Sunday, July 29, 2012

YANG TIDAK BAIK

Hari ni aku tinggal berdua saja dengan adik bongsu di rumah. So decide beli makanan berbuka di luar.

Sebab aku ada urusan luar. Jadinya aku pergi pasar ramadan asing2 dari adik aku. Sekali hamik koo...

Tadaa juadah berbuka untuk dua orang makan..pengsan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

POSKAD DARI AMAL

Entry ni sepatutnya semalam lagi aku da publish. Tapi darjah kemalasan yang tinggi buat aku hold dulu..

Time aku balik kerja,ternampak poskad kat atas meja. Bila belek2 teringat kawan aku- amal.. Dah sah la..poskad dari dia.. Sebab hari tu dia da janji nak hantar poskad dari china. Selamat sampai sudah.

Gembira sangat.. Thanks to amal...cepat2 balik malaysia yer...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 23, 2012

UJIAN HIV UNTUK BAKAL PENGANTIN

Hari ni kilang aku cuti. Jadi aku decide untuk buat hiv test. Gelabah la juga sebab...aku kan xsuka sangat pergi klinik bagai ni..lepastu bukan sebarangan klinik boleh pergi untuk buat ujian nih. Kene pulak refer pada list2 kat belakang borang tuh.

So aku pergi klinik kesihatan tampoi jer..gigih la aku datang pagi2, konon takut ramai orang. Sekali datang,nurse tu bagitahu,untuk hiv test biasa buat waktu petang. Dalam pukul 2 gitu.. Hish..

Sementara nak tunggu pukul 2 petang,aku hantar kereta pergi servis dan jalan2 dekat angsana.. Tepat pukul 2, start gerak dari angsana pergi klinik kesihatan tampoi. Mula2 pergi tu aku konfius jalan masuk ke klinik kesihatan ni. Dua kali aku pusing2 tapi bangunan yang dicari tak juga jumpa. Sampai aku call klinik tu,tanya kat mana kedudukan dia.

Ok sampai jer dekat klinik tu,amik nombor kemudian diberi satu borang. Kene isi then masukkan dalam kotak. Kemudian tunggu sehingga di panggil.

Ok tak lama kemudian, no akan dipanggil. Bila masuk,nurse tanya serba sedikit...yang ditanya ialah ini perkahwinan keberapa. Lepas tu terus dia minta jari hantu tangan kiri.. Sapu alkohol sikit lepas tu cucuk. Aiseh. Terasa juga la sakit dia tuh.. Lepas tu nurse minta tekan jari dekat kit pengesan tuh.. Kemudian disuruh keluar dan tunggu lagi sehingga di panggil.

Time menunggu ni tak la lama. Tapi dok pandang kiri kanan nampak semua orang pegang sampul biru tuh,tau la aku memang semua pun tengh buat hiv test juga. Hmm semua datang dengan pasangan. Tetiba rindu encik tunang..**mood mengada2**

Ok bila result test dah dapat,sekali lagi nombor akan dipanggil kemudian nurse akan masukkan form tu dalam sampul dan lekat terus. Dia siap pesan dekat aku, nanti sampul ni bagi pada pejabat agama. Result test tu sah untuk tempoh 6 bulan sahaja.

Ok itu jer prosedur dia. Senang jer. Yeay settle sudah satu urusan dokumen. Sekarang ni tengah tunggu surat akuan bujang dari majikan pulak. Hmm macam mana la agaknya perakuan tu yek..tunggu jer la...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 21, 2012

AKTIVITI HARI PERTAMA PUASA

Hari ni memang da plan nak hantar buku2 ke rumah kakak aku. So gigih la aku pagi2 bersiap,habis basuh baju,mandi lepastu berdesup drive pergi pulai indah. On the way tu nampak la kawasan perumahan..pulai jaya,pulai emas,kangkar pulai...hmm banyak btol rumah yang nak dibuat kat area tuh. Mesti in future kawasan ni akan jadi sibuk nanti. Nasib la encik tunang keje jauh. Kalau dekat2 sini, memang aku pujuk dia beli rumah sini.

Habis jer hantar buku. Aku hantar cermin mata pulak. Ada ke cermin mata baru jer buat mgu lepas,alih2 bole terkopak structure dia..hish..bunuh mood btol..nasib cermin tak apa2. Bingkai tak kisah sangat pada aku..lens dia yang aku kisahkan. Hoya transition lens...hmm sabar jer la kan..katanya untuk repair amik masa dua minggu..

