Saturday, January 30, 2016

HATI PEREMPUAN.

Mungkin aku agak EMOSI bila taip entry ni.
Tapi pendapat aku, kau sebagai lelaki, tak payah la nak bercakap banyak. Nak salahkan reunion sekolah bagai. Nak salahkan zaman it, zaman facebook yang canggih.


Kronologi:
Mereka suami isteri dah berpisah tahun lalu. Dengan kata lain, dah bercerai.

Mereka ni da berkahwin selama 23 tahun. Lepas si isteri pergi reunion sekolah lama, isterinya berubah sikap dan mintak cerai.

Bekas isteri berkahwin lain lepas habis edah.

Setakat ni aku takde pulak baca kenyataan balas dari bekas isterinya. Ok kene take note juga dia ni adalah bekas  isteri nombor dua.

Semua orang maklum, SY ada empat isteri. Mampu.

Dah berpisah tu sudah la, tak payah nak persoalkan lagi. Anggap la takdr jodoh dah. SY pun kata dia da berusaha sehabis baik. Aku harap wartawan pun cukup lah tak perlu nak pergi tanya bekas isterinya. Yang lepas tu, biarkan berlalu.

Bukan maksud aku setuju dengan penceraian dorang, aku pun tak kenal dorang ni sebenarnya.

Tapi terdetik dekat hati aku ni.
Hati PEREMPUAN.

Manalah tahu. 23 tahun satu waktu yang cukup lama. Bukan calang-calang pasangan yang dapat bertahan sampai 23 tahun. Nasib aku sendiri pun aku belom jelas lagi. Berdoa dari sekarang.

Mungkin bekas isterinya tuh da habis tahap kesabaran.
Mungkin ada issue yang dia tak puas hati.
Mungkin ada kehendaknya yang tak dipenuhi.

Ini semua andaian aku je.
Aku kata MUNGKIN.

Tambah pulak poligami bukan main hebat lagi dugaan, cabaran..
Jadi dah takde kesabaran, berpisah mungkin lebih baik.

Apa pun ini PENDAPAT aku jer. 
Tak berapa suka la tengok berita artis bercerai-berai ni.
Doa yang terbaik je lah untuk mereka.


SENGAL.

Masa dua hari terawal aku letak glade ni dalam kereta, takde pun bau wangi seperti yang diharapkan.

Rupanya aku baru perasan, penutup dia still tak tanggalkan.

Sengal.

Tapi sebelum tu, ada macam rasa nak marah juga. Dah kenapa pewangi ni tak wangi. Dah expired?? Tengok cecair banyak lagi.


Hal ni aku tak cerita dekat encik suami pun.
Nanti dia bantai gelak.
Okey bye.


Wednesday, January 27, 2016

ADA TAK COURIER SERVICE LAIN SELAIN POS LAJU??

Sangat mengecewakan.
Hilang mood aku satu hari.
Ada tak courier service yang lain selain pos laju?
Bayangkan la. 
Parcel yang ada pelekat mudah pecah pun boleh pecah?
So apa jaminan yang aku dapat sebagai sender pada barang yang aku pos?
Macam sia-sia je kan.

Ada satu parcel aku dah confirm pecah.


Padahal bungkus pakai kotak.


Tak pasti macam mana standard procedure operating dia nih.
Adakah main campak-campak??


Memang nampak sia-sia je ada pelekat.
Still tak handle with care.
Aku faham, pos laju deal dengan banyak parcel. 
Tambah pulak sekarang ni dah ramai online seller.
So mutu perkhidmatan kene jaga la.
Please..
Bila jadi macam ni, merugikan aku dan menyusahkan customer.

Kita ni sama-sama manusia, hidup jangan meyusahkan orang lain, boleh tak??

Sunday, January 24, 2016

RESUME HIPSTER.

Hari ni aku masak ayam sambal bali untuk kesekian kalinya.
Praktis sebab da target nak buat lauk raya. Begitu.


