Monday, September 30, 2013

KAMI WANITA SUPER.

Terjumpa ada orang cerita pasal buku ni dekat group fb.. Terus teringin nak cari..


Belum sempat nak baca lagi.. Tapi moga2 boleh memotivasikan diri sendiri. hehehe ok bawak buku ni pergi ofis, time rehat kang sila start baca yer.. Daaa

Sunday, September 29, 2013

MAGIS-RAMLEE AWANG MURSHID.

Kalau novelis lain punya buku baru, aku still boleh tahan nak beli. Boleh berfikir dua tiga kali. Tapi bila Ramlee punya novel.. Sentap tau kalao tak beli..

Jumpa buku ni pun secara kebetulan. Masuk Badan Cemerlang Angsana, belek2 teringin nak check bahagian buku alaf21. Tup2 nampak Magis ni. Eh eh eh capai satu terus pergi kaunter bayar..


Dari sinopsis belakang, ada 5 watak dalam novel ni- semua dari buku2 Ramlee yang dulu: Saifudin aka Laksamana Sunan/Tombiruo/Ryu-Watanabe/Mikhail/Carlos..

Semua watak tu aku familiar cuma Mikhail dan Carlos aku tak sure watak dari buku yang mana. Mungkin buku yang aku tak beli kot. Opps ada juga buku Ramlee yang aku tak beli. Mungkin sebab aku rasa plotnya biasa saja.. Maklum la Ramlee selalu tulis cerita yang plotnya luar biasa macam kisah Laksamana Sunan dengan Tombiruo.. Sekarang banyak drama adaptasi novel. Aku tunggu juga tak ada ke drama adaptasi dari salah satu novel Ramlee.. Hehehe Modal besar tu kalau nak buat...

Ok sambung baca buku. Sementara ada masa ni kan..sambil layan rancangan JJCM kat tv3.

p/s: Tak tahu apa pasal aku bole up entry lebih dari satu, hari ni.

TERLEBIH RAJIN.

Semalam aku terlebih rajin- macam biasa la sesi menghabiskan stok makanan. Jadi aku masak sambal tumis udang..


Lepas tu aku masak juga sotong kicap. Tapi kicapnya kurang pekat sikit..


Sayur pun aku masak juga: sayur sawi tumis air..


So pergi pasar terus restock bahan2 baru. hehehe semoga bersemangat untuk masak the next next day..

Saturday, September 28, 2013

PINDAH OFIS BARU.

Opps ni bukan cerita pindah kerja baru yer, cuma pindah ofis jer.. Ada niat nk pindah kerja baru- tapi slow2 yer haha.. 

Aku pun tak berapa sure kenapa kene pindah maybe company nak restructure pekerja atau nak expand business... 

Bangunan baru ni nampak ok, semua serba baru, semangat pun baru (kononnya).. so layan picture ni:


Pemandangan belah kanan aku. Bole nampak pokok2 kat luar..Paling suka kalau hujan.. Bole nampak rintik2 hujan.. best2.


Pemandangan belah kiri: Time ni meja tu belom ada yang duduk lagi. Tapi Jumaat lepas ada group da start masuk. So ada orang la sebelah ni..

Dan ini adalah meja aku:


Hehehe tak leh nak amik gambar penuh pulak.. sebab aku malas nak berdiri..

Tak lupa juga gambar aku. Sejuk betul kat ofis ni.. Sabar je la..


Ok da takde apa nak tulis.. Daaa..

Wednesday, September 25, 2013

BUKAN SALAH AKU.

Semalam kisahnya aku makan kat luar- kes malas masak- sebab sampai rumah dah lambat. Lepas tu biasa la jalan jem, kaki pun penat.. fuh..Terus decide makan luar. Tapi hari ni aku akan masak- mihun goreng dengan ayam goreng. Tak lalu nak makan luar- duit mengalir macam air. 

Makan dekat restoren biasa je. Dan seperti biasa, duduk saja di meja, pelayan akan datang untuk ambil order. Aku order nasi goreng seafood, encik suami order nasi goreng pattaya. 

Tak lama kemudian, satu hidangan sampai, pelayan tu just letak je atas meja. Selang beberapa minit kemudian satu lagi hidangan sampai. Aik, aku da start confuse. Betul ke ini hidangan yang aku order. Tapi dalam diam aku da makan satu keropok dari hidangan yang pertama kali sampai. Nasi tak using langsung, just amik keropok je. 

