Sunday, January 17, 2016

JALAN-JALAN KUALA LUMPUR.

Selagi ingat, meh la kita tulis sikit memori dekat blog ni.
Buat kenang-kenangan, begitu.
Destinasi terakhir percutian disember 2015 hari tuh adalah Kuala Lumpur, Yeay..
Tak tau apa yang happy sangat.
Tapi kalau ikut tempat yang aku shortlisted, Menara KL salah satunya.
So masuk je KL, terus je set waze, cari jalan ke Menara KL nih.

Kebetulan, hotel yang kitorang dah booking, kalau ikut map, dekat juga dengan Menara KL.
So kitorang just ikut je jalan yang Waze tunjuk.
Mana tau, rupanya, jalan yang sama ke hotel!!!
Serius terkejut. Sebab aku takde la amik tau apa alamat Pacific Regency Hotel ni. 
Sekali nampak papan tanda, oooh rupanya betul-betul bersebelah dengan Menara KL!!!!


Tu papan jalan masuk ke hotel. Jalan masuk ke Menara KL, berdepan je. Aku takde pulak amik gambar papan tanda Menara KL. 
Disebabkan jarak yang terlalu dekat, maka kitorang decide nak jalan kaki je..
Cuaca panas okey, hmm jalan sikit, tengok atas, uiii bila la nak sampai ni.
Jalan sikit lagi, tengok atas.. uiiii, lama lagi ke.. ha ha ha.


Asik la tengok tengok je, bila nak sampai ni. So kene jalan laju lagi..
Berpeluh-peluh. Dah la aku pakai baju hitam. Serap haba. Aiii. Bersabar...


Jalan mendaki bukit..kalau hari-hari macam ni, garenti kurus.
Akhirnya sampai juga. Terus je pergi kaunter. Tanya apa tempat yang boleh masuk.
Masa ni belum ramai sangat orang.
Aku dengan encik suami sepakat nak pergi observation deck yang open air (paling atas sekali) dengan observation deck yang bawah (yang ada aircond).
So beli tiket, lepas tu kene sign borang bagai.. Lepas tu beratur masuk.
Masa nak masuk macam biasa la, amik gambar, berposing bagai.


Haaa ni dari observation deck open air..
Ya Allah, angin kuat sangat. Macam dekat Sky Hore Melaka.
Terbang- terbang tudung..


Pemandangan dari atas..


Tengok awan.. Macam dekat je..
Matahari terik tak boleh nak kata, panas-panas tapi berangin.. hehe


Lepas da puas amik angin, bergambar la semua, turun la kitorang ke level bawah pulak.
Yang ni kawasan tertutup. So ada aircond, tapi sangat ramai orang.. Heheheh


Ada jual souvenir, so beli apa yang patut.


KL tower, yeay...


Lepas tu tunggu turn nak turn.
Beratur.. Ramai sangat orang..

Sampai je bawah, terkejut sangat. Punya lah ramai orang..
Rasa bersyukur sangat sebab kitorang dah turun. Kalau la kitorang baru je sampai Menara KL time ni,
Mau menangis menunggu..

Lepas keluar tu, terus check in hotel. Ada kekurangan dekat sini, bilik yang kitorang dapat tu, view dia tak lawa. Soo tak menarik. Aku ada juga try tanya kaunter, kot-kot boleh tukar bilik. Tapi takde kosong.

Katil king size.. 


Toilet yang takde paip. 


Ada bath tub, tapi paip dia bocor kot, sebab aku saja je try pusing paip,terus la air mengalir, basah terus lantai. Nasib hari kedua dorang ada buat cleaning, so bersih sikit.


Ruang rehat. Abaikan sofina clutch ya. Tapi last-last kerusi ni jadi tempat letak baju, ha ha.


TV..


Hah ada peti ais, dapur sekali. Bole la nak masak-masak ke kan.. Kagum sekejap.
Tak sure la bilik apa yang kitorang booking ni. Dalam kabinet tu memang siap ada periuk semua.
Sempat lagi aku check apa yang patut.


Ni pemandangan dari kafe. Keesokan harinya breakfast amik, seat dekat tepi tingkap. Nampak la Menara KL.


Ok. Sampai sini je mampu tulis.
Kang sambung lagi esok.
Doakan aku rajin je.

4 comments:

  1. hehehhe...akak x penah naik lg kl tower nih...

    ReplyDelete
  2. KL Tower tu dulu Yani pernah naik time sekolah rendah...zaman rombongan sekolah.dah lupa dah macam mana rupa KL Tower tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow best nya, kecik2 da boleh join rombongan sekolah.
      dulu kita kecik2 biasanya tak dapat join. huhu

      Delete