Friday, December 31, 2010

YES..SHOPPING SAMPAI TAK HINGAT..HMM

Tadi aku pergi angsana,saja jalan2 cuci mata-itulah aku..Hehe Banyak benda la ada sales..Murah2 nampaknya..Memandangkan kakak aku tu sibuk nak beli seluar untuk anak dara dia..Jadi aku pun ikut la dia dok cari pakaian budak2..

Tetiba dari jauh aku dengar suara budak menangis2..Rupanya baby kecik lagi dalam 6-7bulan dok nangis2..dalam pelukan atok dia..Kesian atok dia siap tarik stroller baby lagi.Time selisih dengan aku(nak elak dari terlanggar stroller anak kakak aku) aku nampak juga botol susu dalam stroller pakcik tu..

Lepas beberapa minit, aku still dengar baby tu nangis2.. Aku jadi pelik la.then aku nampak pakcik tu dukung baby tu keluar dari kedai..Aku terdengar salesgirl kat situ cakap-bagi la susu,mungkin nanti baby tu tak nangis lagi..Tapi guard kat luar dah bising2..Sebab katanya-mana la mak baby tu, pergi shopping tak hingat dunia..sampai anak melalak2..Ada ke patut pergi suh atok jaga cucu..Kan budak2 biasa nak dengan mak dia jer..Guard tu kata lagi-pakcik tu da try bagi susu tapi baby tu tak nak..entah apa la yang dia nak..Mungkin baby tu tak selesa kot..

Yang aku pelikk sangat2 tu..Mak baby tu, boleh hilang pergi beli barang kat kedai mana..Ko shopping heboh sangat nak beli barang2,pastu boleh ko lupa nak jenguk2 anak ko??Alahai...

Year End Sale, bukan semua barang murah..Ada juga yang mahal..Hmm Kalau murah pun entah2 memang nak habiskan stok.

CUTI CUTI CUTI

Sempena kejayaan malaysia dalam piala suzuki, PM da isytihar hari ni cuti umum,makna aku tak kerja..Esok juga cuti,ahad pun cuti..Dan kilang aku ni setiap tahun, hari pertama persekolahan adalah hari cuti bekerja untuk semua pekerja dia..Aku cuti juga..Kesimpulannya?? Aku cuti dari hari jumaat 31/12 hingga isnin 3/1..Wowo lepak2..lama tu cuti2 malaysia..Haha

Tapi cuti 3/1 tu aku kene ganti kerja hari sabtu,which is aku akan amik annual leave pada setiap hari sabtu kerja ganti..Jadi aku tak payah kerja hari sabtu... Ada bijak tak?? Haha ye ye jek..Sebab skang ni kerja memang melambak2 banyak tak terkira-sampai aku dah naik muntah..Hmm Tak pasti lagi la jadi ke tak plan nak ambil annual leave pada setiap hari sabtu tu..

Jadi hari ni ialah hari terakhir dalam 2010. Memang banyak suka duka dalam tahun ni. Dan start esok, kita kene hidup dalam tahun baru, tinggalkan semua suka duka tahun lepas,dan usaha untuk jadi yang lebih baik.

Plan aku hari ni, aku nak jalan2 window shopping..Nak lepaskan tension..Hmm tension ke aku? Aku sendiri pun tak tahu. Macam aku cakap tadi, banyak benda yang berlaku..DAn aku dapat banyak pengajaran dari apa yang dah berlaku.. Yang mana aku akan jadikan panduan untuk kehidupan yang mendatang.

Tu la, azam tahun baru aku(tahun baru belum masuk lagi..haha dah tulis pasal azam) Aku nak jadi orang yang kuat dan tabah..itu satu..banyak lagi wishlist aku sebenarnya..aku nak itu..haha aku nak ini..hehe hmm takpe2..Kita mana tahu takdir masa hadapan kan...so layan..

p/s: Tak sabar nak kuar kejap lagi..

Tuesday, December 28, 2010

ALANGKAH BERUNTUNGNYA ANAK...

Pagi2 aku drive pergi kerje..Keta tak banyak kat highway..So aku drive slow2 la sambil2 menikmati pemandangan pagi..Dan juga aku dengar lagu siti nurhaliza..Haa semangat aku siap beli CD album lagi..Tahajud cinta..Da lama juga la aku aim CD ni..

CD maher zain aku beli juga..Sebab aku suka dengar lagu dia..Lagipun kalo dengar tiap2 pagi time drive, sekurang2 nya lapang juga hati..Lagu2 yang berunsur agama ni kan, bila dengar boleh cuci sikit hati aku yang kusut ni sebelum masuk ofis..Ha ha - boleh macam tu? Tension betul la.

Sampai kat parking, aku stop CD then aku dengar sinar jap..Tetiba ada caller kat radio pasal satu pakcik ni la..Tak sangka aku suara aku dengar2 memang still macho..Aku ingat dalam 30an gitu la..Sekali bila dia beritahu dia nak bersara, erk..deejay pun da pelikk,suara muda kenapa nak bersara..Rupa2nya umur da 50tahun..Alahai...

Paling aku tak sangka dia kata dia nak bersara dan jaga cucu..Time ni aku dengar pun aku jadi terharu..Sebab alasan dia..Dia kerja kat syarikat petroleum..Macam dia dah puas kerja la..So bila dia dah bersara ni dia nak bagi peluang kepada anak2 dia untuk kejar kerjaya masing2..Jadi sebab zaman sekarang ni susah nak cari pembantu rumah yang bagus2,tu yang dia buat keputusan nak jaga cucu..

Memang beruntung sangat2 anak2 dia..dan cucu2 dia..Bagus nyer...

Saturday, December 25, 2010

BETUL KE APA YANG MAKCIK TU BUAT?

Hari ni aku balik kampung lagi..Melawat atok aku sekaligus singgah rumah pakcik aku..Adik aku nak hantar komputer. Kitorang start gerak dalam pukul 10pagi lebih kurang. Tukang drive biasa la..sapa lagi kalau bukan aku..

Lepas je tol-amik tiket..fuh banyak betul kereta..Ye la hari cuti kan..semua orang bawak family jalan2(itu sudah semestinya)..Jadi memang banyak kereta..Nasib baik juga la aku dah masuk lane kanan sekali dari awal2 lagi..Kalau dibuatnya aku masuk lane kiri dulu, pastu baru terhegeh2 nak masuk kanan..Huh jangan harap..Memang tak berkesempatan la..Bas pun boleh stay lane kanan..haru2..

Sedap2 drive tu syok pulak tekan minyak..sedar2 140km/j..aduh kene slow jugak..Uiii takot la plak..Sebab pertama kot2 ada speed trap ke..hah masak la nanti..Dan lagi..tak bagus bawak keta laju2 ni..Sebab kelajuan boleh membunuh..Hehe Ingat la orang tersayang..

Adik2 aku ni dah request nak singgah beli kerepek..Jadi aku decide untuk stop kat parit raja..Kedai2 yang jual kerepek kat tepi jalan tu..Masuk je situ memang banyak pilihan..Hmm aku pun sama2 la pilih..Masuk kedai yang belakang2 tu..makcik2 yang jual..bukan makcik la lebih kepada nenek.. Jadi sebab kitorang dah stop kat satu kedai tu, kitorang pun beli je la kat situ.
Kebetulan lorong tu ada dua kedai berdepan. Aku beli kat satu kedai..Adik aku nak beli kat kedai yang satu lagi.Jadi time aku nak panggil adik aku(masa ni aku dah siap pilih kerepek,tinggal nak bayar je) makcik yang jual kerepek kat aku tu sempat cuit lengan aku bagitau kat aku kedai depan dia tu(kedai yang adik aku tengah beli kerepek) jual kerepek lama2..Sebab makcik tu jarang buka kedai..Ehh dalam hati aku..sempat lagi makcik ni...Aku rasa tak elok la dia bagitau aku macam tu..Macam nak jatuhkan bisnes orang depan dia pulak..

Ye la barang yang dijual lebih kurang sama..Aku waktu tu diam jer..Tak tahu nak kata apa..Senyum jer la..Aku tak bagitau pun dekat adik aku.On the way balik, aku tengok adik aku dok sedap jer kunyah kerepek yang dia beli tadi tu..Aku pun try la rasa..Biasa jer..tak ada apa2 beza pun..Hish..

Orang kita sinonim kan macam ni perangai..Aku sampai blur la..Sampai sekarang ni aku dok terfikir,pada aku tindakan makcik tu tak betul..tapi mungkin niat makcik tu sekadar nak bagitahu aku je kot..entah la..

Friday, December 24, 2010

JUMAAT..

Hari ni hari jumaat.. kat mana2 tempat kerja pun waktu rehat nya panjang. Sama juga kat opis aku ni tapi balik kene lewat dari hari2 biasa..Lunch tadi sempat la aku ke senai airport..sekadar jalan2 cuci mata..takde la boring jer duduk kat opis…rehat satu jam setengah tu..Aku pun bukan jenis yang boleh tido time2 rehat ni.

Hari jumaat bagi orang lelaki, kene la solat jumaat kan.. Wajib tu. tapi bila aku pergi kat senai airport..rupanya ada jer budak kilang aku yang aku ingat dia tak pergi la solat jumaat tu.. dok berlegar2 kat airport..Apa dibuatnyer tu? Padahal masjid sebelah airport je pun.. haru btoll..Aku pulak yang segan dok tengok..Bukan apa sebab baju yang dia pakai tu sama dengan baju aku-begini la nasib kalo kerja kilang haha..