Lepas tu tak de benda buat..haaa sesi berbelanja sesuka hati...nak beli makanan tak boleh..sebab bulan puasa kan..so beli la losyen tuh dengan krim kecantikan. Kebetulan losyen aku da nk habis. Lepas tu...krim kecantikan ni aku nk letak kat beg telekung..gantikan krim lama yang memang nak habis dah. Aku ternampak iklan johnson body care ada launch losyen baru...serta merta aku beli..haha nampak sangat aku ni mudah dipengaruhi iklan...

Masuk pulak mph jusco..diri depan rak novel punya lama..time ni memang rasa nak lempang diri sendiri. Baru jer hantar novel ke rumah kakak, takkan la aku nak beli novel lain..tak ker haru tuh..last2 aku beli jer buku resepi..haha persediaan lepas kawen nanti..ish3 .
Hmm pening...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 16, 2012

MOTIVASI: APA YANG SUDAH PERGI,BIARKAN LA IA PERGI

Mengingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang bodoh dan gila. Lebih dari itu,ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.

Bagi orang2 yang waras,fail masa lalu sepatutnya disimpan,bukan dibuka dan di persoalkan. Ia perlu ditutup rapat buat selamanya dan dikurung dalam penjara kelupaan,diikat dengan gari dalam kurungan yang kuat supaya ia tidak keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya tidak terkena cahaya,sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan selesai.

Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa jua kesedihan,tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan,tidak dapat dihadirkan semula dengan apa jua kegelisahan,dan tidak dapat dihidupkan semula dengan apa jua kebingungan- ia adalah sesuatu yang sudah tiada.

Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu,jangan biarlan dirimu sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskan la dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau.

Hidup sambil mengungkit masa lalu bermakna mensia siakan masa sekarang,mengoyak2 perjuangan dan memporak perandakan masa kini.

Nota kaki: petikan dari buku La Tahzan karya Aidh Abdullah Al-Qarni. (sekadar berkongsi dan untuk memotivasikan diri sendiri)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 15, 2012

BUKU UNTUK DI 'LET GO' MURAH2

Yang dekat dalam gambar tu antara buku yang aku nak let go.
Walaupun minat aku membaca buku...tapi aku nak juga let go buku2 ni...da tak ada ruang nk simpan da ni..

Nanti kalo aku ada masa..aku list out apa tajuk2 buku yang aku nk let go tuh....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 14, 2012

PEDOMAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Ini adalah entry sekadar berkongsi info dan juga untuk memotivasi diri sendiri.

Menurut kajian Dr. Bob Montgomery dalam buku 'The Truth About Success And Motivation', antara pedoman untuk mencapai kejayaan ialah:

Pertama, jangan bersaing dengan orang lain. Ertinya jangan cuba berjaya mengalahkan orang lain. Dalam hidup ni, kita hanya patut mengalahkan orang lain kalau kita dalam pertandingan kalah-mati, seperti dalam liga bole sepak. Kalau tidak, jangan... Capai la kejayaan dengan cara memberi kerjasana kepada orang2 lain.

Kedua, menang la dengan cara turut membenarkan orang lain menang. Ertinya semua orang mendapat apa yang mereka mahu.

Ketiga, apabila membuat matlamat, pastikan matlamat itu munasabah. Jangan buat matlamat diluar kemampuan kita untuk mencapainya.

Keempat, ukur kejayaan kita dengan menggunakan ukuran dalaman yang sesuai dengan diri kita.

Kelima, rancang la suatu kehidupan yang seimbang dan hiduplah dengan gaya itu. Kehidupan yang seimbang mempunyai tiga ciri:
1) Melaksanakan tugas2 asas dirumah dan di tempat kerja dengan baik dan sempurna
2) Mendapat keseronokan dan kepuasan daripada apa yang kita buat
3) Mendapat ketenangan dalam perkahwinan dan persahabatan.
 

Friday, July 13, 2012

KAD KAHWIN

Cakap pasal kahwin ni..hish...aku memang nak kurangkn cakap pun bab2 ni.. Sebab bercakap banyak pun rasa tak guna juga.. Kan kan kan... So memang da confirm la bulan 9 InsyaAllah..majlis kahwin aku. Hai la majlis da kurang lagi 2 bulan ni tapi segala borang baru terkial2 nak ambil minggu depan. Ni tengah risau pasal HIV test.

