Monday, September 29, 2014

ISTERI Vs GIRLFRIEND.

PERBEZAAN ANTARA ISTERI DAN GIRLFRIEND PADA PANDANGAN SEORANG SUAMI

Isteri macam television (TV),
Girlfriend macam handphone (HP)

Dirumah tengok TV, pergi keluar bawak HP.

Kadang-kadang seronok tengok
TV, tapi selalunya masa banyak
habis main HP.

TV percuma sepanjang hayat, tapi HP kalau tak bayar servis line, talian akan ditamatkan serta merta.

TV saiznya besar, berat dan
buruk, tapi HP cute, comel,
ramping dan banyak butang
boleh picit dan boleh dibawa ke
mana-mana pada bila-bila masa saja.

Kos penyelengaraan TV murah aje, lagipun jarang rosak, tapi HP...mak oii.. mahalnya, selalu
meragam pulak tu.

HP bila kita bercakap dgn dia... dia jawab semula.... TV asyik nak kita dengar je dia cakap...

Yang sadisnya TV ada Remote
Control, tapi HP takde.

Cuma satu je kelebihan TV, takde virus. Tapi HP sekali kena virus habislah!

JADI.. JANGAN PENING KEPALA, SAYANGILAH TV ANDA..

p/s: ini message aku dapat dari group whatsapp.

MAKAN, AYAM, MANGGA, MEETING

Cerita hari sabtu:
Pending list kerja kat rumah makin banyak. Nak semak barang2 apa nak kene beli, nak masak, nak kemas rumah, nak basuh baju bla bla bla bla.. Oooh best nya kalau ada pembantu rumah(mode: berangan). 

Jadinya lunch aku masak ni je (yang mampu terfikir)


Balik-balik lauk yang sama je kan. Habis nak masak lauk apa lagi. Ha ha ha makan dua orang je pun. Bedal saja ok. Encik suami tapau ayam kfc. Peminat ayam. 

Malam-malam pukul 10 makan ni pulak. 


Gigih ok.

Cerita hari ahad:
Hari ni tak sempat snap lauk apa yang aku masak. Lunch makan nasi, sayur goreng dengan ayam masak lada hitam. Beli sakura organik chicken kat jusco malam semalam nya. Aku kan tak berapa  suka goreng ayam style letup-letup ni. Bertabah je la. Lepas campak ayam dalam kuali, layan tv kat ruang tamu dulu.  Dari jauh aku dengar bunyi letup-letup. Tengok-tengok habis percikan minyak ke dinding, ke lantai. Fuh.. Tak kuasa. Apa la petua goreng ayam perap dengan kunyit ni supaya dia tak letup eh.

Malam pulak makan mee goreng. Sebelum makan mee, aku makan sebiji mangga. Lepas tu terus perut rasa sebu dan berangin. Nak tanya, mangga ni buah yang berangin ke? Ni sampai pagi ni still ada rasa sakit perut- tapi kat hujung-hujung la. Tak macam malam tadi.. Adui...

Hari ni keje banyak. Nak siapkan itu siapkan ini. Paling penting nak siapkan meeting agenda untuk esok. Esok ada meeting dengan team yang selalu busy. Jadi memang kene list out semua pending item sebab kalau ter miss out. Susah nak jumpa dan meeting balik. Ok semangat-semangat.

Thursday, September 25, 2014

KEK CHOC MOIST.

Tajuk macam la aku nak share resepi kat sini. Padahal aku just beli tepung kek yang dah siap tu aje. Mudah dan cepat kan..


Bahan-bahan pun mudah je. Telur dan minyak jagung yang kebetulan memang dah ada kat dapur rumah aku. Tu minyak jagung tu da lebih setahun aku beli. Expired tahun depan. Tak tahu nak buat apa. Buat kek je la. Baru sekarang nak guna.

Adik aku kata- da malam pun sempat bakar kek. Uiiii apa tak sempat nya. Just pukul semua bahan guna mixer. Panaskan oven. Bakar. he he he 


Itu hasilnya. Encik suami tak suka makan kerak-kerak tu. Jadi aku buang keliling kerak tu semua. Ambil yang tengah je. Menjadi juga la kek choc moist ni. 

Next time nak try resepi la. Tapi ada beberapa bahan nak kene beli. Especially penimbang. Kang susah nak sukat bahan. Ok. Letak dalam wishlist sambil search resepi kek mudah. 

Sunday, September 21, 2014

DRAMA KOREA.

