Saturday, April 30, 2011

PESAN PAKCIK, SAYA AKAN INGAT SELALU..

Bayaran cukai da masuk akaun CIMB bank...(wow masa untuk berjoli2 sakan ha ha) Sempat lagi aku tergerak hati nak check akaun CIMB masa turun kat subang..Hmm Sekali kene attend meeting pasal 3D CAD lagi daa kat shah alam..Itu pun last minute decision..Huh.

Macam biasa la meeting dalam 2jam lebih jer..Yang lama tu masa menunggu kat airport...alahai..naik flight macam ni la..pergi awal2 pagi...balik lewat2 petang...Tu sebab la setiapkali aku attend meeting, muka aku la yang dok tersadai lama kat surau airport subang..Semata2 nak tunggu waktu flight..kang kalao aku berjalan2 xsempat nak balik airport macam mana? Dibuatnya jalan jem..Huh tak berani amik risiko.. ha ha

On the way balik airport,pakcik teksi yang hntar aku tu..orang tua, tapi pandai speaking wooo..Aku rasa dia ni pencen kot baru bawak teksi..Sebab dari kata2 dia aku agak dia ni educated person..Haaa siap dia tanya aku soalan yang ada kaitan dengan engineering... Ha ha tambah plak dia tau aku keje bhgn kilang2..Lagi la banyak benda dia nak tanya..Fuh...

Cakap punya cakap..satu nasihat dia yang betul2 terkesan kat hati aku ni...DOA...Permulaannya pakcik tu tanya aku-dah kahwin ke belom..(siap tanya umur segala..hmm layan jer la...orang tua kan....)Aku macam biasa la ayat klise( tak ada orang nak pinang macam mana nak kahwin) Sekali pakcik tu nasihatkan aku berdoalah pada Allah..Dengan Allah kita boleh mintak apa saja..Cuma yang perlu kita ingat..Jangan sesekali syirikkan Allah..Dosa2 lain (bukan nak galakkan orang melakukan dosa) Allah boleh ampunkan- berjudi,minum arak...bila bertaubat,Allah boleh ampunkan..Tapi syirik pada Allah..Allah memang tak ampunkan..Dan satu lagi..berbaik sangka lah pada Allah..(peringatan untuk diri sendiri juga..Ye la kita manusia..kadang2 ada rasa kecewa)..Sentiasa ingat..Perancangan Allah adalah lebih baik..Walau sehebat mana pun perancangan kita (manusia)..Andaikata itu takdir yang tertulis...tetap tak jadi...kene terima dan redha..

Sebenarnya banyak lagi nasihat pakcik tu pada aku...Sampai sebelum aku keluar dari teksi tu, pakcik tu pun ada pesan juga..Kalau boleh..apply la kerja goverment. Ha ha...Bab ni aku memang dah lama surrender...Dah berzaman apply tapi rezeki still tak ada...Hmm tak apa la...Redha..

Wednesday, April 27, 2011

BAYARAN BALIK CUKAI LHDN

AKu dapat surat dari LHDN hari ni pasal bayaran balik cukai pendapatan aku sebanyak tutt tutt..Walaupun tak banyak...syukur la..(bole juga aku buat joli2 sakan-ha ha) Ini first time aku pergi register sebagai pembayar cukai..So..okey la..Tapi aku xsure LHDN bayar balik macam mana. Adakah dia masukkan duit terus dalam akaun ker or.. bagi cek ke...Entah tunggu jer la nanti.. Yang penting duit ku akan dikembalikan..Huhu.. kalau bab duit..serta merta mata yang mengantuk boleh terbukak seluas2 nya..ha ha

p/s: Entry terpendek buat masa ni..

