Tuesday, June 21, 2011

ENTRY KOSONG

Macam biasa la tempat yang aku suka sangat pergi ialah kedai buku. Mana2 pusat membeli belah kalao aku pergi memang tak sah kalau aku tak singgah kedai buku. Melainkan kalau aku tengah control budget membeli buku..Yer la aku bukan boleh tahan2 kalau nak membeli buku. Berkenan dengan isi kandungan(menarik untuk dibaca) memang aku angkat jer dan bayar. Tak ada masa nak fikir2.

Kesudahannya terpaksa la aku beli box nak simpan segala macam buku2 tu..He he

Bila kat kedai buku, aku suka tengok gelagat orang2 membeli buku..Macam2 gaya, contoh budak2 sekolah nak pilih2 buku latihan..Ini pada yang nak ambil peperiksaan besar la kan UPSR/PMR/SPM./STPM..Teringat dulu2 aku pun macam tu gak..Rajin membeli buku latihan..Tapi buatnya jarang2..Ha ha Ada membazir tak? Saja je tunjuk rajin..Berlakon kene lebih sikit..(ini tak bagus-sila jangan ikut)

Bila masuk kat bahagian novel..kat sini memang nampak ramai perempuan dok belek2..dan beli kot..Ye la nak beli buku kene lah pilih..Nak juga baca synopsis cerita dulu.. Dah puas hati baru beli.. Jarang la nampak lelaki kat bahagian ni..(kalau ada pun rasanya pekerja kedai kot yang tengah susun2 buku) Tapi memang susah nak nampak la lelaki baca novel..Ada jer sebenarnya tapi lelaki jarang tunjuk..Apa sebab aku tak tahu la.

Tapi kat tempat2 buku keagamaan or motivasi, haa ada nampak golongan lelaki. Ini biasanya pangkat pakcik2 la..Orang yang berusia sikit, tak apa la kan..asal dorang memang minat membaca..Usia bukan penghalang untuk tambah pengetahuan.

Pada aku asalkan minat membaca ada dalam diri seseorang tu..tak kisah la bahan apa yang dibaca, lelaki ke perempuan..Asalkan boleh menambah pengetahuan..teruskan membaca..

(p/s: aku xsure apa motif aku tulis entry ni sebenarnya..Kepala tengah sakit ni..hmm apa2 jer la)

No comments:

Post a Comment