Nasihat aku kepada lelaki2..tunaikan la solat jumaat..(aku tak tau nak kata apa lagi-sambil geleng kepala)

BIARKAN ORANG LAIN DENGAN HIDUP MEREKA

Hari ni aku nak menulis sesuatu.Tentang sesuatu.. Aku harap benda ni boleh membuka mata dan minda untuk orang yang membaca (kalau ada yang sudi nak baca) dan untuk aku juga.

Kenapa masih ada sesetengah orang yang suka (tak tahu la sengaja atau tak sengaja) nak sibuk2 dalam hal kehidupan orang lain? Bukan setakat sibuk2 malah boleh pulak menentukan hala tuju hidup orang lain.

Tak tahu la mereka2 ini spesis yang suka dengki ke atau memang jeles sebab hidup dorang tak sama dengan hidup orang yang disibuk2 kan tu.

Orang kita biasa la..mana boleh ada orang lain lebih dari diri sendiri. Hmm kalau fikir yang positif tak apa lah juga,ini tidak megatif memanjang..Sampai bila nak jadi macam tu? Hidup orang yang kita sibuk2 kan tu, biarlah..Pandai2 la dia nak mengatur jalan hidup dia. Mungkin kita nampak dia lebih dari kita tapi kita tak nampak juga apa yang dia kurang dari kita.

Dan jangan pula kita sangka bila hidup kita lebih baik dari dia, selama2nya kita akan jadi lebih baik dari dia.. Allah Maha Adil..Maha mengetahui segalanya.. Siapa antara kita yang boleh agak masa depan kita? Mana tau kehidupan orang yang kita sibuk2kan tu sebenarnya lagi bagus dari kita walaupun pada pandangan kita dia macam kekurangan sesuatu. Aku memang tak faham sunguh2 orang yang macam ni.

Belajar le bersyukur dengan apa yang kita ada..Ingat2 la orang yang belum pernah dapat apa yang kita dah dapat..Bagaimana susahnya mereka nak mendapatkan sesuatu..Dan juga usah la terlalu bangga dengan apa yang kita ada..Entah2 perkara yang dibanggakan tu kelak menjadi perkara yang menyusahkan kita kemudian hari..

Thursday, December 23, 2010

KEGEMBIRAAN TU PERNAH JADI MILIK AKU

Sekejap tadi aku tengok kat tv wajah2 keriangan pelajar2 yang dapat straight A dalam PMR..Hmm sungguh..aku faham sangat reaksi2 tu semua..Sebab aku pun dapat straight A dalam PMR.. Bukan aku nak menunjuk2 okey..tapi sekadar share kat sini..

Perasaan puas bila kita dapat sesuatu yang kita inginkan(aku ketika itu)..Aku memang rasa berbalas sangat2 dengan apa yang aku buat waktu tu...Sungguhpun aku tak pernah masuk mana2 kelas tuisyen kat luar-hanya sekadar datang kelas tuisyen kampung kat sekolah, tapi aku usaha juga gigih segigihnya.

Aku sekolah jauh dari rumah.Waktu tu pergi sekolah naik bas..kene bangun pagi2..Tingkatan 1 & 2 aku sekolah petang,sebelah pagi aku datang sekolah agama.Masuk Tingkatan 3 aku sekolah pagi pulak...Sekolah agama hari sabtu jer-darjah khas..Bila naik bas sekolah, biasala budak2 ramai..kene berdiri pulak sepanjang jalan..Dengan pegang buku yang banyak..Aduh..rasa macam sedih la pulak..Hehe pengalaman kan..Lepas tu kene jalan pulak masuk kawasan sekolah..Bas bukan turunkan kita betul2 depan sekolah..Memang kurus la aku time tu..Tu yang jadi motivasi untuk aku supaya aku belajar dengan gigih lagi.

Belum masuk hujan ke apa..Nak lari2 kejar bas time balik lagi..Hmm memang kelakar la bila di ingat2..Tapi itu bukan point utama aku kat sini..

Benda yang lebih penting ialah..Lepas dah dapat apa yang kita dapat..Start fikir betul2 mana arah tujuan..Sebelum masuk tingkatan 4 lagi kita dah boleh agak kemana hala kita...Nak doktor ke engineer ke akauntan ke..pilih betul2..Mak ayah pun patut main peranan, jangan dok heboh suruh anak belajar benda yang mereka tak suka..kene sokong minat anak2..

Pilih yang terbaik supaya kita dapat jadi yang terbaik..Congratulations kepada yang berjaya..Aku gembira juga bila tengok budak2 sekolah ni gembira..

Tuesday, December 21, 2010

7 ciri suami terbaik.

"7 ciri suami terbaik

1. Alim (berilmu agama)
2. Husnul akhlaq (berakhlak baik)
3. Qanaah (redha dengan apa yang ada)
4. Syakir (suka berterima kasih)
5. Ghafir (pemaaf)
6. Rahim (penyayang)
7. Sobir (penyabar)"

Petikan dari novel Mengintai Cinta Khalifah-A.Ubaidillah Alias.

Aku sambung baca buku ni hari ni. Sebab hari ni aku cuti-amik annual leave untuk hantar kereta pergi servis..Jadi aku punya banyak masa untuk duduk membaca dan menghayati buku ni..Sebab apa aku kata aku membaca dan menghayati buku ni,adalah kerana buku2 genre agama ini ada banyak pengajaran dan nilai2 yang betul berlandaskan agama yang boleh kita kutip.

Nilai2 murni yang dipersembahkan memang sangat2 mudah nak difahami. Banyak benda yang dikupas, dari hal2 keadaan semasa,hal keluarga,persoalan tentang cinta. Memang banyak la. Amboi promote buku nampak..Haha
Tapi memang aku akui la..setiap kali aku baca satu buku,mesti aku dok fikir betapa banyaknya pengajaran yang aku dapat dari cerita tu. Macam contoh, tu ha..aku dapat 7ciri suami terbaik.

Jadi dalam mencari pasangan kita kene la berhati2..Jangan sampai tersalah pilih kelak merana diri. Aku akui juga la memang susah nak jumpa lelaki yang ada ciri2 macam kat atas tu.Tambah pulak, kita pun bukan la manusia yang sempurna kan.. Heboh kita cakap kita nak lelaki yang terbaik,sedangkan diri kita bukan lah baik sangat..Tapi pada aku sama2 lah kene perbaiki diri. Untuk menjadi yang terbaik. Sentiasa terbuka menerima kritikan dan bersyukur sebab kita masih diberi kesempatan untuk berubah menjadi baik..

Serta DOA jangan lupa juga..berdoa supaya Allah kurniakan yang terbaik untuk kita..Amin..

Monday, December 20, 2010

HARI INI...

Pagi tadi aku terbangun dengan senyuman..Haha..kisahnya aku baru je beli comforter baru.. Tu la terlalu best sampai termimpi2..isk2..Boleh macam tu?Lepas tu bila terkenang balik asyik2 nak tersenyum jer..Alahai..sudah giler ke aku? kuikuikui

Hari ni kerja macam biasa..Monday hari yang ala2 malas..Sebab setelah dua hari bercuti,otak pun agak lembab untuk memulakan kerja. Tapi ok juga..sebab bos tak ada-so time for joget2..Ha ha

Esok aku plan nak pergi servis kereta.. haa sebut pasal kereta..Aku ni kan ada satu perangai..Hmm kalo time2 aku drive aku terjumpa Myvi SE yang sama spec dengan aku..Hmm aku rasa nak tengok jer kereta tu..Dalam hati terfikir, macam ni rupanya kereta aku dijalan raya..Haha(sempat lagi berangan)

Aku rasa bangga sebab jumpa kereta yang sama dengan aku..Hmm Ok,esok aku nak pergi servis setelah terlewat hampir 3oookm..sebab haha nk tunggu duit bonus baru aku pergi servis..Bonus pun aku da dapat..Amaun nye pun..syukur la..lepas nak buat bayar itu,bayar ini disamping bagi2 sikit2 sama ahli keluarga..Haha orang kata biar semua merasa..

So esok alang2 poket kopak bayar duit servis, elok la aku kopakkan lagi buat shopping beli apa yang kurang...Haaa beli apa yang kurang tau,bukan apa yang nak..Yang agak2 tak penting tak payah beli..Jangan membazir..

p/s: Tak sabar nk tunggu hari esok.

Saturday, December 18, 2010

TERIMA LAH

"Kemarahan berpunca dari kekecewaan.Dan kekecewaan itu berpunca dari ketidakpuasan hati menerima suatu ketentuan.Atau boleh dianggap kekecewaan itu lahir apabila kita cuba menolak takdir yang tersurat"

"Jika kamu pernah memiliki sesuatu dan kehilangan, syukur lah kerana kamu pernah menikmati rasa memiliki itu. Begitu juga dengan nikmat perasaan. Jika suatu ketika Allah anugerahkan kesedihan selepas kegembiraan, kamu juga patut bersyukur. Mudah-mudahan hidupmu akan segera menjadi baik"

Petikan kata2 dari novel Mengintai Cinta Khalifah-A.Ubaidillah Alias.

Aku sambung baca novel ni hari ni dan terjumpa kata2 kat atas tu.. Bila aku baca buat aku tersedar realiti kehidupan..Hidup ni kan ada macam2 warna.. Ada warna2 kegembiraan ada warna2 kedukaan.. Masa hadapan tak de siapa pun dapat ramal kan. Sekuat mana perancangan kita aturkan, akhirnya takdir Allah la yang menentukan.