Tanya dengan pelayan- apa da jadi? Mana satu menu yang betul? Dorang double confirm, rupanya hidangan yang aku order adalah yang kedua sampai tuh. Yang pertama sekali adalah hidangan untuk orang meja sebelah. Kata budak pelayan tuh, mulanya dorang duduk kat meja yang aku tengah duduk, tapi last sekali dorang pindah meja. Maka budak pelayan tu pun confuse..

Opss lepas tu pelayan hantar hidangan ke meja orang sebelah. Tak lama kemudian, hidangan encik suami pun sampai. Dan aku nampak hidangan orang sebelah pun semua da sampai. Gugup juga sebenarnya sebab nampak hidangan yang aku dah makan keropok tadi tu ada kat meja orang sebelah. Dorang nampak tak aku da makan keropok tuh? Aku makan pakai sudu ok, bukan pakai tangan.. Nasib baik aku belum sempat usik nasi lagi.. Aku pun tak sangka pelayan bole salah hantar hidangan. Dan aku juga tak tahu apakah bentuk atau rupa hidangan yang aku order sebab sebelom ni aku tak pernah order pun. 

Tengah2 aku makan, aku terdengar orang meja sebelah komplen apa tah. Aku curi2 pandang juga tapi tak dengar dengan detail apa benda yang di cakapkan. Lepas tu tiba2 dorang terus pergi kaunter pembayaran. Aku nampak lama juga dorang dok berbincang. Habis cakap jer terus dorang keluar dengan muka masam. 

Rasa aku tahu apa yang dibincangkan..Mungkin tak puas hati sebab makanan dorang silap hantar ataupun lambat sampai. Serius kalo aku pun akan rasa bengang dan sakit hati. Aku nampak makanan dorang cuit sikit jer, macam tak luak langsung. Ok fine, sebagai orang yang ada perasaan, aku pun terasa gak- tak sure pinggan yang sama (yang aku da makan keropok dia tu-sekeping je kot-) yang pelayan hidang ke meja sebelah tu atau dorang buat pinggan baru. Bila dah jadi macam ni, aku agak dorang nampak aku da makan keropok dari hidangan tu. 

Ok fine walaupun dorang tak kata apa2 dekat aku-sekali lagi nasib baik- tapi bukan salah aku kan sebab aku pun tak sure apakah itu hidangan aku atau tak? Plus siapa suruh dorang tuka meja lepas order makanan??Pengajaran yang aku dapat (in future kene apply asap) bila order makanan, bila makanan sampai, tanya siap2 apa nama hidangan tuh. Da yakin baru makan.. Hmm macam2 hal kan...ok end of story.

Ni nak cerita semalam aku sempat lagi beli karpet baru dekat kipmart tampoi.. hahaha Nampaknya cantik.. Tapi gambar takde pulak nak share.. kumpul duit lagi la, beli untuk rumah baru.. ok daa..

Sunday, September 22, 2013

BEBELAN DI PAGI HARI-TERJAGA DARI TIDUR-

Tiba2 terjaga dari tidur, mimpi pasal kerja!! Nightmare betul. Aku memang selalu macam ni, kerja memang banyak effect pada life aku even diluar waktu kerja pun. Hmm bangun tenangkan hati...
Tak tahu la apakah aku ni kuat sangat bekerja atau efficiency aku makin lama makin kurang???  Sekarang bila dah terjaga, mata pula tak nak lena.. 

Ok sebab kurang ngantuk, meh kita tulis sesuatu dekat blog. Malam semalam aku ikut encik suami ke KSL City, encik suami memang kaki games- so nak download games baru katanya. Layankan saja lah. Sampai je sana terus cari lot parking, sebelom2 ni memang biasa parking basement level1, tapi aku tak tahu apa kena dengan area situ, bau kurang menyenangkan!!!! Macam bau loji kumbahan!!! Memang tak tahan dibuatnya.. Sampai sesak nafas. Siap kena tutup hidung.. Tak faham dengan sikap pengurusan bangunan, tak de ke apa2 tindakan nak menangani masalah ni?? Payah2.. Memalukan betul. Sudahnya kitorang parking dekat level5. Selesai urusan, cepat2 keluar, perut pun da lapar, singgah restoren angah DC pekena chicken chop satu.. kuikuikui

Ni nak cerita pasal internet pulak. Aku dengan internet tak dapat dipisahkan. Sekarang kan zaman maklumat di hujung jari jadi celik je mata aku memang akan capai ipad lepas tu online apa yang patut, ehehe buruk perangai aku rasa. Tapi aku takde la addict sangat macam nak ber twitter or instagram bagai..just blogging saja.. Makanya kalau line internet tiba2 jadi slow, memang hangin la satu badan..Yang jadi masalah- bila terlalu asyik online kadang2 tak sedar masa berlalu.. tup2 eh da pukul 7, eh pukul 8, eh pukul 9.. Nak2 kalau hari cuti, tak tengok tv tak apa, janji bole layan online.

