Ok sambung lagi cerita sebelum bulan Ogos habis ni kang cerita USS aku still tak habis2. Waktu rehat ni ada masa sikit..
Bahagian ke lima: Far Far Away
Ok kat sini, yang best tu ada Shrek 4D Adventure, memang best la.. Tengok dalam 4D, bersedia la dengan air liur donkey dan juga labah2 bertaburan banyak2.. Ha ha Mula2 duduk ingat kerusi dia tak bergerak2. Sekali bila start tayang, rupanya kerusi pun bergerak ikut apa yang di tayang.. Hmm i like... siap ada nyonya sebelah terkejut2 terus dia naikkan kaki ke atas kerusi dia ala2 bersila gitu.. kuikuikui
Tengok istana Far Far Away...Hmm macam masuk alam fantasi...
Ok bahagian ke enam: Madagascar
Kat madagascar ni, sempatla naik bot jalan2... Tapi tak sempat nak amik gambar bagai, sebab asyik sangat nak tengok apa yang ada kat keliling...
Dan last sekali bahagian ke tujuh: Hollywood
Haa yang ni ada monster rock...
Persembahan musikal monster2 nyanyi. Menarik juga..
Ok itu je aktiviti yang aku dan encik suami dapat buat kat USS. Sangat bernasib baik sebab cuaca pun sedang2 elok saja.. tak panas sangat dan tak la hujan..
Hmm overall, memang best jalan2 ke USS nih..
No comments:
Post a Comment