Saturday, April 23, 2011

MEMBEBEL TAK TENTU PASAL

Satu2nya benda yang paling aku tak suka bila duduk rumah ialah waktu line internet tak berapa nak elok..Nak surf yahoo or masuk blog…slow macam hampeh…ini memang cepat buat aku bengang..Tu pasal la lately ni aku jarang dapat update blog..Sebab apa..Sebab line internet rumah aku slow..Susah la macam ni..Setiapkali jadi macam ni, aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku boleh online terus guna handphone..huhu..Hmm

Memang menggangu betul la…Aku suka layan drama2 or apa2 series yang aku dah terlepas dekat tonton.my…Sekali bila jadi macam ni, rasa macam nak angkat computer ni dan hempas ke lantai…Haha sabar2…Tak boleh macam ni..So bila malam2 waktu yang aku sepatutnya surfing internet, blogwalking aku terpaksa buat aktiviti lain..Itu pun kalau TV tak ada cerita best..Kalau ada cerita best pun, biasa aku memang tak akan layan sangat..

Mata aku hanya dapat tengok tv bila aku online sebab sekali guna komputer untuk online..Bila time aku da start baring2 atas katill...Alamatnye tv la tengok aku sampai pagi...Aku pun da perasan sesuatu yang lately ni aku jarang dapat tengok cerita2..Sebab apa, sebab tiap2 malam bila balik kerja da penat aku senang tertido awal..

Nasib baik aku ada lagi 3buah buku nak dibaca..Boleh la spend masa yang ter’buang’ tu dengan membaca..Bukan calang2 buku yang aku baca..(aku sangat selektif dalam pemilihan buku yang aku baca sekarang) Semuanya mengandungi pengetahuan..(novel picisan..serius aku dah tak layan) Kalau agak2 boring dan otak tak boleh cerna apa yang aku baca…aku gilir2 baca tiga2 buku..Agak2 ada tak orang yang macam aku?? Suka beli banyak buku, belum sempat habis baca satu buku dah beli buku baru dan keep stock. Nanti boleh gilir2 baca..Ha ha tu pasal sekarang ni bila aku baca novel..Dekat2 2-3 bulan baru habis…Ada yang siap aku skip kan dia dengan buku2 baru yang lain..baru aku dapat khatamkan buku lama..Aduh…

Apa nak buat bila line internet slow ni..Nak layan music video kat youtube pun semput..TM..servis agak teruk.Report dah buat berkali2 pun still tak ada improvement juga.

Friday, April 22, 2011

HARAP BERSABAR

Buku Ramlee Awang Murshid terbaru ada jual kat pesta buku antarabangsa...Hmm jauhnya...Aku nak kirim siapa ehh beli..Sutera Bidadari...Wow rasa tak sabar nak baca...Dengarnya ini macam penutup kisah Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta, Cinta SAng RAtu...Hmmm serius aku memang tak sabar...

Tapi AKu kene bersabar juga la..Sebab tak mungkin aku boleh beli kat pesta buku..Jadi kene tunggu buku tu dijual kat pasaran baru aku beli..Hmm Tak pe sabar2...

PENSEL OH PENSEL

Dalam laci opis aku ada sebatang pensel kayu..AKu ingat lagi pensel ni memang aku beli dan bawak dari rumah..Sebab jangan harap company aku nak bagi staff dia guna pensel kayu..Semua dibagi mechanical pencil..Hmm Selalu bila aku ada kerja yang agak2 perlu aku nak conteng guna pensel, memang aku cari pensel kayu ni..bukan apa..Bila guna pensel kayu ni terasa macam zaman sekolah2 dulu..Buat lukisan guna pensel HB,2B..aduh2

Bila mata pensel dah tumpul...aku asah mata dia guna pengorek pensel...Rasa kelakar pulak..Macam lama dah tak pegang pengorek pensel...Compare dengan mechanical pencil...AKu rasa ake lebih suka pensel kayu sebab lebih feel bila guna...

Lagi pula...bila ko pusing2 pensel guna jari..Rasa macam ala2 arkitek la pulak..Ha ha lukis2 pelan...Kuikuikui..Ada gaya tak? Ha ha Berangan jer lebih...Nak jadi arkitek kene imaginasi tinggi...Kreatif....Kalao tak kreatif macam aku..Jangan harap..Okey...