Untuk elakkan aku terlampau leka, so aku disiplinkan diri aku tiap2 cuti hujung minggu. Sabtu ahad lain sikit berbanding hari biasa, waktu ni la dapat buat aktiviti kemas rumah, cuci toilet dan sebagainya.. Cara yang paling berkesan adalah off terus internet waktu aku buat2 kerja rumah. Kerja rumah didahulukan, siap semua baru on balik.. Dan nampaknya cara ni agak berkesan pada aku.. haha 

Aik banyak benda da tulis ni tapi mata makin lama makin segar pulak.. Nak kene tido ni.. ok stop bebel dulu, kang sambung lagi..

Saturday, September 21, 2013

MAKANAN TENGAH HARI.

Hari ni aku masak kobis goreng, daging masak kicap dengan sup ayam. Yang ada dalam gambar cuma daging dengan kobis je, sebab time aku snap picture ni, sup tengah reneh dalam periuk. So snap je apa yang ada.


Ni kes nak habiskan stok dalam fridge la ni. Tu ada lagi ikan 2-3 potong, udang sotong. Walaupun aku tau dinner aku skang dah tak makan nasi bagai, tapi still juga aku beli barang2 basah macam biasa.. Hujung minggu mula la gelabah nak habiskan stok. Padahal makan dua orang je.. konon2 aku nak masak pagi2 sebelom pergi kerja- nak bawak bekal la. Tapi takde nya. Sebab ngantuk. Kadang2 aku rasa malas nak makan nasi kat kantin sebab bila aku makan jer, terus sakit perut. Cettt. menyesal sungguh.

Kobis goreng hari ni takde letak telur. Sebab tengah2 masak check2 rupanya telur da habis.. Masak je la tanpa telur.. letak suhun. Dengan lada sulah sikit. Jadi la...

Esok plan nak masak sotong dengan udang, alamak baru teringat ada isi ayam sekali..Isi ayam masak masam masis pun ok gak rasanya.. Ish2 kalao cerita pasal makan, memang tak habis la.. Stop sini dulu, nanti kang sambung bebel lagi.

Friday, September 20, 2013

SHAKLEE: OMEGA GUARD.

Satu lagi entry khusus untuk Nadlene.

Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen.



Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan2 berbahaya yg terdapat dlm ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri,etc. Kebanyakan brand lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi utk mengekstrak minyak ikan. kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesihatan seperti plumbun,merkuri,etc .

Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi. Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya,ikan2 yg digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg tahap merkurinya terendah.. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain.

Omega guard (minyak ikan ) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemen.

Satu sajian Omega guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA.

Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan berat badan?
Bagaimana Asid Lemak Omega-3 boleh membakar lemak?

Asid Lemak Omega-3 memberikan kesan positif pada metabolisme dan keupayaan badan untuk membakar lemak, selain itu ia juga turut memberi kesan kepada penghasilan pelbagai hormon termasuk leptin.

Leptin adalah hormon yang memberi kesan kepada selera makan. Hormon leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.

Info ringkas tentang hormon leptin :

- Leptin membantu mengawal selera makan dan metabolisme.

- Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan.

- Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar. Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar. Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan.
Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.

Kesimpulannya, asid lemak Omega-3 membantu mereka yang sedang berdiet atau berhasrat untuk mengekalkan hatta menurunkan berat badan kerana kesannya dalam mengurangkan selera makan dengan meningkatkan hormon leptin yang mengawal tahap kelaparan disamping ia sendiri berupaya untuk membakar lemak.

Bagi yang nak cuba, boleh sms/whatsApp: 019-7627358. Harga istimewa menanti anda..
Atau bole guna shaklee ID: 890924 kalao nak beli sendiri di branch.

p/s: kredit to http://vitaminbestdeal.blogspot.com/ dan http://www.mamafaiz.com/ atas perkongsian info.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease*

Tuesday, September 17, 2013

KEK LAPIS STRAWBERI COKLAT.

