Wednesday, November 30, 2011

LUAHAN HATI

Tetiba nak tulis gak dekat sini...
Mood aku bengang..
Tadi baru dapat slip gaji...
PI jatuh bulan ni..
Gedebak gedebukk..Banyak pulak tu..
Cis...langsung tak memotivasikan aku untuk jadi pekerja yang lebih baik in future..
Skang aku da tekad..
Lantak la apa nak jadi pun..
Nak buat kerja, buat...
Tak nak buat...sudah...

Hampeh..

Tuesday, November 29, 2011

HILANG BAJU

Semalam kecoh tshirt aku yang sidai kat ampaian belakng rumah boleh hilang!! Memang haram siapa yang ambil tu..Time aku mandi2 terdengar mak aku dok terjerit2 panggil nama aku..Apa ke halnya ni…

Aku dengar dia bual dengan adik aku, cakap tshirt aku hilang..Pergh..Siapa pulak yang curi ni..Aku memang pantang orang usik hak aku…Sedangkan aku tak pernah usik hak orang..Hish.

Check2 balik memang dah sah hilang…Ala tshirt murah jer tu RM13 sehelai aku beli dekat giant..Tu pun nak curi ke?

Nak kata hilang terbang ditiup angin, rasanya tshirt tu kain tebal, takde la boleh terbang sampai jauh sangat kalau angina tiup pun. Paling koman jatuh jer…Ini memang lesap habis, tinggal penyepit baju jer elok kat ampaian..Hai la..

Geram punya pasal, semalam juga aku pergi beli 4 helai tshirt yang sama tapi berlainan warna..Huh kalau hilang lagi, aku xtau nak kata apa la..

Benda murah pun nak amik..Memang selamba kau pencuri..

Ada ubi ada batas..

Kalao aku dapat tau sapa orang tu….

Ada hari boleh balas…

Ha ha

SHOPPING TERAPI STRESS

Entry ni patut aku tulis semalam, tapi sebab aku penat plus agak malas jadi aku peram kejap la..Hari ni baru ada masa nak tulis. Itu pun taip dekat opis ni ha..Kang malam nanti aku copy masuk, terus publish..

Tapi siap sedia la kan..sebab kadang2 tak semua yang aku tulis ni dapat copy masuk..Nanti ada je hal yang jadi..Tak bole copy la, tak masuk la..Entah apa2…

Sempena cuti awal muharram hari tu aku cuti 3 hari.Biasa la johor memang cuti tiap2 kali sambut awal muharram pun. Jadik, aku pun tak de la merangka plan bagai nak bercuti ke hapa ker..walaupun cuti sampai 3 hari kan..So aku duduk rumah layan movi yang aku download tu..sambil2 baca buku dan main game kat android tu..

Pergh sebut pasal game tu..gilerr ah…Sekali dah jatuh cinta, terus nak main hari2..Fuh..penangan game…Hikhikhik Tak patut tak patut…

Tapi duduk rumah jer otak aku jadi beku pulak..Aku suka berjalan2 dengan kata lain..lebih kepada window shopping (tapi kalao kau da membeli sampai tak hingat dunia tu, window shopping pebendanye…hai la) pengakhirannya keluar duit juga barang seratus dua..huish…Baru jer gaji kan…Angan2 nak simpan la sikit duit belanja tapi memang tak boleh tahan..Membeli juga…

Benda pertama yang dibeli of course la kasut kerja aku aka kasut sukan..Hmm last2 aku beli juga kasut sukan baru..Dulu2 ada terfikir juga nak beli kasut biasa jer, asalkan bole pakai 2 in 1..Pergi kerja sekali dengan jalan2 (konon berangan nak pakai kasut time jalan2 dengan MLD) Tapi difikir2kan balik, beli kasut sukan jer la senang. Sebab anti static shoes aku tu dah buruk..Nak tuka memang malas, kene isi form bagai, pastu ada masa2 dia..Baru leh tuka..kalao bukan masa nya, jangan harap kau dapat tukar baru..Jadi mana tau in future aku kene masuk production, trial run la tooling testing la..supplier visit la..bantai pakai kasut sukan jer la gamaknya..Senang cerita..Tapi kadang2 jeles gak tengok budak2 seksyen lain pakai kasut biasa..huhu Abaikan jer la..