Bukan tak tersentuh hati bila mengenangkan, tapi kita sebagai manusia kene tabah dan kuat untuk hadapi cabaran. Biar perit perjalanan yang ditakdirkan, kita kene redha laluinya..Pedulikan apa orang sekeliling nak kata-sebab hanya kita yang tau apa rasa yang sebenarnya..

Friday, December 17, 2010

DUIT KOYAK..

AKu paling tak suka kalo tiba2 aku dapat duit terkoyak. Sebab bila aku dah pegang duit yang terkoyak..aku rasa macam tak sampai hati jer nak bagi kat orang-tak kira la time tu aku nak beli or bayar apa ke..Sungguh aku tak sanggup..

Tapi bila saat aku sedar yang duit yang aku terima tu terkoyak..Haaa memang aku rasa nak luku jer kepala orang yang bagi dekat aku tu..Ha ha..Ada ke patut..

Macam hari ni aku dapat duit koyak dari petugas tol..Huh..Biasa aku kalo nak pecahkan duit aku g bayar toll,sebab kadang2 aku jarang beli makanan kat kantin, so macam biasa la aku bagi duit rm10, duit baru tu..elok lagi..(haha) tapi bila dapat baki..Tup2 duit not rm5 ada koyak sikit..Memang geram jer aku kan...

Jadi aku pun malas la nak pegang duit koyak ni lama2..Sebab nanti aku jadi tak tau nak guna buat apa(pelik kan, bukan tak laku lagi duit tu,tapi memang aku xtau nak guna bila duit terkoyak ni)

Makanya dengan gaya selamba gagah aku pergi la ke kantin untuk membeli kuih dengan air kotak(beli banyak sikit sebab bayar guna rm5) dan bagi kat pakcik tu duit koyak..Dalam hati sedih juga-ye la aku kan tak suka diberi duit koyak,inikan pulak aku jadi si pemberi duit koyak kepada peniaga..Hmmm harap2 pakcik tu tak perasan la kan.sori yek pakcik..Hehe

p/s: Aku memang pelik la..Macam mana duit boleh TERkoyak..AKu tengok bukan kesan koyakan tak sengaja..Licin macam kene gunting jer..Hmm pelikk pelikk

Thursday, December 16, 2010

PERAGUT DIARAK NAIK BECA..

Ha ha baru je aku dengar berita tadi pasal peragut diarak naik beca..Hmm idea yang bagus ni.Sama la juga macam orang yang kene tangkap sebab tak puasa,kene naik van jenazah..Ala yang dulu2 heboh diperkatakan tu..

Hmm memang padan dengan muka peragut tu. Kenapa la sampai sanggup meragut..Kalo lepas ragut tak kene tangkap..selamat la lagi. Ini kene tangkap-sudah la kene tangkap,sebab bersalah meragut, kene pulak diarak naik beca..Huh tambah malu jer..

Aku bengang juga dengan peragut ni.Tambah2 pulak ada kes2 mangsa peragut yang koma la,cedera parah la..Kesian tak pasal2 mereka2 tu semua jadi mangsa..Ni semua gara2 peragut yang kejam dan tak berperikemanusiaan..Huh

Kadang2 aku pelik. Yang ragut tu ada macam2 jenis..Ada yang muda ada yang tua. Kalo yang muda memang aku hairan sangat2..Ko kan muda lagi, dah kurang sangat kerja ke kat dunia ni sampai sanggup meragut? Ha kalo yang tua pulak-memang tak malu ker, dah tua2 meragut.. Tunjuk la teladan yang baik sikit kepada generasi muda..

Hmm risiko bahaya ada kat mana2..Aku pun takut,kene selalu waspada-berhati2..nak2 kalo jalan2 bawak beg..Walaupun tak bawak duit banyak2 tapi kene juga hati2..Orang kata beringat sebelum kene..

Wednesday, December 15, 2010

BORING..APA NAK JADI..

(sumber:dari google lagi)

Memang tak ada kerja-rasa nak tumbuk orang jer..Ha ha..

MALAM INI

(picture dari pakcik google)

Malam ni aku macam boring la pulak..Rasa2 rancangan televisyen tak ada yang menarik perhatian aku. Arrgghh jem..apa nak buat ni? Nak baca buku-mood membaca memang langsung tak ada sekarang-membaca pun kene ada mood tau, kalo main baca jer..alamatnya..ko baca je la buku tu tanpa apa2 perasaan..Tak best la..Feeling tak ada..Hihi

Aku rasa malam ni internet connection kat rumah aku ni ada laju sikit..Ha ha Bagus juga, boleh aku update blog aku ni..buat blogwalking ke..Hmm
Semalam kat opis aku ada terima satu email..Dari orang jepun..Hmm keje dengan jepun ni, apa2 hal pun kene confirm dengan jepun sana(betul2 jepun).Jepun2 kat sini(manager2) buat apa tah..aku pun tak tau..Ha ha

Berbalik pasal email yang aku cerita tadi..baru la aku tau, rupanya pompuan kat jepun cuti bersalin sampai 2tahun! giler lama..Hmm aku tak sure la bergaji ke tak..Kalau bergaji alangkah untung nyer..Ha ha..Tapi lama sangat la ehh 2tahun..Kalau apply kat malaysia..Ko cuti 2tahun..bila tiba waktu ko start keje balik haaa-banyak orang baru(orang lama dah benti),pastu banyak rules baru(new precedure entah apa2), and entah2 ko pun dah lupa aku kerja ko sebenarnya..Ha ha..

Hmm aku sebenarnya tak tau apa motif entry ni ditulis..Hmm saja2 je membebel..nak hilangkan boring..sampai aku mengantukk baru la aku nak tdo..
Ok nak pergi jalan2 blog orang...

Tuesday, December 14, 2010

APA PASAL MACAM NI

Alahai..aku ada banyak benda nak tulis kat blog ni..hmm saja nak habiskan masa..sambil tengok tv sambil menulis(ada gaya multi-tasking tak? ha ha) Kenapa eh, line internet ni slow sangat2..Ada rasa bengang la pulak aku kat sini kan..slow tahap tinggi punya..Hampeh betol..Bunuh mood aku jer..Penat2 tulis,lats2 tak boleh save..Hmm

Tapi ada masa2 connection dia nampak OK..huhu..Susah2..Dah la malam ni ada gaya ala2 boring aku skang ni.Sebab mydear kene pergi port klang, jadi takde la teman nak borak2 sebelum tdo..Hmm(mengada2 jer lebih ni)

Ahad lepas aku ada pergi jalan2(macam biasa la-hobi aku kan window shopping) Aku nampak ada satu beg tu..cantik la dimata aku..harga pun murah..Ala kira kalo beli pun, pakai untuk pergi jalan2 jer..sekali sekala..Hehehe(cakap dengan diri sendiri-nak sedapkan hati)

JAdi aku pun beli la..rupanya bila aku pakai-aku rasa tak sesuai la pulak untuk aku guna pergi kerja..Beg tu macam halus jer..tak sesuai untuk kegunaan lasak..Dalam hati tiba2 ada rasa menyesal pulak aku beli-walaupun harga dia cuma rm20, tapi aku rasa kalo aku just beli & simpan jer,memang tak guna la kan..

Elok lagi aku guna jer terus beg aku yang sedia ada sekarang.. Hmm jadi moral of the story is,jangan tergesa2 pilih time beli barang..Fikir2 la samaada ianya keperluan atau kehendak yang betul2 penting..

p/s: Mata mengantuk sebenarnya,tapi tu la...rasa nak tulis2 lagi..tapi sebelum aku merepek jauh, elok aku stop dulu.

Sunday, December 12, 2010

KAHWIN PEREMPUAN MAGHRIBI...TREND BARU?

Aku sempat baca kat paper tadi pasal orang islam malaysia sekarang ni berpeluang kahwin dengan perempuan maghribi dengan kos yang murah(RM12k ~ RM14k) berbanding kahwin dengan perempuan tempatan yang rata2 kos mencecah RM15k ~ RM20k.

Tu satu hal.Ada lagi satu sebab yang menjadi punca rata2 orang malaysia beralih tumpuan ke perempuan maghribi.Mengikut laporan metro(hehe) perempuan maghribi ni cantik2/gebu2/pembersih, taat kepada suami...Ada banyak kelebihan lagi la. Jadi lelaki ni tak perlu nak susah payah bila dah dapat isteri macam ni.Bak kata orang-cukup serba serbi pakej lengkap.

Dan lagi, lelaki2 ni semua tak perlu risau,sebab perempuan maghribi ni bila dah taat kepada suami,maka dorang tak akan buat jahat or berpaling tadah tambah2 pulak family jauh berbanding perempuan indonesia or thailanf or pilipina. Cuma lelaki2 ni semua kene pandai jaga la,beri cukup makan,cukup keperluan,ada tempat tinggal dah kira ok.

Katanya juga perempuan maghribi ni rata2 kurang terdedah kepada budaya barat. Kira macam dorang ni memang dok ceruk2 kampung kot.. Bagus la kalo mcam tu.Syukur masih ada lagi orang kat bahagian dunia ni yang bersih dah suci dari pengaruh barat.

Tapi yang jadi persoalan nya, betul ke benda2 ni dah jadi trend dikalangan muda mudi sekarang? kalo betul, hmm aku sebagai perempuan rasa terancam juga (ha ha)..

p/s: tak tau nak kata apa lagi..

