Wednesday, October 31, 2012

HARI TERAKHIR BULAN OKTOBER

Hari terakhir di bulan october ni.. Terasa malas je nak buat kerja kat opis nih. Huh.. Tapi layan jer la.
Mood memang da tak de.. Pergi mana, aku pun tak tau.

Time rehat ni pun, nak lunch terasa sangat2 malas. Rasa macam aku lagi sanggup tahan lapar dari pegi makan kat kantin.. Nak drive keluar, memang tak la kan..

Apsal hari ni rasa bosan eh.
Semalam dapat gambar dari photographer.. Yeay.. Sangat best dan sangat suka. Mood pun sangat ok. Haha..

Da tak tau nak tulis apa. Kang tulis banyak2 kang, encik suami pegi baca kuat2 depan aku malam2. Pergh. Malas btol. Hehe

Ingat hari ni nak mintak balik awal dalam pukul 5 ker.. Sebab aku kan nak pergi tengok rumah sewa. So kene la juga keluarkan duit nak bayar. Nampak gaya, balik jer la macam biasa. Malas la nak kuar awal*rasa menyampah dengan seseorang, ok tak*
Hmm.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 28, 2012

MAJLIS KAHWIN

Disebabkan ramai dah yang tertanya2 mana gambar kawen.. selalu jawapan klise aku, belun siap lagi.. Sebab nak tempah album memang amik masa.Bak kata photographer aku dalam 1-1.5 bulan..gitu..
Tapi sempat la aku mintak sikit gambar2 tu dari photographer, sebab sendiri dah tak tertahan nak tengok, apatah lagi kawan2..hahaha..


Sebelum dan selepas akad nikah.



Bergambar dekat pelamin selepas akad nikah.. Tengok gambar, background dia memang nampak terang, padahal actual condition, lampu kat pelamin ni tak menyala pun.. Entah kenapa, short circuit. Huh
ok berakhir sudah gambar dari photograper, sebab aku mintak sikit jer.. Nak full, tunggu sekali dengan album la.

Ini pulak gambar dari kamera shidah.. Haha gigh aku mintak dia email kesemua gambar yang dia ada.. Shidah ni pun gigih le juga meng'email' kat aku.. sampai 9 part kesemuanya..,good job shidah...




Pengantin lelaki kene tol..Memang la kene punya.. pakcik2 aku ramai beb.. hehehe biasa la tu.. konon nak memeriahkan suasana..




Dari kamera shidah ni baru ler ada nampak gambar cik dayah.. sibuk betul sampai pengantin pun kurang gambar dengan pengapit..ish3..
Ok untuk shidah & the gang (letih nak taip setiap nama you all) korang tengok gamabr dari sini jer la yer.. Sebab picture ni besar sangat size dia.. tu yang tak boleh send through email -alasan.. hahahaha

Ada satu lagi gamabr tertinggal..Jap aku add in...
Here we go..


Ok lastly, thanks for coming...
Cheers,
Nani.

Thursday, October 25, 2012

LEGOLAND, MALAYSIA

Hmm lama dah prepared gambar ni nak upload..cuma belom ada masa, biasa la kan... Aku kadang rajin kadang malas. LEGOLAND... wow sempat lagi aku nak pergi tu..Encik suami booking untuk beli annual pass sebelom kitorang kawen lagi.. So tak perlu la bersusah payah beratur nak beli tiket bagai, ingatkan macam tu. Rupanya time nak amik annual pass tu, mak aii punya la ramai.. berpeluh aku berdiri nak tunggu turn..Sama jer aku rasa..ingatkan ada kaunter express ke hapa.. Cuma yang best tu,annual pass ni begambar..eeheh glamour..


Time ni punya la panas terik, sudah la ramai orang...berpusu2 semua nak masuk tengok2..almaklum la tempat baru semua orang excited gitu...


