Wednesday, August 28, 2013

JALAN2 USS PART 3-LAST.

Ok sambung lagi cerita sebelum bulan Ogos habis ni kang cerita USS aku still tak habis2. Waktu rehat ni ada masa sikit..

Bahagian ke lima: Far Far Away


Ok kat sini, yang best tu ada Shrek 4D Adventure, memang best la.. Tengok dalam 4D, bersedia la dengan air liur donkey dan juga labah2 bertaburan banyak2.. Ha ha Mula2 duduk ingat kerusi dia tak bergerak2. Sekali bila start tayang, rupanya kerusi pun bergerak ikut apa yang di tayang.. Hmm i like... siap ada nyonya sebelah terkejut2 terus dia naikkan kaki ke atas kerusi dia ala2 bersila gitu.. kuikuikui

Tengok istana Far Far Away...Hmm macam masuk alam fantasi...



Ok bahagian ke enam: Madagascar


Kat madagascar ni, sempatla naik bot jalan2... Tapi tak sempat nak amik gambar bagai, sebab asyik sangat nak tengok apa yang ada kat keliling...

Dan last sekali bahagian ke tujuh: Hollywood


Haa yang ni ada monster rock...


Persembahan musikal monster2 nyanyi. Menarik juga..

Ok itu je aktiviti yang aku dan encik suami dapat buat kat USS. Sangat bernasib baik sebab cuaca pun sedang2 elok saja.. tak panas sangat dan tak la hujan..

Hmm overall, memang best jalan2 ke USS nih..

BEKAL HARI NI.

Hari ni aku bangun awal-takde la awal mana pun, sebab aku nak masak untuk bekal lunch.. Huh, kilang tempat aku kerja ni, antara kekurangan dia adalah kantin..Aku memang jarang amik lunch, kecuali kalau petang tu aku ada meeting, memang aku kene lunch.

Sebab hari ni ada meeting, makanya gigih le aku bawak bekal, info dari akak senior aku-kantin tak bukak semalam (dan beberapa hari lepas). Rasanya memang dah tak akan buka kot, sebab dorang da bungkus semua barang2 tak berniaga lagi.. Hmm..


Ni je yang sempat aku masak, jadi la kan, dari tak ada apa...Aku bukan makan sayur pun, tapi sebab aku nak makan berkuah sikit, goreng juga si sawi ni, nampknya terpaksa la makan...adoi ai...

Ok time for breakfast.. Good morning all...

Monday, August 26, 2013

JODOH ITU MILIK KITA.

Beli juga buku ni akhirnya aku...Tak sabar nak tunggu siaran drama kat astro tuh, tambah pulak kadang aku tertido sebelom drama start- kecewa disitu, maka baca buku adalah lebih baik.. Agak lama juga aku tak beli buku bertemakan cinta cintun nih... Maklum la da tua, tak feeling la baca novel tema cinta. ha ha ha


Ok sila lah mula membaca selagi ada masa ni kan....

Saturday, August 24, 2013

HUJAN & MAKANAN.

Semalam hujan lebat time aku nak pergi kerja, nyaris aku nak amik cuti. ha ha ha mengada eh, benda macam ni pun nak amik cuti. Memandang kan cuti tinggal 4.5 hari, plus encik suami pun macam tak galakkan cuti, maka aku redah juga la..


Dalam hati memang dah agak, nak jalan ke kereta je, confirm basah. Sambil geleng2 kepala, sms kawan aku kat senai, tanya area senai hujan ke tak, jawapan diterima- hujan. Huh sah2 la basah nanti.

Takpe tekadkan hati gak nak pergi kerja punya pasal. Sepanjang drive tu memang kene double berhati2 sebab hujan bertambah lebat sampai tak nampak jalan! Nak masuk lane sebelah pun lama nak agak2 sama ada ok ke tak, sebab memang penglihatan terbatas.

