Lama tak update blog. Lepas raya ni life aku back to normal. Gulp, time puasa raya abnormal sket kot.. Ha ha ha
Tak tau nak update apa, kali ni nak tulis pasal kisah aku di USS- Universal Studio Singapore. Lama dah nak update entry ni, tapi aku kan tahap pemalas nak edit gambar, so buat slow2 jer la.. Lagipun nak update kat blog sendiri, saja buat kenangan dan juga buat panduan mana tau kot2 ada orang lain nak ke sana gak. Macam aku, sebelom pergi, memang aku baca semua blog yang review pasal USS ni, so bila aku sampai saja, senang sikit, kira da boleh agak apa yang kita nak buat nanti.. Ehehehe, banyak plak mukadimahnya..
Ok aku pergi USS ni, Isnin, 12hb 8 hari tuh, yer orang lain da start kerja, aku saja dok gigih main game kat USS, bila lagi nak berjimba2.. Kuikuikui
Pergi sana, naik bas beli tiket bas dekat Tune Hotel. So naik bas dari Tune Hotel, janji pukul 730 pergi, 730 balik dari USS.. Prosedur biasa la, kene masuk imegresen malaysia & singapore..
Sampai je kat USS, awal kot.. orang ramai beratur sama ada nak amik tiket or beratur masuk. Encik suami beli tiket online, dan juga tiket express.. Banyak benefit kalo beli tiket express ni. jadi adalah dinasihatkan untuk beli sekali tiket express ni yer, lebih senang dan juga masa menunggu tak lama..
Untuk orang yang ada tiket express macam aku ni, tak perlu beratur panjang. Ada lorong khas yang disediakan. Jadi, dapat masuk saja terus amik peta USS, boleh rancang perjalanan dan juga amik skedul show dia untuk dapatkan showtime.
Gitu la rupa peta USS nih...
Ada 7 bahagian dalam USS nih.. Ok meh kita tengok apa yang aku buat kat setiap bahagian..
Bahagian pertama aku pergi: New York
Ko tengok yang aku tanda pakai pen kat peta tuh adalah show atau game yang aku masuk.
Light Camera action hosted by Steven Spielberg tuh, best. Nampak macam kita berada di set penggambaran betol2. Aku tak sempat nak amik gambar dalam ni sebabnya, gelap kawasan ni, Yang ditunjukkan, taufan tengah melanda new york kononnya, siap ada kapal besar, banjir semua...
Yang ni spagetti space chase ni, kita macam naik satu kapal angkasa, pastu round2 tengok.. Seronok- budak2 mesti lebih seronok, aku yang tua ni pun dah excited bagai.. kuikuikui..
Pastu ada sesame street show lagi...
Ada gak rockfellas, tapi tak sempat nak tengok sangat sebab teruja nak jalan2 lagi.. ehehhehe
Mesti pelik sebab tengok gambar ni ada yang letak water mark ada yang takde.. Harap tak la pening yer, Aku pun tak faham.. Sebenarnya excited edit gambar guna pic collage tuh, tu yang nak try letak watermark la konon.. Gambar ni pun pada aku tak de la kita nak secure sangat sebab tak kan la ada orang nak copy paste kan, lagipun selama aku berblog ni, rasa jarang aku letak gambar aku, ada, bukan tak ada langsung tapi tak banyak.. heheheh
Stop sini dulu, aku update kat opis ni, waktu rehat da habis.. Sambung next entry kalo rajin.. Daaa...
No comments:
Post a Comment