Weekend kali ni aku habiskan masa layan balance episod drama korea-Temptation.
Jadi tidak la aku tertunggu-tunggu next episod setiapkali isnin dan selasa. Terima kasih daun keladi, encik suami sebab downloadkan untuk aku. he he he


Apa yang boleh aku simpulkan..
1. Perasaan dendam yang disimpan dalam hati, tak akan membawa kita ke mana, sebaliknya akan menyusahkan diri sendiri. Menyesal kemudian tidak berguna.
2. Jangan sekali-kali diusik hak orang. Hehehe Dalam cerita ni, watak CEO, kalau dia tak mula kan dengan si suami orang tu, benda tak jadi. Rumahtangga dorang pun tak la bergolak dan bercerai.

Sebenarnya aku tak happy dengan ending drama ni. Dia macam tunjuk happy ending between CEO dengan bekas suami orang.. Adoi.. Tapi aku sendiri pun tak expect nak ending macam mana?
So layan je la.. hihi.. 

Ok esok da start keje.. Oooh malas sikit rasanya..Hmmm...

Saturday, September 20, 2014

LAUK LUNCH.

Semalam aku halfday. Sebab nya nak masak lunch kat rumah. Encik suami tak keje. Time dia keluar solat jumaat, aku bersilat kat dapur. Siapkan masakan yang tak seberapa.


Nasi, daging kicap, kobis goreng telur. Hmm banyak nak tulis kat blog. Tapi nanti la. Mood pun tak berapa nak ada. 

Ok tu je. Bye.

Monday, September 15, 2014

KARI DAGING

Aku dah lama tak meng'kari'. Sejak aku rasa kari yang aku masak ni macam kurang sedap. Jadi aku lama dah tak buat kari. Sehingga semalam. Aku masak  kari daging. 


Tu pun lepas aku godek-godek resepi. Pilih punya pilih. Akhirnya masak style macam ni.

Bahan-bahan:
1. Bawang merah bawang putih halia blender separuh halus. Agak-agak la kan. Rumah aku tak ada lesung batu. Semua benda pakai blender. 
2. Sediakan rempah 3 sekawan tu- kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih.
3. Rempah kari babas. Aku beli dua sekali- adabi dengan babas ni. Tak sure nak pakai yang mana. Tapi lastly decide pakai babas. 
4. Daging yang dihiris nipis. Aku kalao potong daging, suka potong besar. Sekali makan. Tapi sebab nak masak kari, gigih potong sekecik mungkin. Senang empuk katanya.
5. Air 600ml. Sukat agak-agak jer.
6. Santan pekat. Aku guna santan S&P. Senang. Beli paket-paket. Nak pakai, sila bancuh dengan air.
7. Garam secukup rasa.
8. Kentang potong kecik.

Cara masak:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masukkan daging, kacau rata.
3. Masukkan rempah kari babas, kacau rata lagi. Biar sebati dengan daging.
4. Masukkan air. Masak sampai mendidih dan daging empuk.
5. Masukkan kentang dan santan pekat tadi. Masak lagi dalam 5 gitu.
6. Rasa kuah. Tambah garam. Kemudian kari daging siap..

Makan dengan nasi panas dan sambal belacan adabi. Ooh.. aku beli sambal belacan adabi yer. Yang siap tu. Ready to eat. Senang dan mudah. Rasa pun bole tahan. 

Ok tu dia cerita semalam. Cerita hari ini- aku keje tapi encik suami tak keje. Moga-moga petang nanti ada keluar email bole balik awak due to public holiday esok. Berharap ni. Ha ha ha

Aku suruh encik suami masak pizza je kat rumah. Kang kelaparan pulak dia tak makan. Tu dia send picture: tergoda gak ni. Nak balik rumah sekarang, bole tak??


Friday, September 12, 2014

MOOD BAKAR KEK.

Oven kat rumah aku ni, kitorang beli sebelom masuk rumah lagi. Baru-baru ni je tergerak nak guna. Orang kata try and error. Lalu bermula la projek mem'baking' kek. Benda baru ni, harus lah excited. 


Untuk cuba-cuba, beli je la adunan segera. Ha ha ha. Opss abaikan periuk nasi yang besar itu dan juga aha.. manual oven. kikikiki Bersepah barang merata-rata ada.

So follow je instruction, lepas tu bakar. 


Ni masa tengah bakar. Kejap-kejap lari tengok oven. Excited. Over kemain.


Hah tu tengok sampai gemuk gebu adunan kek tadi. Tapi leka tengok tv, kek hangus ditepi..


Tapi still boleh makan. 
Lepas ni nak try resepi kek lain. Nak adun sendiri bancuhan tu. Resepi dah ada. Barang je belum beli. Ok takpe. Tunggu next entry. 