Sampai parking kilang, still hujan juga, ni kalao lemah iman, ada yang pusing balik rumah ni. Tapi bila fikir hujan lebat nanti tak nampak jalan, terbantut hasrat. Tapi hati menggoda gak, mula berkira2 nak drive masuk airport senai, haa ada kedai buku, bole la beli2 buku ker, haish... tak boleh jadi ni, cepat2 tampar muka sendiri nak sedarkan diri, ha ha ha

Jalan kaki masuk office memang separuh basah la even pakai payung.. Apa boleh buat, semua orang pun aku tengok macam tuh.. Sabar saja lah...

Ok habis cerita, lama tak post gambar lauk. Ha ha ha Lately ni kurang rajin masak.. sebab kitorang da kurang makan nasi waktu malam.. Makan mihun, spagetti atau mee goreng jer..adakah berdiet?? entah la, nanti hujung bulan try timbang berat badan..kuikuikui


Hari ni masak sotong sambal dengan goreng sawi jer... Masak yang simple2. Dasar pemalas kan.. Tak apa asalkan boleh makan..

Ok tunggu encik suami balik ni nak lunch sama.. Sambil layan tv, Daaa...

Thursday, August 22, 2013

JALAN2 KE USS PART 2.

Sambungan cerita USS,
Ok bahagian kedua aku masuk: Sci-Fi city... ooooo yeah...


Kat sini mesti la kene naik tranformer ride nih.. 3D jumpa bumble bee.. heheheh


Aku selama ni, kalo tengok wayang, memang tak berkenan 3D sebab aku rasa ianya menyusahkan. Sudah la aku ni bercermin mata, nak kene tambah satu lagi cermin mata 3D, memang hampeh jer... Tapi bila naik tranformer ride ni, kene pakai spek 3D, layan kan juga la..dan hasilnya.. wow excited.. sumpah best.. tak tau la spek 3D tu yang best or transformer ride ni yang best.. Pengalaman dia, sampai hari selasa aku teringat2.. hahaha sila tampar diri sendiri ok....

Lepas tu ada sesi bergambar dengan optimus prime..Beratur orang nak amik gambar dengan optimus prime nih.. Siap ada tukang amik gambar dan tukang jaga timer, cukup masa je, ok habis dah peluang nak bergambar. Jadi kene cepat dan beratur yer..


Sempat la juga masuk kedai cenderamata dia, beli fridge magnet- tak tau sejak bila aku suka nak collect or beli FM ni, dulu2 masa pergi legoland,takde pulak rasa nak membeli. Tapi aku da tanam niat, kene gak beli sikit cenderamata dari legoland tuh, buat kenang- kenangan.. ahahaha...

Ok bahagian ketiga aku masuk: ancient egypt



Kat sini aku naik jip, sambil jalan2 menikmati pemandangan...Treasure Hunter.. Biasa2 je jip nih...


Ok bahagian ke empat: The lost world...


Kat sini aku main sampai basah2 yer.. Sila lah bawak raincoat dari malaysia kalau nak jimat, memandangkan aku dah lupa nak bawak, jadi kene beli.. satu raincoat 3SGD,pastu pakai sekali saja, terus buang, sebab dah basah kan...

Ingat juga nak bagi kat orang, tapi tak tau nak bagi kat siapa...
Ni dia Jurassic Park Rapid Adventure, barang semua kene simpan dalam locker, kali tak silap aku bayar SGD4 untuk satu jam..


Habis je main ni, encik suami ajak naik macam satu roller coster kecik, aku tak sure la nama dia apa...Haa perasan tak 4 orang yang tengah tergantung kat atas tuh.. Fuh, lepas ni memang sumpah taubat tak naik benda ni lagi... Time dia pusing tu, jantung aku pun berpusing rasanya.. Grrrrr...


Pastu kat sini boleh tengok Raptor Nest..


Telur dinosour pun ada, keh keh keh...


Next kitorang pergi tengok water world pulak..Kat sini pun boleh basah2 juga, kene pandai pilih tempat duduk la..


