Saturday, June 25, 2011

EMPAT MUSIM PERKAHWINAN DAN PERCINTAAN

Sekarang ni aku tengah baca buku Resepi Perkahwinan Bahagia-Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa tulisan Mardiana Mat Ishak. Salah satu topik dalam buku ni, macam tajuk kat atas la: 4 musim percintaan dan perkahwinan.

1) Sebelum berkahwin = Musim cinta sayang
2) Awal tahun perkahwinan = Musim masam manis & kritikal
3) Pertengahan perkahwinan = Musim genting dan mencabar
4) Penghujung perkahwinan = Musim kemuncak cinta

Sebelum berkahwin, macam biasa la semuanya indah..Setiap saat terasa bahagia manjang. Senyum sampai ke telinga. Tiap2 masa gembira. Tak tahu nak kata apa la..APa yang kekasih buat or cakap, betul saja walaupun orang luar berpendapat sebaliknya. Segala kata2 orang luar memang tak akan dilayan. Sebab apa..perasaan tu asyik sangat dibuai rasa suka bahagia tu..

Awal2 tahun perkahwinan, lepas duduk serumah, tidur sekatil, tembelang semua pecah. Yang tak pernah kita tahu, semuanya dah jadi tahu. Baik buruk perangai..bak kata semuanya la..bila sampai masa ni, kalau jenis yang memang tak tahan sabar, kejap jer la bertahan rumahtangga..Tapi seeloknya bersabar..terimalah apa juga kebaikan dan kekurangan pasangan. Kene sedar diri juga, kita bukan perfect sangat. Kelebihan yang dia ada menutupi kelemahan kita, begitulah sebaliknya.

Pertengahan waktu perkahwinan, bila ada ada anak2, tugas mendidik anak2 plak menjadi orang kata benda yang diutamakan la saat ni. Sebab nak didik anak zaman sekarang ni bukan mudah. Banyak sangat anasir2 yang tak baik dari yang baik. So ibu bapa kene beri teladan yang baik la kepada anak2. Sentiasa bekerjasama mendidik anak. Jangan letak tanggungjawab ni pada pasangan sahaja.

Penghujung perkahwinan, haa saat ni pasangan tadi tu dah pun tua..Orang kata dah senja. Ha ha so anak2 pun dah berkeluarga. Mungkin dah bercucu, jadi sepatutnya lah pasangan tadi tu hidup dengan bertambah gembira dengan keluarga.

p/s: buku ni memang sangat2 bagus untuk dibaca,aku rasa tak rugi aku beli.

No comments:

Post a Comment