Dulu kecik2 waktu sekolah rendah memang guna pensel kayu jer kan...Siap beli pengorek pensel yang besar..Yer la kecik2 mana la reti nak guna mechanical pencil...Nak masuk kan ubat dia..Ha ha aku xsure la apa terms dia: yang aku panggil ubat pensel jenama BUNCHO tu..huhu JAdinya penggunaan pensel kayu adalah amat mudah..Tapi aku xsure pulak budak2 sekarang ni macam mana, still guna kayu ker atau dah maju sikit-mechanical pencil..

Hmm nanti la aku risik2 dekat sepupu2 aku yang kecik2 tu..Ha ha saja nak kepoh2 tanya...Selalu tanya bab pelajaran jer...periksa no berapa? berapa banyak A..hmm kali ni tanya bab alatan menulis pulak..hmm..

Thursday, April 21, 2011

OBESITI DIKALANGAN BUDAK2? MAKANAN DI SEKOLAH DISALAHKAN

Sekarang ni sana sini heboh pasal nak jaga pemakanan budak2 sekolah..Nak elakkan obesiti dikalangan pelajar2.. Sampaikan jenis makanan yang dijual di kantin sekolah pun nak ditentukan..Siap war2kan nasi lemak memang tidak digalakkan makan selalu(uiiii terbantut impian aku nak makan nasi lemak setiapkalipun..ha ha)

Bila aku fikir2..aku rasa tak mungkin la faktor pemakanan budak2 kat sekolah yang menyumbang kepada obesiti. Sebab?? Sepatutnya gaya hidup dari rumah yang banyak mempengaruhi corak pemakanan. Tengok la zaman sekarang ni...restoran2 makanan segera tumbuh bak cendawan...Ha ha Sana sini ada cawangan...

Dan juga zaman sekarang ni mak ayah semua kaya2..Erk bukan kaya2..tapi kebanyakan mereka sibuk cari rezeki..banyak tanggungan kan..Hidup zaman sekarang, nak bayar itu bayar ini..So jalan mudah...Bagi jer duit dekat anak2..Lepas tu tak amik tau langsung apa yang anak2 buat dengan duit tu..contoh check la makanan apa yang dibeli...Tu la yang menyebabkan penjaja kat luar sekolah tu suka datang jual makanan..Jualan diorang dapat sambutan dari budak2..Tak ada yang kawal...Alahai...

AKu rasa sekarang ni pihak pengusaha kantin pun pening kepala nak sediakan makanan untuk budak2..Mesti segelintir pengusaha kantin terdetik kat hati dorang, dah malas nak amik tender kan sekolah..Sebab nak masak apa pun kene ikut apa yang boleh dan apa yang tak..isk2

Kalau jadi cikgu pun..Mesti rasa macam tak tahu nak kata apa la..Sebab beban kerja dorang dah bertambah pulak, bukan setakat kene catat ukuran tinggi dan berat, malah kene siap isikan BMI setiap budak2 lagi..Hmm dalam hati nasib baik aku tak jadi cikgu..Ha ha

Memang semalam aku ada tertengok kat berita...Time rehat ada ibu2 yang datang hantar makanan untuk anak2 mereka, tapi sila la fikir jauh kedepan lagi, macam mana pulak dengan ibu2 yang bekerja? Mana sempat mereka nak hantar makanan untuk anak2??Susah kan...

Dengar lagi kementerian/pihak yang bertanggungjawab da kaji senarai makanan yang dibenarkan dijual di kantin(katanya ikut contoh negara maju) Harap2 nanti akan diumumkan la apa kah atau bagaimanakah yang dikatakan menu sihat yang digalakkan dijual di kantin untuk elakkan obesiti dikalangan budak2 sekolah..