Ok banyak sangat gambar ni, sambung next entry pulak.. Daaa...

Wednesday, August 21, 2013

CINTA KAU DAN AKU vs NASI GORENG TAK JADI

Hari tu masa ramadan waktu sahur sementara nak tunggu masuk waktu subuh, sempat la melayan drama cinta kau dan aku- katanya adaptasi novel. Masuk je bulan syawal, memang aku miss la nak follow drama ni..takdenya rajin nak bangun pagi2 semata2 nak tengok. Countermeasure taken- cari buku dan baca. Gigih ok.

Siap ada kecewa lagi sebab ada ketika aku semangat datang Plaza angsana konon nak masuk kedai badan cemerlang, sekali rupanya kedai tutup nak baraya!! Geram geram geram.

Akhirnya dapat juga baca- pinjam dari orang..syukur juga sebab tak kena beli, rupanya bila dah pegang buku, alahai sikit je part yang aku nak baca sebab aku dah tengok drama ni kan.. heheh

Hari ni balik, plan nak masak spagetti. Bahan da siap beli semalam, aku baru berangan nak bawak bekal nasi goreng. Tapi entah kenapa tah nasi yang aku masak semalam lembik. Terbanyak air? Rasa da ok sukatan air dia. Semua serba tak menjadi. Buat juga nasi goreng pagi tadi tapi bila encik suami rasa katanya nasi tu aku masak untuk orang tak de gigi! huhu memang sah lembik la. Buang dalam tong sampah, kempunan nasi goreng hari ni.. 

Ok tengah mengira waktu balik ni.. huhu harap2 tak hujan la..

p/s: tengah2 buat kerja tetiba dapat call dari jijah.. seronok gila borak sampai tak sedar aku terdelete worklist aku dalam sistem! gelabah la aku pergi jumpa mamat IT untuk retrive balik kerja aku, ha ha ha walaupun cakap tak lama.. thanks jija sebab call yer.. tanda ko rindu aku tuh..

Tuesday, August 20, 2013

JALAN2 KE USS PART 1.

Lama tak update blog. Lepas raya ni life aku back to normal. Gulp, time puasa raya abnormal sket kot.. Ha ha ha

Tak tau nak update apa, kali ni nak tulis pasal kisah aku di USS- Universal Studio Singapore. Lama dah nak update entry ni, tapi aku kan tahap pemalas nak edit gambar, so buat slow2 jer la.. Lagipun nak update kat blog sendiri, saja buat kenangan dan juga buat panduan mana tau kot2 ada orang lain nak ke sana gak. Macam aku, sebelom pergi, memang aku baca semua blog yang review pasal USS ni, so bila aku sampai saja, senang sikit, kira da boleh agak apa yang kita nak buat nanti.. Ehehehe, banyak plak mukadimahnya..

Ok aku pergi USS ni, Isnin, 12hb 8 hari tuh, yer orang lain da start kerja, aku saja dok gigih main game kat USS, bila lagi nak berjimba2.. Kuikuikui

Pergi sana, naik bas beli tiket bas dekat Tune Hotel. So naik bas dari Tune Hotel, janji pukul 730 pergi, 730 balik dari USS.. Prosedur biasa la, kene masuk imegresen malaysia & singapore..

Sampai je kat USS, awal kot.. orang ramai beratur sama ada nak amik tiket or beratur masuk. Encik suami beli tiket online, dan juga tiket express.. Banyak benefit kalo beli tiket express ni. jadi adalah dinasihatkan untuk beli sekali tiket express ni yer, lebih senang dan juga masa menunggu tak lama..


Untuk orang yang ada tiket express macam aku ni, tak perlu beratur panjang. Ada lorong khas yang disediakan. Jadi, dapat masuk saja terus amik peta USS, boleh rancang perjalanan dan juga amik skedul show dia untuk dapatkan showtime.


Gitu la rupa peta USS nih...