Itu lah dia rupa kasutnya..he he

Lepas tu da pilih2 kasut..Aku pergi tempat handbag & purse..Pergh ini memang tak boleh tahan, kan dari dulu memang aku dah aim nak beli purse baru..Dan dan jer nak beli..Dah boring la tengok alain delon tu..Huhu pulak tu mengada. Zip tempat letak syiling dia, sekali aku dah buka, selamanya tak boleh tutup..Tu kadang2 sakit hati tu..

Tengok2 belek2 purse, aku terjah tempat alain delon dulu..Previously aku ada belek2 satu design..agak cantik dimata aku..Tapi bila aku belek2 lagi(kerja macam aku ni, memang setiapkali aku belek part kene tengok betul2 dan predict kat mana possibility defect) aku nampak kesan kotor sikit kat bahagian dalam. So memang totally rejected.

Bila adik aku sampai, dia pun sama belek2 purse dengan aku. Then dia cakap kat aku, suh aku beli brand lain dan design lain. Dia tunjuk kat aku polo..hmm satu color tu memang menarik..Ala2 teal shining2 gitu..Terus jatuh hati nak beli..pilih punya pilih, beli yang besar sekali..Senang. Macam2 aku boleh masukkan..Ha ha

Kopak la dalam RM100++ untuk kasut & purse

Masa nak balik tu hujan pulak, perut lapa lagi..Bantai beli satu hidangan KFC share makan dua orang..Kang balik mak aku mesti suruh makan lagi..Play safe..Makan sikit jer kat luar..Ha ha

So aku happy semalam sebab aku shopping..Stress aku hilang serta merta(ceh mindset ko jer nani..ish2)

Tapi memang betul la pada aku, shopping ni cara terbaik untuk aku hilangkan stress selain menulis..Hmm layan jer la..asalkan aku tak kacau hidup orang lain..

Sunday, November 27, 2011

AZAM BARU TAHUN BARU HIJRAH...

Hari ni aku duduk rumah jer, tak keluar jalan2 pun..hebat x? he he
Baru habis separuh baca buku hlovate: contengan jalanan. Kisah I-Fend. Mula2 agak pening juga nak baca buku ni. Sebab cerita dia separuh2..Lepastu terbalik2 pulak..Erk..boleh imagine tak? Kalau tak bole, sila beli buku tu yer..(aku pun pinjam jer dari member)

'The man who decided to change on the 12th hour dies on 11th'

Ayat ni yang aku baca banyak kali dalam cerita ni. Kerapkali aku jumpa.. Buat aku terfikir2. Apa maksud yang tersirat yang boleh aku dapat.

Ada tak sipi2 kene dengan diri aku.. 'The man who decided to change...' Semua orang nak berubah..Berubah kearah kebaikan yang pastinya..Dan bila kita mula berniat nak berubah, kene juga ada effort..Takkan main pakai niat jer..Pastu kau buat bodoh jer..Tak berguna juga..
Kene ada driving force dia..Supaya ko bersungguh2 nak berubah..Paling utama sebab apa kau nak berubah..Berubah la kerana Allah..Sebab kalau kita ikhlas, ganjarannya besar...

'on 12th hour dies on 11th' Erk...seseorang yang ada niat untuk berubah tapi tak sempat melakukan perubahan tu? Serius, aku tak nak jadi macam tu.Harapnya aku tak la jadi macam tu..Terkilan nanti..Tapi takdir Allah siapa yang tahu kan...

Tulisan hlovate ni, memang membuka mata aku. (tiba2 jek..) Dalam cerita ni dia memang tak tinggal sisipkan tafsir qur'an atau hadis2.. Sungguh, enjoy reading it..Banyak makna yang aku dapat..

So, sempena maal hijrah ni, Aku pun nak berjanji pada diri sendiri..Nak listkan satu azam..yang tak perlu la aku nak huraikan berjela kat sini..kang nanti ada yang kata aku menunjuk2 pulak..Biar aku je yang tahu..Yang penting ikhlas untuk berubah..InsyaAllah..so..keep move on nani...

Saturday, November 19, 2011

AYAM OH AYAM, SIAPA TUAN KAU??


