Thursday, April 24, 2014

PESANAN.

Kerapkali dengar ceramah kat radio, Ustazah tu beri nasihat.. orang perempuan ni kene jaga kesihatan, jaga diri, paling penting jaga kerja.. supaya sekiranya apa2 terjadi kita diberi kekuatan, diberi kemudahan untuk meneruskan kehidupan...

Iye, Aku tengah jaga benda tu semua walaupun hampir setiap hari buat benda yang sama... Aduhai...

p/s: bukan mengeluh ke apa, bangun2 tdo je terfikir...

Wednesday, April 23, 2014

LANGSIR.

Hehe lupakan pasal entry luahan hati tu. Mood nak update progress rumah macam tersedak sikit sebab aku tersentap. Erk. Ok baik kita lupakan dan lupakan...

Da makin nak dekat tarikh pindah ni makin kelam kabut dibuatnya. Semua benda nak fikir dan nak settlekan kasi habis. Kali ni aku nak cerita hal langsir ni. Selama ni aku dok teman mak aku je cari kain laingsir, beli tu beli ini. Sekarang turn aku pulak buat sendiri, untuk rumah sendiri. Final decision aku- tempah kedai sahaja, senang semua dah siap. Tinggal pasang jer. Nak pilih kedai ni, kene amik masa juga. Tak semua barang pilihan kita ada kat setiap kedai. So nasihat aku, rajin2 kan la diri jelajah tetiap kedai tengok apa yang diaorang offer..

Ni langsir hall aku. Semua langsir ni aku pilih supaya pasang tinggi untuk nampakkan effect ruang yang luas.


Untuk day curtain aku pilih kain putih snow white, pakai rail aluminium saja.
Untuk night curtain aku pilih kain tebal sikit. Tapi sebab kain yang aku pilih ni bidang kecik, so kene sambung kain. Aku pilih warna silver sebagai kain sambungan untuk bagi kontra sikit dengan dinding yang latar putih. Night curtain aku pilih guna eyelet.. 


Kedai bagi free: pengikat langsir macam kat bawah tu..


Untuk masterbedroom, day curtain follow kain snow white sama macam hall, tapi night curtain aku pilih kain warna coklat.


Kat sini dua-dua langsir aku pakai rail aluminium..


Macam biasa, free pengikat langsir kiri dan kanan. 


Buat masa ni itu je langsir yang aku pasang kat rumah. Untuk dua bilik belakang tu aku temporary pinjam langsir mak aku. Hahaha Nanti2 kalao ada rezeki baru fikir macam mana nak buat. Tak pasti lagi nak go for window blind atau pasang langsir juga. Encik suami macam berbunyi2 nak pasang langsir. Tak pe. Itu hold dulu.

So far aku memang puas hati dengan servis kedai ni. Ye la sebab nama pun kedai langsir, kepakaran dia mestilah langsir. Mudah- mudahan aku ada rezeki lagi untuk tempah next langsir kat kedai yang sama. 

Ok bye.

Tuesday, April 22, 2014

LUAHAN HATI.

Sebelum apa2 lagi.. aku nak nyatakan kat sini reason aku letak gambar or update progress rumah aku kat blog ni. Dua tiga hari lepas hati aku macam tak sedap sikit. Macam risau sebab adakah aku ni dikatakan terlalu menunjuk2 bila aku update progress rumah sendiri?

Macam la aku sorang je yang ada rumah. Gitu la gamaknya. Niat aku baik. Serius. Aku cuma nak share. Jauh sekali dari nak menunjuk2. Aku nak share. Sharing is caring orang kata la. Tapi memang betul pun. 

Zaman sekarang ni, maklumat di hujung jari. Sebelum aku start renovate rumah, aku memang review semua blog yang SHARE pengalaman dorang dari start beli rumah sampai la ke deko2 rumah. Supaya mana2 yang baik, boleh dijadikan contoh dan juga untuk kurangkan perkara yang tak di ingini berlaku.. renovate rumah ni semua melibatkan kos. Kos pulak sumbernya hasil titik peluh kita sehari2 yang kena akui bukan sikit ok. 

Macam tu juga masa aku nak kawen dulu. Habis semua B2B blog aku belek dan REVIEW untuk dapatkan info persiapan perkahwinan. Aku percaya blog blog ni umpama buku kedua aku selain dari buku. The real buku. Banyak membaca banyak la pengetahuan. Mudah- mudahan begitu la..

Terima kasih juga pada mana2 blogger (tak kira siapa) yang aku cedok ideanya yang sudi share tips2 (tak kira la pasal apa pun). Thank you very much.
So aku rasa sekarang turn aku pulak nak share apa yang aku dah buat. Walaupun kebanyakan entry aku tak de la provide tips bagai. Just catatan untuk aku sebagai kenangan masa depan. 

Ok habis da membebel. Sekian.

Monday, April 21, 2014

JANGAN LUPA.

Ni aku dapat dari facebook.

