Tuesday, June 30, 2015

OH KISAH BISKUT DAHLIA DAN AKU.

Aku kan berazam tahun ni nak raya serba jimat. So dengan gigihnya la kan aku belek-belek resepi biskut raya. Nak buat biskut raya sendiri. Begitu. Angan-angan.

Alkisah hari ahad lepas, aku terlajak tidur. Sedar-sedar pukul 525 pagi. Apa je yang sempat dimakan. Kebetulan roti pun takde. Nak minum soya shaklee, rasanya mood pun da takde. Jadi sempat makan kurma dan minum air masak je. Alhamdulilah itu la menu sahur laki
bini. Hari selepasnya terus insaf. Sebelum tidur, niat nak bangun sahur. Niat puasa pun jangan lupa baca juga. 

Masa tengah hari tu, rasa macam takde benda nak buat. Nak mengemas adalah malas. Nanti nak dekat raya barulah kemas rumah besar-besaran. Baru best. So golek sana golek sini depan tv, okey tak boleh jadi. Meh la kita bakar biskut raya. 1st time ni nak buat biskut raya. Rasa entry ni bergambar panjang ni. Sila bersabar ye.

Disebabkan aku ada pinjam acuan kawan aku, so okey la. Kita buat biskut dahlia. Excited wei nak tulis.. Selagi memori masih fresh. Step by step yang aku follow untuk biskut dahlia ni.


Pukul mentega 250g dengan 40g gula castor. Pukul sampai sebati.


Lepas tu campurkan 1/2 cawan susu pekat. Dan pukul sekejap.


Tu rupa dia.. Lepas masuk susu pekat.


400g tepung jagung di ayak sama dengan 1/4 cawan tepung custard. Kemudian dimasukkan ke dalam adunan tadi. Gaul rata sampai semuanya sebati.


Dah siap pun doh adunan.


Ini la rupa acuan yang aku pakai. So lepas doh da ready, aku amik sikit dan masukkan dalam acuan. Jangan lupa tutup doh dengan kain lembab, untuk elakkan doh cepat keras. Maka bermula la sesi terap menerap. Ooooh baru ku tahu.. 


Betapa susahnya terap dengan acuan tuh. Sampai tertunduk-tunduk ala-ala nak sujud aku dibuatnya. Berpeluh-peluh. Muka-mula buat, asik lah tak jadi. Lepas tu sorak kat diri sendiri, okey boleh, sikit lagi, bertahan.. Hah macam tu sekali tau. 

Lama- lama, cannot tahan okey.. setelah berpeluh- peluh, lepas tu siap ketawa sorang-sorang, bayangkan adakah orang lain pun hadapi benda sama, aku give up.


Bentuk kan doh jadi bulat-bulat jer!!! Tuh nampak 3 ketui dah bentuk bulat-bulat. Next dulang pun aku buat cara sama. Hahahaha.


Memang gelak gila-gila. Tengok hasil. Daripada doh terbuang dan membazir, kira halal la. Bakar dalam suhu 170c, 25-30minit, bergantung pada oven masing-masing.

Hasil lepas bakar??? Kelopak dahlia semua penyek. Entah kat mana silapnya. Kene cuba lagi la nampak gaya.


Buat seketika, kecewa gak. Tapi mana ada percubaan kali pertama yang sempurna. Kene cuba lagi. Okey bye.

p/s: Nasib la biskut yang bentuk bulat tuh sedap rasanya. Rangup. Bulat pun bulat la. Ha ha.

4 comments:

  1. Selain azam tahun ni tak nak membeli kuih raya (jenis bertepung), satu lagi azam raya tahun ni adalah tak nak buat langsung kuih raya sendiri. Hehehehe....malas dan tak de nafsu. Kita aplikasikan konsep "Nak makan kuih raya, gi makan kat rumah orang".....huhuhu....tahun ni beli kerepek raya je.

    ReplyDelete
  2. ahh, nak ikut la cara yani. sebab rasa pun mcm da give up ni. heheheh

    ReplyDelete
  3. nani, penat woo buat kuih raya ni kalo sengsorang. akak dah tobat dah...dulu penah buat sendiri, tu pon adik ipar yg masa tu duk skali tolong. lps tu, x de la nk buat sendiri, pasal yg bertolong tu pon penat gila nak buat...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol kak.. Penat. tapi nak cuba punya pasal. Gigihkan juga la. huhu

      Delete