Apa pun aku tetap dengan pendapat aku yang benda2 macam2 ni memang bermula dari rumah..
Kalau sedari kecik anak2 dah dididik dengan corak pemakanan yang sihat..Mungkin masalah ni dapat diatasi..

Wednesday, April 20, 2011

NASIB BAIK

Line internet lately ni tak berapa elok...Entah kenapa la agaknya...Adik aku dah buat report berkali2 pun still sama juga..Jadi udah beberapa malam aku tak ber'online'..Malam2 pun aku rasa arrrghhhhh....Tak tau nak buat apa...huh

Tadi tengah sedap2 drive balik kerja..aku rasa aku terlanggar sesuatu..Bila tengok cermin belakang, nampak macam anjing ke apa tengah tergolek2 mamai2 nak bangun..Alamak...Macam mana ni...Da tak boleh nak berhenti drive..Sebab jalan corner..so..terus je la jalan balik..Dalam hati harap2 kereta aku tak kemik or calar..Kalau calar lagi...aduh...terhirisnya hati aku..He he

Sampai rumah, perking lebih kurang,cepat2 aku pergi check, nasib tak ada apa2..kalau tak...harus malam ni aku tido tak bangun2..kecewa punya pasal..isk2...selamat2

Kerja pulak, setakat ni cuma kene follow up sikit2..Dan ada sikit lega la sebab schedule dah nak habis..So lepas ni boleh la aku berehat2(ye ye jekk boleh rehat...Entah2 ada issue tiba2 muncul dan kene follow up) huh..

Saturday, April 16, 2011

I'M TIRED OF WORKING....BOLEH MACAM NI?

Yes lately ni aku ada perasaan macam ni..Penat bekerja..Erk, tiba2 aku jadi terfikir..kerja apa yang tak penat?? Ha ha (soalan orang yang singkat pemikiran) Hmm mood aku memang tak menentu..AKu kene akui juga ini gara2 kerja..Iya kerja kerja kerja...Hampir separuh daripada hari aku dihabiskan kat tempat kerja..So....sepatutnya kerja aku ni, buatkan aku gembira( ye la kan..dah banyak habis masa aku untuk kerja) Tapi nampak gaya..kerja juga buat hidup aku he he berterabur..Hmm Sampai termimpi2 aku bab kerja ni..Adoii makk poning kepalo den...

Tapi bila fikir dari sudut lain...AKu kene juga kerja..Sebab kalau tak kerja,sapa nak bagi duit oi...Isk2 kene la usaha sendiri untuk dapatkan sesuatu..Time ni mula la otak jahat berfikir..Alangkah bagusnya kalau duit datang bergolekk..ha ha..nani..sila sedar diri..jangan harap duit datang bergolek..

Hari ni OT(perkara yang paling dibenci) Memang separuh hati kata tak nak pergi...Tapi DEMI kerja,kugagahkan juga hati..Serius..Aku tak suka kerja hari ni..Hmm sabar jer la...

Tuesday, April 12, 2011

TAK SABAR

Mood nak menaip memang tak ada..Tambah2 pulak dengan keadaan sekarang ni. Aku rasa kadang2 aku terlalu banyak fikir sampai tak tahu nak cakap apa..Banyak betul benda..Makin difikir2 makin pening dibuatnya..Apa pun aku gembira hari ni sebab tadi dapat mms dari MLD..
Incanto charms aku da sampai...WOw

Tak sabar nak amik...Serius memang tak sabar..Aku pulak jenis yang memang stick pada satu2 wangian, jadi bila charms aku dah nak habis ni,mula la gelabah nak beli..Dah la susah nak jumpa sekarang ni..Tak tau la-production stop kot..