Never forget 3 type of people in your life.
1. Who helped you in your difficult times
2. Who left you in your difficult times
3. Who put you in your difficult times.

Serius.. aku memang tak kan lupa sesiapa yang termasuk 3 golongan ni dalam hidup aku..
Ini semua tersimpan kemas dalam kenangan. Ada yang suka, ada juga yang duka. Apa pun benda2 macam ni memang mematangkan aku..
Aku malas nak bongkar balik cerita lama. Some stories better leave untold.
Ok. Happy monday.

Sunday, April 20, 2014

TAYAR BARU.

Dah selamat tukar tayar. Tukar empat tayar sekaligus. Kebetulan tayar belakang tu tercucuk skru. Angin pun dah takde. Walaupun bunga nampak ok lagi. Tayar depan memang bunga dah limit da. No wonder la pusat servis tak nak buat alignment kereta aku.

Tayar pilihan: Michelin pilot sport 3. Harga sebiji rm278. 


Ni gambar dari google. Macam ni la lebihkurang bunga tayar. 

"Michelin pilot sport 3 tyres are designed for driving pleasure and security in both wet and dry conditions"

Keterangan lanjut: refer pada website. Hehehe

Saturday, April 19, 2014

DELIVERY SERVIS YANG KURANG MEMUASKAN.

Aku kan, ada hari2 yang aku rasa aku malas nak masak. Maka pilihan lain yang ada- order delivery. Kadang pizza hut, kadang dominos, kadang nasi ayam ayamas, kadang mcD. Aku buat ni semua kalau kitorang masing2 malas nak drive keluar kereta malam2 semata2 nak cari kedai makan.

Aku tau benda ni semua tak bagus. Aku pun ada control seboleh2 aku try masak tetiap hari, tapi apakan daya. hehehe

Ok cerita bab delivery, masuk kali ni dah dua kali aku terkena. Makanan yang sampai tak sama dengan apa yang di order. Kali pertama order pizza hut. Kitorang order sekali garlic bread. Masa delivery, budak tu bagitahu garlic bread da habis, then dorang ganti dengan sup lagi 2 mangkuk..ok fine.

Kali kedua, order McD. Kitorang order fries, sekali tengok2 bungkusan ada replacement big mac. Tanpa ada notis apa pun.

Please la. Sepatutnya customer servis patut call la atleast inform earlier barang tak de. Macam ni pun nak kene ajar ke.. Kat mana keadilan ni? Aku tak faham betol.. Bila terkene kali kedua ni buat aku rasa- kalao macam ni elok aku masak hari2. Puas hati. 

Tapi aku? Bole percaya ke nak masak hari2? hehehe.


Wednesday, April 16, 2014

TAYAR PILIHAN.

Last week masa hantar kereta pergi service, serviceman add note: tyre is not in good condition. Maksudnya- da hampir sampai waktu untuk tukar tayar.

Tengah survey tayar brand apa yang bagus dan tahan lasak. Tahan lama juga- almaklum la aku driver yang ganas. Lubang2 semua main langgar je. Sejak minggu ni baru la aku bawak berhemah. 

Buat questionaire dengan kawan2, banyak yang suggest Michelin, Bridgestone tapi kene consider bab harga pulak. hahaha. Dugaan btol..sekarang pakai tayar continental cc5.. Still berbelah bahagi nak pakai tayar brand apa. Tayar lembut tapi cepat haus ke atau tayar keras tapi tahan lama. 

Plan nak tukar tayar by this week juga. Sebab aku tak nak bertangguh. Kereta nak pakai lama. So kene jaga. Kalau kita tak sayang harta benda kita, siapa lagi kan? Ok bye.

Friday, April 11, 2014

PISAU.

Minat memasak aku terpupuk sejak aku jadi isteri orang. Daripada tak pandai, sekarang bole la masak ikut resepi. Bole telan. Walaupun kadang2 tak jadi. Itu normal. Percubaan pertama orang kata.

Rancangan tv pun beri pengaruh juga. Masterchef. Food network. Dapat cedok dan belajar skill memasak. 

Masa tengok rancangan masterchef tu, kerap kali juga peserta2 luka tangan sebab terhiris pisau.. Uiii seram aku.. Tak dapat dibayangkan kesakitan.. Mungkin sebab dorang kene memasak ikut masa, jadi kerja potong pun buat laju2, possibility nak terhiris tangan besar. 

Macam aku pulak, time memasak, safety first. Kerja potong memotong, hiris menghiris, aku buat berhati2 sambil doa2 moga2 aku tak cuai. Tapi kerapkali juga jari aku rasa pedih terutama bila terkena air. Bila diteliti di belek2 rupanya ada garisan halus luka kat jari. Kadang panjang kadang pendek. Ohoi.. banyak jari pulak tu.. 

