mereka bawak secara sembunyi2..'Pandai makan pandai la simpan' OOO macam tu rupanya..Jadi selama ni peraturan yang dikeluarkan pihak sekolah tu tak diendahkan la eh..

Aku rasa ada banyak sebab kenapa peraturan ni kureng dapat dijalankan..Antara sebab,budak2 sekarang ni makin manja..Tak boleh ditegur..Kang nanti cikgu tegur lebih2, siap panggil mak bapak datang...hentam cikgu balik..hmm..

Pihak ibu bapa pun sama juga..Memanjakan anak secara keterlaluan(ini ada sesetengah ibubapa)..Apa kehendak anak semua diturutkan, tu yang anak boleh naik tocang tu...Bayangkan la, sekolah sepatutnya mendidik kita jadi lebih berdisiplin dalam hidup-dengan cara mematuhi peraturan..Tapi kalau dah sedari kecik2 lagi hidup tak berperaturan,bila menginjak dewasa apatah lagi..

Hmm pening la dengan masalah remaja sekarang..Takut melihatnya..Agak2 macam mana la generasi akan datang ehh..

Sunday, February 20, 2011

MENTOR

Aku baru lepas tengok mentor dekat tv3(time entry ni ditulis) Hehehe Macam2 gaya peserta aku boleh tengok..Hmm ada yang betul2 berbakat nak nyanyi, ada yang biasa2 jer bakatnya..Tapi bole la kan..Atleast semua nya ada rasa ingin mencuba. Mencuba lagi bagus kan..Sebab nanti bila dikritik..kita tahu kat mana level kita..Wowo positifnya aku..

Ini pendapat aku. Pada yang betul2 berbakat dan ingin menjadi artis tu..Memang patut la pergi mencuba. Tapi bagi yang hanya guna kan rancangan or kesempatan ni sebagai platform dorang nak berbisnes ke apa ke..Macam tak elok la pula..Haha Siap ada peserta yang datang nak mintak kerja lagi..Hahaha Lawak pun ada juga aku rasa..

Hmm memang terhibur la tengok gelagat2 peserta..Gelak jer lebih..

p/s: Aku bukan peminat mana2 rancangan realiti hiburan. Tapi malam ni aku rasa terhibur tengok mentor..

Friday, February 18, 2011

KELAM KABUT

ENtah kenapa lately ni kerja aku jadi kelamkabut..(erk kali ni aku nk tulis sket pasal kerja aku sehari2) AKu kerja kat kilang jepun.KErja dengan jepun ni,huh susah nak cakap la..Pening kepala aku. KAdang2 hari ni cakap lain,esok lusa cakap lain..DAn lagi..kalo dorang da buat desicion nak yang itu,yang itu juga la kita kene usahakan..Sometimes no negotiation..Huh

Satu lagi, keje nak dengan macam2 system..Ntah segala apa system ntah aku xfaham.. Kadang2 slow amat2 nak tunggu system tu loading..Memang macam errrkkk..susa la nak kata kan..(tempat aku cari rezeki), dan lagi..BAHASA..tang ni memang aku tak boleh handle..Nak bahasa jepun..Kadang2 mana la aku bole faham apa maksud...Rasa nak luku kepala orang jer...(tapi kepala sapa?? haha) HAri ni memang aku hangin sebab aku guna system tetiba nak approve ke pass ke back ke aku tak tau! sebab tulisan jepun..waaaaaa (menyesal aku tak pergi belajar bahasa dulu2 kala)

Hmm bengang2..LAst2 aku tutup komputer, cabut balik la..Wa la....Tak tau la apa nak jadi...Bengang memang aku bengang....

p/s: boring la keje engineering..Huh

Sunday, February 13, 2011

PRESTASI MEROSOT SETELAH BERKAHWIN??

Aku lama dah fikri nak tulis entry ni.. Tapi asyik2 bertangguh jer..
Betul ke prestasi merosot setelah berkahwin? Tak kira la jika anda seorang pelajar ke, atau seorang pekerja ke..Betul ke?

Sebab aku rasa dah berulangkali aku ada terdengar2 ayat2 yang diluahkan ke aku(ceh macam kaunselor la pulak ahaha) seakan2 menyatakan seseorang tu akan berubah apabila berkahwin.
Aku sendiri belum berkahwin..Jadi aku pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana pada situasi ni.