Puasa pun belum, dah nak cerita pasal raya. Tapi alang-alang kan. Tahun ni raya aku tak de plan apa-apa pun. Warna tema raya tak fikir lagi. Tahun lepas aku berazam nak buat langsir raya untuk tahun ni. Tapi macam malas pulak. Jimat duit la. Pakai je apa yang ada. Langsir sekarang baru dua tahun usianya. Takde orang kisah kan??

Sambil plan menu mingguan ni, nah aku skang da pandai sikit goreng mihun warna warni.


Letak sawi, carrot semua. Nampak ceria. Kalau tak, mihun aku nampak putih je tau. Pemalas satu hal, tak makan sayur satu hal. Okey 2016 tahun untuk appreciate diri sendiri, apalah salahnya apply dekat masakan, ceria sikit kan..

Aku da update resume. Ingat nak cuba tukar kerja. Nak cari mood baru, persekitaran baru. Harap dipermudahkan. Tapi kene consider ekonomi jugak. Kalau ekonomi teruk, agak risau nak jump company.

Hah hari tu lepas update resume, aku pun share dengan adik aku. Kot-kot dia ada pendapat ke. Sekali boleh dia kata, resume aku format lama, suruh tukar hispter sikit. Aku pelik budak zaman sekarang ni. Apa ke benda sangat yang dok terikut hispter?

Aku tanya HR company aku, resume perlu ke nak hipster bagai. HR kata normal layout will do, asalkan experience match dengan apa yang dorang cari. Lega sikit bila HR confirmkan macam tuh. 

Aku google nak tau macam mana contoh resume hipster ni. Adeh.. macam-macam layout keluar. Ada kotak-kotak, kaler-kaler bagai. Aku keje engineer kilang je kot, resume perlu ke hispter? Tak kuasa okey.. Bukan nak mintak keje bahagian creative ke designer ke. Tolong lah. Rasa macam karut je.

Now tinggal nak pilih gambar letak dekat resume jer.. Gigih aku selfie nak edit gambar.


Ha ha aku takde la putih mana. Pencahayaan buat muka jadi nampak putih. Tak konfiden.. Ha ha

Target nak submit resume dalam bulan 3 la kot. Sebab aku tender dua bulan wei. So bajet after bonus nak resign la. Amboi  berangan macam confirm je. Tapi mana tau rezeki. Kerja Allah siapa yang tahu kan?? Yang penting doa, usaha, tawakal.

Dah, nak layan juara lagu sekejap lagi.
Lepas tu nak sidai kain.
Nak packing barang biz.
Nak mandi dan tidur.
Esok kerja.
Okey bye.

Monday, January 18, 2016

ALAT SMART TAG

Aku baru je tinted tingkap kereta.
Buat satu kereta.

Asal nya nak tinted depan saja,
Bila bawak kereta masuk kedai.
Budak kedai tu suggest tukar la untuk satu kereta.
Disebabkan da nampak bubble kan.
So, agreed la tukar satu kereta terus.
RM200 katanya. Murah ke mahal, tak la aku amik tau..
Nanti buat kecewa saja.

Jadi katanya dua hari tak boleh bukak tingkap.
Gulp. Aku pergi balik keje dah la lalu lorong touch n go.
So kalau tak boleh bukak tingkap,
Macam menyusahkan la pulak.
Takkan nak bukak pintu bagai.
Lagipun tingkap sebelah driver tu memang ada problem.

Okey, jom pinjam smart tag encik suami.
Tak nafi la, pakai smart tag dekat highway, sangat lah menjimatkan masa.
Dek kerana kesedapan pakai smart tag.
Aku decide nak beli satu la.
Maka pergilah aku dengan encik suami,
Nak beli smart tag device la konon nya.