Bulan syawal dah lama habis, tapi kek lapis aku ni tak habis2.


Beli kat Angsana- Kek Lapis Strawberi Coklat katanya.(Nak buat sendiri memang tak reti la, Beli saja sudah). Siap bawak pegi opis lagi, konon2 nak makan la. Tapi paham2 saja, kek ni mana la bole makan banyak2.. Muak ok...So pengakhirannya, makan sikit jer, pastu bawak balik rumah lagi, letak dalam peti ais.

Tu dalam peti ada satu per empat bahagian lagi.. Bila nak habiskan tak tahu la. Tunggu sampai raya haji agaknya.. Ish2... Daaaa....

Monday, September 16, 2013

SHAKLEE: LECITHIN.

p/s: Entry ni khusus untuk cik nadlene as per your request ya.. kredit to http://www.mamafaiz.com//a>/ atas perkongsian info.

(sumber gambar: google)

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :
PALING UTAMA
Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Fakta menarik tentang Lecithin.

- Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak) Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

-Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.

-Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.

-Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin.

-Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

-Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

-Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

-Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema

-Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

-Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

-Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

-Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.

Ok tu dia fakta2 tentang Lecithin. Aku biasanya makan lecithin ni lepas amik heavy meal untuk kawal kolestrol.. Untuk kawal berat badan juga. Tapi perlu diingat, kalao sekadar makan supplemen saja, tanpa senaman, berat tak boleh turun juga yer.. Untuk maintain berat badan, sekurang2 nya, kita kene la bersenam dan kawal pemakanan, makan makanan yang mengandungi zat dan khasiat, buat akiviti yang keluarkan peluh dsb.

Ooh ya, kalau ada reader yang bercadang nak cuba Shaklee: Lecithin ni, bole la sms/whatsapps aku 019-7627358. Bole tanya2 atau bertukar pendapat yer..Atau kalau nak beli sendiri kat branch, bole guna shaklee ID: 890924.

Daaaa...terima kasih sebab sudi baca entry yang super panjang ni (aku rasa).

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Saturday, September 14, 2013

FISH CHOP-MENU BARU.

Mimpi apa semalam sampai hari ni aku tergerak nak up entry banyak kali. Semalam aku balik awal. Selalu balik pukul 6, tapi tiap2 hari jumaat balik pukul 5. Oooh yeah. Da plan awal2 nak singgah giant beli barang sikit so... Terus drive laju2 pergi giant. hahaha

Masuk giant, amik bakul, cari barang ikut list yang da prepare. Jalan2 kat frozen food- nampak chicken chop brand ayam madu. Ok juga masak chicken chop. Encik suami pun ada bunyi2 nak makan chicken chop. Satu paket ada sekeping ayam so beli dua paket. Beli juga sup cendawan, untuk buat sos. 

Siap beli, cepat2 keluar sebab aku bukan bole lama kat pasaraya ni, kang membeli benda yang tak sepatutnya haha. I is kuat belanja ok. Kalau tak beli bole menggigil-encik suami pun sama, ayoyo pening2-

Balik rumah tunggu encik suami balik, request dia masak guna deep fryer, aku pulak kerja masak sos-senang kan? haha. Belom sempat masukkan sos cendawan dalam periuk- encik suami panggil suruh aku bau ayam yang aku beli tuh? Makk aii masam nya!!! Paling tak syok encik suami check ada area plastic tu yang bocor, apakah???? Aku decide terus buang sepaket, buka lagi another paket- bau pun sama... Bengang tahap apa tak bole nak kata la. Padahal sebelum aku beli aku da belek2 packaging dia, bole tak perasan ada bocor.

Campak je dua2 paket ke tong sampah, otak ligat fikir nak makan apa-wedges da goreng, aku pun da tebuk sos cendawan- last2 decide juga goreng fish filet yang ada oatmeal hehehe


Makanya menu aku malam tadi- Fish Chop, kempunan nak makan chicken chop, pui....

p/s: Next time memang kene double confirm lagi bila beli frozen food ni, plastic ok ke tak...hmm

KESAN AKTIVITI PENGURANGAN KOS.