Aku nak tulis kat sini gak.
Beberapa hari lepas, kecoh aku dengar kat rumah selang beberapa buah dari rumah aku, ayam bertenggek atas bumbung kereta!!! Tuan punya kereta sibuk halau2 ayam tu turun..
Aikk kat rumah taman pun ada yang membela ayam?? Pening.

Pagi tadi waktu aku nak sidai kain, elok jer aku nampak ayam ni berlegar2 kat area belakang rumah aku..Cis...Ayam ni sapa yang bela???
Memang nak kene sekolah dengan aku...
Apa kau ingat ni zoo ker nak bela binatang bagai..
Kalau rumah kampung ker, atau tanah lot ke...sesuai la nak bela membela ni...

Macam kat rumah lama aku, pak sedara aku boleh siap bela ayam, kambing, angsa,, seingat aku beruk pun ada..beruk ni paling aku ingat sebab dia pernah kejar aku..hampeh betol..Si angsa pulak..sibukk dok menyudu...sambil berbunyi..nak jer aku libas leher dia..ha ha jahat eh..hmmm skang da insaf ok.. Paling tak boleh blah, ada satu ketika aku tengah bergayut kat telepon dengan ehem2..(ex-pakwe) tiba2 kambing boleh mengembekkk..Cis...time tu mamat tu tanya aku- bunyi apa tu? habis aku kelentong dia kata cerita kat tv sambil dalam hati dok menyumpah kambing..siap la kau eh..berbunyi2 pulak..huh

Balik pada cerita ayam..Aku hairan manusia mana la yang bela ni..AKu nampak seekor jer..tak sure la ada berapa ekor lagi..Kene siasat ni..Pastu aim tuan rumah tu..Hmm tunggu la...ha ha

p/s: rumah taman tak sesuai la bela ayam..kalau kucing ok lagi...

REVIEW : 9 NYAWA




Aku memang peminat tulisan ramlee awang murshid ni..Tapi buku 9nyawa ni aku tak beli pun. Sebabnya tengok gambar pun rasa macam tak menarik..Ha ha (boleh macam tu?) Ada beberapa lagi karya ramlee aku tak beli, tak pe la nanti2 aku beli..

Tapi bila aku dapat tau member se-opis aku ni ada beli, ceh, mana boleh jadi ni. Kene pinjam juga. Sekurang2 nak tahu juga apa cerita novel ni..Dan aku start baca...hmm

Aku rasa cerita ni ala2 ghost whisperer..sebab watak si hakim tu boleh berkomunikasi dengan orang alam peralihan..Antara hidup dan mati..Tapi sebab ramlee dah kata itu hanya fiksyen semata2..harusla la aku berfikiran positif ok..

Cerita ni memang saling berkait watak2 dia..Antara intan suryani, azizah, hakim, khairil..Dan banyak lagi la watak..Dan kalo baca cerita ramlee awang murshid ni..memang kene guna imaginasi tinggi..Ko kene berkhayal sikit nak dapatkan feel..ha ha ye ye jek..

Tapi aku rasa plot cerita dia biasa jer..Tak dapat nak tanding cerita tombirou & bagaikan puteri..siap ada buku sambungan lagi...

Skang aku nak sambung baca buku ni pulak


Kawan aku bagi pinjam gak..Dulu2 aku ada baca bab awal jer kat jemari seni..Skang aku nak hayati cerita dia ni..isk2..tengok kulit buku pun dah pening..hmm

WINDOW SHOPPING HARI NI

Memang kebiasaan hari sabtu atau ahad aku pergi beli barang..
Ceh barang apa la tu agaknya eh..Hmm time ni la nak update stok2 makanan seminggu, kerepek2 ker, kacang2 ker...Haish2..apa nak jadi ni eh.

So time aku pergi tadi, sempat la juga aku belek2 purse..dan kasut2...Memang plan asal aku nak beli kasut sukan yang aku pakai pergi kerja tu..dah terkoyak. Tapi sampai sekarang aku tak beli2 sebab..Hmm tak de sebab yang kukuh..Cerewet kot memilih..(tak juga rasanya)

Nampak purse cantik, rasa macam nak beli, tambah pulak ada diskaun sampai 50% beb..mana boleh tahan..Tapi still tahan lagi la..sebabnya gaji tak masuk lagi..huhu
Kene tunggu gaji kalau nak beli pun..