Tup-tup dekat plaza tol skudai, 
Takde stok.
Dekat petronas berdekatan pun takde stok.
Last petronas, dekat Uda, katanya ada stok.
Tapi boss simpan dalam opis, dan bos baru je balik.
Kene prank ke apa aku nih.. Sebab pelik.
Barang ada tapi bos simpan.
Ok disuruhnya aku datang sebelah malam.

Jadi malam tadi pukul 8, aku keluar rumah, 
Nak pergi beli smart tage device ni la,
Mana tahu sampai je dekat petronas tu, 
Cashier dia kata, boss dia simpan lagi dalam opis.
Persoalan nya yang buat aku tak paham,
Barang nak jual kot. Kenapa nak kene simpan dalam opis???
So kecewa lagi la.

Last-last kirim dekat wife kawan sekerja encik suami,
Katanya wife dia ni kerja PLUS. Gitu lah,
So harap-harap esok dapat barangnya.

Dulu-dulu sombong tak nak beli.
Sekarang baru sibuk nak mencari.
Isk-isk.

Sunday, January 17, 2016

JALAN-JALAN KUALA LUMPUR.

Selagi ingat, meh la kita tulis sikit memori dekat blog ni.
Buat kenang-kenangan, begitu.
Destinasi terakhir percutian disember 2015 hari tuh adalah Kuala Lumpur, Yeay..
Tak tau apa yang happy sangat.
Tapi kalau ikut tempat yang aku shortlisted, Menara KL salah satunya.
So masuk je KL, terus je set waze, cari jalan ke Menara KL nih.

Kebetulan, hotel yang kitorang dah booking, kalau ikut map, dekat juga dengan Menara KL.
So kitorang just ikut je jalan yang Waze tunjuk.
Mana tau, rupanya, jalan yang sama ke hotel!!!
Serius terkejut. Sebab aku takde la amik tau apa alamat Pacific Regency Hotel ni. 
Sekali nampak papan tanda, oooh rupanya betul-betul bersebelah dengan Menara KL!!!!


Tu papan jalan masuk ke hotel. Jalan masuk ke Menara KL, berdepan je. Aku takde pulak amik gambar papan tanda Menara KL. 
Disebabkan jarak yang terlalu dekat, maka kitorang decide nak jalan kaki je..
Cuaca panas okey, hmm jalan sikit, tengok atas, uiii bila la nak sampai ni.
Jalan sikit lagi, tengok atas.. uiiii, lama lagi ke.. ha ha ha.


Asik la tengok tengok je, bila nak sampai ni. So kene jalan laju lagi..
Berpeluh-peluh. Dah la aku pakai baju hitam. Serap haba. Aiii. Bersabar...


Jalan mendaki bukit..kalau hari-hari macam ni, garenti kurus.
Akhirnya sampai juga. Terus je pergi kaunter. Tanya apa tempat yang boleh masuk.
Masa ni belum ramai sangat orang.
Aku dengan encik suami sepakat nak pergi observation deck yang open air (paling atas sekali) dengan observation deck yang bawah (yang ada aircond).
So beli tiket, lepas tu kene sign borang bagai.. Lepas tu beratur masuk.
Masa nak masuk macam biasa la, amik gambar, berposing bagai.


Haaa ni dari observation deck open air..
Ya Allah, angin kuat sangat. Macam dekat Sky Hore Melaka.
Terbang- terbang tudung..


Pemandangan dari atas..


Tengok awan.. Macam dekat je..
Matahari terik tak boleh nak kata, panas-panas tapi berangin.. hehe


Lepas da puas amik angin, bergambar la semua, turun la kitorang ke level bawah pulak.
Yang ni kawasan tertutup. So ada aircond, tapi sangat ramai orang.. Heheheh


Ada jual souvenir, so beli apa yang patut.


KL tower, yeay...


Lepas tu tunggu turn nak turn.
Beratur.. Ramai sangat orang..

Sampai je bawah, terkejut sangat. Punya lah ramai orang..
Rasa bersyukur sangat sebab kitorang dah turun. Kalau la kitorang baru je sampai Menara KL time ni,
Mau menangis menunggu..