Ada 7 bahagian dalam USS nih.. Ok meh kita tengok apa yang aku buat kat setiap bahagian..

Bahagian pertama aku pergi: New York
Ko tengok yang aku tanda pakai pen kat peta tuh adalah show atau game yang aku masuk.


Light Camera action hosted by Steven Spielberg tuh, best. Nampak macam kita berada di set penggambaran betol2. Aku tak sempat nak amik gambar dalam ni sebabnya, gelap kawasan ni, Yang ditunjukkan, taufan tengah melanda new york kononnya, siap ada kapal besar, banjir semua...


Yang ni spagetti space chase ni, kita macam naik satu kapal angkasa, pastu round2 tengok.. Seronok- budak2 mesti lebih seronok, aku yang tua ni pun dah excited bagai.. kuikuikui..

Pastu ada sesame street show lagi...


Ada gak rockfellas, tapi tak sempat nak tengok sangat sebab teruja nak jalan2 lagi.. ehehhehe

Mesti pelik sebab tengok gambar ni ada yang letak water mark ada yang takde.. Harap tak la pening yer, Aku pun tak faham.. Sebenarnya excited edit gambar guna pic collage tuh, tu yang nak try letak watermark la konon.. Gambar ni pun pada aku tak de la kita nak secure sangat sebab tak kan la ada orang nak copy paste kan, lagipun selama aku berblog ni, rasa jarang aku letak gambar aku, ada, bukan tak ada langsung tapi tak banyak.. heheheh

Stop sini dulu, aku update kat opis ni, waktu rehat da habis.. Sambung next entry kalo rajin.. Daaa...

Tuesday, August 13, 2013

PERANGAI LELAKI.

Masa balik dari USS, bas sampai Tune Hotel pukul 9malam. Seharian tak makan nasi- hanya makan kentang, udang dengan sotong goreng. Dan kebetulan sebelah hotel ada restoren sekinchan ikan bakar. Decide makan situ saja lah. Lagipun badan kaki semua penat woo jalan satu hari.

Depan meja aku ada satu family. Ibu ayah, anak 3 orang. Lepas makanan yang di order sampai, aku tengok si ayah pindah meja lain kejap- ooo rupanya dia dok borak dengan kawan...Tinggal lah ibu melayan 3 anak makan..

Aku nampak anak yang nk 2, perempuan(aku agak turutan nombor anak ni ikut saiz badan, ha ha) makan basi lemak.. Dia ni diam je makan. Tak de bunyi2 langsung... Anak yang bongsu pulak- lelaki, asik la jalan2 pusing keliling meja. Lepastu kurang minat makan, asik nak main makanan jer. Bila si ibu ambil makanan, pandai pulak marah- ibu tu bersabar je. Dan lagi- makan sudah la sikit- asik2 mintak air.. Baru ibu nak suap satu sudu ke mulut, melayan anak nak minum air(nampak muka ibu tu berubah macam tahan marah tapi still bersabar)

Anak yang besar sekali, order mee goreng-aku nampak- Sambil makan dia ngadu dekat ibu- pedas, aku nampak jelas si ibu tu macam marah2 anak dia.. Faham la kan, may be si ibu tu penat , mungkin dia bekerja, mana nak layan anak, tak sempat nak rehat. Lepas tu ayah dia pulak bole pindah meja kejap berborak dengan orang lain. Bukan nak tolong layan anak makan ker.. Terdetik dalam hati aku ni..lelaki selalu amik mudah hal ni.. Dia dok bersenang lenang, perempuan juga yang kena gigihkan diri..

Ok habis makan semua tiba masa nak bayar, bila ibu tu bangun saja- laa memgandung lagi rupanya. Nak masuk empat dah anaknya.. Adoi la kalo si ayah tu keep perangai dia macam tu, sedar la diri sikit.. Tolong2 la jaga anak tuh..

Sunday, August 11, 2013

RAYA RAYA RAYA.