So tahan kan hati..Hmm buat list apa barang nak beli..yeah

Friday, November 18, 2011

MASA UNTUK MELABUR DUIT KE SHOPPING COMPLEX

Sambil2 aku menonton apa rancangan kat tv3 skang ni? Muzik2 separuh akhir kalao tak silap..Hmm adalah lebih baik aku membebel sikit dekat sini..

Hidup aku ni sepanjang masa depan komputer..ha ha siang hari diwaktu bekerja, mengadap komputer, lepas balik rumah, nak tonton tv juga aku melalui komputer...Haish..Kang kalau komputer ni tiba2 jadi hang ke hapa..Mula la...kuikuikui

Hmm tak lama lagi bulan disember tiba..Bulan disember adalah istimewa ok..Sebab nya hari lahir aku dengan encik tunang adalah dibulan yang sama..So ini bermakna juga kitorang akan celebrate sama2. Dan seperti tahun2 sebelumnya..aku tak tahu nak bagi hadiah apa..Tahun lepas aku cuma wish jer kot...(aku pun dah lupa)

Bulan disember juga he he bulan yang ditunggu2..sebab ada bonus..Huh walaupun tak seberapa, erk tapi harapnya lebih kurang macam tahun lepas la eh..boleh juga aku berpoya2 jap melaburkan duit ke jusco ke angsana ke..he he Ish2..macam mana nak jimat nih..huhu

Tambah pulak sekarang nk YES dah nak start..Wowo perempuan memang macam ni la..Hmm kita layan...


p/s: Dah terfikir nak beli macam2 masa YES sale ni..Agak2 bole ke tak eh...hmm

Wednesday, November 16, 2011

KERJA LAGI

Bekerja untuk kelangsungan hidup..
Terdetik pulak hari ni nak tulis tentang life cycle sehari2.. Pagi bangun siap2 pergi kerja..Dari pukul 8pagi hingga 530petang, duduk kat opis menyelesaikan kerja (yang entah apa2)..kemudian sampai rumah dah malam...mandi makan siap2 duduk layan tv, sampai tertdo..begitu lah sehari2...

Banyak masa aku dihabis kan pada kerja kan? Serius..Aku memang dah tak tertahan sangat2..Ha ha dengan kerja yang aku buat sekarang ni..Fikiran aku kadang2 kusut...Bohong la kalau tak tahu apa sebabnya kan...Tapi suka tak suka aku kene buat juga..semuanya demi kelangsungan hidup..AKu perlu kerja untuk hidup..isk2

Hmm kadang2 terfikir juga sampai bila aku nak sakit kepala tiap2 kali sebelum balik rumah..AKu selalunya cuba tak nak terbawak2 mood kerja ke rumah..Tapi apakan daya..aku insan biasa..Ha ha kadang2 terlepas juga..Hmm MAcam mana tu...

Kesudahan nya bersabar jer la...

p/s: try to find apa yang boleh buat aku happy sehari2 dalam kerja..Huhu

Sunday, November 13, 2011

BUNGA TISU

p/s: Entah kenapa malam ni rajin pulak aku nak update banyak2 entry dalam satu hari..Isk2..Itu dia...mood rajin menulis sudah datang..Layan jer la..selagi mata belum mengantuk..Hmm esok kerja..(mood down)

Aku ada terjumpa tutorial dalam blog mana tah(aku lupa) pasal cara2 nak buat bunga tissue..Jadi aku dengan semangatnya nak try buat la..Kejadian ni berlaku dalam bulan oktober...bulan lepas..Sebelum aku bertunang...Time tu tengah cari2 idea nak buat deko2 hantaran la..


Jadi aku mulakan dengan prepare creep paper dengan dawai..Aku beli ni dekat kedai barang hantaran. Murah je rupanya creep paper ni..RM4 segulung (kalau tak silap).


Aku potong creep paper ni ikut size yang disukai.Aku guna hp jadi ukuran..dapat la size macam tu..


Ada satu step aku lupa amik gambar..Lipat creep paper tu macam bentuk kipas (macam kipas kertas tu) kemudian ikat kuat dengan dawai tu kat tengah2..Lepas dah ikat baru la tarik kelopak2 dia satu2 macam dalam gambar..


Nanti dapat la bentuk macam ni...


