Thursday, July 30, 2015

RADIO

Dah nak dekat penghujung bulan.
Tinggal tunggu gaji jer.
Boleh macam tuh?

Sekarang ni aku happy sangat.
Sebab rumah aku dah ada radio wei.
Walau orang bagi, masih rasa happy.
Sebab free dan akhirnya dapat juga dengar radio kat rumah sendiri.
Selama ni nak beli asik la bertangguh.
Kerja bertangguh ni tak bagus. 
Jangan ikut yer.

So malam ni online sambil dengar lagu.
Best-best.


Buat masa ni letak area sini dulu.
Lepas ni baru difikirkan kat mana tang sesuai. Tiba-tiba rasa ooh limitednya plug dekat rumah aku ni.


Okey tu je kisah radio. 
Memang nak bagi tahu, betapa best nya boleh dengar lagu kat rumah sendiri.
Dah la, kain da habis dalam mesin.
Masa untuk sidai. 
Jumpa nanti next entry. Daa.

Wednesday, July 29, 2015

DUNIA..MACAM-MACAM

Lama betul tak merapu dalam blog ni.
Okey hari ni tergerak nak tulis.
Sebab banyak benda berlaku hari ni.

Tension dengan sikap pengguna jalan raya dan lebuh raya.
Yang suka langgar lampu merah, time turn kita hijau, seboleh boleh mereka nak jalan juga.
Walhal lori pulak tuh. Motor pun sama!!
Biadap sungguh rasanya.
Tak sayang nyawa.
Aku dah hon pun, buat tak tahu jer, tak rasa bersalah.
Tak pe, dia belum kene.
Bukan mendoakan.
Tapi memang dah macam tu sifatnya. 
Dah terhantuk baru terngadah.
Betul kot pepatah tu..

Pengguna tol. Geram sangat.
Aku da bebel banyak kali kot kat blog.
Luahan perasaan.
Setiapkali touch kad, MATA tu sila lah tengok skrin.
TENGOK berapa baki.
Setiapkali aku jumpa pemandu yang touch touch tapi tak lepas.
On hazard signal, nak reverse kereta.
Aku rasa nak turun dan ketuk kepala dia boleh tak??
TOUCH N GO maksud betul betul TOUCH N GO la. 
Bukan TOUCH-TAK-LEPAS.
Sebal betul.

Ok kita bukak cerita lain.
Semalam kot, atau kelmarin.
Ada keluar dekat berita.
Kejadian dekat China. Ibu ditelan escalator.
Menyayat hati aku rasa.
Syukur anaknya tak terjerlus sama.
Buat aku rasa seriau je nak lalu dekat escalator.
Masa tengok tu, aku ingat si ibu tersepit separuh badan jer.
Sekali tengok jatuh hilang terus.
Orang yang berada dekat-dekat situ pun tergamam.
Tak tahu nak buat macam mana.
Harap la kejadian ni tak jadi dekat Malaysia.

Okey syawal da nak masuk dua minggu.
Selamat hari raya. Baru nak ucap.
Maaf zahir batin. 
Kepada sesiapa yang baca blog aku (yang tak seberapa ni).
Kepada sesiapa yang sakit hati terasa bila baca tulisan aku ker..
Mohon maaf. 
Kadang-kadang kita khilaf. Tulis ikut emosi..

Meh belanja satu gambar raya.


Tema warna tahun ni. Coklat.
Aku baju je ala-ala coklat, pakai shawl grey. Sukahati jer kan.
Gambar aku sorang saja eh. Encik suami? Tak payah la. Tak selesa pulak dia nanti. Tapi kalo agak-agak nak tengok gambar encik suami, silakan cari balik entry lama. Hihihi

Raya tahun ni amat lah bermakna sebab satu-satunya sahabat baik aku, sempat singgah rumah. Thanks Ikin.
Silakan siapkan kebun ko yer.. Nanti aku nak balas kunjungan ke Perak pulak. Satu hari nanti. Insya Allah.


Okey, sambung balik. Da bape kali entry ni jadi draft.
Aku tulis hari rabu malam khamis.
Hari ni (pagi khamis) aku continue dan publish.
Tak sure entry ni duduk hari apa.

Dah la. Macam dah bebel banyak sangat.
Stop dulu. Sambung nanti.
Target nak keluar rumah awal nanti masa pergi kerja.
Harap tercapai la niat. Sebab aku kadang-kadang.
Hangat-hangat tahi ayam jer.
Bye. Da da...

Wednesday, July 15, 2015

BANGKIT CHEESE.

Bangkit cheese.
Asal beli konon nak buat kuih raya.
Tapi fikir balik, kang tak sempat nak buat raya kang.
Beli 3 botol. Hoi sedap hoi.
Sahur makan seketul (dua). Buka puasa makan lagi seketul (dua tiga).
Bangkit cheese oiii.. Kenapa la ko sedap sangat nih...