Lately ni aku nampak kilang aku ni da start buat aktiviti yang kurangkan kos. Teringat dulu aku kat kilang lama, dok perah idea nak bagi cadangan area mana yang bole di"cost down" kan. Ayoyo leceh tau.. Ingat banyak sangat idea yang bole dikeluarkan ke. huh

Kilang baru ni dia takde la request kita suruh bagi suggestion nak cost down ke hapa, tup tup da apply new method or new thing. Err tak tau la aku yang ketinggalan zaman, entah2 kat sini pun ada minta cadangan dari pekerja untuk cost down tapi aku yang tak tau (maklum la- benda selain keja memang aku tak amik pot) 

Paling ketara bab tisu toilet.. Dulu2 pakai tisu toilet yang roll by roll tuh. Tapi sekarang tengok dia pakai tisu style yang macam ni: 


Takde makna nya roll by roll tisu. Sebab bila pakai roll by roll tisu tu, cepat betul habis, siap ada pekerja yang sempat amik satu gulung simpan dalam laci meja untuk kegunaan sendiri! 

Sabun cuci tangan pun macam tu juga. Dulu2 letak dalam botol sebelah sinki. Sekarang pakai style:

 
Jenis yang picit keluar buih tu.. Adoi la..ni betul2 cost down nih.. Tak pe, terima saja lah daripada tak ada langsung kan. 

p/s: Belajar guna apa yang ada- tak perlu nak bayangkan apa yang tiada.

Wednesday, September 11, 2013

LAUK MAKAN MALAM.

Lately ni kan aku jarang masak nasi berlauk waktu malam. Encik suami cakap dia tak nak makan nasi waktu dinner. Ok fine abang, kita makan benda lain yer.. So pilihan yang ada mesti la mee or mihun. Kadang spagetti. Tapi selalunya mihun goreng..Sebab kalau spagetti, makan berdua tapi masak sos guna satu botol besar sos spagetti, banyak tu woi- last2 ke tong sampah la jawabnya. Sos spagetti tu kalao da buka botol dia, jangka hayat tak lama..

Daripada aku tak reti goreng mihun sampai sekarang da pro dah.. Ceh nak riak pulak kan.. padahal orang lain lama dah reti.. Erk bukan macam tu, saja nak bangga dengan diri- rupanya senang saja nak goreng mihun. Patut la mak aku dulu2 asal ada orang nak datang beraya je, siap sedia dengan bihun..Ok meh sini aku nak share resepi mihun versi aku- senang punya.

Bahan2: bihun, bawang merah, bawang putih, udang kering, lada kering, sos tomato, garam dan gula.

Cara2: 
1. Rendam bihun selama 30 minit, nak bagi lembut, lepas tu gunting bihun tu pendek2..
2. Rendam lada kering dalam air panas selama 30 minit gak- aku biasa gunting kecik2 lada kering tu.
3. Bila lada kering da lembut, blender lada kering, udang kering, bawang merah, dan bawang putih
4. Panaskan minyak- bila da panas, tuangkan bahan kisar tadi, masak sampai pecah minyak.
5. Lepas tu masuk kan sesudu sos tomato, kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula, kacau rata lagi
6. Barulah masuk kan bihun yang dah direndam tadi..kacau sampai masak..

Haa senang je, bihun kosong. Tapi kalao ada bahan lain macam udang ke sotong ke, aku campur juga dalam bihun ni. Kalau tak de makanya kene la ada side dish, macam nugget ke fish fillet ker.. Begitu lah.. 

Pilihan lain untuk dinner selain bihun dan spagetti ni, chicken chop. Dulu aku rajin juga goreng ayam untuk buat chicken chop ni. Ala beli je yang frozen tuh.. Tapi aku kan ala2 penakut sikit.. meletop2 bila ayam tu goreng dalam minyak banyak. Jadi kitorang biasa makan chicken chop kat kedai jer.. Encik suami macam memahami kan.. la la la

Paling best semalam deep fryer encik suami sampai.. ha ha ha so kerja goreng menggoreng jadi senang.. no letup2 hihihi i like.... semalam juga kitorang test goreng nugget and fish fillet. Nampak ok... memang betul memudahkan.. Jadi lepas ni bole la buat chicken chop sendiri.. jimat duit.. Kalao makan luar selalu, duit berjalan macam air.. Oppss duit buat beli makanan je pun, tak baik ungkit. Ok tak buat lagi...

Datang kerja akak senior bagi butang handmade.. Rajin betul dia.. heheheh Cantik2.. Ok nk sambung buat kerja la-walaupun hari ni xde mood.. Kenapa eh???

Tuesday, September 10, 2013

KISAH PENYEWA RUMAH.

Lunch hari ni aku makan serial nestlee fitness jer. Sebab aku lupa nak bawak bekal roti- mana nak sempat buat bekal, lepas solat subuh je baring2 kat katil layan internet tak sedar masa berlalu.. Fuh..tapi esok kene gigihkan diri memasak- ada meeting petang tu, kang kalo tak makan, lapar la pulak..