Roller coaster dia...Fuh..aku tengok jer la.. Nak naik...isk3..memang tak nak la kan.. hahaha ok aku tak de apa nak cerita, baik layan gambar je....




Sangat unik... Semua dibuat dari lego..





Memang cantik sangat2 buatannya.. tapi sayangnya cuaca terlalu panas terik..fuh..berpeluh2 jalan...









Haa last sekali, gambar aku mesti la ada..eheh TQ to photographer aka encik suami..
Enjoy la juga masuk legoland nih.. Tapi kalo nak pergi, better pilih satu weekdays than ko masuk, boleh main sepuas2nya... nak release tension ke hapa semua boleh..
Datang sana, jangan bawak beg sandang or apa2 beg la senang cerita, sebab ada sesetengah game yang tak bagi kita pegang beg, dorang just kumpul letak tepi jer.. Makk aii, kalo aku, rela tak main dari campak2 beg kat tepi.. Kang ada yang tersilap amik beg kang..

Dan lagi, elok pakai kasut.. sebab mana tau kot2 ko nak naik si roller coster tu kan.. kalo pakai selipar, naya kang tup2 melayang kene muka orang, haha..
Lepas tu, makanan kat gerai2 dalam tu adalah sangat2 mahal.. So sila standby botol air, mana tau ko haus ker..dah jimat belanja kan..

Ok itu saja cerita untuk hari ni..
Sekian..hehehe

ETIKA KERJA: SIBUK ATAU BUAT2 SIBUK

Ini adalah entry berbentuk luahan hati tentang etika kerja. Heh, macam aku ni kerja beretika la sangat. Tapi atleast, aku cuba sedaya upaya aku untuk complete task.  Bukan macam sesetengah orang. Hehe ada gaya menuduh ke aku. Tak kan...

Memang apa yang ditulis adalah apa yang dirasa. Betapa susahnya nak berurusan dengan sesetengah orang yang aku sendiri tak tahu nak kategori apa. Tapi bila aku try nak jumpa, nampak pulak dia tengah syok2 berborak...bila call, nada suara macam nak tak nak.. Kita nak bercakap pun bengang! Hati yang sakit pun bertambah la sakit.

Tu belum lagi jumpa spesis yang liat nak follow up. Email tak reply. Call tak angkat. Aku memang pantang manusia style tak pick up call nih. Elok tak payah pakai telefon macam tuh. Email berjela2 tak baca. Sungguh aku tak paham. Aku belom pernah biar unread email dalam inbox. Seboleh mungkin aku baca semua. Tak kira la taraf manager ke hapa. Yang penting kau baca semua. Sebab tu semua adalah follow up progress kerja.

Aku pun bukan la perfect mana pun. Tapi adalah lebih baik jangan cuba menyusahkan hidup orang lain sebelum anda disusahkan. Huh.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 24, 2012

LAGU RAYA

Dah dua hari aku dengar lagu raya dekat radio time drive balik kerja. Syahdu betol la. Sebab teringat tiba2 kenangan raya sepanjang aku hidup ni.. Ehehe. Tapi tak de la yang menarik sangat pun. Cuma.. Bila umur makin meningkat ni... Memori2 masa dulu tu macam makin kuat terbayang2.. Apa kene dengan aku nih.. Huhuhu

Semangat nak sambut aidiladha.. Biasa2 jer.. Sebab memikirkan kerja yang melambak dekat opis sana..wow adakah aku pekerja yang dedikasi?? Uh uh uh...tahun lepas sambut aidiladha sebagai tunang orang. Tahun ni sebagai isteri orang pulak.. Hmm apa yang beza yer ..tunggu dan lihat saja.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 16, 2012

OLE OLE DARI KRABI

Hari ni pagi2 datang, ada nampak souvenir ni kat atas meja.. Dah agak da.. Ni mesti member sebelah yang bagi.. Honeymoon dekat krabi..isk3..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 14, 2012