FILEM NGANGKUNG

Tak tau la betul ke tak ejaan tajuk filem ni. Tadi aku sempat tengok citer ni..hmm citer melayu kedua selepas upin ipin yang aku tengok kat wayang.Bukan nak merendahkan filem2 tempatan,tapi entah kenapa setiapkali aku nak tengok wayang filem pilihan aku mesti lah filem barat..Ha ha Tak patut kan?

Jadi tadi bila aku melangkah masuk ke pawagam, duduk je kat kepala aku dah terfikir macam2. Ye la nak tengok cerita seram komedi kan, entah seram ke entah lawak ke entah macam mana.. Dan bermula lah cerita.

Ada la part yang lawak2,biasa la kan..dan ada juga part2 yang ada hantu2. Pada aku cerita ni ada nilai2 yang boleh diambil pengajaran..Antaranya nilai kasih sayang contoh watak ayah(aku lupa nama watak,nama pelakon shaheizy sam) yang sayang sangat dekat anak dia,wahida. Siap pakai gelang yang ada nama anak dia lagi tu. Tiba2 aku teringat ada orang pernah kata dekat aku-anak pengikat kasih sayang suami isteri. Jadi bila aku tengok cite ni,aku rasa memang betul la..Anak tu penting. Kira macam kedua2 belah pihak-suami isteri,akan bertanggungjawab sepenuhnya bila ada anak. Ye la,dari segi kasih sayang, nak beri pendidikan,semuanya serba sempurna la semata2 untuk anak.

Yang aku rasa tak best nye..Watak si isteri. Sekali lagi aku lupa nama watak,cuma ingat nama pelakon, si ira syazira kot..yang suka membebel..Adoii klise la...Watak isteri membebel..Bila suami baru je balik rumah,da start membebel..Paling tak best depan2 anak pun boleh jadi membebel.APsal la cerita melayu macam ni ehh..(Jadi pengajaran buat aku-esok2 kalo da kawen, nak membebel kene tengok time tu kene ke tak..Ha ha.) Ye la memang fikir logik la,suami penat2 balik rumah,nak rehat2 tapi terpaksa dengar bebelan isteri. Patut tunggu la suami rehat cukup2 baru cakap.. Kalo aku pun, balik keje da penat2,dengar orang membebel-aku pun naik hantu la..ha ha

Lagi satu,kalo dah terdesak sangat nak cari kekayaan,jangan la sampai guna cara yang salah. Ni sampai jumpa bomoh mintak nombor..Haaa dah lebih da tu..Tak kira la macam mana sekalipun, usaha la setakat mana yang mampu.. Rezeki tu tetap ada-cuma cepat atau lambat jer..Yang penting ada usaha..Hehe.

Jadi sebagai kesimpulan aku bagi cerita ni 3 bintang.Sebab jalan cerita ni ringan jer tapi sarat dengan pengajaran. Kalo jadi,next time aku nak tyr tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah pulak..

Saturday, December 11, 2010

ENTRY TERTUNGGAK..CONGRATULATIONS TO SUE..

Bergambar sakan dengan pengantin..

Tengok la wajah2 gembira Sue.. Congratulations..semoga kekal bahagia ke akhir hayat..

Kawan2 sekolah menengah..Lama tak jumpa..Bila jumpa, macam ni la-bergambar sakan..Ha ha

Posing lagi..

Gembira kan kitorang..Lama tak jumpa macam2 cerita ada..

Ini adalah entry tertunggak.Dari hari tu nak upload gambar ni tapi komputer ada problem, lepas satu,satu masalah timbul..Jadi sampai sudah tak upload. Ni majlis kawen kawan aku masa sekolah menengah..Erk Sekolah rendah ye gak..haha..

Takde apa nak tulis..Gambar boleh ceritakan segalanya. Dengar kata minggu depan ada lagi sorang kawan yang akan kawen..So..tunggu je la majlis dia..

p/s: Sebahagian picture ni aku amik dari facebook bai, hehe Aku cuma amik gambar pengantin jer..=)

BUKU LAGI..


Tadi pergi kedai buku POPULAR dekat BP Mall, aku sempat la beli buku2 ni..Memandangkan buku2 yang sedia ada bakal habis dibaca(hmm novel2 jer,buku2 motivasi tak habis lagi..huhu) jadi aku kene cepat2 cari buku ganti..Heheh

Sekarang ni aku dah beralih kepada buku2 keluaran PTS Litera pulak. Kalau dulu selalu aku beli Alaf21.Hmm saja aku nak tukar genre.. Tema pun lain dari yang lain..Tapi tak bermakna aku stop terus beli buku keluaran Alaf21. Kalo ada yang aku minat nak baca, then aku beli la.

So..Berkobar2 nak start membaca ni..

BALIK KAMPUNG & KENDURI KAWIN

Hari ni aku plan nak pergi majlis kenduri kawn opismate aku kat batu pahat,sekali melawat atok aku.Hmm sambil2 jalan2 cuci mata..Dalam fikiran dan terbayang BP Mall or Summit. Tapi Summit tu tempat dia kecik jer..Dulu aku pernah pegi sekali dengan kawan aku tu si alene..Tapi macam tak best..So..Here we come-BP Mall..(saja jalan2 cuci mata-padahal bukan ada duit pun nak membeli,tak tau la kalo tetiba jer duit muncul dalam purse..toing toing....Hahaha)

Ini baru plan jer, tak tau lagi. Harap2 ok la dapat singgah kejap..Sebelum balik JB. Jadi sebelum pergi kenduri kene singgah rumah atok aku dulu, orang tua kan...sakit2 pulak tu..Hmm Harap2 perjalanan aku lancar hari ni. Minyak pun nak kene isi rm40..

Nanti nak beli makanan la kat stesen minyak..Hahaha Makan tetap makan..

p/s: Biasa jer perasaan nak pergi kenduri tu, excited lebih bila aku dah plan nak ke BP Mall..Harap2 sempat singgah...

Friday, December 10, 2010

YANG BAGUS DAN TAK BAGUS..

Hari ni aku nak tulis pasal makcik(lebih kepada auntie) cleaner kat tempat kerja aku..Isk2..Tiap2 hari(aku rasa tiap2 hari la-sebab bila aku masuk opis jer,aku da nampak dorang) dorang akan kutip sampah kat bakul sampah bawah meja. Memang satu opis tu dorang jalan nak kutip sampah.
Dorang keje bagus, pada aku..buat dengan betul. Tapi yang tak best nya kadang2 dorang pergi angkut sekali pplastik biru kat bakul sampah tu..Sudahnya tong sampah tu tak de plastik. Jadi bila aku nak buang sampah pun, aku berfikir 2-3 kali..Kalo setakat kertas kecil2 tak apa la..Tapi kalo pembungkus makanan?? Haaa camana..sendiri mau ingat la..Isk2

Ada time2 cleaner tu kene mop lantai.Ye la lantai kene selalu nampak bersih kan..Tak kira la kat koridor ke atau kat tangga.. Hmm sekali lagi aku nak puji..dorang ni memang buat keje dengan betul..Cleaner akan sapu habuk2..sampai bersih and mop. Tapi yang tak best nyer..Kadang2 time dorang mop lantai or sapu habuk tu tak kene gaya. Time2 orang nak lalu lalang, time tu la dorang nak mop or sapu lantai..Jadi macam mana...Kita nak tak nak pun kene lalu juga-dah alang2 ter'jalan'kat area tu kan,tak kan nak patah balik pegi pusing mana2 jalan.. Jadi jalan aja lah. Dan kadang2 boleh terdengar pulak dorang membebel-Lantai baru mop dah kotor balik,ada bekas tapak kaki..Tak faham aku-situasi macam ni, apa solution dia?

Bab kebersihan tandas. Hmm aku memang puji la tandas kat kilang aku ni. Sebab compare dengan kilang2 lain(banyak kilang2 supplier la or kilang kecik2) tandas kilang aku still the best-maksud nya: kebersihan terjaga la. Cleaner tu memang bersihkan dengan betul.. Tapi yang tak best nya, kadang2 time aku nak guna tandas time tu la dia nak cuci..Hahaha ini memang aku tak boleh tahan. KAdang2 time yang tak terduga, bila nak guna toilet, ada cleaner tengah cuci...Tak kira la masa apa..Aku heran la..Hmm tapi nak buat macam mana kan..

Sebenarnya banyak jasa cleaner ni kat kilang aku(pada pendapat aku). Sebab dorang la yang tolong bersihkan lantai, sapu2..cuci toilet..Kadang2 aku nampak dorang lap tingkap. Hmm nampak memang senang, tapi sebenarnya penat..Dorang semua bekerja macam aku juga-bekerja. Kalo tak ada dorang or dorang tak datang kerja..tak dapat aku nak bayang-lantai berhabuk,toilet tak cuci, sampai tak dikutip..Hmm

Tuesday, December 7, 2010

HIJRAH

Sempena maal hijrah ni, aku bermuhasabah diri. Elok la aku berubah menjadi lebih baik berbanding yang lepas2.. Sebenarnya banyak yang ada kat fikiran aku(ceh macam sibuk sangat jer sampai banyak betul benda nak kene fikir) Berubah kearah kebaikan..Hmm

Aku terjumpa kata2 ni:

"Hidup mesti terus dan kenangan mesti dilepaskan. Jangan merungut tapi fikirkan hari esok. Jika anda membelakangkan matahari, anda hanya akan melihat bayang2 sendiri. Pandanglah depan, sinaran akan menyambut hangat dan mengusir segala kedinginan yang membeku dalam duka semalam."

