Tuesday, June 14, 2011

DAH GRAD TAPI BELUM DAPAT KERJA_MASALAH BETUL

Satu situasi dimana seorang pelajar yang dah bertungkuslumus belajar di menara gading selama beberapa tahun, akhirnya berjaya juga menamatkan pengajiannya. Rasa gembira memang tak terucap la sebab akhirnya terlepas juga bebanan yang terasa berat dipikul bahu.

Satu: sebab berjaya menamatkan pengajian dengan bergaya disamping dapat membuatkan keluarga or sanak saudara bangga.

Dua: sebab lepas ni nak masuk dalam alam kerjaya-alam yang diimpikan oleh semua student. Masing2 dah tak sabar nak kerja, nak pegang duit sendiri katanya..Kuasa duit..Ada duit semua nya jadi boleh..Duit memungkinkan segalanya..Boleh membeli macam2, bagi lelaki duit juga modal memikat awek..ha ha Dulu2 kalau belajar nak pikat awek pun, guna duit biasiswa..alahai..Tak best2

Hari ni aku terdengar dekat radio luahan hati seorang pelajar aku kira, pasal kisah dia yang dah pun menamatkan pengajiannya.Malangnya sampai sekarang masih tak dapat kerja..Aku tak sure la berapa lama budak ni menganggur..Tapi sungguh..aku amat amat memahami perasaan macam ni.

Aku menganggur hampir 6bulan lamanya sebelum menjawat jawatan aku yang skang ni. Dalam tempoh tu macam2 aku fikir, muhasabah diri..Apakah memang belum rezeki aku or aku sendiri tak cukup usaha nak mencari kerja.

Kat sini aku nak letak beberapa nasihat aku untuk budak2 yang mengalami situasi macam aku dulu

Yang pertama, jangan bersedih sebab tak dapat kerja. Yer la orang kita kan ada sesetengahnya jenis yang bangga2..Oooo mentang2 la kau dah dapat kerja, kau berlagak pulak dengan aku..Ingat la mungkin bukan rezeki anda lagi untuk mendapat kerja.

Yang kedua, jangan berputus asa untuk cari kerja, nampak je ada vacancy yang bersesuaian or related dengan bidang anda, terus apply..Dapat or tak, itu belakang kira..yang penting ada effort untuk cari kerja..Jangan hanya duduk menanti..Kerja tak akan datang bergolek depan mata..

Yang ketiga, jangan sesekali bandingkan kehidupan anda dengan orang lain..lain orang lain cara, lain gaya dan lain rezekinya.Ada orang rezeki cepat, ada orang rezekinya lambat. Sebagai contoh, A cuma belajar setakat SPM sahaja, B pulak belajar sampai diploma, dan C adalah lulusan ijazah. Sudah tentu sampai pada satu tahap, kita boleh nampak taraf kehidupan ABC ni berbeza. A mungkin da beli kereta seawal umur 23tahun, mana kala B pulak mungkin tengah berkira2 nak beli kereta ke tidak dan C pulak-memang tak boleh fikir nak beli ke tak sebab kerja pun belum dapat lagi,maklumlah umur 23tahun baru grad dan nak cari kerja. SO kita nampak mungkin A ni hidup selesa pada usia 23tahun sebab apa..Sebab dia kerja selepas dia habis SPM,kumpul berdikit2 sampai la mampu beli kereta.. Jadinya kesimpulan disini, jangan sesekali membandingkan kita dengan orang lain. Percayalah, setiap orang ada keistimewaannya.

Aku tahu aku cakap memang senang dekat sini, tapi ini adalah nasihat yang aku fikir terbaik. Sebab aku jadi sedih juga bila baca or terjumpa cerita yang macam ni..tapi apa pun macam yang aku selalu kata kita hidup kene terus pandang kedepan..Toleh kebelakang hanya untuk menyesakkan kehidupan, nak buat apa..

So fikir fikirkan la..

No comments:

Post a Comment