Walaupun tak berapa menjadi (aku rasa), tapi aku puas hati gak la sebab aku mencuba..He he selama ni dok tengok2 kat blog jer...Dah cuba baru la rasa..Hmm bole tahan la...Kene tarik creep paper ni berhati2 sebab kalao kuat sangat tarik nanti boleh terkoyak..Banyak juga la bunga tissue aku yang dah terkoyak...


Tapi pada akhirnya, bunga tisu tu tak menjadi bunga tisu. Sebab langsung tak boleh masuk dengan idea deko hantaran..Isk2 jalan terakhir, aku potong2 dia jadikan 'sampah' dalam bakul hantaran...Sampai melecet tangan aku menggunting..Lenguh..Layan jer la..Daripada aku buang creep paper tu, letak sekali dalam bakul hantaran..ok juga..Tak la terasa membazir beli..

BUNGA

Ini cerita lama dah..Tapi aku nak gak tulis..Sebab tiba2 aku teringat..
Cerita kali ni pasal bunga..Seingat aku kali terakhir aku dapat bunga waktu aku konvo dulu..Bestfriend aku bagi dengan bekas pakwe kawan aku bagi..Ha ha pelik kan..Walaupun bunga kecik jer mamat tu bagi..tapi..kira ok la..ha ha

Masa anniversary aku dengan MLD, boleh pulak dia buat suprise..Dia hantar bunga macam ni dekat aku..


Bunga hidup tu..Ada air lagi dalam pasu tu...Lepas tu ada kad lagi...


Ini bahagian depan kad tu...


Kat dalam tertulis macam ni..He he hmm i like..Berbunga2 hati aku time dapat bunga dan baca kad ni..

Tapi disebabkan bunga tu bunga hidup..Lama2 bila aku tak sembur air, dia mati...Isk2....Terpaksa la aku let go bunga ni...Ada orang, bila dapat bunga hidup dia kering kan, jadi bunga kering?? Entah apa istilah..tapi aku pernah dengar..Keringkan bunga tu ala2 awet kan dia, then kita still bole simpan..tapi aku agak kureng2 bab2 macam ni..So aku let go jer la bunga tu..Sorry dear...

Sekarang yang tinggal hanya ini...


Pasu, teddy bear yang dah tak de bunga...Alahai...

BERUBAH WAJAH

Alkisahnya waktu tunang dulu, aku dapat 3 dulang dari pihak lelaki..Kira bagi terus la ni kan...Tapi dah lepas majlis tu, aku sendiri tak tau apa nak dibuat dengan bakul2 hantaran ni..ish2 Dulu beli beriya2..Nasib tunang aku follow jer..Skang dah dapat tak tau nak buat apa plak..

Ingat nak recycle untuk nikah nanti, tapi nampak gaya time nikah nanti kene fikir idea lain..tu yang skang aku jadi rajin sikit nak blogwalking blog B2B ni..nak tengok2 idea2..kot2 boleh digunapakai dalam majlis aku pulak..hmm

Jadi daripada aku biar bakul2 tu terperap bawah katil aku..Elok aku susun balik supaya aku dapat gunakan dia semaksimum mungkin..Tak de la nampak macam dah tak berguna lagi...


Bakul pertama aku buat tempat letak makanan..Ha ha kat bilik aku ni kadang2 jadi tempat simpan makanan juga..Ala kudapan malam sambil2 tengok tv...Cis mana tak bertambah berat macam ni..Tengok tv sambil makan..huhu


Bakul kedua ni, aku buat tempat letak tissue..dan berus gigi yang baru dibeli..(tak nampak sangat dalam gambar ni, tersorok bawah tissue..Dan juga ada 3in1 cereal..brand jusco..lama dah beli 3in1 ni tapi makannya jarang2..Hmm dulu rajin juga makan..tapi lama2 (sehingga sekarang) dah jadi malas...Kalao teringin jer baru makan..nasib baik expired date lambat lagi..boleh la simpan dulu..kang dah nak dekat tarikh baru makan..(ada ke patut macam tu eh..fuh...)


Bakul yang ketiga ni aku buat letak barang2 category 'OTHERS' ..ha ha macam scrap pulak...blink blink...Sebelum ni barang2 macam gam, gunting, pisau bersepah2..Ada dalam laci, ada kat atas rak..Haa skang aku dah satukan dia..senang aku nak cari..Nak guna cari je dekat bakul ajaib ni..kuikuikui

Riben yang warna merah tu beserta manik2 terjuntai tu..Aku tak tanggalkan pun sebab aku rasa dia dah gam guna gam tembak tu la..Aku tak nak amik risiko tanggalkan, kang tak pasal2 jadi buruk pulak..So aku biarkan jer la..Cantik juga kan..