"Orang yang tidak diuji,tidak tahu tinggi rendah langit diatasnya. Orang yang hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam, tambahan pula jika kemelaratan tidak pernah menyentuh jiwa dan atmanya. Mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi. Oleh itu apa bila Allah berikan ujian, bererti Allah mahu mengajarkan sesuatu. Bila ada nya gelap, erti sebatang lilin jadi berharga. Apabila Allah bawa rusuh dan gawat, erti bahagia menjadi berjuta2. Siapakah yang mampu memberi nilai rasa selain Allah? Syukurlah pada Allah jika diri dilanda ujian."

Petikan kata2 indah dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga-A.Ubaidillah Alias.

Hari ni aku selamat habis baca novel ni..Aku jadi suka dengan susunan bahasa dia. Disamping banyak kata2 umpama motivasi yang aku boleh dapat(renung2kan).
Memang betul kadang2 kita(sebagai manusia yang lemah) ni bila ditimpa ujian kita mudah menyalahkan..Jarang sangat2 kita nak bermuhasabah diri, memikir sebab musabab sesuatu hal yang berlaku.

Boleh jadi sampai satu ketika kita mudah putus asa..Jadi kita akan terus terusan hidup dalam kekecewaan yang tak terubat. Pelikk..Aku menulis tentang aku?? Hmm mungkin sikit2.. Atau dulu2.. Tapi sekarang (dan untuk selamanya) aku kene ubah persepsi aku terhadap apa2 yang berlaku. Cuba untuk pandang kedepan dan fikir yang baik2 yang elok2 semestinya yang positif..sebab tak ada orang boleh tolong aku melainkan aku sendiri yang bangkit berdiri dari terus jatuh..

Jadi, terus berusahalah yea...

p/s: Azam tahun baru.

MAXIS BUAT HAL

Aku sebelum ni pengguna tetap (setia kot) celcom. Tapi gara2 kakak aku asik2 kata celcom mahal la (itu la ini la,dia boleh call aku cakap berjam2 sampai habis kredit limit dia) Aku jadi kesian pulak. Memandang kan kakak aku ni dok berhari2 suggest aku suruh guna satu no maxis jadi aku pun, hmm setuju la. Dengan harapan senang nak call-berhubung.

Langkah pertama yang aku buat, mesti la pergi cari no maxis kan..Haha Aku cerewet sikit dengan nombor. Aku paling2 tak suka(tapi akhirnya dapat juga..hmm) nombor kosong. Sebab kosong pada aku tak bermakna langsung. Memang alergik la, senang cerita. Kebetulan ayah aku ada satu no maxis dah tak guna. Jadi dia offer aku suruh guna no tu..

Bagus juga(dalam hati aku) senang tak payah aku nak pergi beli no baru(satu hal pulak nak pilih2 nombor ni). Maka aku pun jadi la pengguna maxis prepaid..Hanya untuk hubungi kakak aku tu.. Kesan dia, aku dapat la rasa perbezaan..murah juga bila kita call/sms orang yang sama-maxis ke maxis/celcom-celcom..

Tapi ada satu hal yang buat aku bingit...Sebab maxis ni bukan la no official aku, jadi aku topup le sikit2 jer..Tak usah banyak2..sebab kan untuk kakak aku je... Malangnya setiapkali aku topup rm5, tak lama kemudian aku dapat sms dari glomobil(ke apa tah tapi lebihkurang la) dia boleh tolak kredit aku rm4!! Ada ke patut.. Dah 3kali aku masukkan topop rm5, tiga2 kali juga la si glomobil tu tolak kredit aku..Huh..Hangin2..

Hari ni aku sikit lagi nk pergi register no maxis baru-atas nama aku, guna postpaid..(geram punya pasal) Sebab pertama aku malas dah nak guna prepaid, yang kedua aku malas nak guna no ayah aku..ye la kang nanti aku topup banyak2, sedap2 jer maxis tu tolak kredit aku-takut juga aku..Tapi adik aku kata nanti dia call maxis center suh stop apa2 service yang tolak2 kredit tu..Huish..

Skang aku dah dapat sms dari maxis kata service tu dah terminate(tak tau la betul ke tak) sebab aku tengok topup pagi tadi rm5 dah tinggal rm0.92 jadi dah tawar hati nak topup..Hmm nanti petang sikit aku nak test topup rm5. Kalo si Maxis tu tolak lagi kredit aku..huhuhu memang aku pergi gegar maxis center tu..Hahaha

p/s: Cuaca elok hari ni..Tapi takde plan nak pergi mana2..Hmm

Sunday, December 5, 2010

SABAR MENUNTUT KEKUATAN DIRI

"Aku jeda dalam terpaksa.Walaupun hatiku melirih dalam kewalahan yang mendudu. Aku tetap sabar. Kerana aku sedar, sebesar mana pun rona yang mencuak dan membusa, aku harus mengikisnya sendirian. Jadi, apa guna aku menjerit dan meraung, jika tiada siapa yang akan menbantu? Aku sabar lagi. Apa gunanya aku memerah semerih hingga terjengil anak tekak, jika diakhirnya aku tetap tercungap2 sendiri mengubati diri. Mahu tak mahu, aku harus tenang dan terus tabah"

Petikan bahasan indah dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga-A.Ubaidillah Alias.

Aku ada banyak masa lapang hari ni. Aku tak ada plan pun nak pergi mana2..Jadi aku rasa sesuai la aku guna masa yang aku ada ni untuk habiskan baca novel2 aku. Dan aku terjumpa kata2 indah ni.. Betul2 menyedarkan aku.

Sebab disaat aku rasa aku perlu seseorang untuk dengar aku..Hanya dengar aku, tak perlu cakap apa2 pun..Hati aku rasa lega pada saat itu sahaja. Selepas tu hati aku rasa resah balik.Sebab? Memang betul, pada akhirnya aku sendiri juga yang terpaksa hadapinya.
Semua ni memberi aku banyak erti.

Menjadi seseorang yang kadangkala terpaksa keras kepala, terpaksa menjaga hati walaupun hati sendiri yang terluka. Memenatkan..Tapi itulah lumrah kehidupan. Senyum dalam gembira..Bak kata kakak aku-ketawa dalam tangisan..Hehe Sebab bila tengah nangis2 tak lama boleh jadi sambung mengekek2 ketawa..Dan menangis balik..Huish..

p/s: Makin lama makin biasa jadinya. Tak kisah la macam mana pun dek kerana dah terlalu biasa jadi lali dengan apa yang jadi kat sekeliling. Hmm betul2 mencabar...

Saturday, December 4, 2010

KOMPUTER ATAU TV??

Kalau diberi pilihan, mana satu yang patut diutamakan? Komputer ke TV?? Aku tak tau la apa dah jadi sekarang..Komputer aku tetiba jer jadi jem/hang.. Tak boleh nak on langsung. Adik aku(yang serba tau tentang komputer ni) bagitau mungkin hard disk problem. Ala selalu je macam ni..

Tak tau la nak kata macam mana lagi.. Pulak tu, komputer ni penting sangat2 pada aku sebab aku pun tengok tv guna tv cut(tak tau la eja betul ke tak).

Bila dah jadi macam ni, adik aku bagi guna komputer lagi satu TAPI tak ada TV....Alahai....Terpaksa la aku tengok apa2 drama kat tonton.my

p/s: Hmm syukur la sebab still boleh online..Nanti kalo bosan2 terpakse la dengar lagu kat mp3..Nampak gaya malam ni kene baca buku la..=)

TAK BOLEH SAVE NEW CONTACT-SIMKAD AKU DAH PENUH??

Semalam aku tulis entry pasal hp aku yang dah tak boleh nak save no..hari ni aku mintak adik aku tukar setting suruh save/copy semua contact list ke memory phone (maklum la hp canggih tapi aku bukan reti guna sangat-agak membazir la pakai)Baru aku boleh save new contact. Aku memang pelik juga mula2..Makanya pagi2 lagi (sambil tunggu mesih basuh keringkan kain) aku pergi kira jumlah contact list aku..Tup2 dah ada 240 nombor..

Aik..gile banyak..Ntah apa2 la no yang aku simpan-ke entah no siapa2?? Haha..Siap kene perli dengan adik aku lagi-kenalannya ramai sangat,tu pasal la tak boleh save..Huhu geram pulak aku. Aku kene buat sesuatu ni. Hm aku plan nak remove2 separuh no yang aku rasa agak kurang penting(erk ada ke no yang kurang penting??)Mesti ada kot..Mana2 no yang aku rasa dah bertahun aku xcall or receive apa2 masg ke call ke aku rasa elok la aku delete dari contact list and tulis dalam satu buku nota kecik-satu hal pulak nak menulis..

Ish2..satu kerja pulak..Kene fikir balik ni..Layan...

p/s: Hari ni kalo xde aral aku nak pergi majlis kawen kawan sekolah aku-Sue..Congratulations Sue..

Friday, December 3, 2010

APA DAH JADI DENGAN TELEFON AKU? ATAU LINE CELCOM AKU?

