Thursday, July 9, 2015

PUASA DAN BAZAR.

Lama tak membebel kat sini. Sedar tak sedar da nak dekat raya dah skang. Persiapan raya? Belum ada lagi. Cuma baju raya je lah yang dah ada. Tu pun belum basuh lagi. Kuih raya? Ingat lagi pasal kuih tak jadi tuh. Pengakhirannya makan sendiri. Masa buka, makan sebiji, sahur, makan sebiji. Skang da tinggal sikit jer. Puiii

Aku cuma beli bangkit cheese. Lepas tu nak pau kuih tart mak aku. Lain-lain nanti beli kerepek jer la. Mood nak raya pun tak berapa nak ada. Encik suami hari-hari busy balik rumah ngam-ngam waktu buka. Aku pulak, haih walaupun tak de model baru sangat, tapi model yang skang ni pun da buat aku pecah kepala, sesak nafas sampai rasa tak nak pergi kerja lagi dah!!! Okey stop cite masalah keje. Tak kemana pun kan. Aku juga yang kene hadap nanti. Sila lah bertabah sampai dapat kerja baru. La la la la la

Hari ni aku buka puasa- beli kat bazar jer. Aku pun kadang-kadang tak rajin juga. Padahal bila masak sendiri tu, lepas makan, kenyang dan puashati. Tapi proses nak memasak tu yang malas. So malas masak maknanya makan luar. Jom beli. Hari ni makan nasi ambang, ayam penyet, kuih sikit dengan cucur udang. Mana tahu encik suami tapau ayam goreng uncle bob sampai dua!! Sila muntah ayam lepas ni. Wekkk wekkk

Walaupun baru bape kali beli kat bazar, ada sekali tu kitorang beli la menu sama- nasi ambang, cucur udang. Tapi bila siang-siang, aku keluar masuk toilet sampai 3 kali!! Masa kene macam tu, rasa taubat juga la konon tak nak beli. Tapi apakan daya, aku insan biasa. Malas telah bermaharajalela.

Tu antara pengalaman tahun ni la. Beli kat bazar, hasilnya sakit perut, lepas tu aku ada beli sate, tapi rasa dia tak sedap. Aduh sate wak radol juga yang terbayang-bayang kat mata. 

Ok la. Niat hati nak terus membebel kat blog ni. Tapi mata makin nak tertutup dah ni. Kenapa eh asal makan nasi je, cepat ngantuk. Musykil betul. 
Ok bye. Jumpa next entry.

3 comments:

  1. lamanya x makan nasik ambeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni je kak, da bape kali saya beli nasi ambang.. Memang sedap kak, bila di ingat-ingat.

      Delete
  2. Bila member2 opis dok provoke dalam whatsapp group pasal masing2 sibuk buat kuih raya, Yani buat2 tak ambik tahu.....hahhaha. Yang penting kuih raya tahun ni semua kerepek beli. Lapang otak tak yah nak keluarkan oven dan beli segala macam persiapan nak buat kuih raya. Kuih raya kat kedai pun pandang sekali lalu je.

    Alhamdulillah sepanjang ramadhan ni mostly masak sendiri, sekali dua balik berbuka di rumah mertua, gi bazar ramadhan pun setakat beli air dan side dishes dan sekali dua g makan kat luar beramai2. Pernah sekali (minggu ni kot), dah tak tahu nak masak apa....sampai nak menangis dibuatnya, hahhaha!

    End up masak lauk yg sama menu 4-5 hari lepas, nasib baik suami puji lebih sedap......lega hati!

    ReplyDelete