Tuesday, June 28, 2011

PINJAM ALONG SUSAH,PINJAM BANK PUN KADANG2 PAYAH..APA PILIHAN?

Aku menulis lagi waktu rehat2 kat opis..Hmm kalao macam ni nampak gayanya ber’update’ blog aku setiaphari..hmm boleh plak mcm ni yer…tulis setiaphari kat opis waktu rehat, then balik rumah, malam2 tinggal publish jer..wow

Berita aku baca kat harianmetro online hari ni pasal kisah sorang perempuan yang terpaksa mengisytiharkan diri dia dah mati semata2 nak elak kan dari gangguan along..Haru betul..katanya memang dia dah langsaikan semua hutang2 dengan along, tapi entah macam mana, along2 tu still kejar dia lagi, masukkan duit and mintak dia bayar balik..

Aku rasa akak ni mesti jenis yang bayar bagus punya..Ye la pinjam then bayar betul..So along pun mcm bengang la kan..Sebab keuntungan along2 ni kan berdasarkan bunga pinjaman yang kita pinjam..So kalo akak ni bayar betul, mungkin bunga/interest sikit atau tak ada langsung..Tu yang sekali along buat pinjaman berangkai tu

Lepas satu, satu along yang kejar akak ni..Hmm kesian…Mungkin niat dia nk buat pinjaman tu betul (akak ni peniaga) nak besarkan perniagaan dan sebagainya. Tapi mana tau kesudahannya lepas buat pinjaman macam ni..Baik tak payah buat pinjaman kan..

Tapi nak salahkan akak ni pun tak boleh juga..Walaupun mungkin dia berkemampuan, tapi permohonan ke agensi kewangan or bank2 untuk buat pinjaman agak sukar dibuat, so jalan mudah, pinjam along..

Bab ni memang susah la..Subjektif nak di perdebatkan..Kita pun tahu, berurusan macam ni memang memerlukan banyak prosedur..Dan mungkin agak melecehkan dan tambah menyusahkan..Tapi apa boleh buat, terpaksa la bersabar untuk menjamin keselamatan..Nasihat aku, walau terdesak macam mana sekalipun, jangan la sesekali terpedaya dengan meminjam along..he he

Monday, June 27, 2011

MEREPEK & PROMOSI CELCOM BIZ

Time rehat2 memang la tersangat boring dekat opis aku sebab tak boleh bukak langsung blogspot. Dulu2 cuma tak boleh komen entry jer, tapi sekarang ni dah tak boleh bukak langsung..Memang hantu betul la..Boring beb..Habis tak kan la sepanjang rehat ni dok ulang2 baca paper je..naik muntah aku. Kang balik rumah, baca lagi paper..real paper punya…Uiiiii

Hmm bengang btol aku(ala bila sebut pasal company jer memang banyak yang aku bengang la..ha ha) Tak baik btol asik bengang jer.. Tapi aku tak mudah putus asa..Ha ha(ayat tak tahan) aku pegi search blog yang dot com punya..Sesetengah blog dot com ni boleh pula bukak..Hmm tak apa la..Asalkan ada benda yang boleh dibaca..Kira ok la kan..dari dok repeat paper je…Hmm boring2 help2…

Skang ni celcom ada buat promosi kat company aku ni..Suh masuk celcom biz plan. Plan yang ditawarkan P98…dengan no monthly commitment..haa bunyi mcm menarik kan..Setelah aku compare dengan rate yang aku guna skang..nampaknya macam murah sikit..So aku decide nak amik la..Nak try (katanya)..

Bila amik plan ni makna kene ikat kontrak dengan plan ni selama 24bulan..Ok takpe, kita kasi try dulu..Kang agak2 kalo mahal juga lepas 24bulan tuka balik pelan lama..Dan juga yang best setiap pekerja dia bagi amik 3 nombor (maximum). So aku ada additional 2 nombor..Mula2 ingat nak bagi kat mak aku..Yer la..boleh jimat kan, rate pun rendah..Sudah la mak aku tu pakai prepaid..kene topup plak setiap kali nak call adik beradik dia tu..Rupanya mak aku tak nak.. nak bagi MLD memang jangan harap la sebab dia awal2 lagi da pakai celcom biz ni..(company dia offer gak)

Jadinya aku bagi kat adik2 aku sorang satu, nasib aku ada dua adik-dapat la sorang satu..Hmm dua2 nombor ni register atas nama aku, so kalo aku keep, tak pakai, just bayar monthly RM2 jer..kalau pakai, pay as you use…Hmm ada bagus tak??