Aku kadang2 pelik la. Lama dah aku fikir nak tulis entry ni. Sekarang aku pakai handphone nokia X5.. Saja beli2 time tension tahap menggila(memang gile..asal tension jer,kopak duit,tension=kopak duit) Ntah benda2 yang aku pegi beli, aku pun tak tau-padahal handphone sony ericsson aku elok lagi,walaupun outdated sket la...teknologi terkebelakang..hehe

Kadang2 bila aku nak call orang, aku kene la search nama dalam contact list-buat pe nk taip no padahal nama dah terang2 tersimpan dalam contact list kan..Tapi tetiba ada error-contact cannot read from simkad!!Ada ke patut macam tu? Sedangkan aku rasa aku dah copy semua contact list aku ke dalam memory handphone. Sudahnya aku kene switch off handphone then switch on balik.. Tak ke buang masa nama nya ni...Huh

Ada lagi satu, tadi aku try masukkan no contact baru dalam phone aku,sekali keluar error lagi, pelik betul la..Simkad cannot read..Ada ke jadi macam tu? Simkad telefon kita ni ada jangka hayat ke? Tak pernah pulak aku dengar berita/khabar yang kita kene tukar simkad telefon kalo dah lama sangat kita guna..Serius aku betul2 tak faham..

Yang paling aku tak faham,Semua benda ni tak pernah pun terjadi bilamana aku pakai handphone sony ericsson aku...Huhuhu Adakah ini bermakna aku tak serasi dengan Nokia?? Haha Musykil2..Kalau sampai tak boleh save no phone dalam contact list,adakah aku kene save dalam kotak memori OTAK aku ni??

p/s: Sony ericsson still the best...Bengang dengan NOKIA..Nasib beli pakai duit..Kalo pakai daun..Lama dah aku lempar ke longkang.

Wednesday, December 1, 2010

DISEMBER DATANG LAGI

Hari berganti hari,bulan berganti bulan..Sampaila kita ke akhir tahun..Bulan terakhir dalam tahun ni.Memang tak sangka..Kejap je masa berlalu..tak terasa pun.. Bila dok fikir2 balik, sepanjang tahun ni,kadang2 terasa aku rugi banyak benda tapi dalam masa yang sama aku belajar banyak perkara..Hmm Pengalaman mematangkan kehidupan kan..Sangat2 berharga..

Bulan ni juga sangat bermakna bagi aku sebab..haha aku lahir bulan disember..Sama juga dengan mydear...So nanti kitorang sambut sama2 la..(muah2 love you so much dear)

Aku macam biasa la..Tanam azam tiap2 bulan(azam tiap2 tahun dah tak valid lagi dah) Moga2 bulan disember ni bawak banyak keceriaan dalam hidup aku..Semoga aku jadi lebih kuat dan tabah(walau hakikat sebenarnya tidak) Semoga aku terus berdiri teguh..dan tak jatuh2..

p/s: Harap2 tercapai la..=)

Monday, November 29, 2010

SURAU DAN TANDAS

Aku ada satu perangai. Mana2 pun aku pergi tak kira bila aku mesti akan berfikir tentang dua perkara- surau dan tandas. Pada aku kedua2 kemudahan ni amat2 la penting..Sebab aku perlu surau yang selesa untuk kemudahan bersolat, contoh ada telekung dan sejadah,tempat wudhuk yang selesa dan tandas untuk...faham2 je la kan.. Aku cukup sensitif dengan dua tempat ni.

Biasa bila aku jalan2 window shopping aku singgah la kat surau kat shopping kompleks tu. Tak kira la mana2 pun..Angsana ke, Jusco ke,City square ke..Baru2 ni aku pergi Holiday Plaza(ikut mydear) Hmm time nak solat tu..kitorang cari la surau.. Jumpa kat tingkat atas sekali, ini biasa la..Memang kalau kat mana2 shopping kompleks pun kedudukan suraunya tersorok..

Tapi bila aku masuk..Hmm Aku rasa ini la surau yang paling teruk pernah aku pegi compare dengan shopping complex lain. Walaupun surau ni ada telekung & sejadah, tapi yang aku tak boleh terima tempat wudhuk dia share dengan orang lelaki!! Eeee apa la.. Aku rasa tak tau nak kata apa.. Nak buat macam mana kan...Solat kena tunaikan juga. Tergesa2 aku amik wudhuk.. Pastu tempat solat sempit untuk perempuan..Dah la hanya dipisahkan oleh satu tirai dengan bahagian lelaki!!.. Tambah plak ada makcik tu tengah syok tido time aku masuk tu..haaa lagi la sempit..Hish..

Surau yang selesa pada aku kat city square(maybe sebab aku selalu pergi sana)..Kat angsana pun Ok juga..Besar sebesar2nya...Surau kat jusco pun selesa.. baik jusco taman u ke jusco bukit indah ke jusco tebrau city ke..Semua aku puas hati la..

Tu belum kira bab tandas..Aku rasa la tandas kat holiday plaza ni memang paling teruk! Dengan kotornya..Susah nak kata la..Isk2..Elok lagi tandas kat Jusco/Angsana/Tesco..Hmm..Tak tahu la bila dorang ni boleh improve.

Kadang2 aku tak faham dengan sikap sesetengah pengurusan.. Kenapa la kan perkara2 benda ni boleh terabai? Sepatutnya surau & tandas ni kene la jaga. Kan ini termasuk kebajikan pekerja juga. Menyediakan kemudahan beribadat dan tandas yang selesa. Shopping complex berdiri megah tapi hakikatnya surau & tandas tak terjaga..Pengunjung nak datang pun kurang selesa.

Saturday, November 27, 2010

INDAHNYA ALAM..

Lama rasa tak tulis sesuatu kat sini(ceh ayat klise..haha) Selalu bila aku online aku blogwalking je..Perasaan nak update sesuatu memang ada,tapi hehe selesai je aku blogwalking, aku jadi malas nak taip..kuikuikui Jadi hari ni sebelum aku blogwalking, aku taip sesuatu dulu.

Hari ni aku terpaksa OT lagi..Hati rasa tak mau datang,tapi dek kerana kerja yang ntah aku tak tau nak describe macam mana,aku gagahkan diri juga untuk datang..Hmm

Cuaca pagi ni elok je..time2 aku drive nak pergi keje tu. Macam yang pernah aku tulis dulu, aku sangat2 hargai masa aku drive. Tak kira la pergi ke mana2 pun.. Bila aku tengah drive,aku rasa macam time tu la aku boleh dok perhati alam sekeliling..dok cakap2 dengan diri sendiri untuk memotivasikan diri atau memujuk diri..Time tu la biasanya aku menangis kalau2 tension ke..Ada problem ke...

Tadi time aku drive, sepanjang jalan lalu highway..Aku nampak pokok2...aku nampak burung2 terbang...Indah betul alam ni..Langit pun cerah je...Ada matahari... Tengok kelopak2 daun buat aku ingat sesuatu..

Pertama kali aku syak aku rabun..hehe Lepas aku rasa alam ni macam kabur je pada pandangan aku.. Bila aku pandang keliling,aku rasa macam tak puas..Waktu tu aku blaja lagi kat universiti. Then bila nak salin nota,aku tak boleh baca langsung apa yang lecturer tulis kat white board! Pen hitam atau biru ok lagi..nampak2 la juga..Tapi bila dia guna pen merah...Fuhh..memang langsung tak boleh baca..

Saat pertama kali aku pakai cermin mata..Bila aku pandang keliling, aku nampak pokok2..Aku nampak kelopak2 daun..Time tu..wow..aku rasa macam aku diberi penglihatan kali kedua..Hehehe..Semua aku boleh nampak dengan clear..Gembira beb..hehe.

Moral of thr story is: Nikmatilah keindahan alam selagi ada.

Wednesday, November 24, 2010

MACAM NI KE KERJA DENGAN ORANG..

Entry ni patut aku tulis semalam. Tapi baru nak mula tulis mood jatuh merudum..tambah plak semalam dok syok layan citer 'Asmara' Haa memang tak boleh fokus nak tulis. Haha

Time rehat(time lunch) aku keluar sekejap pergi pejabat pos. Rancangnya nak pergi yang dekat airport senai jer..Sebab dekat sungguh dengan tempat kerja aku..Haha Tapi malangnyer layanan yang aku terima buat aku rasa jelik nak pergi situ lagi.

Sungguh memalukan bila petugas kaunter tu tak nak layan permintaan aku hanya kerana jam waktu tu dah menunjukkan hampir ke pukul 1!! Alasan dia banyak kerja,pukul 1 dah nak kene tutup kaunter..Plus orang sebelum aku pun keluarkan parcel banyak2 nak pos.. Lagi la melambatkan kerja dia. DAn lagi pakcik tu(PAKCIK okey...orang tua..nak marah/betah pun rasa aku kene fikir 2-3 kali) bagi alasan hanya dia sorang jaga kaunter.. Kalo dua orang jaga kaunter maybe boleh..

Ada ke patut macam tu? Dah jadi macam ni, maka aku terpakse la keluar ke senai..untuk pergi ke pejabat pos. Nasib kat situ petugas2 dia baik2.. Walaupun jam waktu tu dah pukul 130 tgh hari. Tapi dorang layan dengan mesra.. Bukan macam PAKCIK kat pos airport tu...Huh

p/s: Letih nak ulang..Kerja dengan orang kene la beradab sikit kan..Hmm Sabar je la

FACEBOOK OH FACEBOOK

Aku terbaca kat paper hari ni artikel tentang kemungkinan facebook ni menyumbang kepada peningkatan kes2 penceraian/pergaduhan dalam rumah tangga. Walaupun tak ada kajian yang terperinci tapi di zaman sekarang ni aku rasa faktor ni memang tak boleh nak elak.

