Monday, January 18, 2016

ALAT SMART TAG

Aku baru je tinted tingkap kereta.
Buat satu kereta.

Asal nya nak tinted depan saja,
Bila bawak kereta masuk kedai.
Budak kedai tu suggest tukar la untuk satu kereta.
Disebabkan da nampak bubble kan.
So, agreed la tukar satu kereta terus.
RM200 katanya. Murah ke mahal, tak la aku amik tau..
Nanti buat kecewa saja.

Jadi katanya dua hari tak boleh bukak tingkap.
Gulp. Aku pergi balik keje dah la lalu lorong touch n go.
So kalau tak boleh bukak tingkap,
Macam menyusahkan la pulak.
Takkan nak bukak pintu bagai.
Lagipun tingkap sebelah driver tu memang ada problem.

Okey, jom pinjam smart tag encik suami.
Tak nafi la, pakai smart tag dekat highway, sangat lah menjimatkan masa.
Dek kerana kesedapan pakai smart tag.
Aku decide nak beli satu la.
Maka pergilah aku dengan encik suami,
Nak beli smart tag device la konon nya.

Tup-tup dekat plaza tol skudai, 
Takde stok.
Dekat petronas berdekatan pun takde stok.
Last petronas, dekat Uda, katanya ada stok.
Tapi boss simpan dalam opis, dan bos baru je balik.
Kene prank ke apa aku nih.. Sebab pelik.
Barang ada tapi bos simpan.
Ok disuruhnya aku datang sebelah malam.

Jadi malam tadi pukul 8, aku keluar rumah, 
Nak pergi beli smart tage device ni la,
Mana tahu sampai je dekat petronas tu, 
Cashier dia kata, boss dia simpan lagi dalam opis.
Persoalan nya yang buat aku tak paham,
Barang nak jual kot. Kenapa nak kene simpan dalam opis???
So kecewa lagi la.

Last-last kirim dekat wife kawan sekerja encik suami,
Katanya wife dia ni kerja PLUS. Gitu lah,
So harap-harap esok dapat barangnya.

Dulu-dulu sombong tak nak beli.
Sekarang baru sibuk nak mencari.
Isk-isk.

2 comments:

  1. Memang senang kalau dapat pakai smart tag.. tap smart tag sy pun dah rosak..selalu sangat kena tukar bateri

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh macam tu pulak.. kene ada maintenance.. hmm

      Delete