Yang aku tahu la..maksudnya pendapat peribadi aku sendiri(yang aku fikir secara logik, tapi mungkin lain orang lain pendapat).. Sepatutnya setelah berkahwin, kehidupan seseorang tu menjadi bertambah baik dan bagus.

Contohnya..jika seorang pelajar (biasa pelajar universiti la-kalao pelajar sekolah...sila habiskan persekolahan anda dulu yer baru fikir nak kahwin) berkahwin, prestasi pembelajaran semakin meningkat..Sebab dulu waktu aku belajar kat U, ada satu lecturer muda, dia bagi tahu bila dia sambung master, dia kahwin and dia grad dengan cemerlang sebab, selain doa dari ibubapa, doa dan dorongan dari suami juga menyebabkan dia belajar bersungguh dan akhirnya raih kejayaan.

Begitu juga jika seorang pekerja yang sudah berkahwin, pastinya mereka akan bekerja bersungguh2 sebab tanggungjawab dah bertambah-kene sara isteri, nanti kalau dah ada anak, kene cari duit lagi buat belanja anak2.. Perempuan pun patut sama la, bila dah kahwin, walaupun bukan tanggungjawab utama mereka untuk cari perbelanjaan keluarga, tapi aku rasa kita perempuan mesti bangga kalau kita dapat bantu suami kita dan sama2 kerja keras untuk dapatkan taraf hidup yang lebih baik.

JAdi aku tak nampak kat mana tang merosot tu sebagaimana yang aku dengar. Mungkin mereka maksudkan dari segi hubungan sosial tu macam ada sesetengah orang lepas kahwin dah tak boleh nak hang out dengan kawan2..bukan tak boleh maybe kene ada limitation la..Yer la dah kahwin buat la cara dah kahwin..Ni kalau still nak berlagak2 bujang elok tak payah menikah..Sebab bagi orang yang dah berkeluarga, family comes first.. Tak kira la apa jua situasi pun, priority tetap pada family. Sebab tu la sumber kebahagiaan dan kegembiraan kan kan kan??hehe

Ini pendapat aku, orang lain macam mana pula yea..Hmm

RENDAHNYA MARUAH SEORANG PEREMPUAN

KUALA LUMPUR: Mereka bukan wanita simpanan atau kekasih siapapun. Sebaliknya, golongan ini sekadar inginkan lelaki sebagai teman asmara atau ‘sex buddy’ untuk memenuhi nafsu serakah.

Itulah cara hidup ala Barat yang menjadi sebahagian gaya hidup wanita di negara ini. Golongan ini biasanya duduk sebumbung bersama lelaki pilihan mereka tanpa ikatan perkahwinan sah.

Wanita berkenaan hanya memilih lelaki yang sama-sama tidak inginkan komitmen, tidak mahu bercinta dan berkahwin secara formal. Seks hanya untuk memenuhi naluri dan nafsu.

Ini sedikit berita yang aku baca kat metro
AKu sendiri seorang perempuan-tak tahu nak kata apa tentang hal ni..Zaman sekarang ni semua orang dah macam tak takut dengan dosa.

Alasan serik dengan perkahwinan sekadar alasan..Mereka2 ni tak berfikir panjang sebenarnya, dan juga bertuankan nafsu. Aku malas nak ulas panjang2..Memang hidup ni hanya sekali, tapi jangan la kerana terlalu kejarkan keseronokan, matlamat menghalalkan cara..

Fikir2 kan la akibatnya..

SINDROM 'M'

(picture dari sini)

Hari ni aku dilanda sindrom 'M'. Entah kenapa sejak akhir2 ni sindrom ni memang bermaharaja lela dekat diri aku.. Kat opis, nak buat kerja, xmau..Cuti2 nak keluar jalan2 xmau..Apa mau sebenarnya?? Ha ha

Semalam patut hari bekerja kat kilang aku, aku amik halfday..sebab 'M'..Ooohh sampai bila kah harus begini?? Mana nak cari semangat yang pergi tu..Adoi..Help2..