Sebab facebook ni macam drug la aku rasa..Haha Bila sekali dah suka terus nak melekat jer...Kuikuikui Macam aku..Tiap2 hari bila aku balik dari keje..On je pc aku, web pertama aku masuk: facebook. Aku pun tak faham la.. Aku bukan jenis yang suka mengupdate segala2 dalam facebook tapi tetap juga aku klik web tu first2 sekali.. Hmm

Artikel kat paper tu kata,orang perempuan ni suka update status kadang2 benda2 yang ditulis tu boleh menyebabkan pasangan tak puas hati.. Aku rasa betul juga..Sebab entah kenapa aku nampak ada sesetengah orang suka tulis yang bukan2 kat status dia.. Dalam hati aku-benda macam ni pun nak heboh tulis kat facebook..

Silap2 haribulan facebook ni juga boleh membuatkan hubungan kucar kacir. Ye la macam contoh kes kat paper tu, si suami terjumpa balik dengan bekas kekasih(sekarang dah jadi isteri orang) dan berhubung semula..Menyebabkan si isteri (kepada suami tadi) curiga dan check akaun facebook suami dia dan terbongkar rahsia..Hampir2 membawa kepada penceraian. Alangkah tak bagusnya..

Pada aku, diri sendiri kena kawal la. Gunakan kearah kebaikan je. Jangan melebih2.

p/s: Memang aku selalu on facebook, tapi jarang update status..

Sunday, November 21, 2010

AHAD, BERJALAN2..

Hari ni aku decide nk jalan2 hilangkan bosan..Aku bila time cuti2 ni memang blur tak tau nak buat apa, tapi bila waktu bekerja, fikiran selalu ingat2 bila la nk cuti ni..Hish2..apa dah jadi pun aku tak tau la..Boleh macam tu?

Sebab hari sabtu aku datang OT(as usual gara2 model meggi tu) jadi aku sampai konpius hari ni hari apa? Huh hari ahad rupanya..Bila ingat2..hmm macam tak rasa jer cuti hujung minggu..Nasib baik Isnin cuti umum untuk johor..Atleast dapat la merasa cuti ala2 2 hari..Wow terasa bulan november ni memang banyak cuti la..Bulan depan kurang cuti kot..

Jadi aku decide untuk pergi ke giant & tesco bukit indah(sebab minggu lepas aku dah angkut adik2 aku pegi jusco bukit indah-minggu ni turn tesco & giant la plakk) Tempat first aku pegi..haaa ini semua gara2 inspira punya pasal..Dah berhari2 dok usha bila la dapat tengok inspira kat showroom..Tadi baru aku dapat tengok..Wowo memang best la kalo aku dapat drive(yeye jek..nak drive keta ayah aku pun tak penah lagi..) Tapi aku rasa ok la Proton inspira.. Kembar mitsubishi lancer..Boleh la...

Time aku tengok2 tu, beriya2 salesman dia promote inspira..Haaa macam la aku nak beli.. Aku pun sekadar tengok2 jer..sebab aku dah ada kereta pun..bagi aku cukup2 la dengan apa yang aku ada..Aku nak kejar benda yang aku belum pernah ada lagi..Itu matlamat aku skang..haha

Masuk giant-purpose aku nak beli macam biasa la makanan sikit2,pastu selebihnya aku nak suruh adik aku beli penutup mangkuk tandas..haha ada ke adik aku boleh patahkan penutup mangkuk tandas tu..Huhu nak tergelak aku time pilih2 penutup tandas tu kat giant tadi..Tapi kitorang kene beli juga kalo tak..alahai..tak berpenutup la mangkuk tandas bilir air kitorang..

Keluar je dari giant, masuk tesco plak..Ni lagi best.. Sesi menggemukkan badan,boleh tetiba tekak nak makan KFC,padahal kat rumah sebelum keluar tadi dah melantak nasi..Huhu..tapi tak apa lah juga, sebab adik aku nak belanja..so aku ok jer...kuikuikui

Habis makan, round sekejap dalam tesco, then balik rumah..Hmm itu je yang aku buat hari ni..Esok2 aku tak tau nak buat apa lagi..Sebab..Haaaa duit belanja da tinggal beberapa hinggit..kuikuikui Bila nak 25hb ni..Gaji oh gaji...

Wednesday, November 17, 2010

HARI CUTI AKU

Hari ni cuti sempena Hari Raya Aidiladha.. Aku cuti sehari je,aku rasa semua orang pun sama..Melainkan amik cuti annual leave..maklum la time2 hujung tahun biasanya waktu yang sesuai untuk habiskan cuti tahun-ni bagi orang yang dah berkeluarga la kan..masa untuk bercuti dengan anak2..cuti sekolah pun dah start.

Aku?? Macam biasa la aku time2 cuti ni memang tak ada plan langsung. Jadi aku setuju untuk ikut adik aku jalan2 window shopping kat mana2 shopping complex-biasa la, bila hari tengah berduka lara,window shopping adalah the best treatment untuk aku. Sebab bila aku jalan2 walaupun window shopping..fikiran aku pun berjalan2 juga ibarat terbuai2 ikut angin persekitaran..ha ha..

p/s: entry ni panjang sebenarnya..Tapi rupanya setelah aku tulis2..internet ni jadi hang plak..Maka aku terpaksa tulis balik SEKALI LAGI...Macam hampeh betol la..(bengang tahap da ni)

Aku pergi plaza angsana hari ni. Macam aku kata tadi saja jalan2 bukan beli apa pun kan. Kat angsana aku nampak banyak khemah2..Ada majlis korban bersama rakyat johor(kalo ikut banner macam tu la dia tulis) Ramai juga orang..Siap ada polis jaga lagi.

Dalam angsana kedai2 buka macam biasa.Tapi ada juga tak buka..atau lewat sikit buka..Mungkin sebab dorang pun nak join majlis korban tu kot..Aku beli payung kat guardian.. Selama ni merata2 tempat aku cari payung tapi susah na nak jumpa.. Akhirnya kat guardian aku jumpa juga-payung. Aku nak ganti payung lama aku tu. Besi dia dah siap2 patah da..Lagipun aku dah lama sangat guna payung tu..Amat wajar la aku tukar payung baru..RM19.90 untuk sekaki payung...Mahal kan? Aku rasa mahal tapi tu la satu perangai aku, bila membeli memang aku jarang fikir2 balik relevan ke tak harga barang-ni semua sebab prinsip 'bila hati dah suka' ha ha..Uish tak bagus perangai ni..(kene berubah-ayat klise)

Balik dari angsana aku singgah kat sutera mall. Rasa2 lama betol aku tak pergi sini,walaupun tiap2 hari aku pergi kerja lalu depan sutera mall ni. Haa kat sini ada berlaku satu insiden yang agak mem'bengang'kan aku. Aku beli body scrub kat carefour sutera mall. Boleh harga yang ada kat display tak tally dengan harga yang perlu aku bayar dekat kaunter?? Uish..apa la jadi macam ni..Dorang ni tak check ke?? Aku malas nak citer banyak. just bayar je la..Tapi lepas ni aku decide nak pegi scan dulu setiap barang yang aku beli sebelum bayar kat kaunter..Hmm

p/s: mood da hilang nak menulis..Internet hang lagi skang...Eeeee

Tuesday, November 16, 2010

PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA

HAri ni aku baca kat paper tentang nasihat (aku tak ingat la jawatan dia apa-bekas mufti ke atau still mufti perak) Harussani Zakaria..petua rumah tangga bahagia. Antaranya jangan bertunang terlalu lama,takut2 nanti maksiat senang berlaku..Bila sebut maksiat dalam konteks ni mestila la nanti pasangan tersebut ada keinginan untuk buat benda yang tak sepatutnya..Contoh tidur sama..Hmm nanti impaknya haa dah tak ada kemanisan berumahtangga la sebab semua benda dah buat sebelum nikah.

Fakta lain ialah si suami tu jangan la suka hati je mengambil atau menggunakan duit isteri sesuka hati..Walaupun isteri tu bergaji banyak or sama banyak tapi kalo guna duit isteri tu seeloknya pulang la balik..Sebab tanggungjawab bagi or cari nafkah adalah tanggungjawab suami. Melainkan kalo isteri tu rela hati nak tolong suami..Tu kira dibolehkan..

Sebab zaman skang ni banyak muda mudi kawin muda2-Alhamdulillah..Tapi tak kurang juga yang muda2 dah jadi duda/janda-MasyaAllah...Mintak jauh la kan..banyak faktor yang mendorong dorang ni ni bercerai muda2..

Kat paper tu jugak ada menyatakan yang 'chatting' juga antara punca ramai muda mudi bercerai. Aku setuju dengan fakta ni. Zaman sekarang ni semua orang da celik IT. Jadi facebook/twitter semua orang tahu. Biasa benda2 macam ni semua memang boleh effect hidup kita. Ada orang bila kecewa dalam hidup, mula berjinak2 dalam laman sembang...Seterusnya chatting di alam maya..Kemudian plan untuk jumpa..Then bila hati dah suka..ha mula la...buat benda yang bukan2..haha

Kita kurang sedar manusia ni ada macam2 jenis..Belum tentu kita chatting dengan orang yang baik. Tapi tak semua orang yang aktif dalam talian ni jahat2.Cuma kene waspada selalu.Jangan sampai tersilap langkah.