Lepas keluar tu, terus check in hotel. Ada kekurangan dekat sini, bilik yang kitorang dapat tu, view dia tak lawa. Soo tak menarik. Aku ada juga try tanya kaunter, kot-kot boleh tukar bilik. Tapi takde kosong.

Katil king size.. 


Toilet yang takde paip. 


Ada bath tub, tapi paip dia bocor kot, sebab aku saja je try pusing paip,terus la air mengalir, basah terus lantai. Nasib hari kedua dorang ada buat cleaning, so bersih sikit.


Ruang rehat. Abaikan sofina clutch ya. Tapi last-last kerusi ni jadi tempat letak baju, ha ha.


TV..


Hah ada peti ais, dapur sekali. Bole la nak masak-masak ke kan.. Kagum sekejap.
Tak sure la bilik apa yang kitorang booking ni. Dalam kabinet tu memang siap ada periuk semua.
Sempat lagi aku check apa yang patut.


Ni pemandangan dari kafe. Keesokan harinya breakfast amik, seat dekat tepi tingkap. Nampak la Menara KL.


Ok. Sampai sini je mampu tulis.
Kang sambung lagi esok.
Doakan aku rajin je.

Tuesday, January 12, 2016

GRAND LEXIS PORT DICKSON

Boleh tak, aku nak update blog di kala ini?? Ok nak elak mengantuk, meh la kita karang entry baru. Begitu ya.

Ni kisah percutian yang lepas. Malas nak cerita ikut turutan. So langkah-langkah la yer. Masa cuti hari tu, sempat la bermalam dekat Grand Lexis Port Dickson. Tu pun awal-awal fikir dua tiga kali juga. Semalam rate rm700++. Pengsan. Disebabkan nak sangat rasa duduk bilik yang ada pool. Review sana sini semua dok cerita pasal pool.

Jadi jom la kita pergi.
Sebenarnya untuk cuti ni, semua hotel kita da booking sebulan awal. Ye la. Tak boleh la nak tiba-tiba walk in kan. Kot-kot takde bilik kosong. Naya je. Ada yang tidur dekat masjid kang.

Sampai je dekat situ, tengok-tengok orang sangat la ramai. Padahal aku pergi hari isnin ni. Ramai orang okeyy. Aku perhatikan dan aku syak, motif utama ramai orang dekat sini memang sebab ada pool dalam bilik. So bole la berenang ke berendam ke sepuas-puasnya. Sebab  nampak ramai familiy bawak budak-budak dan pelampung. He he.


Masa nak check-in, petugas kaunter tu cakap, dia bagi bilik yang besar. Lupa pulak aku sebab apa reason dia.


Bilik besar yang ada dua king size bed. 
Ni pemandangan dari penjuru katil. TV, meja dan pintu ke pool.


Pool dia pun nampak okey. Dua pelampung disediakan.
Ada cerita lawak pasal pool ni. 
Pasal kedalaman dia.
Aku ni takde la pandai berenang.
So masa aku review pengalaman orang lain, aku sibuk nak tau berapa kedalaman pool ni. Kot kalau dalam sangat, macam mana. So ada satu gambar tu aku nampak ada tulis 4ft. 4 kaki kedalaman dia. Dan dan aku amik pita pengukur. Tarik 4 kaki, ukur tinggi sampai mana. Hah baru ada confiden. 
Tapi eksyen je lebih. Sampai sana. 
Oooo no no no no.
Diri sampai anak tangga kedua saja yer. Lepas tu da malas. Memang takde mood la. Nak swimming ni. Encik suami je layan. Aku duduk di tepi tepian saja.
Begini lah gaya orang yang tak suka aktiviti air. 


Kemudahan dalam bilik ni pun not bad. 
Ada disediakan microwave. Kawasan hotel ni agak jauh la dari kedai-kedai. So aku sarankan, sila lah beli frozen food siap-siap lepas tu bila nak makan, just panaskan je.


