Saturday, May 21, 2011

WAYANG

Hari ni aku nk update tentang movie yang aku tengok tadi..Nur kasih..Mula2 memang tak plan pun nak tengok..Sebab cerita ni baru keluar wayang 19mei..So bajet macam ramai la orang kat panggung wayang kan..yang nak tengok cerita ni..

Tapi bila difikir2 hmm mungkin MBO cinema tu tak ramai orang, maka berangkat la aku kesana pukul 1130 nak tengok Nur kasih..Ikut schecule start pukul 1200 tapi aku dengan adik aku redah jer beli..kol 1145..Memang banyak tempat lagi yang kosong kat dalam panggung..Maknanya..lainkali kalau nak tengok wayang, pergi MBO sudah..Tak payah nak pergi jauh2( hihi iyer la tu)

Ha ha aku kira first time masuk MBO selalu aku menonton dekat TGV or GSC..Hmm ada beza juga la panggung2 wayang ni (baru aku tau) Kat MBO ni aircond dia punya la sejuk..Fuh..tak boleh handle..Nasib cerita ni tak la lama mana...dalam sejam lebih..Kalau tak..terpaksa la aku keluar jap cari toilet..kalau kat TGV or GSC aircond dia biasa2 jer..

Dan lagi sound system kat MBO ni tak berapa memuaskan..Hmm kalao nak menonton cerita aksi aku agak memang kureng sikit la..Sakit telinga aku mendengarnya..Eh eh eh

Ok berbalik pada cerita Nur Kasih The Movie ni..Hmm overall okey la jalan cerita dia...Senang nak faham..Mungkin sebab aku follow drama dia..Tu yang jadi senang..

Latar tempat dia semua cantik2..Kira bijak la pengarah dia pilih tempat,lepastu ada babak yang guna CGI..Hmm part yang ni pada aku kurang berkesan sebab nampak real CGI..Bukan CGI tu yang nampak real..Hmm

Pengakhiran cerita ni pun aku sampai sekarang masih pelik..Kenapa watak nur amina pada waktu tua tu digambarkan seolah2 lupa,sebab abang aidil tu kene bacakan kisah nur amina dengan adam macam nak kembalikan ingatan nur amina...Serius part ni memang aku blur..Ha ha Tapi tak pe la...Aku enjoy tengok movie tu..Aku bagi 3 1/2 bintang. hehe

No comments:

Post a Comment

Post a Comment