Tapi pada aku-biasa la.. Memang selalu pun macam ni...Bila kita dah sampai satu tahap..Kita dah tak mampu nak tahan lagi..Ini la kesudahan nya..Jadi..nak tenangkan diri...Duduk2 rilek2 baca buku(yeah i like)

Aku baru pinjam satu novel dari kawan..(padahal novel sendiri tak habis baca lagi) tapi aku jenis yang suka baca banyak buku dalam satu masa..nak buat macam mana..so layan...Setakat ni cerita dia best..Hopefully aku bole pulangkan balik buku ni dekat kawan aku tu hari rabu..(tebal juga buku tu..) harap2 sempat nak habis baca la yea..


Friday, February 11, 2011

4 MADU

Semalam sempat la aku tengok filem 4madu(cite tahun lepas kot).. ala yang apek, fasha sandha sapa tah lagi yang berlakon aku lupa pulak..

Semalam juga balik dari kerja, kepala aku sakit.Jadi mood nak tengok tv memang tak ada, so play movie adalah jalan terbaik..aku tengok sambil baring2 cite 4 madu ni la.. Saja je aku download.. Sebab tak tau nak download cerita apa..(bole cakap macam tu)

Apa yang aku nak tulis kat sini, sepanjang aku tengok cite 4madu ni, entah kenapa aku rasa cerita ni macam merepek. Bole aku tak faham langsung jalan cerita dia..Konon2nya satu adik beradik tiri telah diwasiatkan untuk mewarisi harta peninggalan arwah ayahnya. Tapi ada ke patut syarat2 dia suh kawen kawen kawen..Huish logik ke...Menyampah plak aku..(meluat pun ada)

Sampai akhir cerita aku rasa menyesal aku download dan tengok cerita ni..Buang masa dan buang karan....Tak faham la aku.. Nasib aku memang tak pergi beli tiket kat pawagam(nak2 cite melayu ni)..Kalo tak...Sabar je la..Hmm

Tuesday, February 8, 2011

TAYAR MELETUP..DAN BENGANG

Hari ni waktu aku balik kerja, tengah sedap2 layan lagu terdengar bunyi..macam benda meletop. Rupanya tayar lori pecah..dan semua kereta slow..HAbis terbang segala macam benda apa tah getah ke apa..NAsib tak kene kereta aku..Aku pernah dengar ada sorang kawan aku cerita, bumper kereta dia pecah sebab terkena tayar lori yang meletop tu..Pergh tak pasal2 melayang duit..eeee sayang2.. haha

1st time aku dengar bunyi tayar lori pecah tu..Fobia la pulak..Nak2 tengok saiz lori yang sebijik sama dengan lori yang hampir menggelek kancil aku dulu..huhu

Ada satu kejadian lagi yang buat aku naik angin hari ni..Sedikit bengang kerana ada satu kereta tak sabar2 nak keluar simpang sedangkan waktu tu kereta punyalah banyak bertun tun(entah betul ke tidak ejaan aku tidak la tahuuu..Heheh) Aku dah bunyikan hon banyak kali pun masih buat tak tahu! Huh...Tengok2 pemandu naza citra tu berbangsa **..Huh ini memang sudah menimbulkan kemarahan..

Apa pasal la bangsa ** ni tak reti nak ikut peraturan...Buta undang2 ker...Aduh2..Bukan sekali dua aku terkena dengan sikap segelintir bangsa **, memandu bagai jalan tu dia yang punya...Geram2.. Malas nak tulis apa jenis bangsa tu..Nanti kang ada orang cap aku pilih bangsa plak..ha ha

Hmm tiba2 terasa letih pula malam ni..Erk banyak kerja ke aku hari ni..(terfikir jap)..
Rehat dulu sambil2 layan cerita Hani..

Monday, February 7, 2011

FILEM: MAGIKA


Time aku tulis entry ni,aku sambil2 tengok cerita MAGIKA..Haha Dulu2 aku tak berkesempatan nak tengok wayang. Entah kenapa pun aku tak tahu. Last2 aku cari2, dapat la juga download cerita ni dan apa lagi..Aku terus layannnnn..

Sebelum ni aku ada baca review filem ni sama ada dekat blog atau paper, semua komen memberansangkan..maksudnya rata2 orang puji cerita ni bagus.. Bila aku tengok movie ni, terasa macam aku tengok teater musical la pulak..Siap ada nyanyi2 lagi..Memang terhibur la...Asyik tersenyum jer..depan pc ni..