Macam kitorang, malam tu order spageti dengan sandwich dari restoren Duyung kot nama dia.


Sandwich tu tak habis makan pun.


So membazir okey. Untuk lebih jimat, silakan bawak makanan sendiri.

Toilet dan bilik mandi pun okey.
Puas hati.


Tu tempat basuh muka la, gosok gigi semua.
Bilik mandi dengan toilet asing. 


Ruang toilet.


Hmm rasa macam da panjang entry ni. Macam banyak gambar je da masuk. Tapi macam juga ada lagi yang belom masuk.
Nasib la yer, entry ni terjadi lebih panjang pulak.

So lepas breakfast esoknya. Sempat la aku jalan-jalan amik angin pagi.
Besar rupanya kawasan ni.


Mana-mana pergi pun nampak kapal terbang lalu.. Hihi


Best la suasana pagi dekat sini.
Overall, sapa-sapa yang nak mandi pool tapi malu nak mandi dekat area ramai orang sana. Boleh lah datang sini.
Untuk honeymoon pun sesuai. Okey.
Stop entry dulu. Kang ada yang komplen aku dok main hp jer.. Mengantuk pun da hilang. Daa..

Sunday, January 10, 2016

KEHENDAK.

Aku sebenarnya nak kan sesuatu.
Tapi aku tengah berkira-kira nak beli ke tak.
Hmm ini kehendak.
Tiba-tiba je kan..
Nak sangat memiliki satu.

Tapi hati masih berbelah bagi.
Pikir baik buruk.
Apa impak di kemudian hari.

Jadi cara yang terbaik sekarang ni.
Sibukkan diri. Jangan terlalu memikirkan kehendak ni.
Adoii aiii.
Ok kemestian ni.
Sila sibukkan diri.
Rasa mungkin belum lagi kot..
Kene ingat, kehendak kehendak, bukan keperluan.

Sejak balik cuti-cuti akhir tahun lepas.
Rasa macam happy pulak.
Bercuti-cuti.
Yang tak happy.
Berat naik 2 kilo okey.
Huh next percutian kene limitkan makan la aku rasa.
Boleh tak macam tuh.
Aku rasa aku makan macam biasa je..entah la.
Makanya kene la start control makan.
Bersenam (lah sangat).
Parking jauh, jalan kaki masuk opis, pilih route jauh.
(walaupun datang lambat, jadi amik route jauh, makin
lambat la masuk opis)
Ini pun consider senaman.
Harap turun la berat oiii.

Ada cadangan lain tak nak turunkan berat badan??? 
kuikuikuikui

Ok cuaca sekarang ni tengah musim panas.
Sampai bulan 3 katanya.
Jadi kene kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air masak.
Minum air secukupnya.

Stop dulu la.
Esok da start keje.
So kene get ready. Mesti tidur awal.
Moga-moga esok bersemangat waja la hendak nya.

Tuesday, January 5, 2016

THE SHORE SKY TOWER, MELAKA

Aku dapat tau tempat ni dari blogger Yani. Lepas dia inform baru la aku google search dan baca review. Maka, tempat ni jadi salah satu agenda yang mesti pergi dekat Melaka.

Lepas bfast dekat hotel, dalam pukul 10 macam tu aku keluar. Sebab hari ahad, takut ramai orang pulak kan. Tak susah juga la jalan bandar melaka ni. Cuma banyak kereta, normal kot ni. Duduk pun dekat area bandar. Senang la nak bergerak. Walau macam mana pun waze tetap guna ya. Kang sesat pulak.

Mula mula adik aku pernah bagitahu, kawan dia bagitahu dia, nak naik sini cuma 10 minit je dia bagi. Tiket mahal pulak tu.

So aku macam was was la berbaloi atau tak. Tapi disebab kan aku nak juga pergi, maka kita terjah.