Thursday, September 11, 2014

SHAKLEE: OMEGA GUARD.

Minyak ikan terbaik dari shaklee- Omega guard.
Sebotol tahan untuk kegunaan 2-3 bulan.


Antara set cadangan:



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

SPAGETTI AGLIO OLIO.

Hi. Baguskan aku maraton update blog, masuk ni da entry ke 3. Tu tanda apa- tanda aku da makin kurang kerja kat opis  ni. Semua pun da tinggal nak follow up je jadi adalah sikit masa free (banyak juga la). 

Tambah pulak. Aku dan blog memang susah nak berenggang. Hahaha walaupun jarang update. Tapi selalu je aku jalan-jalan blog orang. Cari informasi yang berguna. Sharing is caring kan..Orang kata.

Semalam aku masak spageti aglio olio lagi. Kali ni with improvement resepi. Kita kene sentiasa berani mencuba resepi baru. He he Dan rasanya, lebih baik dari percubaan yang dulu. Ok meh cerita pasal bahan-bahan. Senang je.

- Spageti yang telah direbus untuk 2 orang makan
- Minyak zaitun
- 1/2 kiub pati ayam
- 4 ulas bawang putih yang dicincang halus. Lagi banyak bawang putih, lagi sedap katanya.
- Udang dengan sotong yang dah dibersihkan dan direbus
- Serbuk lada hitam

Cara masak:
- Tumis bawang putih hingga naik bau
- Masukkan sedikit air rebusan seafood tadi
- Masukkan kiub pati ayam, serbuk lada hitam, kacau rata. Masukkan sotong dengan udang tadi
- Masukkan spageti dan gaul rata.
- Tambah minyak zaitun supaya bahan semua sebati.

Siap. Bole makan. Ni gambar.

Ok selamat mencuba.

LOCENG.

Encik suami beli loceng untuk letak kat luar rumah. Jadi akan memudahkan la just in case kalau ada orang datang or courier nak hantar barang. Takde la dia terHalo Halo depan rumah.

Ogininally wiring untuk door bell memang aku tak buat-ada sikit menyesal la dulu sebab tak buat. So bila orang tanya pasal renovation, memang aku recommend kau buat saja lah wiring door bell ni. Pakai tak pakai belakang cerita. Eh tapi kalau dah ada tapi tak pakai- rugi kan. So kene pakai. He he Tapi tak pe. Ada option lain. Beli yang wireless style. Ok tu bukan point utama aku nak highlight kat sini. Tapi entry macam nak cakap yang rumah aku dah ada door bell. Fuh..geleng-geleng. Tak faham kan?

Tiba-tiba teringat time aku kerja kat kilang lama. Nak approve part for production. Leceh tau. Nak kene measure critical dimension segala. Check visual. Salah satunya - printing..


Tengok printing kat bell ni. Huh Slanting?? Macam ni pun boleh jual? Takde pulak aku sebagai customer nak komplen ke apa. Tapi sebagai orang yang keje kilang dan relate to production. Nak juga tahu- Quality tak buat keje ke? Eheheh. 

CELCOM

Lama aku nak update isu ni.. Geram
je aku kan. Tapi masih boleh bersabar lagi. Tak pe tak pe. Tunggu la sehingga bulan depan. Kalau still sama juga, memang kene gegar sekali lagi bangunan celcom. 

Alkisah aku downgrade data plan aku dari 3gb ke 1gb for iphone. Reason konon nak cut cost. Nak reduce unnecessary cost. So target monthly bayar kurang dari rm50 untuk iphone. Lepas pegi celcom branch, isi form untuk downgrade. Dikenakan bayaran lagi. Upfront payment katanya. Ok fine.

Next month punya bila still kene bayar pakej 3gb tu-pro rate. Boleh diterima lagi.  The following next month- bulan 7. Check bill online, still ada double payment. Aku kene bayar dua2 pakej plan 1gb dan 3gb. Ini memang menimbulkan kemarahan. Terus aku call celcom center. Buat aduan. Katanya akan create report dan amik masa dalam 3-5 hari bekerja. Tapi aku minta dia check dalam system, line aku ni plan apa yang di pakai. Katanya line aku da start pakai 1gb punya plan data. Ooo padan la aku receive sms kata data plan aku da hampir max usage. Bill bulan tu aku bayar tapi aku deduct sendiri amount pakej 3gb.