TELEFON


Tengah syok2 aku belek gamabr dalam handphone aku, tetiba terjumpa gambar ni..Aikk bila masa aku amik gambar ni??

Ni mesti keje budak opis aku ni..saja nak test2 kamera hp aku, pastu amik gambar ni..Huh boring dah aku tengok telefon ni..cis..

Thursday, November 10, 2011

BILA ORANG BAWAH, UMUR LAGI TUA DARI ORANG ATAS.

Kali ni aku nak tulis tentang persekitaran dalam sesebuah organisasi..ehehe..Cuba bayangkan, bila orang bawah kita, umurnya lebih tua dari kita..Kiranya lebih berusia la..Bukan setahun dua, tapi bertahun2 bezanya..Kalau setahun dua, tu perkara biasa bagi aku..Tapi kalau jauh sangat beza, macam mana?

Dalam sesebuah organisasi, mesti ada konflik.. Memang mesti ada la..mustahil untuk kata tak ada. Bila ada konflik, komunikasi adalah sangat2 penting untuk selesaikan konflik. Jadi macam mana kita nak berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dari kita, tapi pangkat dia bawah kita..

Agak susah..Bila orang bawah buat salah, kita yang di atas ni nak menegur, teragak2 nak susun ayat..Nak menjaga hati pada masa yang sama nak terangkan dekat dia supaya perbetulkan kesalahan dia..Intonasi suara pun nak kene jaga, jangan sampai tertinggikan suara. Tapi kalau cakap style lembut2 pun nanti tak berkesan juga..

Haaa pening kan...Aku pun pening..

Aku rasa seorang ketua mesti pandai bezakan perasaan dia bila ada masalah macam ni. Bila nak menegur orang bawah, (terutama yang lagi tua) jangan sampai orang bawah hilang hormat dengan ketua. Yer la, kalau da tegur style jerit2 suara, lepastu ala2 berlagak..memang la semua orang hilang hormat. Nak kita dengar cakap dia jer, cakap kita tak nak terima langsung..huh

Tapi cuba letak diri kita pada 'orang yang berusia tapi kerja bawah orang yang lagi muda'..Haa jangan la pulak bila kita ditegur atas sesuatu kesalahan, kita memberontak..Langsung tak de hormat dengan ketua. Kita patut belajar dari kesilapan dan sentiasa berfikiran positif..jangan dalam hati asyik2 kata 'ala ko orang muda, ko apa tau' lepas tu cakap2 belakang..Itu memang tak baik.

Hmm dunia ada bermacam2 orang dan ragam..layan jer la selagi boleh..Sentiasa pandang sisi yang positif.

Monday, November 7, 2011

TENGAH SEDAP2 TONTON...TIBA2....


Bengang aku tonton drama soffiya hari ni..Rasa macam aku tak faham langsung cerita dia..Tiba2 tengah syok tonton, siaran TV3 terganggu plak..Aku tak sure la tv aku jer atau semua orang pun sama kene..Tapi bila aku tanya ornag yang tengok guna astro, tak de plak terganggu ke hapa..

Arghhh tension2...petanda aku kene langgan astro ke hapa...hmm

REVIEW: ALAMAK TOYOL



Hari ni aku berkesempatan tengok wayang cerita alamak toyol..Jadi aku nak review sikit...Keseluruhannya cerita ni memang menghiburkan..