Lepas bayar tiket, rupanya unlimited ya. Duduk la situ berapa lama kau suka.
Berangin je rasa. Tapi panas sikit la..


Nampak pemandangan bandar melaka.


Ada kolam ikan dekat atas ni.


Ada jual makanan ikan kot, sebab aku nampak ada orang tabur makanan ikan. Tapi aku tak beli la makanan ikan ni.


Orang dah start ramai dah.. Walaupun panas, tapi berangin jee.. Syok betul.


Ada teropong juga kalau nak tengok. Tapi sebab aku pendek, tak nampak apa la kan..


Kat bawah sangkar tu sesuai sangat kalao nak bergambar.

So kesimpulannya. Best. Kalau petang lagi best agaknya. Sebab tak panas.
Tq to Yani sebab bagi cadangan. Hehe

Sunday, January 3, 2016

ADA APA DEKAT KLEBANG.

Minggu lepas aku pergi melaka, jalan-jalan habiskan cuti.
Antara tempat yang aku nak sangat pergi- Klebang, minum coconut shake.
Kesian, aku baru nak merasa. Pertama kali nih.
Sampai sana, disebabkan aku tak plan nak makan apa-apa, cuma beli coconut shake je, mana tau ramai orang beratur rupanya.


Dekat 45 minit beratur wei...
Baru ku tahu penangan coconut shake klebang.
Aku tengok ramai orang beli sekali banyak, maybe dalam 6-10 cawan sekali beli.
Fuh...Memang sabar je la.


Lama tunggu, akhirnya sampai juga turn aku dekat depan ni.


Dapat juga merasa.


Lepas beli terus cabut, nak check in dekat hotel.
Tapi mana tau keesokan hari nya aku pergi lagi klebang ni. Kali ni makan kuih sambil minum coconut shake. Ingat kan tak payah beratur dah, sekali sama saja.
Beratur juga. Kali ni takde gambar. Dah malas nak snap picture, dengan orang ramai nya. Isk2...

Ok disebabkan aku pertama kali merasa coconut shake ni, jadi aku tak boleh la nak komen. Okey je kot rasa dia. Maybe kene rasa coconut shake dekat tempat lain kot, after that baru boleh buat comparison.

Okey. Masa da habis. Aku nak sambung buat keje dulu. Moga-moga tahun ni aku jadi lebih rajin up entry. Hihi


Saturday, January 2, 2016

PERMULAAN TAHUN BARU.

Salam tahun baru. 2016.
Harap-harap tahun ni memberi sinar kebahagiaan dalam hidup aku.
Amboi kemain ayat.

APPRECIATE YOURSELF.
Tiba-tiba terfikir nak jadikan motto hidup tahun ni.
Entry tahun baru dimulakan dengan gambar lauk yang baru je aku siap masak tadi. Haaa..
Resepi yang tengah viral dekat facebook sekarang, dari Aisha Shukor: Ayam Sambal Bali.

Aku da dua kali cuba masak.
Thanks la dekat Aisha ni sebab share resepi. Mohon aku nak copy resepi masuk blog ni ya. Bukan apa. Senang nak scroll in future. Pertama kali je aku masak, siap tulis step bagai. Kali ni aku main ingat-ingat je..Harap sama la dengan resepi asal.


Ayam potong ikut suka. Gaul dengan garam dan kunyit. Lepas tu goreng.

Kisar- Lada kering, bawang merah, bawang putih, halia, belacan.

Sediakan 6 batang serai dan 6 tangkai daun kari. Garam, gula dan kicap.

Cara masak senang jer: panaskan minyak, masukkan serai, goreng sampai bau, lepas tu masukkan daun kari. Goreng sampai garing.
Da garing semua, masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Letak garam gula dan kicap sikit, Masak sampai sebati, rasa, if okey, boleh terus masuk ayam. Siap..
Makan dengan nasi putih, terangkat okey..

p/s: aku da plan nak buat menu raya ni. heheheh