Sedar tak sedar da masuk hari raya ke empat. Sempat lagi nak ucap selamat hari raya kepada semua kan... Ok cuti raya aku tahun ni, agak lama.. Raya pertama, ziarah rumah mertua, lepas tu singgah rumah mak aku pulak.

Raya kedua baru balik kampung kat batu pahat, ziaran atok, dengan atok nenek sedara aku...
Semangat buat persiapan raya.. susun jug air siap2 atas meja dengan balang kuih...
Kot2 ada tetamu nak datang, terus je buat air, kuih pun da tersedia.. Kuih adalah beli sajer yer, tak de masa nak buat..Balang kuih tu pun hadiah kawen tahun lepas, jimat juga...


Ni juadah lauk hari raya, nasi tomato-yang-kurang-jadi (takde dalam gambar) dengan ayam masak merah dan kari daging..


Ok hari ni, plan nak tengok wayang- RIPD.. sempat lagi update blog kan aku ni, kuikuikui..

Cuti kali ni, paling tak sabar adalah...


USS I'm coming... yeah.. esok harap2 sangat cuaca elok...Ok semua tiket da ready, passport pun da ready, tunggu hari je.. Daaaa...

Sunday, August 4, 2013

PUASA RAYA.

Sedar tak sedar, bulan ogos da berjalan beberapa hari. Sedikit terabai blog ni disebabkan setiapkali nak menulis sesuatu, ada saja halangan. Yang sebenarnya kemalasan berganda.. kuikuikui..

Cuti raya tahun ni aku amik panjang sikit la. Sebab... mengikut cuti encik suami.. ha ha ada gedik tak?? Encik suami ada banyak annual leave lagi, jadi memang aku jeles la kan kalao tengok dia bercuti2 malaysia sedangkan aku kene kerja.. Aha so nasib baik juga la bila aku apply cuti awal sehari lepas tu naik keje lewat sehari pulak. Cuti aku diluluskan.. Mau nya tak lulus memang aku mogok datang kerja kuikuikui Tambah pulak tahun lepas aku takde cuti raya aku rasa. Sibuk buat persiapan kahwin. Jadi tahun ni nak cuti panjang sikit.

Padahal minggu raya ni la kerja makin banyak. Saja je kan, time2 melayu raya kerja banyak. Aku adalah jenis yang kadang2 kat rumah pun dok teringat pasal kerja. Sampai bole termimpi dibuatnya. Agaknya kalau aku diberikan satu laptop mesti aku asyik la baca email kerja saja kat rumah ni. Tapi sila jangan berangan ok. Laptop tu hanya senior engineer and above saja yang dapat..

Ok raya dah nak dekat, memandangkan aku hanya beraya rumah sewa, tak banyak la persiapan yang aku buat. Buat sekadar ada saja. Kuih raya ada la plan nak beli dalam 2 jenis ke. Selebihnya kerepek dengan kacang.. Atau pun kek saja. Beli banyak nanti kang tak ada siapa yang makan sangat. Jadi membazir pulak.

Persiapan yang lain2 pun biasa saja. Cuma tahun ni juadah raya InsyaAllah nasi jagung, ayam masak merah dengan kari daging. Nasi jagung tu idea encik suami, ayam masak merah tu standard la kan.. kari daging tu idea mak aku- bole macam tuh? Grrrr.. Masak sendiri la aku tahun ni. First time masak ni hoi harap2 la ok rasanya.. Sebab nak bagi orang rasa.. hehehe

Opss asyik la sangat menulis sambil tunggu nasi aku masak ni... sampai tak sedar jam da pukul 6. Masa untuk masak lauk berbuka- daging sambal kicap dengan sayur air sawi. Itu je menu yang boleh aku fikir. Tak kreatif langsung asik la ulang lauk sama.. Kesian encik suami.. Terima saja lah yer..

Semalam masak ayam panggang (lagi). Dengan kukus pau segera dan sayur air tauge tahu.. Layan gambar.. Daaa