Hmm dah mula berkira2 ni..Hujung minggu mesti pergi jumpa MLD..Charms punya pasal..heheh

Sunday, April 10, 2011

APRIL BULAN YANG ISTIMEWA

Aku kata April bulan yang istimewa..Kenapa? kerana di bulan inilah aku telah tekadkan diri untuk ber'blog'. Dengan ertikata lain, serius menulis dalam blog. Macam aku pernah beritahu dulu, sebelum ni aku pernah tulis satu blog..Tapi aku rasa aku xmampu nak teruskan sebab..tut tut..

Jadi bila aku fikir2 balik, aku kata elok aku wujudkan blog baru..dan try to stick with it. And inilah hasilnya..Mula2 nama blog ni aku letak 'Realiti tak seindah fantasi'.. Setelah beberapa lama, aku tukar pula tajuk dia kepada 'Cerita Hari Ini' Sebab apa? sebab apa yang aku nak/bakal tulis adalah cerita aku. Tentang aku. Kisah aku..Memang tak ada kene mengena dengan orang lain pun..Fokus utama adalah aku( ye ye jekk)

Apa tujuan aku menulis blog...Haaaa ni aku nak cerita. Pertama sekali aku tertarik dengan blog masakan. Time aku search2 internet dulu..Aku jumpa banyak blog yang tulis pasal resepi masakan..Hari2 aku gembira dan teruja,pasal apa? Pasal hari2 ada entry baru tentang resepi baru..Memang best la aku rasa..Aku pun bukan la pandai masak sangat, jadi aku selalu la refer kat blog2 mereka ni..Oleh kerana aku tak nak hilang/lupa link ke blog masakan, maka aku pun tekad la nak buat blog, then letak blog dorang dalam bloglist aku..Senang nanti aku nak refer resepi..

Hmm Yang kedua..AKu suka juga baca cerita2 orang..Ye la pengalaman..Bercuti ke...Petua2 ler.pendapat..apa2 jer yang boleh dan sesuai dibaca..Untuk tambah pengetahuan...Tambah kenalan juga..lagi banyak membaca, lagi banyak benda kita tahu..

Yang ketiga...AKu ni suka juga menulis sebenarnya..Walaupun skill tulisan tak la sehebat novelis..Tapi aku menulis sukahati aku...Kalau mood geram tulisan berbaur geram la..Kalau happy..Hmm senyum2 sudah..time menulis..

Dan lagi...bulan april ni juga kira genap setahun aku aktif tulis blog..Walaupun aku tak la update blog hari2 tapi hari2 bila aku online time balik kerja, mesti blog aku dulu aku bukak..Tengok2 ada sapa yang update ker..Hehehe..

Setelah setahun, dari zero follower sampai sekarang ni dah 11follower..Kepada mereka2 yang ada letakkan link blog aku dalam bloglist mereka..kepada silent reader or kepada semua yang sudi membaca tulisan aku (kalau ada yang baca la) THANKS a lot...Thank you very much....Kepada mereka yang kadang2 meninggalkan komen..Thank you..AKu sangat2 menghargainya...

Salam perkenalan dan sama2 lah kita memeriahkan dunia blog..

AKHIRNYA

Selesai sudah aku isi borang BE untuk cukai pendapatan. Sejak bekerja aku belum pernah sekalipun isi borang ni..Haha Tapi memang tiap2 tahun company aku ada tolakkan duit untuk income tax dari gaji aku..So this year aku ada kesedaran sikit la bab2 cukai ni..

Dulu2 pasal KWSP, aku dah update segala benda info aku kat sana, dari segi penama, or nak dapatkan apa ke nama tu..login n password untuk check online..(ntah apa tah)

Hmm sambil2 aku isi online aku sempat pulak layan Puteri Gunung Ledang..Aku download tadi cerita ni..Entah kenapa aku suka cerita epik2 ni..Heheh Hikayat Merong Mahawangsa jer aku belum sempat tengok..

Ada memori aku dengan PGL ni..Tiba2 teringat pulak aku zaman2 belajar dulu..AKu dengan kawan2 aku sibuk la beli VCD cerita ni..Hmm last2 aku jer yang bertahan sampai keakhir cerita.Ada ke member2 aku kata cerita ni boring..Alahai....