Duduk kat opis, dapat call dari kawan aku- alene.. hehe lama juga kita borak yer lene.. dah lama tak jumpa.. rindu kat ko.. Hari tu dapat call dari jija, hari ni dari alene pulak.. best la kawan2. Ingat lagi korang kat aku yer.. Biasa la semua orang busy. Kalau cakap pasal kerja. memang tak akan habis la.. Aku ni, selalu je nightmare kalo tdo malam.. Bangun2 je da teringat kerja..sila tampar muka sendiri ok. Tapi walaupun aku jarang call korang, aku slalu je tengok2 fb kot2 korang ada update apa2.. ha ha apa pun aku selalu doakan yang terbaik untuk korang semua..

Bual punya bual- alene cerita kat aku pasal dia kene tipu dengan penyewa. (Lene tadi ko suh aku tulis cerita ni kat blog kan- ok aku tulis ni) Kisahnya alene ni menyewakan rumah dia fully finish dengan satu keluarga. Rumah semua da lengkap dengan keperluan asas- penyewa masuk tinggal duduk saja..tapi boleh pulak penyewa tu buat hal! Tak nak bayar sewa. Ada saja alasan nak elak bayar.. Sampai akhirnya bertekak juga la..Tak paham aku kadang2. Manusia ni ada macam2 perangai.. Sabar je la bila terjumpa spesis macam ni. 

Oh tetiba teringat aku pada kawan kerja kat opis lama aku- dia pun menyewakan rumah dia pada orang. Tapi dia lagi tegas.. Penyewa kene sign surat perjanjian, ada surat lawyer sekali kalau tak silap aku- mungkin kalao macam ni, agak terjamin, penyewa tak boleh nak liat bayar sewa. Atau letak la terms- kalau sewa tertunggak beberapa bulan: apa akibatnya.. Baru penyewa buka mata- sebab sebelom sign apa2 surat kita mesti la nak baca word by word kan.. nak bagi paham betul2.. 

Apa pun benda dah jadi, kawan aku si alene tu pun dah selamat jual rumah tu katanya.. Dah beli rumah baru pun, eh aku ni bila la bole datang ziarah rumah kawan2 yer.. Hm kene arrange masa ni.. hehehe

Ada lagi satu benda yang alene highlight kat aku tadi- cemana aku tulis blog? Jawapannya aku tulis dari hati- ha ha ha hati la sangat.. Lene, aku tulis je apa yang aku nak tulis, tak kisah la mood happy ke  mood sedih ke. Tulis saja asal kan content entry tu tak melampaui batas..Ko tau tak, menulis pun adalah salah satu cara redakan tekanan.. hehehe

Ok waktu rehat da habis. Masa untuk sambung kerja..Daaaa

TANDA PUTERA.

p/s: Ini adalah entry tertunda. Lama da karang, lepas tu peram dekat draftcraft sampai aku bole terlupa ada entry tak publish lagi..

Aku berkesempatan tonton tanda putera kat pawagam-31 Ogos beb... Hari sambutan kemerdekaan...Sebelom wayang start, semua penonton diminta berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku.. Bagus juga kan, lama dah aku tak berdiri tegak nyanyi lagu negaraku..ooh teringat zaman sekolah dulu- sungguh.

Fiilem yang bertemakan patriotik ni, memang aku suka tonton, sebab ianya ada hubungkait dengan sejarah, dan tanpa sejarah, tak ada la kita hidup selesa di zaman ni. Aku punya cadangan ialah, tayangkan filem ni kat sekolah2, supaya pelajar2 ni dapat diterapkan dengan nilai2 sayangkan negara, cintakan negara. Bukan macam muda mudi sekarang, da hilang jati diri, terlalu agungkan budaya luar, lepas tu kutuk budaya sendiri.

Sebelom aku tonton filem ni, ada juga aku baca review blogger dan beberapa komen kat fb pasal filem ni, kebanyakan nya hanya bercakap tentang kelemahan filem- aksi atau babak yang mungkin pengarah terlepas pandang, yang tak patut ada di era 60an dan 70an..Ooo benda macam ni cepat pula kau nampak yer, tak kan tak ada satu pun pengajaran atau nilai baik yang boleh kau ambil dari filem ni???