Antara yang menarik:

'Tiada caj bulanan/percuma panggilan dalam kumpulan selama 50jam setiap bulan/kadar panggilan sama rata 10sen per minit ke semua rangkaian/sms percuma 300 per bulan ke rangkaian celcom'

Kiranya ni strategi celcom nak tarik pelanggan la kan..Apa taknya, kalau ramai yang switch dari digi or maxis ke celcom ni, kan dah bertambah jumlah pengguna celcom..Boleh la beat maxis or digi..Sebab secara tak langsung dorang dah curi sikit2 pelanggan telco lain.Hmm biasala business..

p/s: Tunggula bil bulan depan macam mana..Celcom Biz..

Saturday, June 25, 2011

KEKAL

Ada satu hari aku kat opis tengah boring, tetiba teringin nak dengar radio..Ye la boring beb kat opis da serupa macam pasar aku rasa..Sana sini orang cakap2. Aras aku jer la kot..Bila aku turun bawah jer,semua senyap buat kerja.. Heran aku. So aku dengar radio time tu ada rancangan nyanyi suka2.. kat radio malaysia johor..ha ha Best pulak aku tergelak2 senyum2 depan pc..Nasib bos tak perasan..Kalao perasan, habis la.. Antara lagu yang dinyanyikan : Kekal.
Hayati la lirik dia kat bawah ni.. lagu ziana zain.

Sayang dengarkanlah
Syair kau tulis ku lagukan
Moga jadi siulan
Suatu masa
Dan moga engkau kan tersenyum
Dengan irama indah
Hanya itu
Yang mampu ku beri

Di dalam mimpiku
Syair indah
Yang masih ku baca
Hangus terbakar
Dengan tak ku sangka
Yang ku mimpi
Rupanya terjadi
Punah semuanya

Kesepian kini
Menyusuli hari
Syair nan di rindu
Kau bawa bersama
Tinggallah irama
Terus ku lagukan
Kekal ia bersama
Serpihan harapan kita yang punah

Kita tak menduga
Dari kenalan lahir sayang
Hingga ku terlupa
Kau siapa
Setulus kasih ku kalungkan
Dan selautan sayang
Kau singkirkan
Di persada ramba

EMPAT MUSIM PERKAHWINAN DAN PERCINTAAN

Sekarang ni aku tengah baca buku Resepi Perkahwinan Bahagia-Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa tulisan Mardiana Mat Ishak. Salah satu topik dalam buku ni, macam tajuk kat atas la: 4 musim percintaan dan perkahwinan.

1) Sebelum berkahwin = Musim cinta sayang
2) Awal tahun perkahwinan = Musim masam manis & kritikal
3) Pertengahan perkahwinan = Musim genting dan mencabar
4) Penghujung perkahwinan = Musim kemuncak cinta

Sebelum berkahwin, macam biasa la semuanya indah..Setiap saat terasa bahagia manjang. Senyum sampai ke telinga. Tiap2 masa gembira. Tak tahu nak kata apa la..APa yang kekasih buat or cakap, betul saja walaupun orang luar berpendapat sebaliknya. Segala kata2 orang luar memang tak akan dilayan. Sebab apa..perasaan tu asyik sangat dibuai rasa suka bahagia tu..

Awal2 tahun perkahwinan, lepas duduk serumah, tidur sekatil, tembelang semua pecah. Yang tak pernah kita tahu, semuanya dah jadi tahu. Baik buruk perangai..bak kata semuanya la..bila sampai masa ni, kalau jenis yang memang tak tahan sabar, kejap jer la bertahan rumahtangga..Tapi seeloknya bersabar..terimalah apa juga kebaikan dan kekurangan pasangan. Kene sedar diri juga, kita bukan perfect sangat. Kelebihan yang dia ada menutupi kelemahan kita, begitulah sebaliknya.