Last month punya bill. Bulan 8. Check online lagi.. Oooh my... Tak ada perubahan. Malah siap cakap aku ni ada tunggakan?? Hoi kau ni tak buat kerja ke?? Aku pergi celcom blue cube. Sebab  aku just notice hari ahad. Then pekerja dia suh isi form again(?) kemudian kata ini  bahagian IT punya problem. So as
usual dia akan create report. Tak tahu da settle ke belum, nampaknya macam belum sebab line aku kene bar satu hari?? 

After aku buat payment- as usual deduct the unnecessary cost. Baru la line active. Tapi kalau IT dia still tak buat kerja, maknanya bill bulan 9 nanti akan ada tunggakan double cost!

Tak sabar nak tunggu bill bulan 9. Celcom. Please upgrade your service.

Friday, September 5, 2014

KISAH TELADAN.

Kisah ni aku dapat dari group whatapps. Thanks shidah for sharing. Nah aku tepek kat blog. Yang dah baca tu, meh kita baca sekali lagi

---Seorang wanita sedang menunggu di sebuah terminal pada suatu malam. Masih ada beberapa jam sebelum jadual kapal terbangnya berlepas. Untuk menghilangkan rasa bosan, dia membeli sebuah buku utk dibaca dan sekantung kuih di sebuah kedai yang terdapat di situ lalu menemukan tempat untuk duduk. Sambil duduk wanita tersebut membaca buku yang baru saja dibelinya.

Dalam keasyikannya membaca, dia melihat seorang budak lelaki di sebelahnya dengan begitu berani mengambil satu atau dua dari kuih yang berada diantara mereka. Wanita tersebut cuba mengabaikan perbuatan budak lelaki itu agar tidak terjadi kekecohan. Dia membaca, mengunyah kuih dan melihat jam.

Sementara budak lelaki tadi semakin berani menghabiskan kuihnya. Dia semakin geram melihat tindakan berani budak lelaki itu.

"Sakan budak ni..sabaq ja la, kalau orang lain dah lama jentik telinga dia...!", marah wanita itu dalam hati.

Setiap kali dia mengambil satu kuih, budak lelaki itu juga akan mengambil satu. Budak lelaki tersebut langsung tidak merasa bersalah dan tenang terhadap sikap wanita tersebut yang sudah kelihatan amat terganggu. Ketika hanya berbaki satu kuih, wanita itu tertanya-tanya apa yang akan dilakukan budak lelaki itu. Sambil tersenyum, budak lelaki itu mengambil kuih terakhir dan membelahnya kepada dua bahagian.

Budak lelaki itu tanpa segan silu menawarkan separuh kuih itu sementara dia makan yang separuhnya lagi. Wanita itu pun merebut kuih yg tinggal separuh itu dgn kasar sambil berkata dlm hati,"tak malu betul la budak ni, anak sapa la ni..dah la selamba badak ja makan kuih aku tak terima kasih pulak tu..", Belum pernah rasanya dia begitu geram.

Wanita itu menghela nafas lega saat penerbangannya diumumkan. Dia mengumpulkan barang miliknya dan menuju pintu gerbang. Dia menoleh kepada budak lelaki yang makan kuih2nya sambil berkata, "Adik, tak baik mencuri, kalau nak mencuri pun jangan bagi orang nampak.. " 

Wanita itu naik pesawat dan duduk di kerusinya, lalu mencari bukunya yang hampir selesai dibacanya tadi. Saat dia meraba beg tangannya, dia menahan nafas panjang.

Di dalam beg tangannya ada kantung kuihnya. 

"Eh..ni kuih aku,maknanya  tadi... dia tak dapat meneruskan kata2. Jadi kuih tadi adalah milik budak lelaki tadi dan dia mencuba untuk berkongsi. Sudah terlambat untuk meminta maaf, dia tersandar sedih. Dialah sebenarnya yang kasar, tak tahu berterima kasih dan dialah pencuri kuih itu.---

Begitu jugalah dgn kita. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kacamata kita sendiri.

Orang lainlah yang selalu salah, orang lainlah yang patut disingkirkan, orang lainlah yang tak tahu diri, orang lainlah yg teruk, orang lainlah yg tk sedar diri, orang lainlah yang berdosa, orang lainlah yang selalu bikin masalah, orang lainlah yang patut diberi pengajaran.

Padahal kita sendiri yang 'mencuri kuih' tadi, padahal kita sendiri yang tidak tahu berterimakasih. 

Melihat kesalahan orang lain itu sangat mudah, tapi kesalahan kita walau sebesar bukit pun kita tak pernah lihat, perbanyakkanlah muhasabah diri agar kita boleh menjadi lebih baik lagi. 

MERDEKAKAN DIRI KITA DIRI SEGALA SIFAT2 TERCELA.

Sekian.