Begitu juga dengan manusia2 yang tag or share komen2 dekat facebook.. Dapat je news terus gatal nak share la tag la, kau dah tengok ke cerita ni? Siap ada nak boikot lagi, nasihat aku- kalau kau orang ada rasa ada tempat lain yang lebih baik dari MALAYSIA ni, dipersilakan korang angkut segala harta benda yang kau orang ada, bawak sekali sanak saudara- pastikan tak ada keturunan kau orang yang tinggal- angkut semua, lucutkan kewarganegaraaan malaysia dan jadi lah warganegara tempat baru tuh.. puiii.. dasar tak tahu di untung.. Memang aku hilang hormat pada manusia spesis macam ni.

Aku tak nak la tulis sinopsis cerita, sebab rasanya dah banyak sangat blog yang tulis.. Ini just apa yang aku rasa saja sepanjang aku menonton filem tu...Babak yang paling sedih, tentulah babak kematian tun dr. ismail dengan tun abd razak.. Bohong la kalao kata tak sedih, dua2 tokoh ni, menyembunyikan kesakitan masing2 demi rakyat, negara, politik... susah woo jadi pemimpin....

Babak yang terkesan dekat hati aku- 13 mei 1969, rusuhan kaum tuh, sampai perintah darurat dikeluarkan...ni sebab ada someone yang kerjanya memang menghasut orang sampai terjadinya rusuhan.. hmm bahaya orang macam ni...

Apa pun, aku puji pengarah filem ni, sebab berjaya dan berani filemkan sejarah.. Serius, aku memang suka tonton filem2 sejarah ni..

Tetiba teringat kenangan tonton wayang filem hati melaya dengan ikin dulu2.. hehehehe..

Monday, September 9, 2013

ULANGTAHUN PERKAHWINAN.

Hari ni wedding anniversary aku yang setahun.. hihihi syukur dah setahun usia perkahwinan..hmm sedari semalam lagi aku dah bunyi2 nak makan ikan bakar dekat sekincan ikan bakar- danga bay, sebelah tune hotel. First time cuba makan kat restoren ni lepas balik dari USS la.. Terus teringat2 sambal ikan bakar dia.. sedapp..

Nah layan lauk dinner aku- ikan pari bakar, sotong goreng tepung dengan kangkung belacan..

Ooh ye, happy anniversary untuk diri sendiri, moga dapat jadi isteri yang baik untuk encik suami.. daaa

p/s: happy birthday untuk kawan aku- akmal..saja aku pilih tarikh nikah sama dengan birthday dia. senang ingat. hahaha


Sunday, September 8, 2013

MENU TENGAH HARI.

Tayang2 lauk hari ni- sambal udang, sayur bayam goreng dengan jejari ketam goreng( ni nak habiskan stok- sebab tu quantity dia banyak-balance punya nih..hihihi Kehabisan idea nak masak apa. Masak awal so boleh lunch awal..
Ok daaa...

Wednesday, September 4, 2013

KERJA Vs TUDUNG ONLINE.

Lately ni aku belom ada masa nak update blog. Selalu waktu rehat aku bole la online dengan ipad, update blog.. blogwalking sekejap.. Tapi dek kerana kerjaku yang satu itu- yang banyak tu... memang kurang sikit masa nak fokus. Apa taknya,waktu rehat, memang online thru ipad, tapi mata dengan jari sibuk tengok skrin komputer sambil taip2 apa yang patut.. Ohoi.. gigih kan aku? 

Sekarang memang terasa lain. Apa2 kerja yang aku da plan nak buat- memang aku kene buat sampai habis. Sebelom off komputer nak balik, pastikan tak ada pending item. Kalau tak- tidur mimpi kerja la jawabnya. Grrrr memang nightmare. Tak lena lah.. Sindrom apakah ini??? Ok end of story. 

Biasanya bila drive balik kerja aku dengar radio malaysia johor setiap hari selasa dan rabu.. Oooh terpaksa curang sekejap dengan radio best 104- lagu2 rentak irama malaysia.. Sebab dekat radio malaysia johor (RMJ) ada rancangan yang berbentuk keagamaan..kekeluargaan. Tadi ada satu kupasan yang dibincangkan. Pasal isteri lari rumah kot. Aku tak dapat pulak dengar dari asal.. Satu yang paling terkesan dekat hati aku- nasihat ustazah tu.. Jagalah kerja, Sayangi lah kerja. 