Pertengahan waktu perkahwinan, bila ada ada anak2, tugas mendidik anak2 plak menjadi orang kata benda yang diutamakan la saat ni. Sebab nak didik anak zaman sekarang ni bukan mudah. Banyak sangat anasir2 yang tak baik dari yang baik. So ibu bapa kene beri teladan yang baik la kepada anak2. Sentiasa bekerjasama mendidik anak. Jangan letak tanggungjawab ni pada pasangan sahaja.

Penghujung perkahwinan, haa saat ni pasangan tadi tu dah pun tua..Orang kata dah senja. Ha ha so anak2 pun dah berkeluarga. Mungkin dah bercucu, jadi sepatutnya lah pasangan tadi tu hidup dengan bertambah gembira dengan keluarga.

p/s: buku ni memang sangat2 bagus untuk dibaca,aku rasa tak rugi aku beli.

Tuesday, June 21, 2011

ENTRY KOSONG

Macam biasa la tempat yang aku suka sangat pergi ialah kedai buku. Mana2 pusat membeli belah kalao aku pergi memang tak sah kalau aku tak singgah kedai buku. Melainkan kalau aku tengah control budget membeli buku..Yer la aku bukan boleh tahan2 kalau nak membeli buku. Berkenan dengan isi kandungan(menarik untuk dibaca) memang aku angkat jer dan bayar. Tak ada masa nak fikir2.

Kesudahannya terpaksa la aku beli box nak simpan segala macam buku2 tu..He he

Bila kat kedai buku, aku suka tengok gelagat orang2 membeli buku..Macam2 gaya, contoh budak2 sekolah nak pilih2 buku latihan..Ini pada yang nak ambil peperiksaan besar la kan UPSR/PMR/SPM./STPM..Teringat dulu2 aku pun macam tu gak..Rajin membeli buku latihan..Tapi buatnya jarang2..Ha ha Ada membazir tak? Saja je tunjuk rajin..Berlakon kene lebih sikit..(ini tak bagus-sila jangan ikut)

Bila masuk kat bahagian novel..kat sini memang nampak ramai perempuan dok belek2..dan beli kot..Ye la nak beli buku kene lah pilih..Nak juga baca synopsis cerita dulu.. Dah puas hati baru beli.. Jarang la nampak lelaki kat bahagian ni..(kalau ada pun rasanya pekerja kedai kot yang tengah susun2 buku) Tapi memang susah nak nampak la lelaki baca novel..Ada jer sebenarnya tapi lelaki jarang tunjuk..Apa sebab aku tak tahu la.

Tapi kat tempat2 buku keagamaan or motivasi, haa ada nampak golongan lelaki. Ini biasanya pangkat pakcik2 la..Orang yang berusia sikit, tak apa la kan..asal dorang memang minat membaca..Usia bukan penghalang untuk tambah pengetahuan.

Pada aku asalkan minat membaca ada dalam diri seseorang tu..tak kisah la bahan apa yang dibaca, lelaki ke perempuan..Asalkan boleh menambah pengetahuan..teruskan membaca..

(p/s: aku xsure apa motif aku tulis entry ni sebenarnya..Kepala tengah sakit ni..hmm apa2 jer la)

Saturday, June 18, 2011

PUNCA KAHWIN LEWAT

ZAman sekarang ni, tak sama macam zaman2 perempuan dulu2 (zaman mak2 or nenek kita dulu). Orang dulu2 hampir kesemuanya kahwin awal, seusia belasan tahun lagi..dan kebanyakan jodoh juga ditentukan keluarga. Tapi zaman yang serba moden dan canggih ni, pemikiran perempuan dah lain. Sebelum berfikir kearah perkahwinan, banyak faktor yang dipertimbangkan dan difikirkan semasak2nya sebelum membuat keputusan. Orang lelaki pun macam tu juga. Kene fikir banyak benda sebelum melangkah ke perkahwinan.

Kat sini aku nak list kan beberapa punca orang sekarang lewat berkahwin. Ini pendapat aku berdasarkan apa yang aku tengok sendiri dan juga dari pembacaan aku. Pendapat aku yer...Tak ada kene mengena dengan sesiapa pun.

Yang pertama: Kebanyakan muda mudi sekarang ni belum bersedia dari segi mental/kewangan/fizikal. Ini memang nampak la. Contoh paling mudah, perbelanjaan perkahwinan skang ni uiii mahal..So kalau tak ada duit, jangan harap boleh kahwin cepat. Lelaki dan perempuan sama je.

