Sunday, June 27, 2010

REVIEW: KALA CINTA & WAHYU BERSATU

(picture dari google)

Syukur sangat2..akhirnya aku selamat habis membaca novel ni.. Best sangat2. Tulisan nya sederhana dan bersahaja..Mudah nak faham jalan cerita dia.Paling penting penulis berjaya menyampaikan message kepada pembaca.

Banyak pengajaran dalam novel ni. Pertama yang aku dapat ialah.. kewajipan anak lelaki menjaga ibu bapa. Contoh nya bila anak lelaki berkahwin, isterinya tinggal sekali dengan mertua. Sekarang ni, aku banyak baca tentang masalah yang kerap timbul bila menantu perempuan tinggal sebumbung dengan mertua. Masalah itu la, masalah ini la.. Persepsi ni la yang patut kita kikis dari pemikiran kita.. Sebab untuk orang perempuan, kita kene utamakan ibu mertua dari ibu kita sendiri. Maksudnya kalo suami kita nak menjaga ibu bapa dia, kita hendaklah menyokong hasrat itu. Bukan melaga2kan atau menentang. Isteri hendaklah sentiasa menyokong suami selagi apa yang dibuat tu tak bertentangan dengan agama.Hmm cakap memang la mudah, nak buat tu memang la payah.. Malah aku rasa x ramai pasangan yang sanggup tinggal dengan mertua zaman skang ni..Tapi kalo kita ikhlas dan banyak2 berdoa, InsyaAllah..Kalo kita berbuat baik, maka baik lah balasannya..begitu lah sebaliknya.Ada banyak hikmah, tapi kita x tahu.. Ganjaran pahala besar kalo kita sanggup berkorban.

Pengajaran kedua tentang etika kerja. . Kerja swasta dan kerja kerajaan.. Aspek yang ditekan kan ialah kualiti kerja. Kalo kerja swasta, rata2 kata akan terikat..sebab ye la swasta..x bebas..kualiti kerja juga amat la tinggi dan terjaga.. Tapi bila sebut kerja kerajaan, hah perkara pertama dalam fikiran kita ialah kualiti kerja yang kurang memuaskan. Kerja sambil lewa. Ini perkara yang tidak bagus dan perlu diubah. Kita kerja kenelah ikhlas, baru lah rezeki mudah masuk. ( bab ni buat aku terfikir cara aku bekerja..ikhlas ke aku..Masya-Allah) Mulai saat ini aku nak blaja ikhlaskan diri aku dalam kerja..Usaha2

Pengajaran ketiga tentang cinta dalam islam. Tentang keegoan seorang lelaki demi menjaga maruah perempuan yang disayangi. Tentang cinta sejati yang dipendam tak akan diluah disebabkan sifat malu seorang perempuan. Hmm part ni betul2 menyedarkan aku..Aku suka sangat novel ni..

Last sekali kata2 yang aku paling suka:

CIntaku adalah lautan yang airnya tak akan kekeringan sekalipun kemarau melanda..
Cintaku adalah waktu yang akan berdetik sepanjang zaman..
Cintaku adalah udara yang akan kau sedut walaupun di bawah sedar..
CIntaku adalah mentari di kala siang dan bulan di kala malam,yang akan setia memerhatikanmu
CIntaku adalah cinta yang tidak akan dibiaskan oleh mana-mana kekuatan kecuali Tuhan
CIntaku adalah kesetiaan yang abadi..

p/s: Lima bintang untuk novel ni..Tahniah kepada penulis novel..Tak rugi aku beli. =)



No comments:

Post a Comment

Post a Comment