Pada aku cerita ni best sebab sejarah kan..diterjemahkan ke dalam filem..Best la..hanya orang yang ber'seni' jer (ha ha) nampak..Hmm..

p/s: rindu sangat dekat kawan2 aku-alene,jijah,akmal,puza..hehehe..

Friday, April 8, 2011

KAWAN LAMA

Entry ni aku tulis khusus untuk kawan aku-yang aku tak berapa kenal sangat dan tak tahu apa2 latar belakang dia..Haha Pelikk kan?? Tadi disaat aku nak melelapkan mata, ada sms masuk dalam hp. Datang dari kawan aku..Erk pelik juga,lama betul tak dengar cerita dia tambah2 plak sejak dia kawen dulu.

Dari ber'sms' lantas sambung borak2 di telefon pulak..Hmm Ini kisah macam mana aku mula berkawan dengan dia.

Dulu2 aku start pakai hp, lepas SPM. so kira habis je exam SPM baru ayah aku belikan aku hp. (bukan macam budak2 sekarang ni-sekolah rendah lagi dah pandai pakai hp canggih) Time tu aku pakai no TM TOUCH.. Aku ingat lagi no nya.Sangat istimewa sebab aku yang pilih(nak beli no time ni sangat la mahal,bukan macam sekarang) dan itu adalah no first aku yang tak akan aku lupa sampai bila2..touching..aww

Time tu juga TM TOUCH ada offer perkhidmatan ala2 chit chat la.. untuk sesama pengguna talian sama. So aku time tu bosan ala2 tak de buat apa(aku nak keje, tak bole) bila aku register jer..haaa mula la...Ramai kenalan aku dapat,yang kekal sampai hari ni pakcik ni la..Huhu

Baik pakcik ni..Ingat lagi time2 aku sekolah, kadang2 kitorang call bual2 jer..Saja2 bukan niat apa pun..(bukan aku yang call, selalu dia msg dulu sebelum nak call) time aku belajar kat u dulu pun sama,still contact. Cuma sejak dia kawen jer..Dia dah jarang2 hubungi aku..Hmm faham la kan...Dah berkeluarga..AKu pun xnak la ganggu hidup dia...AKu bukan kenal dia sangat.

Tapi bila call, rasa macam kitorang dah kenal lama..Haha. Hmm apa pun..kepada pakcik tu...kuikuikui pesan aku bila memancing sila baca ayat2 untuk panggil ikan datang yer..Ha ha

p/s: tulis dalam keadaan mengantuk..hmm layan jer la..

Thursday, April 7, 2011

HILANG MOOD

Balik lambat hari ni..Kene pula turun pergi supplier tengok model baru jalan. Hmm Merasa la juga aku kerja ala2 operator kilang..huhu.. Cis...

Tak boleh jadi..Penat2..Bukan penat badan jer dapat, penat otak aku nak memikirkan masalah2 kerja ni..Masalah supplier tambah masalah bos jepun pun satu hal..Sabar jer la...tak leh nak kata apa la...

Ok xnak tulis banyak2 pasal kerja kat sini..Mata aku pun da mengantuk ni..AKu rasa tido adalah lebih baik buat aku sekarang..

Wednesday, April 6, 2011

ORANG KETIGA

Ingin menulis sesuatu tapi aku rasa jari aku macam malas nak taip. Ish2 apa nak jadi ni..Kerja hari ni pun slow je..sebab dah kurang sikit kot compare with minggu2 lepas.. Tapi nak buat macam mana, abaikan jer la..

Cuma hari ni aku terkesan sikit, sebab aku dengar sendiri dari mulut akak senior aku perihal tunang dia yang curang..Ish2 Takut pulak aku dibuatnya, benda2 macam ni susah nak kata..Ye la.Putus tunang sesuatu yang memang tak pernah aku fikir. Walaupun aku belum bertunang, tapi aku memang sure la..bila hal macam ni terjadi of coz kita rasa sakit hati..