Yang kedua: Semua orang baik lelaki dan perempuan nak cari yang terbaik. CAri punya cari, belum jumpa juga.. Proses pencarian ni memakan masa yang lama woo..Ye la kawan2, kenal2 rapat, tak serasa or rasa tak sepadan..tinggalkan..Mulakan pencarian baru... Kalau terlalu mencari yang sepadan..Bila mau jumpa da...Cari yang terlalu perfect pun tak boleh juga..Tapi tak bermakna cari yang cincai2 jer..KEne juga cari yang betul2.

Yang ketiga: Sesetengah tu bila dah jumpa pasangan yang dirasakan serasi, timbul pulak halangan dari pihak keluarga. Haa ini memang masalah..So patut dari awal perkenalan dah start cerita2 dengan family..Or kenalkan terus..supaya senang dikemudian hari.

Yang keempat: Ada juga orang2 yang jenis nak membina kerjaya dulu, baru fikirkan soal perkahwinan. Maka, bila mula kerja je..Dia pun bekerja keras..dapat pangkat or kumpul sikit harta..Ini pun makan masa kurang2 dua or tiga tahun. Lelaki mungkin nampak keperluan nak bina kerjaya dulu supaya bila kahwin, ekonomi kukuh dan senang nak bina keluarga pulak. Tapi tak boleh nafikan hak perempuan, dorang pun sama juga-bina kerjaya untuk kepuasan diri..Penat2 belajar tinggi2..mesti la harap dapat pegang jawatan tinggi juga kan..

Yang kelima: Ada orang jenis yang susah nak lupakan kisah lalu. Mungkin dulu2 dia pernah kecewa bercinta. Jadi untuk memulakan sekali lagi satu hubungan mungkin susah..Kecewa sangat agaknya..Orang yang macam ni kene berubah la..Yang lalu biarlah berlalu..Lupakan buat kenangan jer..

Yang keenam: Perempuan yang berjawatan tinggi, berpendapatan besar..Mungkin susah nak didekati lelaki..Dorang mungkin takut sebab rasa rendah diri. Mungkin ada sesetengah perempuan tak kisah berkawan dengan lelaki yang rendah sikit pangkat, tapi perkara2 macam ni walaupun nampak kecik, in future siapa tahu kan..Takut2 nanti bila dah kahwin, isteri akan tak sengaja ungkit bab ni..hal kewangan jangan dibuat main2.

Itu antara 6 punca yang aku dapat fikir la.Lain2 kene fikir lain kali..he he Apa pun sepatutnya ini semua bukan masalah la.Kita digalakkan berkahwin, sebab ikut sunnah Nabi. Dalam bab cari jodoh ni kita kene berusaha, berdoa dan berikhtiar..Doa agar kita ditemukan jodoh yang baik2..Berikhtiar mencari dan bertawakkal..

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA.

Sepatutnya aku tulis cerita ni semalam, sebab kes ni berlaku semalam, hari jumaat..Dekat opis aku langsung tak boleh bukak blogspot.. Ish2 ini memang menimbulkan kemarahan ni (ha ha)..Serius,da tu time aku boring2 ngantuk2 aku nak buat apa? Sesekali kita perlukan sesuatu untuk refreshkan otak kita ni kan.. Tak la stress memanjang..Tak tau nak cakap apa la..Hmm
(mood: bengang)

Ini pulak cerita yang berlaku pagi jumaat time aku nak pergi kerja. Kereta berpelekat P, apa cerita pandu macam pelesit?? Apa perasaan, sedang kita memandu dengan tenang ke tempat kerja, entah dari mana melalui cermin pandang belakang, kita nampak ada sebuah kereta follow kita baik punya dekat.

Tengok2 ada tampal P dekat cermin dia, bermaksud samaada driver tu memang baru dapat lesem memandu or orang lain yang drive kereta tu. Biasa kalau baru2 dapat lesen, mesti la drive berhati2 kan..Ini mesti ntah sapa tah yang drive..Dah la tu, aku nak cam kan driver dia pun xleh..sebab apa sebab kereta dia tinted gelap sungguh..

