Sedar tak sedar, bulan ogos da berjalan beberapa hari. Sedikit terabai blog ni disebabkan setiapkali nak menulis sesuatu, ada saja halangan. Yang sebenarnya kemalasan berganda.. kuikuikui..
Cuti raya tahun ni aku amik panjang sikit la. Sebab... mengikut cuti encik suami.. ha ha ada gedik tak?? Encik suami ada banyak annual leave lagi, jadi memang aku jeles la kan kalao tengok dia bercuti2 malaysia sedangkan aku kene kerja.. Aha so nasib baik juga la bila aku apply cuti awal sehari lepas tu naik keje lewat sehari pulak. Cuti aku diluluskan.. Mau nya tak lulus memang aku mogok datang kerja kuikuikui Tambah pulak tahun lepas aku takde cuti raya aku rasa. Sibuk buat persiapan kahwin. Jadi tahun ni nak cuti panjang sikit.
Padahal minggu raya ni la kerja makin banyak. Saja je kan, time2 melayu raya kerja banyak. Aku adalah jenis yang kadang2 kat rumah pun dok teringat pasal kerja. Sampai bole termimpi dibuatnya. Agaknya kalau aku diberikan satu laptop mesti aku asyik la baca email kerja saja kat rumah ni. Tapi sila jangan berangan ok. Laptop tu hanya senior engineer and above saja yang dapat..
Ok raya dah nak dekat, memandangkan aku hanya beraya rumah sewa, tak banyak la persiapan yang aku buat. Buat sekadar ada saja. Kuih raya ada la plan nak beli dalam 2 jenis ke. Selebihnya kerepek dengan kacang.. Atau pun kek saja. Beli banyak nanti kang tak ada siapa yang makan sangat. Jadi membazir pulak.
Persiapan yang lain2 pun biasa saja. Cuma tahun ni juadah raya InsyaAllah nasi jagung, ayam masak merah dengan kari daging. Nasi jagung tu idea encik suami, ayam masak merah tu standard la kan.. kari daging tu idea mak aku- bole macam tuh? Grrrr.. Masak sendiri la aku tahun ni. First time masak ni hoi harap2 la ok rasanya.. Sebab nak bagi orang rasa.. hehehe
Opss asyik la sangat menulis sambil tunggu nasi aku masak ni... sampai tak sedar jam da pukul 6. Masa untuk masak lauk berbuka- daging sambal kicap dengan sayur air sawi. Itu je menu yang boleh aku fikir. Tak kreatif langsung asik la ulang lauk sama.. Kesian encik suami.. Terima saja lah yer..
Semalam masak ayam panggang (lagi). Dengan kukus pau segera dan sayur air tauge tahu.. Layan gambar.. Daaa
No comments:
Post a Comment