Monday, May 30, 2011

LELAKI-CUKUP LAH SEORANG PEREMPUAN..


Pendek akal-itu yang boleh aku gambarkan pada seorang lelaki yang dikatakan (refer paper metro) menelan 25biji panadol semata2 nak isterinya tarik balik permintaan cerai. Sudahnya diri sendiri tak pasal2 kene masuk hospital. Dikatakan isteri dah tak tahan lagi dengan perangai si suami yang kaki perempuan.

Orang lelaki kelemahannya perempuan..Dan perempuan pula, hampir kesemua kes yang menyakitkan hati disebabkan 'perempuan juga'. Suami ada hubungan sulit dengan sipolan, sipolan yang tak habis2 menggoda suami(tambah malang bila suami melayan)..Macam2 la rencah hidup suami isteri yang boleh dikaitkan dengan 'perempuan' lain.

Orang perempuan ni biasa memang paling pantang kalau pasangan nya diusik perempuan lain. Ini memang kesalahan terbesar mana2 lelaki dalam menjalinkan hubungan-ada perempuan lain. Aku rasa lukanya bak dihiris2 ditoreh2..Tak ada perkataan yang sesuai nak digambarkan melainkan korang rasa lah sendiri..He he

Maka dengan sebab itu, suka aku nak begitahu lelaki kat luarsana..Kalau dah tak suka, sila tinggal terus..Jangan kau buat hubungan dengan dua orang sekaligus..(tak payah nak ada skandal ke hapa). Kene ingat banyak kes, bila lelaki melayan perempuan lain, dorang tak sedar sebenarnya dorang terpedaya..Bila dah terjebak, dah terbongkar tembelang-mula la menyesal.

Siap bandingkan yang baru vs yang lama.Tapi apa nak buat, benda dah jadi.Masa tak mungkin dapat berputar kembali.Hidup la kau dengan penyesalan.Menangis airmata darah pun dah tak guna.Sekali hati perempuan terusik,akan terlukalah selamaanya..

Lelaki...cukup la dengan satu perempuan..jagalah hatinya selagi dalam hati kau masih ada rasa sayang dan cinta padanya. Kerana jika kasihmu beralih arah, ia tak kan sama dengan kasih yang pernah tercurah untukmu darinya.

Fikir la, perempuan baru hanya untuk suka2 atau sebenar2 suka.

CAKAP LEPAS-KAU INGAT KAU BAIK SANGAT KER


Kadang2 tak tahu macam mana nak nilai keikhlasa seseorang. Sebab manusia ni sesetengahnya hipokrit, bermuka2...Depan cakap lain, belakang mengata bukan main. Jenis yang macam ni boleh buat aku bengang rasa macam nak pukul2(huh tak kuasa aku nak menyakitkan tangan aku)

Senyum seseotang tu kadang2 bukan tunjuk dorang benar2 gembira, bahkan sebenarnya menghantar isyarat 'eleh macam kau seorang yang bagus, aku pun bagus juga'

Jadi bila melakukan sesuatu sila buka mata seluas2 dan perasan la kemungkinan terjumpa or berurusan dengan manusia jenis yang macam ni. Apa rasa bila hati dah berdetik 'ooo begini rupanya sipolan...baru aku tau..patut la sekian sekian sekian'

Aku jenis yang tak berapa nak dengar cerita orang. Sebab aku belajar dari pengalaman, mulut2 orang (sesetengah macam mulut tempayan) suka mengata yang bukan2..First2 dengar memang boleh boo layan, tapi bila lama2 dengar..wow boleh terangkat juga hati dan perasaan..Siapa yang nak tanggung? Diri sendiri juga la. Sekali bila terkena selamanya aku ingat...Buat pengajaran..

Setuju dengan frasa 'buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali'.. Terasa ingin juga aku tanya-orang yang suka bercakap lepas ni, hati dia dah buta ker sampai tak terfikir perasaan orang lain? Kebal sangat ke telinga kau sampai kau boleh tahan bila tiba masa orang bercakap yang bukan2 pulak pada kau?

Pelik memang pelik berurusan dengan orang macam ni. Kene tahan sabar. Nak cakap lebih2 pun dah tak terdaya. Nak tak nak kenalah juga dengar walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu. Tapi tak apa lah, selagi terdaya, aku doakan orang yang sebegini diberi petunjuk dan hidayah, moga2 mereka cepat tersedar..