Aku recall balik cara aku memasak. Memang setakat ni ok saja. Rupanya luka2 halus tu disebabkan pisau blender aku. Time nak basuh blender tu, berkali2 juga jari terlanggar pisau blender. Nak cepat la katakan..Rumah takde lesung baru. Semua bahan pun aku blender saja. Jadi tahan je la luka2 halus kat jari..

Nasib bukan sebab terhiris pisau. Sebut pun da macam bergetar hati aku, kalau kene betul2- bole menangis dibuatnya..

MOTOR.

Entry ni bukan la nak berlagak atau menghina. Tapi sungguh pelik. Selama aku menyewa kat flat ni. Antara benda yang menyesakkan telinga aku- bunyi alarm motor yang berjela2 berirama bagai.

Contoh kalao time hujan, guruh berdentum, sekali dengan alarm motor tu berbunyi. Kalau guruh berkali2? Setiapkali tu pun alarm motor berbunyi.. Menyesak kan telinga betul.. Nasib aku tak sewa aras bawah sekali. Kalau tak, mesti aku taraf sakit jiwa punya pasal..

Ingat duduk rumah bole bertenang hati. Rupanya tak.. Memang tak faham. Kenapa owner dia nak pakai alarm berjela2.. Motor je kot...(Geleng2 kepala)

Thursday, April 10, 2014

KESABARAN MEMUNCAK.

Pagi2 lagi dah tercalar sikit kesabaran aku. Tak sengaja tertunda satu lori,nampak macam kosong. Sekali bila lori brek, batu berterbangan. Terpaksa elak2 sambil drive tu. Sakit juga hati aku bila dengar bunyi batu hentam dinding kereta. Line clear je, terus potong laju2. Isk2.. 

Sampai kilang pulak, biasa la aku sekarang ratu lambat datang. Makanya bergegas la masuk parking, jalan laju2 naik tangga. Tapi bengang yang amat: kena scan thumbprint kat semua pintu which is makin melambatkan waktu aku. Sekali scan kalo pass, ok la. Kalo tak pass, terpaksa cuba berkali2 tu yang hangin tuh. 

Sabar je la hari ni...

Wednesday, April 9, 2014

KABINET DAPUR.

Last week, aku teman encik suami pergi install aksesori bilik air. Mulanya aku rasa malas nak ikut. Tapi encik suami kata nanti nak mintak pendapat aku ketinggian nak dril benda2 tu semua- almaklum la aku pendek, dia tinggi.. hahaa jadi aku ikutkan saja. 

Tak banyak yang aku bantu pun. Just duduk2 sambil bagi pendapat. Lepas tu duduk berangan sambil selfie muka sendiri. Ha ha Amboi senang hati nampak yer..


Berlatar belakang kan kabinet dapur.. Curi2 selfie.. meh nak tunjuk kabinet dapur. Syukur semua sama macam yang di rancang.. 

Material table top: konkrit supaya tahan lasak. 
Material base unit, wall unit, tall unit tu: aluminium, jadi tak karat, kalis air. InsyaAllah. Harap2 tahan lama juga..

Bab warna: pilihan sama2 aku dengan encik suami. Nak matchingkan dengan wall dan ceiling putih. Kat dapur ni aku xpasang kipas pun. Nasib la kalo time memasak tu terasa panas, kene bukak tingkap atau lari sekejap ke depan amik angin. 


Sambil merenung masa depan..tengah bayangkan langsir yang akan dipasang target 3 minggu lagi. Cerita langsir update next entry.



Cooker hob dengan hood je yang belum install.. 

Bila tambah pencahayaan...


Nampaknya lepas ni aku kene rajin memasak la. Kene tambah koleksi buku resepi banyak2. 

BERBAJU KURUNG DISANGKA CIKGU?

Lately ni aku pilih untuk berbaju kurung masa pergi kerja. Sebab ye la sedangkan pantai pun berubah, inikan pula manusia.. hahaha sebab aku rasa lama da aku tak pakai baju kurung. Selama ni pakai untuk raya je. Jadi meh la kita berubah tahun ni: hari2 berbaju kurung. 
Kang kalo ada hari yang bosan berbaju kurung, sila bertukar ke pakaian casual. Fuh mencabar juga kerja yang tak ada uniform ni.

Entah sejak bila aku suka membeli cool blog, sekarang kalo beli: pilihan adalah cuppocino untuk encik suami dan mocca untuk aku. Ada satu hari aku balik drive laju2 nak singgah Giant.

Sanggup lalu jalan jauh plus bayar tol mahal. Sampai je, terus park kereta: jalan tergesa2 ke kaunter cool blog, kene tahan dengan satu makcik pakcik.. "awak ni cikgu kat sekolah bandar baru uda yer?" 

Erk.. Cikgu. Bila masa pulak aku jadi cikgu? Terus aku beritahu makcik tu: aku kerja kilang jer.. hehehe.. Makcik tu kata muka aku gaya aku ada mirip satu cikgu kat sana. 

Berbaju kurung memang ada gaya cikgu ker?