Katanya kita kene sayang kerja kita sebab ia boleh jadikan kita kuat. Dan juga ia boleh jadi sumber kewangan kita. Kalau kita tak kerja, susah.. nanti kita sendiri yang susah..

Maka nya, walau macam mana pun kita merungut hal kerja, kita membebel bab kerja, apa2 pun kita still kene kuat dan bertahan, for the sake of family...dan itu la yang sedang aku lakukan. Belajar dan terus belajar untuk suka kerja yang tengah aku buat. eheheh

Ok la mata pun da ngantuk.. since ini je la masa yang ada untuk update blog.. tu pun update pakai iphone saja. Tidur dulu la yea.. esok nak kerja.. Zzzzzz

Oh ya sebelom tu, aku agak konfius sekarang. Aku kan style malas nk jalan ke kedai. Sekarang ni banyak orang jual tudung online. Tangan da menggigil nak beli ni.. tapi syarat beli minimum sekodi 20 helai.. Kalo 10 helai bole tahan lagi. Setakat pakai2 sendiri saja. Tapi yang balance 10 tuh mana mau campak? Agak2 kalao jual murah2 ada yang mau beli ke tak yek... hmmm zzzzz

Monday, September 2, 2013

PERSEDIAAN BARU.

Masuk kedai buku, tak tahu nak beli buku apa..jadinya beli la majalah ni. Bole juga kutip2 ilmu pasal menghias rumah. 

Rumah baru masih belum dapat kunci lagi. Katanya akan dapat dalam tahun ni.. Tunggu jer la walaupun hati sedikit kecewa- tapi mungkin ada hikmahnya. 

Ok tak pe. Sila bersabar yea..


EPHYRA.

Sana sini blogger dok review pasal ephyra.. Banyak benefit katanya, jadi aku teringin nak cuba. Kalo betul banyak manfaat, apa salahnya kita amik manfaat tu yek.. Check dekat web oceanlife2u, produk ni produk keluaran malaysia, dan ada sijil halal, so memang patut cuba.. Bawah ni ada sedikit info dari web oceanlife tentang ephyra nih..

Apakah Ephyra? Ianya adalah kolagen yang berkesan untuk memutihkan, menganjalkan dan melembabkan kulit. Selain itu ia dapat memulihkan kesihatan dalaman. Ia dirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat-acai beri, gam akasia,L-glutathione, astaxanthin,acerolla ceri, serbuk tomato, ekstrak bunga marigold dan superberry.

Siapa yang memerlukan Ephyra?
- umur 25 tahun ke atas,
- kulit kering dan kedut,
- kulit kusam dan kendur,
- pigmentasi dan kulit bermasalah
- proses pemulihan lambat,
- rasa mudah penat,
- daya ingatan merosot,
- sakit2 badan dan sendi,
- metabolisma rendah.

Apakah kelebihan menggunakan Ephyra?
- menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
- membantu memulihkan wajah yang bermasalah
- mengurangkan kedutan dan garis2 halus
- menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
- melancarkan sistem pencernaan dalam badan,
- mengurangkan kadar kolestrol
- meningkatkan daya ingatan dan tenaga
- meningkatkan sistem imunisasi dalam badan,
- mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisme
- melegakan kesakitan sendi dan arthritis.

Memandangkan tahun depan aku da nak masuk 3series, maka aku kene start dari sekarang, jaga apa yang patut, he he pemakanan, kesihatan tubuh badan..


Aku beli sekotak untuk try dulu, dalam sekotak ni ada 30 sachet untuk sebulan punya penggunaan..Siap dapat shaker free.


Menarik nampaknya kotak ni, siap ada magnet lagi, memang berbaloi rasa dengan harga. Tapi sekarang ni ephyra ada keluarkan packaging baru- kempen go green kalau tak silap..so yang ni consider packaging lama tapi isi nya still sama...


First time minum ephyra, just tuang satu sachet tu dalam air sejuk 180ml, shake kan dia, then minum... Ooo sedap rupanya rasa ephyra.. selalu bila orang sebut kolagen, ni minuman dia ada rasa yang kurang sedap. Tapi aku tak pernah try kolagen lain, jadi ephyra ni sedap la bagi aku, first time user kan... ok tak nak tulis banyak2-tapi aku dah tulis banyak ni rasanya kan.. nanti orang ingat aku promote pulak.. kuikuikui shaklee pun aku tak pernah review macam ni..

Opss, dengan adanya ephyra ni, tak la bermakna aku da stop shaklee.. Shaklee still supplement no 1.. kuikuikui...