Sunday, July 12, 2015

MENU RAYA 2015

Kalau nak difikirkan, bingung betul apa menu nak masak masa raya nanti. Memang da tak boleh fokus ke raya la. 
Oooh begitu banyak to-do-list nak kene buat.

Rumah belum dikemas, dalam dan luar. Pengsan.
Baju raya encik suami belum dibasuh.
Pengsan.
Kuih raya baru ada dua jenis. Kerepek tak beli lagi. Balang kuih tak check lagi.
Pengsan. 
Semua pun nak pengsan la. 
Sepatutnya aku cuti start hari rabu.
Now aku terpaksa consider balik semata-mata nak release production BOM CR!!! Urgent. Geram. Sila cepat update resume. Motif sangat.

Balik pada menu. Rasanya ayam masak merah mesti ada. Lepas tu belek-belek notes dekat handphone, nampak resepi nasi minyak yang paling mudah. Aku copy dari blog mana tah. Lupa. Ok rasa macam nak buat juga nasi minyak ni. Harap menjadi la kan. Tak cuba tak tahu.

Next menu rasa macam nak masak rendang daging juga. Ini belum tentu lagi. Sebab nak kene check bape lama masa nak masak. Biasanya aku akan masak pagi-pagi raya. Lepas subuh, terus start keje.
Hmmm. Bila nak rehat ni.. Pemalas sangat kan.

Menu rancang juga, barang tak beli lagi. Mak aku da highlight suh beli awal-awal. Jiwa tengah kacau, memang susah la nak draft kan, nampak gaya kene whatsapp adik aku suh dia prepare siap-siap kat pasar, lepas tu aku tinggal datang ambil jer. Boleh la kot. So esok kene finalise menu siap-siap.

Ok menu berbuka hari ni, nasi goreng dengan drummet ayamas kot. 
Nasi da siap masak ni, mata da berat sket, ha ha tidur sekejap la. Daa

p/s: Moga-moga dapat mimpi apa menu raya tahun ni..

Saturday, July 11, 2015

CHATTING.


Ni aku petik kata-kata dari Saiful Nang- buku Kisah Orang Menang.
Senyum sendiri aku.

Memang betul. 
Walau macam mana banyak kerja sekalipun, masih sempat curi masa untuk chatting. Hari-hari.
Rasa bersalah tetap ada. Waktu kerja sepatutnya guna dengan sebaiknya untuk habiskan kerja. Tapi curi-curi chatting. Alasan. Chatting is one of the method to release tension.

Lebih baik chatting depan komputer daripada kau pergi melepak kat meja kawan dan borak macam kat kedai kopi kan?

Kat kilang lama aku dulu, chatting thru email. Jadi memang berantai la email-email nak membaca. Kadang aku sampai tak sempat nak baca. Ada pernah jadi satu kes aku dengar, satu group chatting tu, dia termasukkan nama satu manager. So semua email chatting sama masuk
ke inbox manager. Aku tak ingat apa kesudahan cerita ni. Tapi yang penting, semua orang sangat berhati-hati bila nak mulakan chatting thru email selepas insiden ni.

Kilang baru pulak, ada disediakan satu akaun microsoft lync. Ingat lagi masa mula-mula aku join, punya lah tak reti nak guna. Antara sebab yer la, budak baru mana la kenal orang sangat. Lepas beberapa kawan aku join kilang ni, baru la aktif ha ha. Now satu kemestian. Hari-hari ada je issue. Best okey. Dah lupakan issue chatting ni, asalkan kerja siap ontime dan takde impact yang besar, ia masih okey lagi. Entah-entah bos pun chatting juga kot. Ha ha

Okey ni nak tayang masakan berbuka hari ni. Mee goreng dengan karipap goreng jer. Satu pinggan mee makan dua orang. Karipap sorang dua ketul. Adil dan saksama.


Dah dua hari makan beli kat bazar, kali ni kita masak jer la. Aku sampai sekarang rasa fail la bila goreng karipap ni. Selalu jadi nampak macam hangus. Padahal aku jaga je karipap ni masa goreng. Konpius sangat.

Okey la. Stop dulu. Jap lagi nak keluar bayar duit kereta. Blom bayar lagi. Daa sambung nanti.

Friday, July 10, 2015

KISAH PAKCIK.

Hari ni kecoh sekejap dekat opis aku, katanya ada pakcik nak curi kereta!!!
Hoih pertama kali dengar, aku buat tak tahu saja, tapi bila ramai-ramai berkumpul dekat dinding, mana bole tahan kan, nak juga menyibuk sekejap.