Monday, November 15, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

Tajuk entry entah pape..Hari ni aku balik keje lewat lagi..Macam biasa-ni semua gara2 model meggi tu la..Ha ha.. Tadi masa aku nak apply OT..(aku memang jenis yang tak reti bahasa..HR dah kata sila apply OT sebelum kol 10pagi kot tapi aku apply LEPAS aku OT..meaning bila time dah nak balik baru aku terkial2 nak apply OT) Aku kira2 jumlah jam aku OT bulan ni sudah 15jam???
Alamak...Apa dah jadi ni..Aku memang jarang OT tapi time ni..pergh..memang tak boleh blah..

Balik keje malam ni..Ye la-aku ingat orang lain pun sama juga macam aku,balik keje lapar..Aku tak kira la pukul berapa aku balik, asal balik jer aku mesti nak makan..Haha mana tak naik berat badan ehh..Ala tapi pedulikan la..Asal aku sihat sudah..Lagipun BMI aku ok jer..Hehehe

Time2 skang ni baru la internet rumah aku ni ok sikit..Nama jer langgan streamix 2Mb, tapi punya la slow mengalahkan siput sedut!! Hampeh..Kalo call TM,alasan klise lagi aku terima..Jadi elok tak payah call..Senang2 pegi gegar je bangunan TM tu..Tanya direct apa masalah..Hehe

Malam ni giler rajin aku(buang tebiat kot) pergi iron baju keje awal2..Padahal selalu aku iron pagi2 sebelum aku pergi kerja..Hmm yang sebenarnya-takur terbangun lewat..Huhu

Ok dah siap2 semua,masa untuk tdo..Hmm aku ingat nak baca buku kejap..Tapi aku rasa kalo aku baring2 ni..Memang lena terus..

p/s: Jeles dengar mydear dapat Nokia C3 free..heheh kene usha2 ni..kuikuikui

Sunday, November 14, 2010

WISH TOMORROW NEVER COMES..

Ada sesuatu yang tak mampu aku nak kata. Macam tak ada perkataan yang sesuai nak gambarkan. Rasa berat hati sangat2.. really need someone..

Dah 2 hari hujan kat kawasan rumah aku..Rasa sejuk jer..nyaman tengok air hujan yang turun.Tapi hujan yang turun juga seolah2 turut sama getaran nya dengan hujan kat hati aku ni.

Letih la menjaga hati..

p/s: hati menangis tak siapa yang tahu.

Saturday, November 13, 2010

KERJA SABTU..

Sebenarnya aku paling malas kerja hari sabtu.Sebab macam yang pernah aku tulis sebelum ni, sabtu ahad adalah hari cuti untuk aku. Melainkan aku terpaksa datang untuk OT-tapi selalu aku memang jarang datang pun..ha ha

Tapi hari ni aku datang juga kerja sebab aku fikir hari rabu aku dah cuti. Tambah pulak annual leave aku dah tinggal satu hari.. Apa boleh buat..

Bila kerja sabtu, so hari minggu pun macam hari2 biasa juga. Tak terasa waktu cuti2 hujung minggu pun..Keje full day, balik pun dah petang..Badan penat..malam2 apa lagi..kalo baring kat katil..confirm lena..Tambah2 plak baru lepas hujan kat rumah aku ni.. Lagi la best tido..

p/s: Betul2 ngantukk...Tunggu dear call la, baru aku nk tdo..hmm

Friday, November 12, 2010

SELALU TAK CUKUP ORANG..

Entah kenapa dengan hari ni, aku rasa macam pelik sikit. Aku balik kerja awal hari ni. Terasa malas nak stay sambung buat kerja. Biasa la aku, kalau mindset dah kata awal2 lagi-malas nak OT, elok tak payah OT sebab nanti buat satu apa pun tak jadi..Sebab aku dah tak de hati..Hehehe

Balik tu aku lalu route biasa..Jalan sehari2 aku pergi kerja dan balik kerja. Satu suasana yang tak dapat aku nak cakap la..Boleh jem teruk kat highway-tol skudai.. Dari sebelum lalu tol senai lagi aku dah ingat2 aku nak guna touch & go(Saja test2 guna-sebelum ni memang langsung tak pernah guna.Kad touch & go pun aku takde.Tapi aku terpakse beli satu kad touch & go bila aku lalu plaza tol gelang patah.) Tapi entah kenapa aku dah termasuk lorong untuk ambil kad. Jadi nak tak nak sebelum turun kat skudai aku kene bayar tunai la.

Tak apa lah bayar tunai..Bukan aku tak biasa pun. Alih2 bila nak masuk tol skudai..Makk aiii banyak betul kereta dok tunggu turn.. (Dalam hati menyesal pulak aku tak guna touch & go-dan2 la menyesal, tapi sesal kemudian tiada berguna.Ha ha) Adalah dekat2 20minit aku tunggu turn nak bayar tol.Fuhh betul2 hangit ni.. Tambah plak bila tengok keta lain dok lalu kat touch & go cepat jer..

Paling tak tahan, bila ada kereta lain yang sibuk nak masuk line kita(huh buka reti nak tunggu turn dengan sabarnya) Biasa aku memang tak kasi peluang la kepada driver2 macam ni. Lepas tu time2 jem ni pulak ada kereta polis nak jalan..Aduiii ni lagi la tambah parah..

Sampai turn aku, time bayar aku tanya la dekat budak yang jaga tol tu

Aku: Bang, kenapa tak buka kaunter banyak sikit?
Tol: Aaa, hmm kita tak cukup orang la.
Aku: Klise la alasan.. ok la terima kaseh(setelah dia pulangkan baki duit tol)

Hmm lepas je plaza tol skudai. Aku terfikir..Punya la banyak pondok tol, tapi orang yang jaga tak ada..Jadi buat apa la membazir duit sediakan pondok2 tu semua?? Benda senang pun tak boleh fikir ke.. Bukan semua pengguna lebuhraya ada kad touch & go.

Hal ni sama juga dengan kaunter pembayaran kat mana2 pasaraya..jusco ke giant ke tesco ke..Kaunter nak bayar punya la banyak sampai 14.,16,18 kaunter..tapi..kebiasaannya cume beberapa jer yang buka.. Tambah plak time hari minggu..Kan orang ramai...Kalo dah tau tak cukup orang, then sila la tambah pekerja.. Apa la.. AKu memang tak boleh terima betul benda2 macam ni..(hehe suka hati aku jer kan)

Sama juga bila internet rumah aku ada problem dulu(sekarang dah ok sikit la) Janji nak hantar technician dalam 24jam, tapi tungug2 tak datang-alasan:tak cukup orang..Entah kenapa selalu asyik tak cukup orang jer...Bila nak 'CUKUP'??

p/s: Dah muak dengar alasan tak cukup orang

Thursday, November 11, 2010

APA YANG PALING AKU HARGAI DALAM HIDUP

Semalam aku ditanya satu soalan yang buat aku berfikir panjang utk bagi jawapan. Apa yang paling aku hargai dalam hidup?

Hmm soalan senang jer..Sapa2 pun boleh tanya. Tapi nak memberi jawapan yang tepat dan bernas serta betul2 meyakinkan, adalah amat2 payah sekali. Aku tanya balik pada diri aku, apa yang paling aku hargai dalam hidup selama ni. Lama juga aku berfikir2..Satu kebiasaan aku ni, suka berfikir time2 aku tengah drive. Tak kira la pergi kerja ke balik kerja ke..Aku memang akan memikirkan sesuatu bila aku tengah drive. Tu yang kadang2 kalo aku tunda belakang lori ke bas ke, aku ni boleh leka dok follow jalan mana dorang lalu. Ha ha. Syok pula berfikir sambil drive. Sebab kita kene awas..berhati2..ye la mana nk tuka gear, pastu nak tengok kenderaan sebelah lagi. Otak kita kene kerja dua kali ganda dari biasa..Huhu Driving tu macam satu kepuasan bagi aku..(tapi bila penat-biasa lepas balik kerja, terus tdo..pastu bangun pagi menyesal-terlepas cerita tv la..tak online la..huishh)

Ok berbalik pada soalan seseorang tu pada aku...AKu paling hargai saat2 pertama kali aku. Tak kira la saat yang manis atau saat aku berduka ke.. Contoh dalam kehidupan sehari2 aku.. Aku ingat lagi saat aku amik result PMR, aku gembira sangat2..(ye la budak lagi time tu)..Saat aku amik result SPM, Saat aku masuk mendaftar sebagai pelajar U, saat pertama kali aku drive kereta sendiri, pertama kali aku lapor diri sebagai pekerja, pertama kali dapat gaji,semua saat yang indah la dalam hidup aku.

Dan juga saat aku berduka, luka kerana cinta(ceh...ini yang paling hangit sekali) Saat aku rasa down giler..Saat aku drive sambil menangis2..Semua tu masih kekal dalam ingatan aku. Bagi aku memori2 ni la yang akan bangkitkan motivasi dalam diri aku.

Aku pernah terbaca kat satu komik APO kalo tak silap..dia tulis, 'people come and go in our life, but memories stay forever' Aku setuju sangat2.. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun pun berganti tahun,(umur makin meningkat.ha ha) Kita jumpa ramai orang..Macam2 kerenah yang kita kene lalui, macam2 masalah yang kita terpaksa hadapi dan selesaikan..Semua tu pahit manis kehidupan(orang kata).. Itu yang membuat kita jadi lebih tabah dan matang untuk hadapi masa mendatang.

p/s: Setiap detik amat berharga..