Ini satu lagi benda yang buat aku menyampah tengok sesetengah orang ni..Kau ingat kau tinted kereta gelap2 sampai tak nampak apa tu, orang pandang tinggi ke kat kau..Lagi buat menyampah ada la..Tak sedar ke kau dah langgar peraturan...Kene saman baru tau..Hish..APa la.(bahasa kasar: ada otak tapi tak nak guna)

Hari ni aku pergi hantar kereta cuci..Sebab aku kesian tengok kereta aku tu..MEmandangkan produa dah lancar Myvi baru, jadi aku pun konon2 nak la bela Myvi aku elok2 ha ha konon2 xnak jeles la dengan Myvi model baru tu..(iye iye jek) Kereta aku buat pergi balik kerja je..Jarang la nampak aku nak jaga2 ke...Sama je perangai aku sejak dari aku pakai kancil lagi..Hmm teruk ni..Kene berubah..huhu

Hantar kereta pergi cuci sekarang upah dia RM10?? WOw..tapi pada orang yang sekali sekala hantar kereta macam aku ni..kira ok la sket kan..(nak harap basuh sendiri..Hmm dalam mimpi la) tapi macam mana pulak orang yang selalu hantar?? Kopak2..
Kesimpulanya: basuh sendiri adalah lebih baik.

Wednesday, June 15, 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MERAMPAS HAK ORANG


KAt paper dah dua hari berturut aku baca issue perempuan bawah umur 30tahun yang rata2 sanggup hidup bermadu. Bermadu bermaksud berkongsi kasih suami dengan perempuan lain. Memang dalam agama islam membenarkan poligami, tapi itu mestilah disertakan dengan alasan dan hujah2 yang kukuh. Kalau poligami yang berlandaskan nafsu semata2, itu memang la dibantah sekeraS2nya oleh semua wanita. Tapi kalau seseorang lelaki tu mampu dari segi fizikal, mental serta material..haaa itu tak boleh la kita perempuan ni nak nafikan hak nya.

Masalah sekarang lelaki macam ni satu dalam berjuta jer..Ha ha
Tulisan ni merupakan pendapat peribadi aku. Serius, memang tak ada kene mengena dengan sesiapa saja baik yang hidup atau telah meninggal dunia. AKu nak bagitau sikit apa kebaikan dan keburukan merampas hak orang lain.

Yang pertama, kebaikan: kau tak payah nak bersusah hati, nak peningkan kepala otak dengan perangai kekasih yang menyakitkan hati. Contoh, bila bercinta dengan suami orang, da tentu2 la lelaki tu tahu macam mana nak tackle hati perempuan. So aku rasa kau orang mesti jarang bergaduh or bermasam muka. Sebaliknya keburukannya ialah dalam pada kau bergembira bercinta, kau tak perasan ke kau dah melukakan hati isteri dia? Perempuan ni lah yang terpaksa menjeruk rasa, makan hati beb akibat perbuatan kau tu.huhu

Yang kedua, kebaikan: bila kau berkahwin dengan suami orang..Pastinya lelaki tu mampu, dari segi kewangannya untuk menaggung hidup kau. Apa yang kau mahukan, semua akan dituruti pasangan..pucuk muda lah katakan..rumah, kereta, simpanan..Kira serba cukup lah untuk jaminan masa depan. Erk bagi perempuan berkerjaya pulak,ini kira macma bonus la sebagai simpanan tambahan selain pendapatan kau.(kayo kayo). Jadi kau tak perlu bersusah payah untuk hidup. Keburukan nya pulak, kalao kau kawen dengan suami orang semata2 mahukan jaminan kesenangan dengan cepat..Jangan harap benda ni akan bertahan lama. Suatu masa nanti akan terbongkar la niat buruk kau tu. Nak ambil kesempatan atas orang lain yer..Niat tak baik..ko bina kebahagiaan atas penderitaan orang lain.

Yang ketiga, kebaikan: Lepas kahwin, kau dapat anak free. Ha ha tak perlu la kau nak fikir soal anak ke sebab suami ko dah punya anak dari perkahwinan dulu. Tapi keburukan nya yang kau mungkin tak nampak..Kesan psikologi pada anak tu sendiri. Siapa tahu mungkin sebenarnya dia tak suka beribu tiri sedangkan ibu kandung nya masih ada lagi..SO kau sebenarnya telah memusnahkan hidup anak ni dan keluarganya. (sampai hati)

Itu jer lah yang mampu aku nak tulis sekarang ni. So pada mana2 orang yang mempunyai niat untuk 'merampas' sila la berfikir banyak2 kali..Sebab anda sebenarnya bakal melukakan hati banyak orang dan diri anda sendiri.