Saturday, May 28, 2011

MACAM AKTIVITI WAJIB PULAK SETIAPKALI GAJI



Hujung2 bulan bila dapat gaji, dah tolak semua tanggungan-duit lebih tu adalah untuk berjoli sakan..Ha ha berjoli sakan tu bukan la bermakna aku pergi membeli belah sampai tak ingat dunia..Tapi lebih kepada window shopping-beli tak juga..

Hari ni nasib baik aku tak tergoda tengok purse2 kat jusco tadi..Memang ada satu purse yang memikat hati..ha ha tapi bila aku fikir2 panjang2..dok pusing2 tempat beg tu..last2 aku kata kat diri aku-purse yang aku pakai skang ni still elok lagi..So apa keperluan aku kene beli purse baru? Begitulah aku setiapkali membeli sesuatu...Selalu berakhir dengan -Tak Jadi Beli..Huh (kedekut kah aku? Musykil) Harga purse tu pun bole tahan juga..Tolak diskaun..hmm tapi still ragu2 nak beli ke tak..

Tu satu hal..Ada lagi satu hal yang lain..Haa kalau bab ni memang aku tak pernah nak kisah berhabis berapa pun...BUKU..Aku memang tak fikir dua kali kalao aku pergi kedai buku..Buku yang aku rasa menarik, aku terus beli...Ha ha (tapi kotak buku aku dah penuh-tak tau nak sumbat mana lagi-itu yang masalah)

Sebab aku fikir hujung minggu ni aku pun tak ada plan apa..So buku lah peneman aku..Aku beli buku siap2 untuk aku baca..Sebenarnya tu buku kanak2 or remaja..Tapi tak apa lah kot.Saja nak release tension...baca buku yang ringan2...Dah penat nak membaca novel yang memerlukan pemikiran dan menyentak emosi..Sekarang aku perlukan bacaan santai..Ha ha (gaya macam kerja teruk jer)

Tak sabar aku nak membaca..he he harap2 tak tertido la time aku baca nanti.

HUM TUM...TENGOK BANYAK KALI PUN STILL LAYAN


Aku bukan la peminat cerita hindustan tegar, tapi ada beberapa cerita/filem yang aku layan.Tengok berkali2 pun still ok lagi..Antaranya cite hum tum ni yang TV3 dok tayang..Macam baru je aku tengok...Ker dulu aku tengok dekat Tv2,hmm aku pun dah lupa..

Cerita hindustan..biasa la kan kalau tak ada lagu2 memang tak sah..Tambah pulak kalau lagunya semua best2 hmm melodi dia memang memikat..ha ha

Meh layan..

Wednesday, May 25, 2011

KRISIS IDENTITI

TErkejut aku tengok berita tadi. Ada ke seorang lelaki buat permohonan untuk tukar nama kepada perempuan? Paling tak tahan dia siap datang mahkamah pakai lengkap berbaju kurung dan bertudung!! Aduh..Apa nak jadi la agaknya dengan manusia zaman sekarang....

Antara alasan mamat tu nak guna nama perempuan ialah sukar nak hidup dengan nama lelaki (walaupun naluri dia cenderung ke arah perempuan dan berpakaian lengkap perempuan) dan juga sukar nak sambung belajar..Uikkk nak aje aku cakap kat dia-belajar tinggi tapi otak tak ada...Dah tahu benda tu salah...Nak juga teruskan...Salah siapa tu?? Memang tak malu betul la..huh

Dekat paper utusan pun aku terbaca artikel pasal mak nyah..Golongan yang mengalami kecelaruan identiti..Tak tahu naluri cenderung ke arah mana..Haii yaa..

Malas aku nak ulas lagi la..Sendiri mau fikir sama ada benda tu elok atau tak..

Sunday, May 22, 2011

AKHIRNYA DAPAT JUGA...

Dah lama aku terpanggil nak menonton hikayat merong mahawangsa ni..Dulu2 plan nak pergi tengok wayang..Tapi apakan daya..kita hanya mampu merancang..Ha ha..Dan akhirnya aku dapat juga menonton filem ni..Uiiiii Gigih aku mencari link untuk download..Pastu time download, kene tunggu lagi..Internet slow punya pasal..