KRU punya terbitan memang kreatif..lain dari yang lain..
Secara keseluruhannya aku bagi 4setengah bintang..=)

Bahagian part last yang adegan mawi nyanyi dengan diana daniel tu(lagu penyembuh rindu) tetiba aku jadi teringat pulak pada kisah cinta yang tak kesampaian antara Laksamana Sunan dengan Haryani dalam buku Ramlee Awang Mursyid..Cinta antara dua zaman yang berbeza dan yang tak mungkin bersatu..Memang pun la nama filem ni magika..Imaginasi lebih..Hehe

AKTIVITI HARI INI

Hari ini isnin, tapi aku still cuti keje lagi..Kilang aku baikhati sangat cuti sekali 6hari(amik ko)..Erk tapi nanti ada keje ganti..

Jadi aku pergi la ke KWSP.Ni semua gara2 kiosk KWSP yang kat RHB bank tu la..Aku ingat nak print penyata tahunan KWSP,sekali amik kod pengaktifan untuk aku online je check..Mana tau sekali tak boleh print da..Entah kenapa tah..Kertas habis kot...jadinya terpaksa la aku mengerah ayah aku suh hantar aku ke KWSP..(almaklum la aku bukan reti sangat jalan JB ni..Heheh nama je dok JB)

JAdi sampai sana jer..Peh memang ramai yang amat orang2 kat sana, bukan setakat kat kaunter je..tapi kat kisok yang disediakan pun punya la panjang orang beratur.. Aku pun beratur la amik no..Sekali pakcik yang jaga nombor tu panggil aku..Punya la lemah lembut dia tanya aku apa urusan..(untuk memudahkan dia bagi aku no kaunter)..

Urusan aku pada hari ni ialah:
1) amik kod pengaktifan
2) letak nama pewaris KWSP
3) amik/minta dia print penyata tahunan(latest punya)

Jadi pakcik tu bagi aku satu no, pesan dia kat aku-kat kaunter ni awak boleh buat semua urusan tu..Dalam hati aku bagus juga..Bila aku check nombor,ada lagi 2 orang sebelum turn aku..Sekali lagi aku rasa lega sebab tak perlu tunggu lama...Hmm Mood happy..Haha

Bila no aku dipanggil, aku pun datang la kaunter..Mak aii..Punya la putih melepak mamat ni..Sekali lagi cakap pun lemah lembut jer..Alahai...Dia terangkan la semua nya kat aku terutama macam mana nak login kali pertama dalam web kwsp.

Lepas tu time dia nak settlekan penama KSWP aku..Form yang kene isi tu kene letak cop ibujari...Nak tak nak mamat tu terpaksa la pegang jari aku suh cop..Alahai..Lembut giler tangan dia..Hahahah Sebijik tangan pompuan...HAhah Adik aku da geleng2 kepala..Hahhah

Habis urusan aku pergi Plaza Angsana..jalan2 cari makan..ye ye jekk..Sempat la beli barang sikit dan makan mee rebus haji wahid tu..Hmm pastu balik..

Esok aku dah start keje..Setelah 6hari cuti..hmm Harap2 aku semangat la nak datang keje esok..Hehe

p/s: dah terbayang2 esok nak buat kerja apa..

Sunday, February 6, 2011

BUKU: CURAHAN KASIH SEHARUM SYURGAWI

(picture dari google)

Aku baru je selesai baca novel ni..Banyak yang berkisar tentang undang2. Novel ni bagus,secara tak langsung menambah pengetahuan aku. Dan lagi kalau tak silap aku penulis nya juga seorang pengamal undang2. Jadi memang wajar lah, menulis sesuatu yang berkaitan,sekali boleh berkongsi pengetahuan..

Sebagai contoh, hak yang cuba si bapa dapatkan keatas anak perempuan tunggal (dalam cerita ni). Apa yang boleh dilakukan..Melalui mahkamah ke atau perbincangan antara keluarga. Ini semua boleh kita rujuk la, andai kata sepasang suami isteri bercerai, macam mana kedudukan si anak tu tadi,untuk adil bagi kedua2 pihak..sama ada hak jagaan dibawah ibu dan si ayah diberikan hak lawatan ke atau sebaliknya.