Moral of the story is: Perempuan, sila berfikir 10tahun kedepan. Siapa tahu hari ni anda merampas, esok2 hak anda pulak dirampas.

Sekian.

Tuesday, June 14, 2011

DAH GRAD TAPI BELUM DAPAT KERJA_MASALAH BETUL

Satu situasi dimana seorang pelajar yang dah bertungkuslumus belajar di menara gading selama beberapa tahun, akhirnya berjaya juga menamatkan pengajiannya. Rasa gembira memang tak terucap la sebab akhirnya terlepas juga bebanan yang terasa berat dipikul bahu.

Satu: sebab berjaya menamatkan pengajian dengan bergaya disamping dapat membuatkan keluarga or sanak saudara bangga.

Dua: sebab lepas ni nak masuk dalam alam kerjaya-alam yang diimpikan oleh semua student. Masing2 dah tak sabar nak kerja, nak pegang duit sendiri katanya..Kuasa duit..Ada duit semua nya jadi boleh..Duit memungkinkan segalanya..Boleh membeli macam2, bagi lelaki duit juga modal memikat awek..ha ha Dulu2 kalau belajar nak pikat awek pun, guna duit biasiswa..alahai..Tak best2

Hari ni aku terdengar dekat radio luahan hati seorang pelajar aku kira, pasal kisah dia yang dah pun menamatkan pengajiannya.Malangnya sampai sekarang masih tak dapat kerja..Aku tak sure la berapa lama budak ni menganggur..Tapi sungguh..aku amat amat memahami perasaan macam ni.

Aku menganggur hampir 6bulan lamanya sebelum menjawat jawatan aku yang skang ni. Dalam tempoh tu macam2 aku fikir, muhasabah diri..Apakah memang belum rezeki aku or aku sendiri tak cukup usaha nak mencari kerja.

Kat sini aku nak letak beberapa nasihat aku untuk budak2 yang mengalami situasi macam aku dulu

Yang pertama, jangan bersedih sebab tak dapat kerja. Yer la orang kita kan ada sesetengahnya jenis yang bangga2..Oooo mentang2 la kau dah dapat kerja, kau berlagak pulak dengan aku..Ingat la mungkin bukan rezeki anda lagi untuk mendapat kerja.

Yang kedua, jangan berputus asa untuk cari kerja, nampak je ada vacancy yang bersesuaian or related dengan bidang anda, terus apply..Dapat or tak, itu belakang kira..yang penting ada effort untuk cari kerja..Jangan hanya duduk menanti..Kerja tak akan datang bergolek depan mata..

Yang ketiga, jangan sesekali bandingkan kehidupan anda dengan orang lain..lain orang lain cara, lain gaya dan lain rezekinya.Ada orang rezeki cepat, ada orang rezekinya lambat. Sebagai contoh, A cuma belajar setakat SPM sahaja, B pulak belajar sampai diploma, dan C adalah lulusan ijazah. Sudah tentu sampai pada satu tahap, kita boleh nampak taraf kehidupan ABC ni berbeza. A mungkin da beli kereta seawal umur 23tahun, mana kala B pulak mungkin tengah berkira2 nak beli kereta ke tidak dan C pulak-memang tak boleh fikir nak beli ke tak sebab kerja pun belum dapat lagi,maklumlah umur 23tahun baru grad dan nak cari kerja. SO kita nampak mungkin A ni hidup selesa pada usia 23tahun sebab apa..Sebab dia kerja selepas dia habis SPM,kumpul berdikit2 sampai la mampu beli kereta.. Jadinya kesimpulan disini, jangan sesekali membandingkan kita dengan orang lain. Percayalah, setiap orang ada keistimewaannya.

Aku tahu aku cakap memang senang dekat sini, tapi ini adalah nasihat yang aku fikir terbaik. Sebab aku jadi sedih juga bila baca or terjumpa cerita yang macam ni..tapi apa pun macam yang aku selalu kata kita hidup kene terus pandang kedepan..Toleh kebelakang hanya untuk menyesakkan kehidupan, nak buat apa..

So fikir fikirkan la..