Cerita bermula bila pak umar nak cari rumah bomoh untuk dapatkan toyol..Masa pak umar tengah jalan2 kat hutan nak cari arah(siap guna GPS handphone lagi..ha ha) tiba2 muncul pulak hantu perempuan dari filem ngangkung..He he pak umar gelabah la..siap speaking english lagi..Watak pak umar memang sesuai dengan Hamid Gurkha..Sebab dia memang pelawak..kuikuikui..Hantu perempuan tu mintak handphone pak umar..Lepas bagi pak umar lari..takut la tu..ha ha

Bila dah sampai rumah bomoh, pak umar pilih toyol..Dan bawak balik toyol tu..Malangnya toyol budak kecik ni tak reti buat apa2 pun...(maklum la...toyol murah..ha ha) Dan pak umar decide nak bagi toyol tu kat orang lain..Terjumpa la dengan si fahkrul dengan kudin ni..ha ha banyak la benda jadi(letih lak aku nak taip kat sini)

Kesian dekat si fakhrul dengan kudin sebab toyol budak kecik ni tak reti mencuri langsung.. dia orang yang kene train toyol ni mencuri..Lawak la babak dorang dok mengajar toyol mencuri..Sebab dah banyak rumah dorang curi, tapi tak de hasil pun..Ada la satu rumah tu, toyol tu berhasil curi RM10 jer...tak ke haru tu...

Pastu cerita diteruskan dengan perjumpaan tak sengaja kudin & fakhrul dengan si farah..bila toyol tu masuk nak curi rumah farah tu..Hmm ada la babak macam mana kudin & fakhrul tu nak selamatkan farah dari konco2 bos farah yang rupanya kaki pengedar dadah...

Ok itu jer nak tulis..Selebihnya kalau nak tau, pergi download kat mana2 or pergi tengok wayang...Hmm aku rasa tak rugi tengok cerita ni..Terlepas juga tension, bila dapat tengok babak2 lawaak..

Tapi yang tak bestnya kat wayang tadi, sebelum masuk, aku beli popcorn dengan air mineral..Sekali lepas habis makan popcorn, air mineral tak boleh bukak pulak..Puas la aku dok pulas2 penutup botol dia..sampai melecet tangan aku..huh..

Hilang mood aku time tu..Huhu..Terpaksa layan jer la cerita sampai habis..walaupun tekak haus gile..Hmm

Sunday, November 6, 2011

REVIEW: SANGGUL BERACUN

Aku berkesempatan download drama sanggul beracun yang menang anugerah skrin baru2 ni..Almaklum la rumah aku tak ada siaran astro..Kitorang tak melanggan pun...Sebab tak ada siapa yang jenis melekat dok depan tv nanti..Siang hari semua orang kerja, malam pulak bila balik kerja, just tengok berita..Selebihnya online...baca blog, kadang2 bukak facebook...surf internet...dan sebagainya..

Cerita ni mengisahkan siti yang hodoh, tapi telah bertukar jadi cantik.Tapi dengan syarat, dia kene bunuh 100 orang suami untuk kekalkan kecantikan dia..cara dia nak bunuh, dia akan bagi suami dia minum secawan air kopi (aku rasa) then suami dia akan sakit dada, muntah darah dan mati.

Suami dia yang ke 100 rupanya berpakat dengan anak salah seorang bekas suami yang pernah dibunuh siti..Dorang berjanji, yang dorang akan bunuh siti..Macam biasa la siti bagi suami dia minum air..Tapi suami dia bijak, dia tukar air minuman, dan siti akhirnya terminum minuman racun dia tu..

Lalu terbongkarlah rahsia, apa sebab siti bunuh kesemua suami2 dia...Dan suami siti yang ke 100 tu..baik...tak sampai hati...dia tak benarkan kawan dia nak bunuh siti sebaliknya mempertahan siti..Lastly dia bgtau dia maafkan siti dan dia decide nak mati bersama siti..

Begitu la lebih kurang endingnya...Dengar cerita, drama ni berdasarkan cerita mitos penduduk setempat..entah betul ke tidak, aku pun tak tahu..kesimpulannya...cerita ni best..

Saturday, November 5, 2011

SHARE THE MOMENT...SWEET MEMORIES


Officially i'm engaged..He he Perasaan dalam diri: sangat2 gembira..Tak dapat nak luah dengan kata2..

18hb September 2011 - Majlis merisik. Family MLD datang rumah dan sarung cincin risik
30hb Oktober 2011 - Majlis tunang.. Rasminya bergelar tunang kepada MLD..mylovelydear..(gedikk..ha ha)

Majlis aku buat ni kecil2 jer..Tak ramai yang tahu...Tapi insyaAllah kenduri walimah nanti aku akan jemput semua datang memeriahkan majlis aku..