Susahnya bila hubungan kita diganggu orang ketiga. Baik yang dah berumahtangga atau yang masih berpacaran(hehe) semua nya memang risau gangguan orang ketiga ni..Entah la, rentak hidup ni memang susah nak diduga. Ada orang yang bertahun2 hidup bersama pun boleh ada masalah macam ni, apatah lagi orang yang baru nak memulakan hubungan..

Kadang2 aku tak faham juga, orang ketiga ni sebenarnya apakah yang buatkan dia sanggup nak ganggu hubungan orang lain, bagus sangat ke terkejar2 kan hak orang? Seeloknya jangan diusik2 hak orang, kelak hak kita sendiri pun akan diusik juga..

Tapi kata orang, kalau tepuk sebelah tangan tak berbunyi.Kene tepuk dua2 belah tangan baru berbunyi.. jadi nak salahkan orang ketiga pun tak boleh juga..kalau dia terus terusan mencuba tapi pasangan kita tak melayan,tak menjadi juga kan..Haaa pasangan pun sama ligat...Tu yang susah...Entah la...

Harapan aku pada akak tu, barang yang lepas usah dikenang2 lagi..Fikirkan masa depan..Buat la keputusan yang terbaik..ok..

Monday, April 4, 2011

BEGINIKAH GENERASI MUDA KITA? BIADAP SUNGGUH.

Cerita ini disampaikan oleh mak ayah aku, perihal kawan mereka. Aku percaya ini bukan cerita bohong atau khayalan atau sengaja direka2. Tetapi ini cerita realiti yang sebenar2 berlaku dalam kehidupan seharian kita,mungkin tanpa kita sedari.

Kawan mereka, senang cerita aku namakan makcik A, bekerja di gerai yang menjual sayuran. Pergi kerja dihantar oleh anaknya,manakala waktu balik kerja pula, terpaksa balik sendiri sebab anaknya juga bekerja dan terikat pada waktu kerja. So si emak pun terpaksa la gagahkan diri untuk balik sendiri.. Si emak walaupun sudah tua, tetapi kene juga bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Walaupun anak2 semua dah besar tapi kene juga bekerja untuk mungkin sekadar menyara diri sendiri.

Kebiasaannya makcik A akan balik ke rumah dengan berjalan kaki(dapat tak bayangkan keadaan makcik A yang dah tua, berjalan kaki balik ke rumah sambil berpanas terik.) Tapi ada masa bila makcik A rasa penat dan tak larat berjalan, dia akan naik bas untuk balik kerumah.

Disinilah kisah bermula. Bila naik bas, macam biasa la (macam yang kita semua pernah nampak) bas pada waktu puncak biasanya akan sendat dengan ramai orang. Bila ramai orang, berasak2 dalam bas, keadaan mesti la tak selesa kan..

Makcik A beritahu mak ayah aku, dia diperli oleh budak2 sekolah yang mengatakan dia berbau busuk. Budak2 tu menjerit2 sambil tutup hidung(konon bau busuk sangat la) sampaikan naik malu makcik A dibuatnya. Paling tak tahan bila makcik A berkata pada budak2 tu “Maaf ye nak..Makcik baru balik kerja.Maaf sebab badan makcik berbau” Huh sampai macam tu sekali. Sejak dari tu makcik A beritahu dia tak nak naik bas lagi. Sebab taknak kene perli2 dengan budak2 sekolah.

Menyirap darah aku saat mendengar cerita ni. Anak2 siapakah yang sungguh biadap melayan orang tua sedemikian rupa?? Buruk betul perangai. Sungguh aku tak faham, makin maju zaman, makin hilang adab2 generai muda, aku Nampak. Memang ini yang berlaku sekarang.