Hari ni, sebab aku pun tak ada rancangan nak keluar, so duduk la aku depan komputer ni menonton merong mahawangsa..Sebelum ni aku dah banyak baca review filem kat blog2..Tapi macam biasa..kalau setakat baca review mana ada feel beb..

Secara keseluruhan cerita ni aku suka..Sebab aku pun memang suka cerita yang ala2 sejarah or epik2 ni...Hmm CGI dia pun nampak ok..Menarik...

Aku bagi 5bintang..Ok nak sambung tengok movie lain pulak...

p/s: Sejak pandai download movie sendiri ni..kejenya asik men'download jer..ish2

Saturday, May 21, 2011

WAYANG

Hari ni aku nk update tentang movie yang aku tengok tadi..Nur kasih..Mula2 memang tak plan pun nak tengok..Sebab cerita ni baru keluar wayang 19mei..So bajet macam ramai la orang kat panggung wayang kan..yang nak tengok cerita ni..

Tapi bila difikir2 hmm mungkin MBO cinema tu tak ramai orang, maka berangkat la aku kesana pukul 1130 nak tengok Nur kasih..Ikut schecule start pukul 1200 tapi aku dengan adik aku redah jer beli..kol 1145..Memang banyak tempat lagi yang kosong kat dalam panggung..Maknanya..lainkali kalau nak tengok wayang, pergi MBO sudah..Tak payah nak pergi jauh2( hihi iyer la tu)

Ha ha aku kira first time masuk MBO selalu aku menonton dekat TGV or GSC..Hmm ada beza juga la panggung2 wayang ni (baru aku tau) Kat MBO ni aircond dia punya la sejuk..Fuh..tak boleh handle..Nasib cerita ni tak la lama mana...dalam sejam lebih..Kalau tak..terpaksa la aku keluar jap cari toilet..kalau kat TGV or GSC aircond dia biasa2 jer..

Dan lagi sound system kat MBO ni tak berapa memuaskan..Hmm kalao nak menonton cerita aksi aku agak memang kureng sikit la..Sakit telinga aku mendengarnya..Eh eh eh

Ok berbalik pada cerita Nur Kasih The Movie ni..Hmm overall okey la jalan cerita dia...Senang nak faham..Mungkin sebab aku follow drama dia..Tu yang jadi senang..

Latar tempat dia semua cantik2..Kira bijak la pengarah dia pilih tempat,lepastu ada babak yang guna CGI..Hmm part yang ni pada aku kurang berkesan sebab nampak real CGI..Bukan CGI tu yang nampak real..Hmm

Pengakhiran cerita ni pun aku sampai sekarang masih pelik..Kenapa watak nur amina pada waktu tua tu digambarkan seolah2 lupa,sebab abang aidil tu kene bacakan kisah nur amina dengan adam macam nak kembalikan ingatan nur amina...Serius part ni memang aku blur..Ha ha Tapi tak pe la...Aku enjoy tengok movie tu..Aku bagi 3 1/2 bintang. hehe

Tuesday, May 17, 2011

UPDATE BLOG

Lama betul aku tak tulis sesuatu dekat sini...Tapi tak bermakna aku lupakan blog aku ni..Selalu jer aku blogwalking..Kadang2 komen..kadang2 singgah jer...Hmm Apa sebab aku jarang update blog yer...Aku pun naik hairan...Ada jer entry yang aku dah karang2..Patut tunggu time nk publish jer..Tapi entah la..Ini la bahana mendahulukan sifat kemalasan berbanding keinginan..Ha ha ye ye je ayat aku..

Kadang2 bila aku BW, aku jadi kagum dengan sesetengah blogger yang rajin amat update blog..He he tahniah2...Serius aku kagum giler...Ye la...macam2 cerita ada...Ada gembira, ada ketawa...Aku memang sangat suka membaca..So layan...(Bila la aku nak jadi rajin macam blogger2 yang lain ekk..hmm)

Aku rasa nak tulis satu entry ni memang perlukan kesungguhan..Kalau keinginan nak update blog tu ada, tak kira la apa terjadi...Blog mesti update punya..he he..
Bukan macam aku..Ada masa jer update..Selebihnya blogwalking jer..Hu hu

Monday, May 9, 2011

RENUNG-RENUNG

Ukur baju paling elok ukur dibadan sendiri..Ini sesuai dengan cerita yang aku dengar dari opismate aku pasal penyewa yang sedang sewa apartmentnya. Dua bulan pertama, payment nampak ok. Tapi lepas tu mula lah bermacam2 alasan diberikan. Sampaikan opismate aku ni dah naik muak..Seterusnya tindakan yang diambil, cut off water kat unit apartment dia tu..Hmm sampai macam ni sekali..