Semua preparation mostly aku buat sendiri...Dari pergi beli & pilih cincin, sampai la beli barang hantaran..dan baju tunang..Sebenarnya banyak yang nak aku share dekat sini, tapi nak tulis ada rasa malas disitu..Time buat preparation ni, aku banyak refer blog2 bride-to-be ni dan orang2 yang ada dalam bloglist nya..he he thanks a lot to you....
Walaupun kita kenal melalui blog, tapi perkongsian yang dorang tulis tu memang amat2 bermakna...Dari segi preparation, tips or DIY..semua nya aku suka baca...So mana yang boleh dijadikan reference memang aku akan ambil..

AKu bersyukur aku dengan MLD dah melangkah ke satu fasa baru..Harapan aku, moga2 ikatan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin...amin...

MAKAN2 KAT SENIBONG

Aku tak pernah makan kat senibong..Jadi aku pun ajak la MLD pergi makan kat senibong..Mula2 plan nak buat jumaat dua minggu lepas..Sekali aku selsema & batuk...Malas pulak aku nak makan luar dengan keadaan macam tu..Jadi aku postpone semalam..

Dah terbayang2 siakap 3rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur...Nyam2...memang sedap...
Sampai sana...Aku makan dekat 6corner, which is kedai makan yang aku jumpa time aku dok survey2 kat internet pasal senibong...

Pertama kali sampai, memang aku rasa kalao aku drive sorang2, tak sampai la aku jawabnya...Memang tak ada confiden langsung..Nasib la MLD sudi melayan kerenah buah hati dia ni..Huhu

So, pendapat aku, makan kat senibong tu..bole la..kuantiti banyak dengan harga yang murah..Semalam menu yang kitorang amik, tak habis pun...Masih berbaki lagi, dah agak2 kenyang, aku decide nak bangun dan terus bayar...Sebab meja kitorang tak de payung dan saat tu aku dapat rasa rintik2 gerimis!!

REVIEW: ALHIJAB

Hari ni sempat la aku tengok filem alhijab ni..yang aku tengok iklan dia kat tv..ala2 menyeram kan gitu..huhu dan2 bila adik aku sibuk mendownload cerita ni, aku pun sibuk la nak tengok sama..
Padahal bantal jer yang tengok lebih dari aku..ha ha..

Cerita seram, biasala la..memang setiap masa babak waktu malam jer..Lepas tu hantu muncul sekali sekala..Hmm Time hantu2 muncul, aku pun tarik bantal..buat tutup muka..ha ha NAsib la aku jenis tak layan kat wayang cerita hantu2 segala ni..Kalau tak...boleh haru dibuatnya, mana nak cari bantal wei dalam panggung..

Jalan cerita dia mostly pasal dia pierre(aku lupa watak dia nama apa) yang ditawarkan berlakon filem seram..Jadi watak utama lagi..Tapi masalah dia pierre ni, dia agak susah nak hayati watak seram ni..Jadi dia bercerita dengan kekasih dia si fathia tu..Borak punya borak terbukak la cerita pasal hijab..

Apa yang aku tau, kita manusia ni memang ada hijab, yang melindungi pandangan mata kita daripada lihat benda2 halus..Haa benda ni la yang si pierre tu nak bukak, supaya dia dapat hayati waktak seram tu..

Bila dah berjumpa dengan satu bomoh perempuan, pelakon maimon..(aku kalau nama pelakon senang nak ingat, tapi kalao nama watak memang hampeh sket) So bomoh ni tolong bukak hijab si pierre..Dan hasilnya pierre memang boleh nampak semuanya...(benda2 halus a.k.a hantu segala)

Bomoh ni nak tutup balik hijab, tapi pierre mintak tempoh..rupanya benda ni datangkan bala kepada pierre..Ada benda yang ikut dia..MAcam2 hal berlaku...Memang menjadi juga la babak seram dia..(sebab aku takut, ha ha)

LAst sekali bila pierre nak jumpa bomoh tu balik, nak mintak tutup hijab, bomoh tu meninggal dunia pulak...Sebelum tu bomoh tu ada pesan kat pierre, hanya dia jer yang boleh tutup hijab tu..Orang lain tak boleh..Jadi bila bomoh tu dah mati, ending cerita macam tu jer...

Itu jer...Tak de pun ditunjukkan apa terjadi pasal pierre lepas bomoh tu mati..Aku memang pelik, tak tahu apa message daripada movie ni..layan jer la...