Golongan muda kini konon dah makin bebas sampai hilang moral. Sampai tak tahu adab. Memang kalau kebetulan aku ada kat situ, siap la budak2 tu kene sekolah dengan aku..Huh..

p/s: mencabar sungguh nak didik anak2 zaman moden ni

Saturday, April 2, 2011

BELI BUKU BARU

(picture dari google)

Lama aku tak cerita pasal buku. Aku baru beli buku "Bagaikan khadijah dihati rasulullah" hari ni . AKu belum sempat nak baca lagi, sebab ada beberapa buku lagi aku nak habiskan baca..AKu suka membaca tapi selalunya terpaksa berperang dengan masa. Selalu tak sempat.

Siang hari kerja, bila balik malam hari, dah penat, siap2, online sekejap, da mengantuk. Biasanya waktu2 macam ni bila aku start membaca je, pada akhirnya nanti buku yang baca aku..Ha ha terlelap la tu..Hmm apa boleh buat..

So mulai hari ni aku nk start membaca balik, tenang2 kan diri dan fokus..Harap2 malam ni atau esok aku boleh start membaca.

p/s: Tadi jalan2 dekat sutera mall, niat dihati macam nak survey2 iphone kat kedai maxis, tapi kenapa kaki berat nak melangkah?? erk...

Friday, April 1, 2011

HARI NI DAN SEMALAM

Aku sampai je rumah hari ni, mak aku bagitahu aku perihal anak jiran aku yang nyaris kene langgar kereta.. Puncanya anak jiran aku kayuh basikal laju2 sampai tak hingat dunia..Kereta yang nyaris nak langgar tu pun jiran aku juga..Tiba2 teringat aku kes yang aku baca kat harian metro semalam, anak mati dilanggar jiran sendiri..Ish2 mintak jauh kan..

Kata mak aku, ibu bapa yang nak ambil anak dari taska sebelah rumah aku tu menjerit bagai nak rak minta kereta tu berhenti supaya tak terseret anak jiran aku tu..Tak tahu la aku nak kata apa. Anak jiran aku ni, memang agak nakal sikit..Susah nak explain macam mana nakal nya.

Bila aku tengok latar belakangnya..Mungkin cara dia dibesarkan membuatkan budak tu jadi nakal sedemikian rupa.. Khabarnya mak dan ayah dia dah bercerai, bila bercerai anak2 diambil untuk tinggal bersama si ayah. Bila tinggal dengan si ayah, faham2 je la ayah sibuk bekerja..jadi sikit sebanyak kebajikan anak terabai. Bila aku berbual2 dengan mak ayah aku..Dorang berpendapat, kebiasaannya kaum lelaki/bapa agak susah nak menjaga anak bila ditakdirkan bercerai

BUkan nak kata tak boleh, tapi mungkin kalau dibandingkan dengan si ibu, agaknya kehidupan si anak tu tadi mungkin lebih terurus. Tu sebab dalam islam hak hadanah lebih diberikan kepada si ibu andaikata berlaku penceraian, sehingga anak tu boleh membuat keputusan nak tinggal dengan siapa.. Ok habis cerita hari ni..

Sekarang aku nak cerita perihal semalam. Semalam aku terpaksa OT.(ha ha guna istilah terpaksa) AKu balik kol 8 la macam biasa. On the way balik, aku ternampak satu kereta terbakar..Aku tak pasti accident ke atau terbakar sendiri, sebab aku lalu kawasan tu jer,api tengah marak2..Orang ramai semua tengok dari tepi jalan(macam tengok konsert)

Tu pengalaman pertama aku nampak kereta terbakar..Api dia memang marak, siap ada bunyi letupan lagi. Tak lama kemudian aku nampak kereta bomba baru nak datang..AKu xsure keadaan tuan punya kereta..Meremang bulu roma aku bila teringat2..Sebab selama ni aku tengok dalam movie jer bab2 kereta terbakar( or segala benda yang melibatkan kebakaran). Tapi kali ni real punya..Huish...