Katanya bulan ramadan tak boleh buat HIV test. Dan lagi aku ada baca katanya ujian ni result dia kena tunggu dua minggu baru dapat. Tu belum masuk lagi katanya kene buat appoinment la dengan klinik kesihatan ke hapa. Aku da la baru masuk keje baru. Masih dalam probation period..jadi susah la ak dapat cuti ke hapa..adoi la..Hmm masalahnya juga kalau tak silap aku,segala borang tu kene hantar ke pejabat agama balik sekurangnya sebulan sebelum tarikh majlis. Aik pening kan... Aku pun tak sure sangat.. Redah jer la nanti.. Harap2 dipermudahkan urusan.

Hmm memang pening.. Bukan mudah nak uruskan perkahwinan...tu belom part memikirkan kehidupan di hari kemudian! Huhu erk...ter membebel plak disini. Takpe.. Nama pun blog aku.. So sukahati aku nak tulis apa pun kan.. Sebab tu aku cakap,aku malas nak sebut2 hal kahwin ni..

Ok sekarang ikut tajuk: kad kahwin. Hmm dolu dolu aku ada la terberkenan dekat satu design ni. Ala2 hot stamping gitu lan.. Dah terfikir2 nak order kad style macam tu untuk majlis aku. Harga pun reasonable.. Mampu la untuk aku yang ala2 kedekut nih.

Tapi last minute changes. Sebab aku tak banyak masa free untuk survey dengan lebih details kat kedai2. Nak compare kot2 ada offer murah ker...jadi aku decide untuk tempah dengan kawan aku je.. Custom made design.. Lagi senang. Dan cepat. Sekarang tengah process printing..tak sabar aku nak dapat kad2 tu..lepas dapat..asing2 kan utk kawan2.. Naik cuti raya..baru start edar.

Ok. Stop membebel dulu. Sebab perut lapar..tunggu waktu rehat ni. Nak makan banyak2.

Published with Blogger-droid v2.0.6

LAYAN JER LA

Adoi...pagi ni sampai2 opis..tak de power electric plak...tak bole on komputer..hmm apa nak buat ni..

Tak tahu apa motif upload gambar..hmm

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 8, 2012

DAH TERASA BAHANG RAMADAN

Selalu time ramadan,aku memang tak lalu nak sahur nasi. Makanya aku terpaksa ganti kan dengan makanan lain...biasanya nugget ker..burger ker...

Dan tahun lepas,aku makan cornflakes plus susu..hmm sedap juga. Tahun ni pun aku rasa sama menu sahur..

Jadi semalam ada offer cornflakes dekat giant 500g RM6.99, terus aku beli siap2. Sekali beli susu HL marigold warna putih punya. Breakfast hari ni terasa macam makan sahur pulak...

P/S: nak restok cornflakes banyak2 dekat rumah...selagi harga dia masih murah

Published with Blogger-droid v2.0.6

SUDAH PANDAI

Tengah2 baca paper depan pintu,tiba2 tik tik tik tik burung datang daaa. Lapar la tu...berani pulak tu...aku bukak grill pintu, sikit pun tak lari... Dengar bunyi plastik makanan.. Makin dekat dia datang.. Bagi juga la makanan....

P/S: adik aku kata burung ni makin gemuk.. Haha

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 4, 2012

SEDAPNYA ASAM

Balik kerja da lewat. Terlepas nak tengok dejavu di kinabalu. So tiap2 malam kerja aku layan drama dekat tonton. Sampai aku tak terlayan drama tv yang aku selalu tengok tu..

Layan drama sambil makan asam..fuh sedap btol asam ni. Beli ingat nak makan dekat opis. Sekali tak sempat daa. Malam ni baru ada masa nak makan.

Tiba2 ada guruh kuat. Terpaksa la stop connection internet. Hmm baru tengok sikit jer drama...ish2 esok sambung la...

So tak de benda buat...tdo jer la..simpan tenaga untuk kerja esok.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 1, 2012

BAGI MAKAN BURUNG JUGA YANG BAGI KETENANGAN

Stress...bagi makan burung juga yang bagi ketenangan....hmm

Seronok tengok burung makan...yang besar tu bersifat tamak..yang kecik makan curi2. Takut dengan yang besar.

Published with Blogger-droid v2.0.6