HONEYMOON : LANGKAWI PART 2

Ok sambung pada cerita honeymoon langkawi tuh.. Sebenarnya aktiviti yang aku tulis ni tak la teratur, sebab aku pun dah lupa sangat apa aku buat kat sana..huh apasal la kritikal sangat pelupa ni..haha

Hari kedua kot.. Masa tour tu (ini pun termasuk dalam pakej) kitorang sempat la naik bot..jalan2.. Dia ada nama tau aktiviti ni,, tapi aku lupa lagi..hai la.. Jalan2 naik bot pergi tengok sangkar ikan, tengok batu2, masuk gua kelawar... Tapi yang tak bestnya,, baru je naik bot.. Tak lama kenudian hujan turun mencurah2.. Basah sey.. Tapi sebab dah ada atas bot, lepas tu da bayar sorang RM100 pulak tuh..layankan ajer. bila lagi nak main hujan sekali sekala..




Ok la juga.. aku mula2 memang tak suka bab2 bot ke, naik feri ke apa..sebab takut air.. Tapi bertahan jer la..Time ni memang basah habis.. Tapi aku tengok orang lain macam biasa jer..redah hujan..rilekk je..Biasnya dalam aktiviti boat ni, ada la dorang bagi helang makan, nanti kita boleh nampak la helang turun amik makanan, Tapi sebab hujan, helang tu tengok jer makanan yang pakcik bot tu taburkan..Cis....



Hari ketiga lepas checkout, kitoang sempat la pergi kota mahsuri.. hoh rasa macam rombongan sekolah pulak..haha Tapi sebab aku pun belom pernah pergi tempat ni, selalu dok baca2 buku sejarah je kan..So excited juga.. haha Gambar aku haruslah ada.. gamabr encik suami tak de yer..sebab dia yang tukang tangkap semua gambar2 nih.. Nak harap aku, memang kelaut la semua gambar2 nanti..


Sebelum checkout tuh, ada diberi sarapan dalam bilik.. Ini pun termasuk dalam pakej yer.. Sebab lapar, makan terus nasi goreng tuh,. Buah tak sempat nak cuit pun..isk3...




Tempat terakhir kitorang pergi, cable car.. Walaupun cuaca kurang elok, siap kitorang terpaksa beli payung lagi...tapi gigih nak naik juga.. Kabus2 pun nak juga..haha Tinggi tempat ni.. Time naik cable car tu ke atas..wow tawakal jer la..tapi memang best.. dah sampai atas lagi best.. tapi sebab kabus, memang tak nampak apa la... Rasa kitorang datang time tak berapa sesuai kot.. Lainkali kalau nak bercuti kene kaji dulu ramalan cuaca..


Hah gambar terakhir mestilah ada gambar aku dan suami.. hehe Gigih la set timer...Takkan la tak nak ada gamabr berdua kot..kuikuikui
Love you abang..Muah..Haha..
Ok tu jer..ceritta langkawi.. Lepas nk berangan2 nak bercuti kemana eh.. ingat nak pergi kundasang la.wow....

HONEYMOON: LANGKAWI PART 1

Da lebih sebulan kahwin baru ada masa nak update cerita pasal cuti2 nih..walaupun da lambat aku nak juga letak gambar2 ni dekat blog..ehehe disebabkan encik suami kerja hari ni, maka aku ada la masa untuk duduk depan komputer dan surf internet sambil2 update blog. (sambil tu tengah tunggu kain dalam mesin basuh nih- bila la nak beli mesin automatik nih)

Ok jom tengok picture langkawi..Sampai sana kitorang duduk dekat langkawi seaview hotel kot..aku lupa nama dia...banyak sangat hotel yang nama lebihkurang sama..yang ada view view tuh..huh boleh macam tuh?



Ni gambaran bilik yang menyambut kedatangan kitorang..Haha pakej honeymoon siap ada taburan bunga2..tak paham aku.. buat sepah jer..sebab last2 aku buang semua abunga2 tuh dalam tongsampah..hai la...nasib la bunga2 tu wangi...