Ada juga diselitkan persediaan yang perlu diambil kira sebelum mendirikan rumahtangga..haa bila aku baca ni, seolah2 macam aku pegi dengar ustaz bercerita la plak..

"Dan kahwinkanlah orang bujang lelaki dan perempuan daripada kalangan kamu dan orang yang soleh dari kalangan hamba2 kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya dan limpah kurniaan-nya lagi Maha Mengetahui."
Surah An-nur, ayat 32.

Saturday, February 5, 2011

DEPRESSION...

As usual, picture atas tu amik dari sini.. Cuba bgitau aku siapa orang yang tak pernah alami depression?? Aku rasa semua orang pernah alami. Cuma yang beza macam mana orang tu nak hadapi depression..

Segala macam cara yang digunapakai pun, balik kepada yang asal..Minda kene sentiasa fikir positif.. Hadapi hari2 dengan tenang..Dan juga sentiasa ceria..Sebab bila kita ceria, secara tak langsung, minda kita pun akan ceria dan gembira..jadi..tak tension lagi..haha

UNTUK KESEKIAN KALINYA...

Sebenarnya gambar kat atas tu adalah wallpaper hp yang aku download dari sini.. Memang waktu2 jiwa kacau, aku rasa aku sangat memerlukan sesuatu untuk get rid of this feeling..uuhh..Jadi aku decide untuk letak sesuatu pada wallpaper hp aku sebab hp adalah benda yang aku selalu tengok dan belek2 selain jam..haha

Aku sebenarnya lagi rela duduk diam2 sorang2 buat hal sendiri daripada bercampur dengan sesetengah orang yang mana akhirnya buatkan kita jadi sakit hati..erk..boleh ke aku kata macam tu? Ahh pedulikan apa orang lain nak kata-yang penting aku tak menyusahkan orang lain.

Itu adalah aku dan aku akui aku memang susah nak ubah sikap ni.. Tapi malangnya tak semua benda yang kita nak-kita boleh dapat..Sesekali terlepas juga kat telinga aku ni kata2 yang tetiba membuatkan telinga aku ni berdesing sekejap..Huh..

Apapun aku percaya, semua ni ada hikmah yang tersirat..jadi aku kene juga(nak tak nak) kene hadapi dengan tenang(gaya orang yang matang,haha) Hmm tak pe2..biarkan apa orang nak kata..Biarla..Orang semua tak tahu apa yang dikata sebenarnya..jadi..Anggap la ianya macam angin2 yang sepoi2 bertiup...angin tu lalu jer..tak merosakkan apa pun...

Erk..tapi kalau angin taufan macam mana pulak??

Friday, February 4, 2011

KAU ADA DIA

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.

Time tuka channel tv, terbukak chanel suria-tengah tayang filem sepi..sekali terdengar lagu ni..hmm layan...

Tuesday, February 1, 2011

AKHIRNYA MATAHARI MUNCUL JUA..

Mengikut ramalan kaji cuaca, hujan melanda kawasan johor bahru sehingga 31hb..Ini apa yang aku tengok kat tv la..time pegawai kajicuaca tu dok terang2 keadaan cuaca..(sempat lagi dalam hati terdetik-kalo dulu2 aku amik course macam ni kan alangkah indahnya..Haha)

Jadi hari ni 1st Feb, time aku nak pegi keje,cuaca nampak elok je..ala2 mendung berarak pergi..Dan akhirnya time aku dok kat opis, tiba2 terasa terang pulak tingkap belakang aku..Wow matahari..matahari memancarkan sinar...gembira betul..Dalam hati bersyukur sangat,terutama bila aku dok ingat kain2 baju yang belum kering lagi tu..Udah macam kedai bundle la plak aku tengok halaman rumah aku..Mak aku susun kain baikkk punya..Haha

Mesti surirumah2 kat luar sana pun gembira-berlumba2 nak sidai kain..Nak cepat keringkan..Hehe Sampai time aku balik,matahari still bersinar2..Hmm harap hujan dah berhenti la dan esok matahari terus bersinar..

p/s: kepada semua mangsa banjir, harap bersabar dah tabah..