Ooh opis aku sepanjang dinding tu, cermin. Jenis cermin yang nampak luar. Tapi orang luar tak nampak dalam. Itu kelebihan, so balik pada kisah pakcik ni. Heboh la kata pakcik ni nak curi kereta, dengarnya ada orang nampak, pakcik tu try nak bukak pintu Alza.

Tak lama kemudian, nampak la guard kilang aku berjalan ke arah pakcik tu. Soal jawab sekejap, lepas tu guard patah balik masuk kilang. So dengar cerita lagi, sebagaimana yang diberitahu guard, pakcik tu bukan nya nak mencuri kereta, tapi itu kereta anak dia. Dan katanya lagi, anak dia tengah interview dekat kilang aku!!! Konon nya dia tak nak tunggu dalam kereta, takut habiskan minyak. Lepas tu agaknya dia keluar la, walaupun tengah panas-panas, kemudian dia tak dapat bukak pintu kereta balik, maybe sebab dia tak reti guna alarm keta kot. Entah.

Ok point dia kat sini, ayah teman anak pergi interview.
Teringat masa aku datang interview satu kilang dekat PTP dulu. Throwback.
Ayah aku pun teman aku okey..Sebab, masa tu aku tak berapa tahu jalan ke kilang tu. 
Masa mula-mula dapat call for interview, ayah aku dengan aku sama-sama cari jalan untuk ke kilang tu, naik motor jer. Sampai tersesat pun ada. Tapi pengalaman kan..Rupanya aku tak dapat pun kerja kat situ. Nasib baik juga la. Rezeki kat tempat lain.

Balik pada kisah pakcik tadi. Okey la if ayah nak ikut anak pergi interview, mungkin dapat bantu bagi moral support kepada sang anak.

Bab menunggu tu. Kekadang proses interview ni ambil masa juga. Sejam ke, dua jam ke. Bergantung pada interviewer dan berapa ramai calon. Jadi kesian kalau dibiarkan si ayah menunggu panas-panas. Anak tu patut inform je ayah dia minta tunggu saja dalam kereta.. Minyak habis tak apa lah. Boleh beli dan isi lagi.

Harap aku tak jumpa la situasi yang macam ni lagi. Dan harap-harap juga anak dia lulus interview dan diterima masuk bekerja!

Thursday, July 9, 2015

PUASA DAN BAZAR.

Lama tak membebel kat sini. Sedar tak sedar da nak dekat raya dah skang. Persiapan raya? Belum ada lagi. Cuma baju raya je lah yang dah ada. Tu pun belum basuh lagi. Kuih raya? Ingat lagi pasal kuih tak jadi tuh. Pengakhirannya makan sendiri. Masa buka, makan sebiji, sahur, makan sebiji. Skang da tinggal sikit jer. Puiii

Aku cuma beli bangkit cheese. Lepas tu nak pau kuih tart mak aku. Lain-lain nanti beli kerepek jer la. Mood nak raya pun tak berapa nak ada. Encik suami hari-hari busy balik rumah ngam-ngam waktu buka. Aku pulak, haih walaupun tak de model baru sangat, tapi model yang skang ni pun da buat aku pecah kepala, sesak nafas sampai rasa tak nak pergi kerja lagi dah!!! Okey stop cite masalah keje. Tak kemana pun kan. Aku juga yang kene hadap nanti. Sila lah bertabah sampai dapat kerja baru. La la la la la

Hari ni aku buka puasa- beli kat bazar jer. Aku pun kadang-kadang tak rajin juga. Padahal bila masak sendiri tu, lepas makan, kenyang dan puashati. Tapi proses nak memasak tu yang malas. So malas masak maknanya makan luar. Jom beli. Hari ni makan nasi ambang, ayam penyet, kuih sikit dengan cucur udang. Mana tahu encik suami tapau ayam goreng uncle bob sampai dua!! Sila muntah ayam lepas ni. Wekkk wekkk

Walaupun baru bape kali beli kat bazar, ada sekali tu kitorang beli la menu sama- nasi ambang, cucur udang. Tapi bila siang-siang, aku keluar masuk toilet sampai 3 kali!! Masa kene macam tu, rasa taubat juga la konon tak nak beli. Tapi apakan daya, aku insan biasa. Malas telah bermaharajalela.

Tu antara pengalaman tahun ni la. Beli kat bazar, hasilnya sakit perut, lepas tu aku ada beli sate, tapi rasa dia tak sedap. Aduh sate wak radol juga yang terbayang-bayang kat mata. 

Ok la. Niat hati nak terus membebel kat blog ni. Tapi mata makin nak tertutup dah ni. Kenapa eh asal makan nasi je, cepat ngantuk. Musykil betul. 
Ok bye. Jumpa next entry.