Aku pun tak la sebelahkan mana2 pihak(time aku dengar cerita ni dari dia) Cuma yang paling nampak ialah kita dalam hidup ni, biarlah berpada2. Orang kata bersederhana..Jangan sibuk tgengok orang lain, kita pun terikut sama. Keperluan setiap orang kan tak sama. Lagi satu keburukannya nanti diakhir cerita kita yang susah..Menanggung hutang tak sudah2.Kan dah jadi tak bagus macam tu..

Macam kes kawan aku tu, aku pun tak berapa faham apasal penyewa tu liat sikit nak bayar..Kalau aku punya rumah..Huh memang nak kene hempuk ha ha ha..

Moral of the story is
1) Kalau duduk menyewa tu, cepat2 la siapkan duit bila dah sampai due date
2) Hidup biarlah bersederhana, jangan berlebihan..Kelak diri sendiri merana badan..

BILA ORANG YANG DISUKAI MEMILIH KAWAN SENDIRI..

Apa perasaan agaknya bila orang yang kita suka akhirnya jadi milik orang lain..dan orang lain tu juga rupanya kawan kita sendiri..Aduh sakit memang la sakit..Hati mesti tambah perit bila mengenangkan..Sudah la yang dikejar tak dapat,terpaksa pula terima satu hakikat yang kita memang tak akan dapat...Bila situasi macam ni berlaku, apa yang perlu dibuat ialah..hadapinya dengan setenang mungkin(walaupun dah sah2 tak dapat bertenang) tapi cuba hadapinya...Berfikir positif..bersyukur kerana insan tu memang bukan ditakdirkan untuk kita..

Kerana siapa tahu hikmah disebalik semua,entah2 kalau jadi milik kita pun, rupanya2 ada keburukan yang kita tak suka. Kala itu dah terlewat untuk kita berundur. Maka selamanya la kita hidup dalam kekesalan.

Tapi bila hati terluka, jangan la dilayan berlebihan. Menangis la kalau itu boleh meredakan kesedihan..Menangis sepuasnya sampai satu ketika air mata pun dah malu nak keluar..kerana apa...Kerana nangisnya kita tu nangis yang sia2...Sebab takdir Allah, ketentuan Allah adalah lebih baik...Percayalah...

Kemudian bila dah puas menangis...sila lah bangun, bangkit dari kesedihan..Kerana takkan la selamanya nak hidup dalam kesedihan..huish...Tak nak la leleh2 ni..So bangun dan bangkit dari kesedihan..Dan mulakan hidup baru..bergembiralah..Kerana satu masa nanti, sinar kebahagiaan pasti menjengah hidup kita juga...Cuma tak tahu bila..

Sunday, May 1, 2011

CERITA SERAM SEMUA LATAR TEMPAT DIA GELAP DAN SURAM

Kenapa la semua cerita berunsur seram, latar masa dan tempat dia gelap2 belaka? Kalau babak dalam rumah pun..mesti gelap2..suram jer. Macam la tak ada suis lampu nak on kan lampu tu(saja la tu nak sedapkan cerita- kalau tak gelap2 tak de la namanya cerita hantu)

Setakat ni,sebab time2 cuti aku xde plan nak buat apa2, banyak masa terluang aku,aku download movie dan tengok...Aku baru jer lepas tengok ceita khurafat, senjakala dan skang ni tengah tayang kat channel singapore cerita santau...

Hmm nama pun cerita seram, aku kalau tengok cerita yang macam ni...memang tak sah kalau tak ada bantal..buat tutup muka..Ha ha gaya penakut la gamaknya(nanti ada yang tdo tak tutup lampu kang..alahai...kene cepat2 beli lampu tido ni...)

Cerita semacam ni..untuk hiburan jer...Jangan terlalu feeling..Kang terbawak2 dalam tdo pulak..He he(peringatan untuk aku juga)