Dan juga, ada la dibagi minuman selamat datang, lepas tu time amik kunci tu, aku dapat bunga juga..hehe, kat dalam bilik pulak ada letak coklat which is time encik suami tangkap gamabr ni, aku dah pun selamat makan satu..sebab lapar wei...ha ha



Keesokan harinya, pergi la kitorang ke underwater world. Encik suami nak sangat pergi..layankan jer la..haha.. tengok2 binatang...banyak lagi gambar tapi aku cuma rajin nak edit yang ada ni je la..hukhuk


Opps lupa nak letak picture ni dulu,, Ini adalah pemandangan dari balkoni hotel. Bilik yang kitorang duduk ni, tingkat atas sekali, lepas tu tepo sekali.. So memang dapat la tengok view ni.. Dekat pekan kuah.



Malam tu ada diberi dinner dalam bilik. Ini termasuk sekali dalam pakej.. Tapi malangnya tak dapat nak tunjuk apa main menu..sebab encik suami lupa nak amik picture.. Sedap juga terutama kek dia tuh..

Ok sambung next entry pulak...banyak sangat picture dah ni...

Saturday, October 13, 2012

HUJAN

Cuaca tika dan saat ini, di rumah aku adalah hujan.eheh..tau da...syoknya tidur...kan kan kan...
Sekarang dah masuk musim hujan ke? Aku kurang pasti pulak..tapi rasanya dalam minggu ni, ada dua tiga hari yang hujan..hujan rahmat....

Ok nak sambung melepak atas katil sambil2 tunggu encik suami balik kerja.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 4, 2012

KERJA,SAMAN,UPDATE,HP BARU...

Lama tak conteng2 blog ni. Makin malas nak menulis. Life da berubah. Selalu masa untuk update blog time malam2.. Sambil duduk atas kerusi...sambil2 tengok tv...surf internet...baru syok nk menaip. Sekarang..susah sikit nak duduk dan menaip.. Balik rumah jer..flat...letih gila kerja...hampeh btol.

Malas nak tulis hal kerja.. Tapi nak juga tulis, macam mana tu. Malas main2 eh...kerja aku tak de la susah mana pun. Lebihkurang jer kerja kat tempat lama. Tapi system yang beza. Cakap pasal system ni la yang bengang btol dibuatnya. Kejap2 ada error. Semalam buat method ni,result ok. Hari ni buat method sama...ada error.. Macam apa jer kan.... System tak stable lagi...lepas tu kena buat double work... Fuh....

Bukan salah aku eh...haha
Aku sebenarnya sentap juga tiap2 pagi nak pergi kerja. Sebab aku baru je lepas bayar saman. Haa bab ni memang aku rasa eeee tak tau nak cakap la. Tapi bayar juga la saman. Nak bersihkan nama encik suami punya pasal. Ada ke patut kat surat saman tu dia tulis had laju 70 km/ jam??? Dorang kene test drive la aku ingat kat area tu pagi2 kereta banyak mana..mana bole bawak style kereta kuda.. Sampai sekarang aku rasa bengang jer... Terpaksa slow juga. Tapi takde la 70km/jam. 90km/jam. Memang tak puashati la aku.. Tetiba teringat ada sorang akak senior aku time blaja dulu bgtau-undang2 memang patut dilanggar(hehe)...huh...sakit hati aku tak hilang lagi ni.. Tak guna btol...stress sekejap.

Apa lagi nak tulis.. Ingat nak upload picture honeymoon kat langkawi, jalan2 ke legoland.. Tapi alasan klise..tak ada masa.. Susah la macam ni kan.. Sebenarnya pemalas lebih...
Ok.. Stop sini.. Sambung next entry kalau rajin...

***tetiba teringin nak kumpul duit beli S3 da....isk2 menggoda btol....

Published with Blogger-droid v2.0.9